CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10234|Reply: 86

ada yg melabur tak - upin dan ipin?

[Copy link]
Post time 15-5-2009 04:28 PM | Show all posts |Read mode
ingat tak dalam awal tahun ni ada koperasi apa ntah promo kat sini dah topik saya dah lock, nickname tokdalang rasanya, dia promo tshirt upin ipin, harga tawaran agak mahal, sekali dengan pelbagai accessories upin ipin sekali, ingat kan benda tu sah dr segi undang2 cetak / undang2 niaga mesia, rupanya ianya illegal, laa.. ada sesiapa yg terbeli tak kat sini? ingat kan keluaran les copaque punya!

434 pasang baju-T Upin dan Ipin dirampas


KUALA TERENGGANU 14 Mei – Sejumlah 434 pasang baju-T yang menggunakan karakter kartun Upin dan Ipin dirampas dari 13 gerai di Pasar Besar Kedai Payang dan Stesen Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dalam satu serbuan semalam.

Ketika serbuan oleh penguat kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Terengganu yang diketuai Pengarahnya, Mohd. Hilmi Mohd. Noor, peniaga berkenaan tidak sempat menyorok barangan itu kerana gerai masing-masing merupakan sasaran yang telah dikenalpasti.

Menurut Mohd. Hilmi, sebelum serbuan dilakukan, pihaknya menjalankan risikan sejak beberapa hari lalu dan setelah mengenal pasti kedai terlibat, serbuan semalam terus menjurus ke gerai berkenaan.

Seramai 30 pegawai yang terlibat dalam serbuan ini dipecahkan kepada kumpulan kecil dua orang dan mereka terus ke gerai ditetapkan untuk membuat pemeriksaan.

Serbuan dijalankan di bawah Akta Hakcipta 1987 kerana gambar Upin dan Ipin adalah sebuah karya seni yang merupakan harta intelek dilindungi di bawah Akta Hakcipta 1987, ujarnya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau memberitahu, nilai rampasan dalam serbuan yang dilakukan kira-kira pukul 3 petang itu adalah RM5,967.

Menurutnya, risikan yang akan disusuli dengan pemeriksaan akan diteruskan di seluruh Terengganu bagi mengesan pengedar barangan yang menggunakan karakter Upin dan Ipin.

‘‘Siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti pengedar barangan ini sama ada dari Terengganu, Kuala Lumpur atau tempat lain,” ujarnya.

Beliau seterusnya menasihatkan peniaga supaya peka terhadap peruntukan undang-undang dalam menjalankan perniagaan masing-masing agar tidak dikenakan tindakan.

Jelasnya, menurut peruntukan Seksyen 41(1)(b) Akta Hakcipta 1987, adalah menjadi kesalahan untuk menjual, menyewakan atau secara dagangan mendedahkan atau menawarkan apa-apa salinan langgaran.

Katanya, mereka yang melanggar seksyen tersebut boleh didenda minimum RM2,000 dan maksimum RM20,000 bagi setiap salinan langgaran atau penjara maksimum lima tahun.

[ Last edited by  ctredzuan at 29-5-2009 02:43 ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2009 04:47 PM | Show all posts
kt tmpt aku pun byk lh baju2 ni..pasar2 mlm bersepah jer tgk..
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2009 04:47 PM | Show all posts
tanya izzudin.. dia lebih tau pasal nih.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2009 05:21 PM | Show all posts

Balas #1 ctredzuan\ catat

erkkk illegal ke??
rasanya tok_dalang kan yang merancang penubuhan koperasi upin ipin ni dulu?
dia pernah invite masa bukak booth di shah alam

errr tak sure sgt.. kalau salah betulkn..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2009 05:25 PM | Show all posts

Reply #3 sinar_inspirasi's post

izzudin dealer juga ke?
dengar2 yg niaga online ni pun nak kena rush juga
les copaque nak saman!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2009 05:26 PM | Show all posts

Reply #4 elle_gogo's post

tulah.. ingatkan sah dr segi undang2 sbb aritu promo bgtau nak tolong org melayu, yg di ktganu tu banyak beli dr online katanya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-5-2009 05:45 PM | Show all posts

Reply #5 ctredzuan's post

tak pasti.. .. tanya dia nanti.. hehehe..

jgn marah izzudin
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2009 09:07 PM | Show all posts
Haaa kan dah kata, mesti kena "Jejak Kasih" nyer, tapi lambat sgt utk kes upin n ipin nihh... dah byk sgt org jual illegal kt pasar malam, untung derang pun dah byk dapat....

