View: 4719|Reply: 25
|
Bagaimana Mengenalpasti Produk Yang Paling Menguntungkan ?
[Copy link]
|
|
Bagaimana Mengenalpasti Produk Yang Paling Menguntungkan ?
Bagaimana bagi kita untuk mengenalpasti produk jualan yang paling menguntungkan ?
Contohnya jika terdapat 2 produk. Produk A dan Produk B.
Produk A : Harga modal adalah RM 30. Harga Jualan adalah RM 50. Untung RM 20 atau 40%
Produk B : Harga modal adalah RM 5. Harga Jualan adalah RM 10. Untung RM 5 atau 50%
Peratus Keuntungan (profit margin) = Keuntungan / Jualan
Apabila kita mengajukan soalan "Produk manakah yang paling menguntungkan ?"
Ada usahawan akan menjawab produk A dengan alasan nilai keuntungan lebih tinggi.
Ada pula usahawan akan menjawab produk B dengan alasan peratusan keuntungan adalah tinggi.
Sebenarnya, kedua-dua jawapan di atas kurang tepat. Kita perlukan satu lagi nilai untuk menentukan produk yang paling menguntungkan.
Nilai ini dikenali sebagai conversion rate atau kadar pertukaran. Apabila 100 orang memasuki kedai/website jualan kita, jika terdapat 10 orang yang membeli, conversion rate adalah bernilai 10%.
Manakala jika 100 orang melihat produk A dan hanya 1 orang membeli. Conversion rate produk A adalah 1%.
Jika 100 orang melihat produk B dan 10 orang membeli produk B Maka conversion rate bagi produk B adalah 10%.
Jadi produk manakah yang lebih menguntungkan ???
Produk A. Keuntungan RM 20. Conversion rate 1%.
Produk B. Keuntungan RM 5. Conversion rate 10%.
Ya anda betul. Produk B merupakan produk yang lebih menguntungkan bagi perniagaan anda.
Saya ulangi, katakan 100 orang memasuki kedai anda. Produk A akan menyumbang RM 20, manakala produk B akan menyumbang RM 50. Maka Produk B lebih menguntungkan berbanding produk A.
Ini adalah satu pembelajaran yang sangat penting bagi setiap usahawan yang menceburi bidang peruncitan, servis dan penjualan online. Kita dapat meningkat keuntungan dengan mengetahui perkara ini.
Perangkap : Ada sesetengah usahawan berfikir, adalah baik jika meletakan produk yang paling tidak laku di tempat yang hadapan dan meletakan produk yang paling laku di tempat tersembunyi. Ini adalah taktik yang salah bagi perniagaan kecil.
Apa yang saya dapat sesudah mengenalpasti produk yang paling menguntungkan ?
Jika anda mempunyai kedai - letakkan produk yang paling menguntungkan ini ditempat yang paling strategik dan dilihat oleh ramai orang.
Jika anda menyediakan servis - perkenalkan servis yang paling menguntungkan kepada pelanggan anda.
Jika anda membuat jualan melalui website - pastikan anda promosikan produk yang paling menguntungkan di tempat yang strategik di website anda.
Semakin ramai orang melihat produk itu, semakin ramai orang yang akan membeli. Semakin banyak anda akan membuat keuntungan. Semakin banyak wang perniagaan anda.
Mulakan hari ini, kenalpasti produk jualan anda yang paling menguntungkan, letakan di tempat yang paling ramai orang melihat, tingkatkan jualan dan tingkatkan keuntungan perniagaan anda.
Salam Perniagaan.
Shahabudeen Jalil
15 May 2009
Kuala Lumpur
Dipetik dari http://www.shahabudeenjalil.com/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tima kasih shahbudin jalil... |
|
|
|
|
|
|
|
aku ada nak ulas sikit.. tp nak kuar makan dulu.....
