|
Salam...
Maaf MOD dah seach topik tapi tak jumpa so bukak topik baru..
Mohon pendapat daripada semua otai2 usahawan kat sini...bagaimana nak letakkan harga borong pada sesuatu barang...
Contohnya, harga beli RM50 dan market pricenya pulak RM150-180...so kalau kita nak jual secara borong berapa peratus nak mark-up??
Maaflah kalau soalan ni ala-ala budak baru belajar...tapi sebab abby tak ada pengalaman jual secara borong...tu yang minta pendapat orang...
Barang dibeli kat Jakarta so pastinya ada kos flight etc...
Lagi satu better jual secara borong @ retail??
Terima kasih daun keladi... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 abby_nemo2's post
Harga perlulah mengikut harga semasa ... cuba survey di kws anda .. berape harga market ...
tinggi sgt tak boleh nanti customer rasa tak puas hati .. murah sgt pon takleh nanti rosak market ...
tapi kalau ada special .. bolehlah letak tinggi sikit dari harga market ... kalo kualiti sedikit rendah dari kualtiti market .. letaklah harga rendah sikit ...
Pemborong perlu beri margin yang baek untuk retailer .. bila retailer untung .. anda juga untung ... |
|
|
|
|
|
|
|
hm...kalau ikut dari saya nyer prinsip harga yang bakal diletakkan tidak akan melebihi dari harga
asal..... contohnya .
pensil harga 70 sen saya akan jual dengan harga 1.20
that mean keuntungan bersih tidak melebihi seganda harga barang tersebut.
ini cara saya.. terpulang gak pada individu tersebut.......
kalau boleh campur harga tu dengan lain2 perbelanjaan |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 mastikaratu's post
Ia bergantung kepada pasaran semasa ..... bergantung juga kepada jenis produk/servis ...
Sepanjang saya meniaga ... paling tinggi margin saya pernah dapat ialah 75% .. maksudnya
kos $1 harga jualan $4 ..
paling rendah pulak margin 13% .... kos $1 harga jualan $1.15 sahaja ...
Mesti survey dulu harga pasaran semasa sebelum letak harga ... tidak ada rules tertentu .. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 abby_nemo2's post
PERSEN KEUNTUNGAN YANG DIBENARKAN SYARAK
Soalan; Berapa persen dari harga belian yang boleh kita ambil untung setelah kita menjual barang. Secara tunai berapa persen dan secara hutang berapa persen. Contohnya barang yg kita beli itu RM10.00 berapa persen yang kita boleh dapat semaxsima keuntunganya.
Jawapan;
Dr. Muhammad Bakr Ismail (salah seorang ulamak dari al-Azhar, Mesir) menjelaskan dalam buku himpunan fatwanya (Baina as-Sa-il Wa al-Faqih, Syeikh Dr. Bakar Ismail, hlm. 108); 揟idak ada di dalam Islam batasan tertentu bagi keuntungan (yang harus diambil dalam perniagaan atau jual-beli) mengikut pandangan yang paling soheh dari para ulamak Islam. Peniaga hendaklah menetapkan harga mengikut kadar yang diredhai olehnya dan juga diredhai oleh pembeli. Ini kerana akad jual-beli terbina di atas saling redha-meredhai antara penjual dan pembeli sebagaimana firman Allah; 揥ahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara saling redha-meredhai di antara sesama kamu |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by abby_nemo2 at 8-6-2009 12:50
Salam...
Maaf MOD dah seach topik tapi tak jumpa so bukak topik baru..
Mohon pendapat daripada semua otai2 usahawan kat sini...bagaimana nak letakkan harga borong pada sesuatu barang...
...
pendapat miss pulak.. kalo kita nak jadi pemborong... rasanya persen naik skets jekk... yang penting pembeli membeli secara pukal atau quantity yang banyak.. still untung juga.. mcm style cina... penah dorang share ilmu sket ngan miss.. katanya.. "amoi.. biar kita untung skets... tapi barang cepat habis boleh cepat ganti barang2 baru, orang suka barang2 baru ma.. nanti orang cari kedai you..."
hehehe kadang2 miss pk betul jugak kata apek ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by abby_nemo2 at 8-6-2009 12:50
Salam...
Maaf MOD dah seach topik tapi tak jumpa so bukak topik baru..
Mohon pendapat daripada semua otai2 usahawan kat sini...bagaimana nak letakkan harga borong pada sesuatu barang...
...
Harga borong yang ditetapkan harus merangkumi segala kos yang terlibat untuk barang tersebut (kos product+transportation dan pelbagai lagi). Eg. kos flight you katalah RM1000, you ambil barang 1000 pcs, maknanya kos flight untuk satu barang adalah RM1/pc.So your product dah jadi RM51.00/pc.Begitulah untuk lain2 kos terlibat.Since you kata harga market dalam RM150-180, pada pendapat sayalah, harga borong you tak boleh lebih dari RM75-80 sahaja.Sebab you kena bagi ruang margin yang baik untuk retailers yang akan ambil barang dengan you.Kalau profit margin terlalu kecil, retailers tak sanggup/tak boleh nak jual, so barang you yang bertimbun tu sapa nak beli?? Sebagai pemborong, profit margin you diatas satu2 barang kecil sedikit berbanding jualan retail, tetapi you harus ingat jualan you berasaskan volume yang besar dan bukannya satu dua piece saja seperti retailers. Sales/Revenue you lebih cepat berbanding retailers dan ianya mempengaruhi cashflow yang mana amat penting untuk perjalanan bisnes yang lancar dan future growth.
Jualan borong atau retail mana lebih bagus?
