View: 2372|Reply: 15
|
boleh ke wrna kan rmbut???????
[Copy link]
|
|
boleh ke ikut islam wrna kan rmbut.................kalu boleh bg tau aku nama produk yg aku boleh gunakan:hug: |
|
|
|
|
|
|
|
bleh kaler... guna inai. |
|
|
|
|
|
|
|
knape nak color..da ade uban ker.. |
|
|
|
|
|
|
|
pewarna rambut tu maybe dr bahan halal
tp, mewarnakan rambut ttp haram
kecuali mewarnakan ngan inai
inai skang ni kan ada byk kale jugak dah
ko bancuh je la..pastu sapu kat rambut
kalau rajin, baca kat sini
http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf
[ Last edited by fariepari at 10-6-2009 15:12 ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by EssoBt8 at 10-6-2009 14:26
boleh ke ikut islam wrna kan rmbut.................kalu boleh bg tau aku nama produk yg aku boleh gunakan:hug:
wajib ke warnakan rambut? |
|
|
|
|
|
|
|
slalunye org akan warnakan (inai) rambut utk menutup kecacatan kat rambut...(cth: uban) |
|
|
|
|
|
|
|
x de la ...aku saja2 nk pakai |
|
|
|
|
|
|
|
credit to zaharudin.net
SOALAN
Mewarnakan Uban dengan warna hitam yang disahkan halal oleh JAKIM. Apa hukumnya?
JAWAPAN:
Ulama telah bersepakat mengharuskan mencelup warna rambut dari warna hitam ke warna lain seperti merah dll, samada dengan inai dan apa jua pewarna yang dibenarkan syarak. (Rujuk Al-Fatawa al-Hindiyyah, jld 5,ms 359 ; Al-Istizkar, Ibn Abd Al-Barr , jld 27, ms 85 ; Mughni al-Muhtaj, As-Syabini, jld 1, ms 191 ; Kassyaf al-Qina', Al-Bahuti, jld 1, ms 77)
Mereka semua berdalilkan dengan hadith-hadith riwayat An-Nasaie, At-Tirmidzi, Ahmad, dan Muslim. Hampir kesemuanya mempunyai sanad hasan dan shohih dengan perawi yang thiqah. Demikian menurut Imam Al-Haithami dalam kitabnya Majma' az-Zawaid dan Imam As-Syawkani dalam Naylul Awtar.
Bagaimanapun ia diikat dengan syarat berikut :-
1- Pewarna tersebut bukannya jenis yang kekal, jika tidak ia dikira mengubah ciptaan Allah SWT yang diharamkan.
2- Menggunakan pewarna yang suci dan halal.
3- Tidak mengakibatkan mudarat terhdp kesihatan individu. Seperti Kanser, kekeringan rambut dan merapuhkannya, atau allergi ataupun mudasrat terhdp janin dll akibat bahan kimia pewarna tadi.
4- Memutihkan rambut iaiatu dengan mengikis warna hitamnya dengan tujuan utk menghasilkan warna baru rambut yang lebih cantik, adalah makruh. kerana ia menukar ciptaan asal Allah.
HUKUM MENCELUP UBAN PUTIH KE HITAM
Ulama telah berbeza pandangan dalam hal ini seperti berikut :-
1. Makruh
Ia adalah pandangan Mazhab Maliki, Abu Hanifah, sebahagian ulama Syafie seperti Imam Ghazali, Al-Baghawi.
Tetapi kiranya ia dibuat untuk tujuan menakutkan musuh di dalam peperangan ia adalah HARUS.
Dalil mereka :
a) Sabda Nabi SAW : "Tukarlah ia (warna rambut, janggut & misai ) dan jauhilah dari warna hitam" (Shohih Muslim)
b) Berkata Ibn Umar ra : "Kekuningan pewarna para mukmin, kemerahan pewarna para Muslimin, Hitam pewarna puak Kuffar" (Riwayat At-Tobrani, Al-Haithami)
c) Nabi SAW bersabda : "Barangsiapa yang mewarnakan rambutnya dengan warna hitam, nescaya Allah akan menghitamkan wajahnya di akhirat kelak" (Al-Haithami, bagaimanapun Ibn Hajar berkata seorg perawinya agak lemah, bagaimanapun rawi tersebut diterima oleh Imam Yahya Mai'en dan Imam Ahmad)
d) Dalil aqal, ia dikira suatu penipuan.
