NAMA PENUH : All C*ps Are B***ard
NAMA ASAL : Bovver Brigade
DITUBUHKAN : 1994, Kuala Lumpur
PENYANYI & GITAR :-
Magskin @ Max Hafiz (Megat Hafiz; turut menyertai kumpulan The ACAB)
Eddie J. Herwan (turut menyertai kumpulan Gerhana Skacinta & The ACAB)
GITAR :-
Anas
Fazli @ Botak
BASS :-
Hardy Sham
Anas
DRAM :-
Black
Zul
Eddie J. Herwan (turut menyertai kumpulan Gerhana Skacinta)
Irfan (turut menyertai kumpulan The ACAB)
Sedikit sejarah ACAB
Kumpulan A.C.A.B. merupakan sebuah kumpulan muzik Malaysia. Kumpulan A.C.A.B ditubuhkan pada penghujung tahun 1994.
Nama A.C.A.B. digunakan dari tahun 1994 hingga tahun 2003, ia kemudiannya di tukar kepada The A.C.A.B. berikutan penukaran genre muzik mereka iaitu daripada Oi! kepada rock indie.
Kumpulan A.C.A.B. diasaskan oleh dua orang remaja yang berasal dari Kuala Lumpur iaitu Magskin dan juga Eddie. Merekalah yang menubuhkan band ini ketika penerimaan muzik Oi! berada di paras membanggakan. Bagi melengkapkan kumpulan ini, mereka mengundang Sham, Anas serta Black dan kemudiannya sama-sama memulakan penerokaan muzik Oi! yang dicintai. Nama A.C.A.B. dipilih dan digunakan sehingga ke hari ini.
Dalam tahun 1995, A.C.A.B. merakamkan demo yang bertajuk "A.C.A.B" yang memuatkan tujuh buah lagu. Antaranya seperti "Unfairground", "City Girl", "A.C.A.B.", "Fight For Your Right" dan banyak lagi. Ia dikeluarkan oleh label mereka sendiri iaitu Brovver Brigade Records. Demo ini telah terjual melebihi 500 unit meskipun tidak mempunyai sebarang promosi rasmi. Berikutan dengan kejayaan itu, A.C.A.B. bersedia untuk berdepan dengan pengikut-pengikutnya. Hari yang menentukan kemampuan A.C.A.B. beraksi itu telah diadakan di Dynasty Night Club di Ipoh. Itulah persembahan pertama mereka. Namun tiada siapa yang menduga, hampir kesemua pembeli demo mereka turun untuk menyaksikan persembahan mereka, termasuklah khalayak yang diimport khas dari Kuala Lumpur.
Persinggahan band ini bukan setakat di sana sahaja. Sebagai "Godfather Of Skinhead/Oi!", mereka terus memanjangkan langkah ke serata pelusuk tempat. Persembahan demi persembahan dibuat bagi mengumpul lebih ramai rakan baru. Perancangan A.C.A.B. begitu tepat pada waktunya, menjadikan mereka benar-benar dipuja. Malahan lagu-lagu yang terdapat di dalam demo mereka itu dinobatkan sebagai lagu rasmi pengikut skinhead senegara dan sekaligus memecah revolusi. Kepesatan muzik ini akhirnya menjadi pendorong sehingga wujudnya lebih banyak band dengan konsep yang sama. Berfaktorkan itulah, arena ini menjadi semakin berkembang dengan jayanya. Antara band yang berjaya mengikut jejak A.C.A.B. ialah Boot-Off, Skin Rovers, Opponent dan lain-lain lagi.
Pada tahun seterusnya, A.C.A.B. merakamkan EP yang pertama mereka yang berjudul "UNITE & FIGHT". Beberapa insiden telah berlaku semasa EP ini sedang dibuat. Antaranya penarikan diri Anas dan Black. Sungguhpun demikian, EP ini selamat disiapkan dengan kerjasama profesional dari Magskin, Eddie, Sham dan seorang anggota baru di posisi drum iaitu Zul. UNITE & FIGHT bukan sahaja diagihkan kepada pengikut tempatan tetapi juga dipasarkan ke luar negara. EP ini terjual sehingga 2000 unit. Seperti biasa aktiviti persembahan diteruskan selepas itu. Tidak lama kemudian aktiviti band itu terpaksa diberhentikan buat sementara waktu kerana masalah yang melanda. Dalam tahun 1997, Zul pula mengambil keputusan menarik diri dari A.C.A.B. Posisi drum telah digantikan oleh Eddie sendiri manakala Magskin memikul tugas sebagai vokalis dan gitaris. Ketika A.C.A.B. semakin roboh, mereka sempat merakamkan LP "Eastern Oi!" dan single "We Are The Skins".