tp ayat berterabur la..... |
|
|
|
|
|
|
|
aiyak, ayat aku berterabur ke? minta maappppp.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #4 Hiven's post
ayat aku nanti laaaa.... aku ada nak ulas sikit je... pasal keuntungan tu... nanti la... sambil2 makan nih... huhuh |
|
|
|
|
|
|
|
10q hiven...akanku jdkan panduan.... |
|
|
|
|
|
|
|
kesimpulannya, produk yang paling menguntungkan adalah produk yg paling laku...aaaa...betul ker kesimpulan saya nih? |
|
|
|
|
|
|
|
produk menguntungkan = (conversion rate x keuntungan ) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 Hiven's post
Tima kasih HIven .. ini persoalan yang amat penting .... |
|
|
|
|
|
|
|
hiven, walaupun produk tu paling menguntungkan dari segi dollar and cent, how about the return of investment.
says, kita sewa kedai 1000sqft, pada harga $1,000.00....atau $1 for 1sqft.
dan barang A walaupun untung $20 per unit, mungkin kedai tersebut hanya boleh simpan 100 unit sahaja so maybe $20 x 100 = $2,000
dan barang B walaupun untung $5 per unit, mungkin kedai tersebut hanya boleh simpan 1000 unit so maybe $5 x 1000 = $5,000
ada satu formula utk Pricing strategy yang merangkumi storage (dlm retail barang yg demand tinggi adalah barang yg paling menguntungkan), how and when we use the magic number i.e.$19.90 or 78.80 ect, COS, tax, promo, packaging dsbnya..
hiven, bukalah thread pricing startegy, tentu menarik untuk dikupas isu2 atau tip2 lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 hazel23's post
Ini pon satu perbincangan yang lebih mendalam ...
Dahulu saya pernah terbaca satu kertas kajian tentang kepentingan sistem pengurusan stock untuk supermarket/kedai runcit .... point penting yang saya belajar dari situ ...
1) supermarket perlukan jenama yang variety untuk tingkatkan jualan dan % conversion tu .. lagi banyak variety .. lagi laku
2) tetapi ruang supermarket adalah terhad .. jadi tidak boleh letak terlalu banyak produk dari satu jenama ...
3) di sinilah kelebihan sistem pengurusan stock .. letak 1001 jenama .. tapi kuantiti barang yang dipamerkan bagi setiap jenama mestilah sedikit. Tapi bila stok habis boleh refill balik dengan segera supaya customer tak keciwa ... |
|
|
|
|
|
|
|
Salam,
Pricing sepatutnya tak boleh bertitik mula dari modal. Ini adalah konsep yang salah.
Ada orang beli barang RM 10, then gandakan jadi RM 20 dan jual. Ini salah.
Sepatutnya pricing ini akan bermula dari harga market barang ini di pasaran. Untuk mengetahui ini kita kena buat survey.
Mungkin barang RM 10 tadi boleh dijual dgn harga RM 30.. ataupun mungkin RM 15. Yang perlu adalah kita mengetahui harga market barangan kita itu.
Dengan ini kita dpt membuat keuntungan yang lebih dan tidak merosakan market dalam masa yg sama. |
|
|
|
|
|
|
|
berapa peratus keuntungan baru dikatakan biz itu berbaloi utk diceburi? 10%? 15%? 20%? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sudutgamat at 18-5-2009 06:36
berapa peratus keuntungan baru dikatakan biz itu berbaloi utk diceburi? 10%? 15%? 20%?
Peratus untung yang dimaksudkan itu dikira bagaimana .... kadang2 orang silap kira ... ade 2 cara
( harga_jual - kos ) / kos = % return
( harga_jual - kos ) / harga_jual = % margin
Kalau return 100% .. dari segi margin ia menjadi 50% .. tak sama ...
Kalau anda tanya saya .... margin 30% pon ok ... tapi ini bergantung kepada produk ...
Kalau barang-barang commodity spt Milo/Beras .... dapat margin 7-15% pon dah cukup..
Kalau barang2 yang special .. takde competitor .. dapat margin 50% pon boleh ...
