CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2335|Reply: 6

Bekerja Sendiri atau Memiliki Perniagaan ?

[Copy link]
Post time 20-5-2009 02:59 AM | Show all posts |Read mode
Anda bekerja sebagai apa ?

Jika ditanya soalan ini kepada usahawan, ada yang menjawab "bekerja sendiri" dan ada pula yang menjawab "memiliki perniagaan".

Ramai yang tidak sedar bahawa terdapat perbezaan antara keduanya. Saya bawakan cerita pendek untuk saya menerangkan perbezaan antara keduanya.

Perniagaan Menjual Air ke Kampung Kontang

Di sebuah perkampungan yang kontang, dua orang rakan (Sobri dan Talib) mendapat idea untuk menjual air ke kampung ini. Jarak sumber air dan kampung ini agak jauh. Jadi jika mereka dapat menjual air kepada penduduk kampung ini. Sudah tentu mereka akan menjadi kaya.

Talib memulakan perniagaannya dengan membeli 2 tong air. Setiap hari Talib akan mengangkat air dari sumber air dan menjualnya di kampung Kontang. Talib sangat gembira dengan perniagaannya kerana Talib mendapat wang setiap hari hasil dari jualan ini. Talib merasa puas kerana dia bekerja sendiri.

Sobri pula berfikir lebih panjang. Sobri merancang untuk membina paip dari sumber air ke kampung Kontang. Dia berusaha keras untuk ini selama 2 tahun. Sepanjang tempoh 2 tahun ini. Sobri menghadapi begitu banyak masalah dan berusaha menyelesaikannya satu persatu. Sobri mempunyai matlamat untuk menjual air kepada kampung ini secara berterusan.

Setelah 2 tahun, Talib masih lagi mengangkut air dari sumber air dan menjualnya kepada penduduk. Walaupun kini Talib mempunyai ramai orang pekerja untuk mengangkut air ini, tetapi dia perlu bekerja setiap hari untuk mendapat pendapatan.

Setelah Sobri menyiapkan paip air ini, dia menjual air ini dengan harga 50% lebih murah berbanding Talib. Sobri juga dapat membekalkan air ini 24 jam sehari tanpa perlu mengangkut air dari sumber. Air mengalir secara berterusan melalui paip yang dibinanya.

Penduduk kampung Kontang mula berduyun-duyun membeli air dari Sobri.

Apa kita dapat dari cerita ini ?

Kita dapat lihat dengan jelas, apa perbezaan antara bekerja sendiri dan memiliki perniagaan. Walaupun kedua-duanya kelihatan sama tetapi sangat besar perbezaannya.

Walaupun Talib kelihatan seperti 'bekerja sendiri' tetapi hakikatnya dia bekerja untuk orang ramai dan tidak mempunyai kebebasan. Jika air tidak dijual, maka tiada pendapatan.

Sobri pula adalah orang yang 'memiliki perniagaan'. Memiliki perniagaan bererti kita mencipta satu mesin membuat pendapatan dan kita menguruskan mesin ini untuk kekal relevan.

Adakah anda bekerja sendiri atau memiliki perniagaan ?

Tanya diri anda soalan ini. Jika anda bekerja sendiri, fikir bagaimana untuk memiliki perniagaan. Memiliki perniagaan bererti kita berusaha untuk mencapai tahap kebebasan kewangan dengan memberi khidmat yang terbaik untuk pelanggan kita.


Salam Perniagaan


Shahabudeen Jalil
20 May 2009
Kuala Lumpur

http://www.shahabudeenjalil.com/ ... -atau-memiliki.html
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2009 07:50 AM | Show all posts
good article hiven...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2009 11:58 AM | Show all posts
terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2009 01:25 PM | Show all posts
Sobri dan Talib patut berbincang dan bekerjasama
find a win-win situation.. sebahagian keuntungan harian Talib bisa membantu kos projek Sobri
dan mengurangkan initial capital outlay Sobri.. atau boleh digunakan sebagai modal tambahan untuk mempercepatkan projek itu... dari 2 tahun jadi setahun contohnya...

in return harga air tidak perlu diturunkan terlalu rendah kerana competitor dah jadi partner...

aku charge consultancy fee jer..... org kg pun happy dapat air cepat....
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2009 03:28 PM | Show all posts
pandangan dari sudut berbeza:

Be the owner in a shareholder's mtg,
at any other time we are just workers.......... ??
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2009 03:51 PM | Show all posts
kedua2nya adalah berniaga... tp salah seorang adalah USAHAWAN...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-5-2009 05:53 PM | Show all posts
ni macam cite pablo and bruno jek..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.177650 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list