Malangnya, selepas selesai sahaja proses rakaman, label mereka mengalami masalah kewangan. Maka dengan itu terpaksalah mereka menjual kedua-dua master tape tadi kepada Strange Culture Records. We Are The Skins dipasarkan pada tahun berikutnya, manakala Eastern Oi! menemui peminatnya pada tahun 1999. Dari kedua-kedua produk tersebut, hanya Eastern Oi! sahaja yang berjaya menepati target mereka, di mana ia terjual sebanyak 10 000 unit dalam masa yang singkat. Sungguhpun begitu, jualan LP yang memberangsangkan tidak berjaya memulihkan semangat dan masalah dalaman A.C.A.B. Satu demi satu anggotanya mengundur diri beralasankan peribadi.
Ketika ini, tinggal Magskin seorang yang masih setia mencari jalan penyudah kembali megah kembali seperti sebelumnya. Ikrar tetap digenggam. Walau apa pun yang terjadi, A.C.A.B. takkan terkubur. Magskin melepaskan segala kesedihannya melalui sebuah lagu iaitu RINTANGAN HIDUP DUNIA yang dirakamkan untuk album TRIBUTE TO RUSTY BLADE. Alaf baru 2000, misi baru A.C.A.B. terlaksana. Mereka bukan sahaja raja di pentas gig, tetapi jugak bertakhta di pentas konsert. Stadium Negara dan Bukit Jalil menjadi saksi kebanggaan A.C.A.B. dengan lebih ramai penonton. Memandangkan ia menjadi satu sejarah, persembahan di kedud-dua konsert itu telah diabadikan di dalam satu album iaitu LIVE & LOUD yang dikeluarkan oleh Clockwork Records dan terjual sehingga 10 000 unit.
Dalam tahun 2001, A.C.A.B. terlibat dalam album TRIBUTE TO SWEET CHARITY terbitan EMI. Lagu 'Musibah' dibawakan dengan cara mereka sendiri. Pada waktu yang sama, Sham kembali ke pangkian band ini dan Eddie juga dipanggil semula untuk sama-sama mengembalikan detik kegemilangan A.C.A.B. pada suatu ketika dahulu. Bukan mudah untuk mendapatkan semula khidmat Eddie kerana dia begitu sibuk dengan band Skanya iaitu, Gerhana Ska Cinta. Namun demi kasihnya terhadap band ini, akhirnya dia bersetuju dan kelima-lima mereka membuka lembaran baru menerusi gig Eastern Oi!
Kini mereka terus berbangga dengan kejayaan album kedua mereka, SKINHEAD 4 LIFE yang diragut 4000 pembeli dalam tempoh sebulan ia dipasarkan. Turut dipasarkan terdahulu ialah album koompilasi DAYS OF BEING WILD dan juga single STREETS OF UPTOWN. Penampilan baru A.C.A.B. memberi kelainan berbeza berbanding dengan album yang terdahulu. Muzik dan mesej yang disematkan jauh berbeza mengikut peredaran zaman. Sememangnya jauh lebih baik dengan guitarwork dan basslines yang lebih padat, hentakan drum yang lebih padat serta vokal Magskin yang lebih bersemangat.
Pada tahun 2006, setelah Megat hafiz kembali ke Malaysia, A.C.A.B. muncul kembali dengan nama baru iaitu The A.C.A.B. serta memperjuangkan genre muzik baru iaitu rock indie, muzik yang menarik minat Max Hafiz(Megat Hafiz) ketika menuntut di London.
Album mereka yang berjudul 'This Is The A.C.A.B.' dikeluarkan pada 09 Mac 2006 yang lalu menampilkan line-up baru; Max, Eddie, Irfan dan Mono.
1. Magskin (Megat Hafiz)
2. Eddie (Edy J. Herwan)
3. Hardy Sham
4. Anas
5. Black
Era The A.C.A.B.
