CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2059|Reply: 14

maksud bacaan solat...

[Copy link]
Post time 9-6-2009 02:18 PM | Show all posts |Read mode
salam kawan2..
sape tahu makne2 bacaan dlm solat...bleh share?
saya rasa if saya tahu makne2 bacaan,bleh lebih kusyuk kan..

thanks...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2009 02:27 PM | Show all posts
Originally posted by salju_mutiara at 9-6-2009 14:18
salam kawan2..
sape tahu makne2 bacaan dlm solat...bleh share?
saya rasa if saya tahu makne2 bacaan,bleh lebih kusyuk kan..

thanks...



awak beli buku panduan solat..byk jual kat kedai2 buku mukmin @ minerva..kat mydin pun ada..buku tu ada makna bacaan solat..siap ngan bacaan arab dirumikan utk orang2 yg x pandai mengaji..
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2009 02:27 PM | Show all posts

Reply #1 salju_mutiara's post

Wa alay kum Salam Wa Rahmatullah  

Makna Bacaan Dalam Solat

Allah Maha Besar  

Doa Iftitah

Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri
dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
sesungguhnya solatku, Ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah
dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilahkami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakannikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukanjalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk

Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud

Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud

YaAllah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlahdarjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku danmaafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal

Segalapenghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahteraatas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahterake atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksibahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanyaMuhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atasNabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir

Segalapenghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahteraatas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahterake atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksibahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanyaMuhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atasNabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan keatas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad danatas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan ataskeluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpujilagi Maha Agung.

Doa Qunut

Ya Allah,berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkausejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkaupimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikanpadaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkautetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dantidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripadaEngkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkatEngkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkausahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkautetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allahrahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganyadan sahabat-sahabatnya.

"wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu...namun tak pula aku sanggup keNerakamu....kami lah hamba yangmengharap belas darimu ."ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yangbertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua ibubapa kami .dosa semua umat2islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2009 02:28 PM | Show all posts
tak try cari buku2 pasal cara2 mendirikan solat ke?
dlm buku2 tu slalunya ada disertakan sekali bacaan dan maksudnye...
bole je nak bincang kat sini...
tp if ade bukunya skali lagi la elok...leh bace setiap mase, setiap ketika...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2009 02:58 PM | Show all posts
time kasih kawan2...
sy dah save yg mawlay bg tuh...
insyaAllah kalau sy fahamkan betul2, solat sy lebih jelas n kusyuk..
time kasih byk2..
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2009 03:07 PM | Show all posts

Balas #3 Mawlay\ catat

good info

tp leh x letak link or source watsoever dr mana dpd maklumat ni..lebih afdallll
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-6-2009 03:28 PM | Show all posts

Reply #6 hyie's post

Bolehh lupa plak nak letak   ...

ni linknya >>>>>>>http://alyadina.blogspot.com/200 ... an-dalam-solat.html

[ Last edited by  Mawlay at 9-6-2009 15:29 ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2009 03:31 PM | Show all posts

Reply #5 salju_mutiara's post

Afwan Ya sadiq
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2009 03:35 PM | Show all posts
Alhamdulillah..... best kalau dpt hafap semua sekali dalam bahasa kan!!!
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2009 07:16 PM | Show all posts

Reply #9 zamnie's post

kalau belajar arab boleh faham maksudnya.. dalam solah kita boleh tau maksudnya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2009 04:54 PM | Show all posts
best la pulak join sini..baru je join...kawan2 sume bagus n pantas...cepat jwb soklan sy..thank u..
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2009 06:03 PM | Show all posts
ust zaharudin ada anjurkan kursus solat seperti nabi...blh semak website dia tgk bila next

baru ni dpt info ust zawawi anjurkan kursus smart solat utk remaja dan dewasa..blh dpt info dari radio ikim kerana website nya hari tu bila saya called masih diperbaiki
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2009 10:00 AM | Show all posts
eeeiiiissssshhhhh
awat la jadi cam ni nuuuuu

ADA PLAK "SMART SOLAT!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

adakah solat itu utk manusia????
atau saje saje jeeee?????
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2009 11:08 AM | Show all posts

Balas #13 orangbesi\ catat

sebab zaman sekarang kena bagi nama-nama canggih.  karang bagi nama..."belajar solat" boleh jadi macam kelas budak kecik belajar solat.  untuk orang tua, kena bagi canggih sikit, baru kot ada semangat nak join kelas.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2009 12:05 PM | Show all posts
Originally posted by sunsuria at 12-6-2009 18:03
ust zaharudin ada anjurkan kursus solat seperti nabi...blh semak website dia tgk bila next

baru ni dpt info ust zawawi anjurkan kursus smart solat utk remaja dan dewasa..blh dpt info dari radi ...


bagus juga...
dah dapat website nanti,inform yee....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 06:07 AM GMT+8 , Processed in 0.048047 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list