You boleh buat dua2 kalau you mahu.Tapi you kena ingat satu undang2, harga retail you harus sama dengan market.Contohi pemborong Cina, dia boleh jual borong dan retail. Kalau retail dia kata RM150 satu. Harga borong RM 75 satu tapi kena beli 10,contohnya.Jangan rendahkan retail price you dari market sebab you akan rosakkan market, bila jadi begini,retailers akan lari dan niaga product lain.Bila retailers lari,you tahu apa akan jadi.... |
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih di atas semua pandangan...setakat ni apa yang boleh disimpulkan...
1) Sebagai pemborong, anggaran untuk mark-up harga lingkungan 30%
2)Sebagai pemborong jugak, dengan % yang sikit, retailers boleh untung lebih sikit dan pemborong dapat jual banyak n cepat n boleh ambil lagi barang2 yang baru..
3)Pemborong jugak boleh jual runcit dengan syarat harga mesti sama dengan market...
Lagi....lagi...sapa boleh share ilmu yang ada.... |
|
|
|
|
|
|
|
abby_nemo2,
bagus awak buka topik ni... saya pun tengah tercari-cari info bagaimana nak tentukan harga borong... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #10 yayazz\ catat
Sebab baru nak berjinak-jinak dengan dunia pemborong...tak tahu berapa harga nak letak...kot terlebih karang..retailer x berminat...bile terkurang pulak, kita yang rugi...
Tu yang bukak topik ni supaya sama2 boleh share info...especially dari otai2 pemborong macam Tuan Sinar...Tuan Hiven...dll lah... |
|
|
|
|
|
|
|
Tak ada sapa2 yang boeh share info lagi??? |
|
|
|
|
|
|
|
1. ingat storage cost - kalau sewa tempat sebulan RM1000/-, dan tempat tu boleh simpan maksimun 1000 pcs barang yg nak simpan tu, so 1 barang kos simpanan sebulan $1.
2. berapa lama pulak PLC nya -(product life cycle), berapa lama nak carry product tu - sebulan? 6 bulan? 12 bulan?. kalau nak simpan 3 bulan - kena add in kos storage $1 x 3 bulan = $3, awak kena tau juga kos2 lain, cth labor, utilities ect ect ect..
3. apa terms awak dgn retailer / dealer? COD? consignment? 30 hari? - so berapa lama awak punya pulangan - utk cash flow...
4. apa terma awak dgn manufacturer /off factory- utk cash flow jugak...
5. berapa break even awak pulak? so awak tau berapa byk patut awak jual borong atau retail atau terus pada end user pada jangka waktu yg ditetapkan untuk mendapat semaksimum untung yg awak nak
6. dalam 100% kuantiti awak tu, brapa % yg awak confident boleh terjual, pada harga DP (dealer price) atau RP(retail price), dan berapa % yg awak rasa tak bole nak move.
cth 1000 pensil kuantiti utk 3 bulan - sewa 3 bulan @ 3k, kos product 1000 @ 1k, untung 3 bulan @ 2k - so awak perlu let go barang2 tu dlm masa 3 bulan at 6k = NOW, pegang 6k ni
now katakanlah 20% end user, 75% dealer, 5% (50 pensil) tak leh move -
so 6k puncanya adalah dari 950 pensil - dimana harga awak jadi 1 pensil @ ($6000/950) = $6.30 (ingat - ini sudah masuk untung awak yg 2k diatas) dan ini lah harga untuk dealer awak.
so kalau awak nak dealer awak untung 30% - so awak kena decide harga end user pada $6.30 + 30% = $7.60.
dan kalau awak dpt jual (95% to dealer) 950 pensil tu @ $6.30 = $5,999.00 -
atau kalau ikut formula atas - (20% end user) 200 pensil @ $7.60 = $1,520
dan (75% dealer) 750 pensil @ $6.30 = $4,725 = so total awak = $6,245 (so $245 tu remeh temeh nak jual pada end user)
atau 95% pada end user = 950 pensil @ $7.60 = $7,220 ($1,220 tu remeh temeh nak jual pada end user)
dan ingat awak masih ada 50 pensil yg tak leh move - dapat cover kos, dan boleh dijadikan bahan promosi.
8. saya juga cadangkan awak jumpa brother sifu sinar dan berguru lah dgn dia di leha kelfood...
good luck!! |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Baru je ym dgn sifu....
Anyway...tq for all the info.... |
|
|
|
|
|
|
|
pandangan saya, penetapan harga borong ni depends kita sendiri yg nilai apa yg telah kita lakukan thd sesuatu barangan jualan yg hendak kita dagangkan, contoh kita jual baju dr indonesia kan, kita nilai , apa kah dr mula kiita labur duit ke sana, beli, bawa balik, bayar cukai dsb, pastu kalau jual online, paparkan dlm internet dll, adakah berbaloi dengan apa yg kita buat hanya sekadar nak ambil untung yg serendah sebagaimana yg org kehendaki?
kalau modal rm50, pasaran rm150, kalau anda jual rm150, takkan nak jual borong rm55 shj kan, berbaloi kah dengan tatacara yg telah kita buat utk mendagangkan sesuatu brg itu? |
|
|
|
|
|
|
|
15# ctredzuan
kebiasaannya bisnes yg macam ni bukan betul2 bisnes.. dan kononnya nak lawan harga... tp tak bertahan lama... kehadiran org mcm ni utk menghangatkan suasana sahaja... dan rosakkan persaingan sihat... |
|
|
|
|
|
|
|
Minat nak jadi pemborong ni... Tapi apakan daya... mesti modal besar... Ada ke peluang nak jadi pemborong tapi modal kecik? say bwh 5k? |
|
|
|
|
|
|
|
Bg idea mod? Kalau boleh saya tak nak potong line org lain... hehehe... nak lain dr yg lain... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|