View: 5986|Reply: 6
|
Krisis Selatan Thailand: Airmata, Darah dan Jenazah -
[Copy link]
|
|
Selatan Thai: Air mata, darah dan jenazah
Oleh HAFIZAHRIL HAMID
WARIS dan penduduk kampung melihat ahli keluarga
mereka yang mati ditembak pengganas.
KEJAM dan tidak berperikemanusiaan. Hanya itulah yang boleh dikatakan apabila melihat deretan mayat mereka yang sedang menunaikan solat Isyak ditembak dengan tidak berperikemanusiaan oleh beberapa orang lelaki yang bersenjatakan senapang automatik pada Selasa lepas.
Dalam kejadian yang berlaku di sebuah masjid di daerah Cho-ai-rong dalam wilayah Narathiwat, lima atau enam orang lelaki telah melepaskan tembakan terhadap sekumpulan jemaah yang sedang menunaikan solat Isyak mengakibatkan 11 orang terbunuh termasuk imam manakala 19 yang lain cedera.
Setelah hampir lima tahun selepas insiden Tak Bai yang mengakibatkan kematian 85 penunjuk perasaan beragama Islam dan dilihat sebagai satu daripada pencetus konflik di Selatan Thai, sekali lagi peristiwa menyedihkan sebegini berulang.
Namun kali ini ia lebih menyedihkan kerana berlaku ketika mereka ini sedang menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim dan akhirnya tanpa disangka-sangka terkorban tanpa mengetahui siapa dalang sebenar di sebalik tragedi ini.
Apa yang memusykilkan kejadian kali ini berlaku selepas Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva melakukan lawatan sehari ke negara ini pada Isnin lepas.
Lawatan tersebut yang juga merupakan yang pertama bagi beliau sejak menyandang jawatan tersebut pada 17 Disember tahun lepas walaupun singkat tetapi sangat bermakna.
Ini kerana fokus utama yang ditumpukan ialah isu di Selatan Thailand yang berlarutan sejak sekian lama malah beliau turut menyatakan kesungguhan untuk memperbaharui komitmen penyelesaian.
Pengakuan Abhisit bahawa kesilapan-kesilapan dasar berhubung masalah Selatan Thailand sebagai punca permusuhan menunjukkan keikhlasan beliau untuk memulihkan keadaan.
Janji beliau untuk mengambil pendekatan perdamaian dalam menyelesaikan masalah tersebut merupakan sesuatu yang dinanti-nantikan bukan sahaja penduduk di Selatan Thai tetapi majoriti penduduk negara ini yang sememangnya bersimpati dengan nasib mereka.
Namun sesungguhnya apa yang berlaku ini tidak memberi sebarang makna kepada pihak yang bertanggungjawab bertindak menembak orang Islam di dalam masjid.
Hanya sehari selepas lawatan Abhisit, mereka ini menunjukkan belang dengan menembak orang yang tidak berdosa dan sedang menunaikan ibadah tanpa sebarang tujuan yang jelas.
Tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab atau menyatakan apakah tujuan sebenar mereka melakukan tindakan serupa binatang ini.
Adakah mereka ini mahu mencabar kesabaran Abhisit dan pihak tentera atau apakah mereka ini sengaja mahu menghalang pembangunan dan keamanan di Selatan Thai dengan sentiasa mencetuskan keadaan panik dan huru-hara?
Ada yang menyatakan pihak tentera yang bertanggungjawab di atas kejadian ini. Tetapi pihak tentera menuduh ia dilakukan oleh pejuang Islam sendiri sesuatu yang mungkin dilihat agak dangkal memandangkan serangan ini dilakukan di dalam sebuah masjid yang dianggap sebagai kawasan suci oleh orang Islam.
Menuding jari
Terdapat cakap-cakap perkara ini dilakukan oleh kumpulan ekstremis Buddha malah tidak kurang juga yang menuding jari kepada kumpulan penjenayah. Secara teorinya perkara sebegini dilakukan bagi mengabui pihak keselamatan yang terlalu sibuk memantau keadaan maka perbuatan jenayah terutama pengedaran dadah boleh dilakukan tanpa sebarang pemeriksaan yang ketat.