2. Haram
Ia adalah pandangan Mahzab Syafie. Dikecualikan kiranya utk jihad. Mereka berdalil dengan dalil kumpulan pertama tadi.
3. Harus tanpa Makruh
Ia adalah pandangan Imam Abu Yusof dan Ibn Sirin.
Dalil mereka :
a) Sabda Nabi SAW : "Sebaik-baik pewarna yang kamu gunakan adalah warna hitam ini, ia lebih digemari oleh isteri2 kamu, dan lebih dpt menakutkan musuh" (Riwayat Ibn Majah, bagaimanapun ia adalah hadith Dhoif)
b) Diriwayatakan bhw sahabat dan tabi'ein ramai juga yang mewarnakan rambut mrk dengan warna hitam. Antara Sa'ad, ‘Uqbah bin ‘Amir, Az-Zuhri dan diakui oleh Hasan Al-Basri. (Lihat Fath al-Bari, Majma' az-Zawaid dan Tahzib al-Athar oleh At-Tabari)
Suka disebutkan di sini setiap mazhab mempunyai dalil masing-masing yang tidak dpt disebutkan kesemuanya di sini, demi meringkaskan tulisan ini.
Kesimpulan Hukum
Akibat terdapat zahir hadith dan athar yang bertembung antara satu sama lain, maka fuqaha mengambil jalan membuat takwilan bagi menggabungkan hadith-hadith ini. Ia seperti berikut :
a) Hadith larangan adalah menujukan kepada larangan penipuan umur yang tua akibat tua dan uban maka dihitamkan bagi kelihatan lebih muda. Tidak kira dari kalangn lelaki mahupun perempuan. Ia dilarang oleh Islam.
b) Adapun hadith yang mengharuskan adalah dalam keadaan dan sebab2 yang diiktiraf oleh syarak, seperti perang bagi menakutkan musuh, ataupun ia tidak mengandungi unsur penipuan, seperti merawat penyakit dll.
Ust Zaharuddin Abd Rahman
Irbid, Jordan
18 Jun 2003 |
|
|
|
|
|
|
|
more info to share
Fatwa Mufti Negeri Sembilan berkenaan Hukum Mewarna Rambut
1. Sunat :
Mewarnakan rambut kerana uban dengan apa-apa warna selain dari warna hitam.
2. Harus :
a) Mewarna rambut dengan warna hitam untuk tujuan jihad.
b) Mewarna rambut bagi isteri dengan warna hitam untuk tujuan berhias bagi suami.
3. Makruh :
a) Mewarna rambut supaya kelihatan seperti orang soleh.
b) Memutihkan rambut dengan apa juga bahan bagi tujuan untuk kelihatan tua atau mendapat kedudukan dalam masyarakat, atau diterima percakapannya.
4. Haram :
a) Mewarna rambut dengan warna hitam kecuali sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 2(a) dan (b).
b) Mewarna rambut sehingga menyerupai (tasyabbuh) perlakuan orang bukan Islam. |
|
|
|
|
|
|
|
aku cume kaler rmbut ngan syurah je sbb aku yakin dgn status halalnya..tambahan pulak ia diperbuat dari inai..better syurah dari brand2 import lain mcm loreal,garnier..lg pulak aku pakai tudung kat luar..aku cume tayang rmbut berkaler2 aku ni kat umah je..huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau saya tak yah buat jer...
menambah kerja hehe...
lagipun kan dah cantik ciptaan allah tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau saje2...x yah wat la tuan umah.. |
|
|
|
|
|
|
|
haah..kalo saje2 tayah la buat..bukan chantek pon..ape yg da mmg ade kat diri kite ni dah terbaik dah..
tp dulu ade ustazah tme skolah mngengah ckp..kaler rambot ni..mandi wajeb tak sah..
sebb air smyg tu tak masok kt rmbot..lebih kurg cmtu la..
jd bygkan jela..kalo dah mandi wajeb taksah.cmane la nan semayang n ibadah len..
:eh na tnye:
inai ade mcm2 warne ke?bukan hitam je?hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
15# za8da
jawapan ustazah tuh sama dengan ustaz yg bagi kursus haji tempohari....
kate ustaz tu dulu....sembahyang dan mandi wajib tak sah....
sbb air tak dapat mengalir ke dalam rambut..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|