CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1949|Reply: 6

Taubat Palsu

[Copy link]
Post time 15-5-2009 07:22 PM | Show all posts |Read mode
Manusia memang tidak boleh terlepas daripada berbuat dosa. Kalau tidak dosa terang-terangan, kita terlibat dengan dosa-dosa yang tersembunyi. Kalau tidak dosa lahir, kita terlibat dengan dosa-dosa batin. Kalau tidak dosa yang kita sedar, kita terlibat dengan dosa-dosa yang kita tidak sedar. Kalau tidak dosa-dosa besar, kita terlibat dengan dosa-dosa kecil.
Dosa-dosa kecil ini pula, kalau kita kekalkan dan kita anggap ianya kecil, ia menjadi dosa besar. Kecualilah bagi para rasul dan nabi yang maksum, yang dosa-dosa mereka itu telah sedia diampunkan oleh Tuhan.
Dosa berlaku bila kita berbuat maksiat dan kemungkaran, dan bila kita melanggar perintah Tuhan sama ada kita tinggal apa yang Tuhan wajibkan ataupun kita buat apa yang Tuhan haramkan.
Maksiat dan kemungkaran ialah pintu manusia terkeluar dari rahmat dan kasih sayang Tuhan. Pintu untuk kembali kepada rahmat dan kasih sayang Tuhan ialah Taubat. Taubat ialah satu anugerah Tuhan kepada manusia supaya manusia yang terbuat salah dan dosa, tidak berputus asa. Taubat adalah jalan bagi mereka menyucikan diri dan kembali semula kepada Tuhan.
Kaedah bertaubat berbeza-beza dari umat ke umat. Bangsa Yahudi yang menjadi pengikut para Nabi dan Rasul yang terdahulu terpaksa membunuh diri sebagai syarat untuk bertaubat dari dosa-dosa besar. Untuk bertaubat, mereka perlu keluar pada malam yang gelap-gelita di tempat yang sunyi dan menikam diri mereka hingga mati. Mati itulah syarat taubat mereka diterima Tuhan. Justeru itu, tidak ramai yang sanggup bertaubat kerana syaratnya terlalu berat. Hanya mereka yang betul-betul menyesal sahaja yang sanggup berbuat demikian.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-5-2009 07:23 PM | Show all posts
Bagi kita orang Islam dan umat Rasulullah, cara untuk bertaubat sangat mudah. Inilah sebahagian dari rahmat dan berkat Rasulullah. Syaratnya hanyalah:
* Menyesal
* Berhenti dari berbuat maksiat berkenaan
* Berazam jangan diulangi lagi
* Kalau dosa itu melibatkan orang lain, kena minta ampun dari orang tersebut terlebih dahulu
Oleh itu, ramailah orang-orang Islam yang bertaubat kerana syaratnya sangat ringan dan mudah. Hari-hari orang Islam bertaubat. Ada yang bertaubat berpuluh-puluh, beratus-ratus bahkan beribu-ribu kali seumur hidup mereka. Ini sangat berbeza dengan bangsa Yahudi di zaman dahulu. Mereka hanya boleh bertaubat sekali sahaja dalam hidup mereka kerana apabila sudah bertaubat mereka terpaksa membunuh diri. Inilah juga punca kedengkian dan sakit hati para Iblis dan Syaitan terhadap umat Rasulullah.
Sebegitu kerasnya mereka berusaha sepanjang masa tanpa rehat untuk menipu, menyesatkan dan menjerumuskan umat Rasulullah ini ke dalam kancah maksiat dan kemungkaran, semua dosa itu akan terhapus hanya dengan sekali taubat sahaja. Justeru itu, sebegitu ramai umat yang iblis dan syaitan telah jauhkan dari rahmat dan kasih sayang Tuhan, seramai itu pula yang kembali kepada Tuhan dengan bertaubat. Kerana taubat itu dipermudahkan bagi umat Rasulullah.
Namun, walaupun bertaubat itu mudah, di pintu taubat itulah iblis menunggu untuk menipu kita supaya taubat kita tidak diterima Tuhan. Bahkan dia sentiasa berusaha supaya taubat kita bukan sahaja tidak diterima Tuhan malahan akan menjauhkan lagi kita dengan Tuhan. Apabila kita bertaubat dengan penuh penyesalan, digalakkannya lagi dan didorong-dorongnya hingga kita terasa di hati kita yang dosa kita telah terhapus. Hingga kita terasa sudah tidak berdosa lagi. Hingga kita terasa diri sudah bersih dan suci dari dosa. Rasa tenang, rasa aman dan rasa selamat dengan taubat kita itu hingga hati kita berkata-kata:
揇ah bertaubat ni, tenang rasa hati
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2009 08:20 PM | Show all posts
ALLAH MENERIMA TAUBAT SETIAP MASA

daripada abu musa al-asy'ari, nabi saw bersabda, sesungguhnya Allah azzawajaalla menghulurkan tanganNya ( bersedia menerima taubat) pada waktu malam agar orang yang melakukan kejahatan pd waktu siang bertaubat, dan Allah menghulurkan tanganNya pada waktu siang agar orang yang melakukan kejahatan pada waktu malam bertaubat, sehinggalah matahari terbit dari barat'

riwayat muslim
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2009 09:41 PM | Show all posts
bertaubat tiap2 hari le mcm tuh...InsyaAllah.............
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2009 09:54 PM | Show all posts
yes bertaubat hari2 itu lah sebaiknya walau pun kita rasa tak buat dosa sebenarny ada dosa yang kita tak perasan kita buat..solat taubat ni amalan orang2 yang soleh
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2009 11:59 AM | Show all posts
jika kamu mengikuti kebanyakan manusia dimuka bumi ini nescaya mereka menyesatkan kamu dari jalan Allah, mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka dan mereka tidak lain hanyalah berdusta
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-5-2009 12:15 PM | Show all posts
aku rase nak nangis je..
lemahnye aku ni sebagai manusia..
aku nak elak dari buat salah secara zahir pon susah..
inikan pula yang batin..
memang mencabar hidup kat dunia akhir zaman nih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 10:18 AM GMT+8 , Processed in 0.040659 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list