Adegan tuduh-menuduh ini sememangnya sesuatu yang sudah dijangka dan akan terus menghantui penduduk Selatan Thai kerana setakat ini masih belum terdapat cara penyelesaian yang benar-benar kukuh bagaimana untuk mengenal pasti mereka yang terlibat serta kenapa mereka bertindak sedemikian.
Untuk pengetahuan umum, kejadian menyayat hati ini berlaku setelah lebih dua minggu sebuah mahkamah Thailand memutuskan bahawa tiada sebarang salah laku di pihak pegawai keselamatan dalam insiden di Tak Bai.
Panel dua hakim dalam inkues post-mortem membuat kesimpulan bahawa pegawai tentera dan polis bertindak mengikut undang-undang, menggunakan pertimbangan mereka untuk menangani keadaan yang mendesak dan melakukan yang terbaik berdasarkan situasi ketika itu.
Hakim-hakim yang bersidang dalam keputusannya menyatakan para pegawai hanya menjalankan tugas mereka dan mempunyai alasan kukuh bagi mengangkut lebih 1,000 penunjuk perasaan yang ditahan ke kem tentera di Patani atas sebab keselamatan.
Dalam kejadian yang berlaku pada 25 Oktober 2004, lebih 1,500 orang menyertai tunjuk perasaan di hadapan Balai Polis Tak Bai bagi mendesak pembebasan enam sukarelawan pertahanan kampung yang ditahan kerana disyaki membuat laporan palsu kepada polis membabitkan rompakan senapang patah yang dikeluarkan oleh kerajaan.
Polis menggunakan semburan air dan gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan, manakala peluru hidup ditembak ke udara dan ke arah orang ramai bagi menyuraikan tunjuk perasan itu yang mengakibatkan tujuh orang terbunuh.
Hampir 1,300 orang ditahan oleh pihak berkuasa dan mereka ini telah dipukul dan ditendang sebelum dimuatkan ke dalam trak serta diletak bertindih-tindih dan dihantar ke Kem Tentera Ingkayuthaborihaan. Sejumlah 78 orang ditemui mati dalam trak itu dalam kejadian yang berlaku dalam bulan Ramadan.
Pastinya keputusan mahkamah itu sukar diterima oleh ahli keluarga mangsa yang sekian lama mengharapkan pembelaan dan keadilan yang sewajarnya.
Sebelum itu satu lagi kejadian berdarah berlaku di wilayah Patani pada 28 April 2004 di mana sekurang-kurangnya 108 orang yang disyaki pejuang Islam yang bersenjatakan parang bertempur dan melancarkan serangan di beberapa balai polis dan pos keselamatan di wilayah Patani, Yala dan Songkhla.
Pertempuran yang berlaku selepas waktu subuh dan berlarutan selama sembilan jam itu berakhir di Masjid Kerisik (Krue Se) Patani dan disifatkan sebagai permulaan kepada permusuhan yang berlanjutan sehingga sekarang.
Sejak dari peristiwa Masjid Kerisik dan Tak Bai ini berlaku, keadaan di Selatan Thai kini tidak lagi sama seperti sebelumnya. Ada sahaja peristiwa berdarah dilaporkan hampir setiap minggu sama ia membabitkan penduduk tempatan yang beragama Islam, anggota tentera serta orang kebanyakan yang tidak berdosa..
Sesungguhnya satu jalan penyelesaian yang benar-benar berkesan dan memuaskan hati semua pihak terlibat perlu dicapai bagi menyelesaikan kemelut ini.
Janji-janji
Rakyat Selatan Thai tidak harus lagi dimomokkan dengan janji-janji manis kerajaan bahawa perubahan akan dilakukan bagi memenangi hati mereka.
Janji untuk menukar dasar di Selatan Thailand, bermula dengan soal pembangunan dan pendidikan selain ingin menjadikan pendekatan 'mesra rakyat Selatan Thai' sebagai langkah penyelesaian perlu dijadikan satu realiti yang sememangnya telah lama diidamkan mereka.