1. Max Hafiz (Megat Hafiz) - vokalis, gitar utama
2. Edy J Herwan (Gerhana Ska Cinta) - gitar kedua
3. Mono (The Times) - bass
4. Irfan (The Times) - Dram
We Are The Skins
Unfairground
A.C.A.B.
Racial Hatred
Violence
Born To Be Skins
On Saturdays
Fight For Your Right
Where Have All The Bootboys Gone?
We're Coming Back
Live & Loud
Skintro
Racial Hatred
Unfairground
Unite & Fight
Violence
A.C.A.B.
We Are The Skins
Born To Be Skins
Where Have All The Bootboys Gone?
We're Coming Back
Streets Of Uptown
Street Feeling
A.C.A.B.
Racial Hatred
Violence
City Girl
Bookies
Fight For Your Right
We're Coming Back
We are The Skins
Unite And Fight
Weeping And Wailing
Unfariground
Born To Be Skins
On Saturdays
The Single '01
Streets Of Uptown ( Versi Single )
Heroin
You'll Never Walk Alone
Streets Of Uptown ( Versi Original )
Skinhead 4 Life
We Are A.C.A.B.
Freedom And Justice
We Are The Youth
8 Years Of Aggrovation & Boisterous Eastern Oi!
Racial hatred 2
Streets Of Uptown
In Our Country
You Lie
Skinhead Selamanya
Orang Timur
Orang Timur
Hati Syaitan
Mata Sepet
Perjuangan
Bunga Padang Pasir
Kembali
Bersama Semula
Syurga Di Hujung Jarum
Titik-titik Noda
Anak Liar
No. 1
City Girl
Racial Hatred
We Are The Skins
A.C.A.B.
Streets Of Uptown
We Are The Youth
Bersama Semula
Orang Timur
Fight For Your Right
Bookies
Unite & Fight
Unfairground
Where Have All The Bootboys Gone?
Skinhead 4 Life
We Are A.C.A.B.
Freedom & Justice
Perjuangan
Bunga Padang Pasir
Originally posted by syafiqrahim at 16-5-2009 21:31
syuhhh...mane leh cakap kuat2 bro...nanti orang yang tak tau jadi tau...hehehe...
so maksudnye Aku Cinta Aku Benci dah la ye...hehehe...
aku pompuan lah
tima kasih la tepek sejarah dorang neh.
aku penah gak tengok gigs kat dynasty tuh zaman dolu2. tapi tak tau nape aku tak penah
tengok dorang perform
aku pompuan lah
tima kasih la tepek sejarah dorang neh.
aku penah gak tengok gigs kat dynasty tuh zaman dolu2. tapi tak tau nape aku tak penah
tengok dorang perform
la ko pompuan ke sis...huhu...
aku ingatkan lelaki...
ko skin girl ke...
minat gak ko ngan ACAB ye...
nanti banyak lagi yang aku nak letak kat sini pasal ACAB nie...
Orang Timur
We Are A.C.A.B.
Freedom & Justice
Skinhead 4 Life
Racial Hatred II
8 Years Of Aggravation & Boisterous Eastern Oi!
We Are The Youth
You Lie
Streets Of Uptown
Bersama Semula
Where Have All The Bootboys Gone?
Trivia : Konsert yang dirakamkan ini juga diedarkan dalam format VCD.
Senikata lagu You Lie tidak dicetak dalam kulit album.
Anti Racist (EP) 2004
Racial Hatred
Racial Hatred II
Back On The Streets
Oi! Pengkhianat
Spread The Joys Of Eatern Oi!
Ucapan : "This EP is dedicated for those who have the guts to voice out against racism & racial hatred" - ACAB
Terkenang dan terbayang
Tak dapat nak kulupakan
Tapi sayang
Semuanya tinggal kenangan
Temanku kasihku
Ku ingin seperti dulu
Bersama menjelajah dunia
Kekuatan,kebanggaan bebas dan terus berjalan
Kenangan tak mungkin aku lupakan
Dan ku harap teman semua dapat bersama semula
Perjuangan kita masih belum pudah
(Chorus)
Kemananya……..
Teman setia
Perjuangan ku…
Ingin kau semua
Bersama semula
(Ulang chorus)x2
ACAB - Skinhead Selamanya
Menanti hari keramat
menentang pemerintah bangsat
tiada yg dpt membunuh semangat
membara dijiwa rakyat
Bangun sekalian umat
bagai pahlawan melancar jihad
biar dibasahi darah dan keringat
Yg zalim pasti dilaknat!