Kalau pakaian saya dengar margin 30-50% tu biasa ... ? Betul ka ... ? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by hazel23 at 17-5-2009 23:31
hiven, walaupun produk tu paling menguntungkan dari segi dollar and cent, how about the return of investment.
says, kita sewa kedai 1000sqft, pada harga $1,000.00....atau $1 for 1sqft.
dan ...
apa yang hazel katakan best untuk dikupas lebih lanjut....sebenarnya apa yang hazel katakan dapat dirangkumkan kepada dua perkara...yang pertama ialah Activity Based Costing (ABC) dan yang kedua ialah Just noticable differences (JND).....dalam activity based costing....segala urusan costing dikira mengikut, ruang, masa, tinggi, dll unit ukuran...sebab itulah kita lihat kenapa cina ada kedai besar tapi di dalamnya ada 4 kedai yang berbeza....kenapa? sebab katakan kedai dia besarnya 1000 kaki persegi...tetapi selepas menggunakan ABC di mendapati bahawa tahap optimum untuk mendapatkan pulangan adalah pada keluasan 250 kaki persegi....jadi setiap kaki persegi selepas itu hanya akan mendatangkan pulangan yang sama...jadi apa dia buat...dia sewakan 750 kaki persegi yang lain kepada orang lain....mungkin kepada 3 pekedai yang lain....sudahle dia dapat untung dengan menjual barangan dikawasan 250 kaki persegi , kemudian ditambah lagi dengan untung menyewakan baki 750 kaki persegi.....selalunya melayu berniaga kedai besar betul tapi kosong...sedangkan jika dia gunakan hanya suku atau setengah ruangan tersebut, dia dah boleh maximizekan wealth dia.....
part 2: JND
itulah yang dinamakan pricing style 19.99, 19.90..dll...dan juga dari segi brand name sepert pensonic, adibat, ubibat, apin dan ipon, .....dia hampir nak sama dengan market leader......ingat yer hampir sama dengan market leader......bukan hampir sama dengan market follower.....katakan market leader dalam handphone ialah nokia...jadi orang yang membuat brand name nokiaa akan mendapat tempias...tetapi orang yang mempunyai brand name m-mobilee tidak akan merasa untung sebab m-mobile(nama ori) adalah bukan market leader, dia hanyalah market follower...sebabtulah kita nampak banyak sangat brand name sekarang yang nama hampir sama dengan brand name market leader....
sekian melaporkan |
|
|
|
|
|
|
|
who decide "end user pricing"?
manufacturer? importer? retailer? or INVENTOR?
sebab margin adalah satu skop yang luas, dalam islam selagi tak menindas, tak per, ada akad cukup.
dalam perniagaan secara general, selagi pelanggan sanggup membayar harga tersebut dah ok.
cuba jadi inventor, menjual barang yg orang lain tak der jual lagi, so boleh control margin sendiri.
suker kupas isu dgn lebih berilmiah macam ni, sumer tak kedekut ilmu, tak kiralah background masing2.. nanti keluarlah sumer jargon2 NPL, KDNK ect ect ect.. ini boleh mendedahkan forumer lain kpd perkara2 yg kekadang kita anggap tak penting dan tak payah praktik tapi bila jumpa pelanggan dan cakap2 macam ni, benda2 macam nilah yg impress pelanggan.
nak suggest kita ramai2 buat satu program "pricing strategy" ajak usahawan2 lain join, carilah tempat murah2, dan cajlah ikut kepala. AMACAM?
anyway, hiven, thumbs up for opening this thread. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Hiven at 15-5-2009 16:33
Bagaimana Mengenalpasti Produk Yang Paling Menguntungkan ?
.
banyak bergantung pada jenis perniagaan dan jugak jenis produk yang dijual..
to me produk yg paling menguntungkan adalah produk yg memberikan pulangan yang paling tinggi
disamping memerlukan pre sales and post sales support yang paling minima... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #15 thedude\ catat
miss tak penah buat kira2 mcm ni.. patutlah miss asyik rugi jekk miss tak pandai lagi uruskan kewangan.. barang habis tapi duit nak rolling tak de.. tapi miss tak berapa faham sgt lah.. (maklumlah bukan basic peniaga) miss ni 0 knowlegde meniaga tapi nak meniaga... just gamble jekk.. pening jugak baca fomula2 ni ek.. ringkasan untuk mudah paham leh bagi tak wahai teman2ku yg baik budiman... miss dah buntu... tak pandai buat pengurusan duit ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by hazel23 at 18-5-2009 10:12
who decide "end user pricing"?
manufacturer? importer? retailer? or INVENTOR?
sebab margin adalah satu skop yang luas, dalam islam selagi tak menindas, tak per, ada akad cukup.
dalam per ...
tempat nak murah aku takde hal...boleh guna dewan universiti...free pun....cuma apa content yang orang nak |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|