CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10255|Reply: 25

Titanic : Mangsa Akhir Terselamat Meninggal Dunia

[Copy link]
Post time 2-6-2009 06:54 AM | Show all posts |Read mode
Mangsa terakhir Titanic meninggal


MILLVINA DEAN bergambar bersama artifak Titanic di London pada 1994.

LONDON - Millvina Dean, mangsa terakhir yang terselamat dalam tragedi kapal karam RMS Titanic, meninggal dunia pada usia 97 tahun, lapor sebuah akhbar semalam.

Wanita berkenaan masih seorang bayi apabila dia diselimut dengan sehelai guni sebelum dipindahkan ke sebuah bot keselamatan semasa Titanic tenggelam di Lautan Atlantik Utara pada 1912.

Rakannya, Gunter Babler berkata, Dean menghembuskan nafas terakhir sewaktu sedang tidur kelmarin.

Dia meninggal dunia di Southampton, England yang merupakan kawasan penempatan asal keluarganya sebelum mereka menaiki Titanic untuk berhijrah ke Amerika Syarikat (AS).

Kata Babler, kematian wanita itu disedari oleh seorang jururawat yang merawatnya.

Dean dimasukkan ke sebuah hospital kerana mengalami radang paru-paru minggu lalu tetapi dibenarkan pulang setelah doktor-doktor berpuas hati dia beransur sihat.

Wanita itu hanya berusia dua bulan ketika Titanic berlanggar dengan sebuah bongkah ais pada 14 April 1912 dan karam dalam masa kurang daripada tiga jam.

Dia merupakan antara 706 penumpang kapal Titanic yang terselamat manakala bapanya adalah salah seorang dari 1,517 mangsa yang maut dalam tragedi tersebut. - AP


******************************************************************************************

..hopefully banyak la cerita2 dari milvina ni sebelum dia meninggal
yang dapat dikumpulkan... takut habis sejarah begitu saje -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2009 07:12 AM | Show all posts
die ni ke yang berlakon titanic dulu??
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2009 08:20 AM | Show all posts

Reply #1 dexa's post

cerita apa yang dapat dikumpulkan?? dia baru berusia 2 bulan time tu. kalau ada cerita yang diceritakan pun tak dapat nak dipercayai 100% sebab bayi 2 bulan apa yang dia ingat..
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2009 08:21 AM | Show all posts
cemana dia nak citer

masa titanic tu karam dia baru umur dua bulan
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2009 08:23 AM | Show all posts
citer nenek ni mengarut ajer....citer titanic tu pun dah jadi fantasi pengarah daa..bukan berdasarkan cerita sebenarnya....
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2009 08:49 AM | Show all posts
cerita yg korang tengok kt wayang tuh mengarut jer...bodoh betul betul...nenek nih baru jer 2 bulan time tuh..jalan cerita wayang nih direka untuk menambah keseronokan...aper da...itu pun tak bleh pikir
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-6-2009 08:51 AM | Show all posts

Balas #6 baksamakmu\ catat

die baby ajaib?? bole ingat semua mende kot....
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2009 11:04 AM | Show all posts

Balas #7 zairizain\ catat

aku sokong..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2009 12:06 PM | Show all posts
aku sokong
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2009 04:24 PM | Show all posts
Originally posted by hairiliza at 2-6-2009 08:20

cerita apa yang dapat dikumpulkan?? dia baru berusia 2 bulan time tu.kalau ada cerita yang diceritakan pun tak dapat nak dipercayai 100% sebab bayi 2 bulan apa yang dia ingat..


masa titanic karam, memang usia dia baru 2 bulan... tapi lepas2 tu tak mustahil kalau ada 'gathering' ataupun perjumpaan sesama survivor titanic... kalau dah ada gath, mesti dok citer pasal kapal titanic tu sendiri, kejadian titanic karam & camne derang leh terselamat, kan... pastu citer tu akan dipass2 & dikongsi2 sesama derang...

jadiknye... kalau la gath/perjumpaan tu pernah ada & millvina ni dah besar (tahap yg boleh ingat apa yg diceritakan oleh yg lain2 tu) ,  tak mustahil la millvina ni jugak leh pass-downkan citer tu kepada sedara/family dia jugak

lagipun, aku rasa mungkin millvina ada/sentiasa contact dgn orang yg jaga/pegang dia masa kat dalam bot keselamatan tu... so tak mustahil jugak orang tu sendiri yg citerkan kat millvina ni camne dia diselamatkan & keadaan masa tu

mungkin tu la yg dimaksudkan dgn pembuka thread ni...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2009 04:36 PM | Show all posts
aku sokong
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2009 08:06 PM | Show all posts

Reply #10 niq's post

betul.fikirlah sikit.takkan itupun tak faham.tahu condemn saje.masa nenek tu membesar, dia dapatlah cerita-cerita zaman dulu dari yang lebih tua.orang-orang tu dah tak ada, nenek itulah yang patut turunkan cerita tu sebelum dia meninggal.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2009 07:46 AM | Show all posts
Originally posted by mala0n at 2-6-2009 08:21
cemana dia nak citer

masa titanic tu karam dia baru umur dua bulan



memang umur dia dua bulan
tapi sebab dia tu part of the history -
yang lain terselamat tu dan dia sendiri
mesti ada berjumpa - bila dia membesar
dia mesti nak find out apa berlaku
dan orang2 yang terselamat tu harus cerita pada dia
(cuz dia di sana juga even only a baby)
those people yang dah cerita pada dia - dah mati semuanya -
dan saya percaya dia tahu cerita2 tentang kejadian di dalam
kapal malang ni - dan pass tu her relatives semua -
so - sejarah tak hilang - dan ada yang catat apa yang dia dah
ceritakan -

just as other history yang berlaku di mana2 -
ada guna sources pictures - ada guna sources cerita dari turun
temurun - dari bapa moyang semua yang masih kecil bila
sejarah2 tu berlaku -

tu maksud saya -

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2009 07:47 AM | Show all posts
Originally posted by temansejati17 at 2-6-2009 20:06
betul.fikirlah sikit.takkan itupun tak faham.tahu condemn saje.masa nenek tu membesar, dia dapatlah cerita-cerita zaman dulu dari yang lebih tua.orang-orang tu dah tak ada, nenek itulah yang patu ...


thanks ts -
itulah maksud saya -
appreciate yang explanation -
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2009 07:48 AM | Show all posts

Reply #10 niq's post

ah.. thanks -
tu la maksud saya lebih kurangnya -
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2009 07:58 AM | Show all posts
erm ........
titanic ............
nice movie
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2009 09:54 AM | Show all posts
pjg jgk umur die kan?

smpai 97thn jgk....

hmm, titanic... citer romantik yg i paling suke
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2009 01:54 PM | Show all posts
drg ni mmg camtu.. suke suki je nk trus hentam org.. ape punye pe'el la.. hmmh.. peliks..
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2009 02:55 PM | Show all posts

Reply #18 ryani83's post

agaknya budak baru akhil baligh kot fikir singkat
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2009 03:36 PM | Show all posts
ske tgk cte titanic....touching btul..tambah2 scene ending tuh....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 02:02 AM GMT+8 , Processed in 0.050299 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list