Haaa saper yg bercadang tuhh   aku dah kata nanti kena jejak kasih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2009 10:07 PM | Show all posts

Reply #8 qash's post

hhahaha.... tk jadi laaa
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2009 10:32 PM | Show all posts
klu yg mmg jual direct les copaque,ok je..

klu yg cipta sendiri,yg lain dr WOW, mesti la illegal..

aku xpasan plak ade topik tu.aku pasan yg psl nak jadik distributor ke apatah-tp tu direct dgn les copaque
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2009 11:09 PM | Show all posts
huhu..yg peliknya..les copaque nie ada ker buat baju upin dan ipin nie..
cam ner kita nak tau baju tuh dari les copaque sindrik..

aku pun beli kat anak baju nie..derang suka...hahaha
rasa cam pirate jerk..sebab harga rm10 selai...
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2009 11:47 PM | Show all posts
baru poslaju baju ni kat anak sedara kat shah alam semalam sbb kata kakak sy susah sgt nk dpt kat sana...(bukan susah nk dpt tp x carik pun...huhu...)
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2009 10:45 AM | Show all posts

Reply #11 ngepen's post

mmg la ade..kat website dia ni list pengedar:
http://www.upindanipin.com.my/worldofgeng/pengedar.html

ini pulak senarai produk
http://www.upindanipin.com.my/worldofgeng/produk.html

aku sbb mmg sokong upin ipin ni,xsanggup nak beli brg pirated. buruk pulak tu baju2 tu semua..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2009 11:43 AM | Show all posts
Kat Jln Tar bersepah aku tgk org jual. Terutamanya kalau hari sabtu..psl ada pasar mlm..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2009 12:06 PM | Show all posts

Reply #1 ctredzuan's post

mana ko tau forumner tu jual barangan illegal? ko punya kesimpulan lemah la..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2009 02:51 PM | Show all posts
kat pasar mlm bersepah2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2009 10:03 PM | Show all posts
suka sangat kat upin dan ipin
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2009 12:14 AM | Show all posts
brg ader permintaan...nak beli yg ori, mak bapak x cukup duit...
anak2 sampai nangis nak baju upin...mcm mna nak buat tuan puan yg bijak pandai ???
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2009 03:29 PM | Show all posts
yang original hanya ada tag WOG gambar katak kat baju dia...so jangan ingat yang original pakai tag upin dan ipin...heheheh....wog bermaksud world of geng.....itu ialah retailing arm of les copaque
...yup my wife's company ialah salah satu distributor barangan upin dan ipin yang masih hidup sampai sekarang....sedih jumpa distributor silih berganti...seperti biasa rungutan distributor ialah margin ciput gila baban......aku ni pun jual sebab minat...nak kaya memang tak masuk akal kalau nak jual produk ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2009 03:46 PM | Show all posts
koperasi tu memang pengedar sah...nama koperasi tu kuprum...tetapi dah ceased dari menjadi distributor....korang kalau jumpa orang kata pengedar sah...korang mintak surat dari LC merchandising sdn bhd, anak syarikat les copaque...kalau ada maknanya dia adalah pengedar sah....korang janganler marah2 dengan orang yang jual mahal...selalunya yang mahal tu ler yang ori...kami pengedar sah mendapat marjin yang MAHA ciput.......asyik kena maki dengna pelanggan kenapa mahal sangat.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 04:58 AM GMT+8 , Processed in 0.076074 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list