Katakan pada hatimu
kau bebas menentang musuhmu
dikebebasan yg barukan ku bawamu
kuatkanlah pegangan mu
kita pastikan bersatu
dikebebasan yg baru,Kitakan bertemu!
Skin Head Selamanya
Skin Head Selamanya
Perjuangan
Melihat erti kehidupan
Bagaikan di medan peperangan
Pegangan menjadi bagaikan
Mengundang akan kecelakaan
Seakan sudah tiada lagi
Hak dan kebebasan diri sendiri
Bila kuasa di genggaman
Bagaikan dirasuki syaitan
Hilang arah dan kepercayaan
Maka dilupakanlah daratan
Janji yang harus dikotakan
Kini hanyalah tinggal kenangan
Hingga tiada kebebasan
Untuk menyuarakan pandangan
Bagi setiap penentangan
Pasti dihantui bebanan
Yang cuba memberanikan diri
Pasti dibayangi hukuman ngeri
Apakah mereka terlupa?
Kita punya rasa, punya cinta
Yang sedang dalam kegelapan
Dan bagai dalam kesesatan
Akan pasti aku nyalakan
Api cahaya kebebasan
Bukan melancar peperangan
Hanya berjuang keadilan
Berilah aku kebebasan
Kehidupan yang diinginkan
Perjuangan
Ini bagaikan
Pertempuran
Peperangan
Perjuangan
Kebebasan
Keadilan
Kan ku teruskan
Orang Timur (Lagu asal SYJ)
Jepun pandang ke barat untuk kemajuan
Untuk kemajuan
Apa nak jadi
Dengan Malaysia
Pandangannya ke mana
Di mana arahmu
Sedar bangunlah
Pesat dan majukan negerimu
Orang timur bangunlah
Pesat dan majukan negerimu
Apakah warna kulitmu
Adakah kita sama
Kemanakah perginya
Mana Arahmu
Marilah kita bangunkannya
Untuk kepentingan kita bersama
Setapak langkahmu ke hadapan
Bererti kejayaan
Anak Liar (Lagu asal Sofea)
Terbang bersama angin yang membawa
Titisan hujan, ku kedinginan
Cintamu akan ku renggus darinya
Bagai membara helang di udara
Panas sentuhanmu ku rasa
Kini membara di selimut khayalan
Anak liar
Berkuasa, perkasa
Hatinya bangga, dakaplah daku
Sehangat api cintamu
Lakukan...
Dunia, bicaraku penuh nista
Dan kepuraan tanpa kebenaran
Engkau hangus terbakar bersama
Nista cintaku, kini ku tiada
Oi! Pengkhianat
Oi! pengkhianat
Perjuangan bangsat
Tidakkah kau tahu kau meniru budaya barat
Oi! punk bangsat
Kau kan dilaknat
Tidakkah kau tahu kau melayu keparat
Megat dengan isu perkaumanmu
Tanpa menahu kemana arah nak dituju
Kehulu kehilir dengan swastkamu
Tapi dimana hendak kau sembunyikan punggung hitam mu
cube ko tengok ayat tu ade aku kate ko racist x...
aku cume kate aku x layan ape yang racist...
cube ko bace betul2 ayat aku tulis sebelum nie...
ade aku kate ko racist ke...
aku cume tanye ko layan punk ke...tu je....
so ape maksud ayat ko 'apa perlu nak label orang camtu '
ko kate aku anggap ko racist ke sis...
pe da lu sis...
pic Bro Megat Hafiz ngan Sheikh Afeef Uddin Al Gaylani:
*Sheikh Afeef Uddin Al Gaylani merupakancicit Rasulullah SAW yang ke 33,Beliau juga bertarbiyah bersama SheikhAbdul Karim Al Mudarris dalam bidang Fiqh, Syari'ah dan Tasawwuf.Beliau telah diijazahkan dengan Ijazah el miyyah, antara satu-satunyaijazah yang penting bagi seseorang itu untuk digelarkan Moulana. Beliautelah sering kali dijemput untuk memberi tausyiyah serta mengghadirimajilis mawlid, haul dan forum di serata dunia.