Perlu ada kejujuran dan keikhlasan dalam membantu masyarakat minoriti Islam di Selatan Thai ini kerana apa yang mereka mahukan hanyalah satu permintaan yang wajar sebagai seorang manusia yang tinggal dan menetap bersama rakyat keturunan lain di negeri negeri bertuah ini.
Jika sebelum ini sekalipun kejujuran itu ada, tindakan yang dilakukan adalah terlalu sedikit mengakibatkan usaha merawat luka yang parah menjadi sukar.
Oleh itu, tidak ada perkara lain yang lebih utama dalam menyelesaikan konflik di selatan Thailand melainkan pihak berkuasa harus berlaku jujur dan ikhlas kepada masyarakat di situ yang juga merupakan sebahagian daripada rakyat Thailand.
*******************************************************************************************
...dah beberapa hari baca pasal serangan di selatan thailand ini...
bila begini... bolehlah kita simpulkan juga sebab tu negara depa
tak pernah aman.. - sebab tu tak pernah makmor -
membunuh orang sedang sembahyang, musnahkan masjid -
sampai bila2 pun..thailand tak akan aman dan jadi tempat
orang berbunuh-bunuhan... mungkin juga balasan Allah pada
kekejaman orang2 mereka sendiri
[ Last edited by dexa at 14-6-2009 08:15 ] |
|
|
|
|
|
|
|
TERUS BERMANDI DARAH
PENDUDUK kampung membantu mengangkat seorang mangsa
yang cedera dalam serangan bom ke atas sebuah bas mini di Yala, semalam. |
|
|
|
|
|
|
|
Masyarakat Islam Thai sangsi
NARATHIWAT |
|
|
|
|
|
|
|
6 terbunuh di selatan Thailand
SUTHEP (duduk tengah) memakai kasut selepas mengunjungi masjid di Narathiwat semalam.
|
Isteri ketua kampung antara mangsa keganasan pemisah
BANGKOK: Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh dalam kejadian tembakan dan serangan bom berasingan di wilayah selatan Thailand selepas hampir seminggu kejadian serangan terhadap sebuah masjid yang menyaksikan 10 orang terbunuh.
Kejadian berlaku ketika Timbalan Perdana Menteri, Suthep Thaugsuban; Menteri Pertahanan, Prawit Wongsuwon dan komander tentera Jeneral Anupong Paojinda melawat wilayah selatan itu semalam bertujuan mempercepatkan siasatan terhadap kejadian tembakan di masjid yang membunuh jemaah ketika mereka sedang bersolat Isyak.
Dalam kejadian terbaru di Yala semalam, seorang penumpang wanita terbunuh manakala 13 yang lain cedera apabila dua lelaki menaiki sebuah motosikal melontarkan bahan letupan ke arah bas mini yang membawa pekerja, kata Leftenan Kolonel Wattanachai Chantimangkul.
Bas terbabit meninggalkan sebuah bandar di Yala apabila dua lelaki menaiki sebuah motosikal melontarkan bahan letupan ke arah bas berkenaan, membunuh seorang wanita dan mencederakan hampir semua penumpang kecuali seorang terselamat.
Juga di Yala, polis menemui mayat seorang lelaki berusia 36 tahun dan seorang wanita di tepi jalan tengahari semalam. Kedua-dua mereka dipercayai ditembak mati oleh pemisah.
Di wilayah berjiran, Narathiwat, seorang wanita berusia 31 tahun ditembak mati manakala yang lain cedera apabila sekumpulan lelaki bermotosikal melontarkan sebutir bom ke arah sekumpulan pelajar menyebabkan sekurang-kurangnya enam yang lain cedera.
Sementara itu pada malam sebelumnya, isteri seorang ketua kampung di Narathiwat ditembak mati apabila motosikal yang dinaiki bersama anak perempuannya diserang sekumpulan lelaki bersenjata.
Di Yala, seorang penduduk Islam berusia 19 tahun mati selepas ditembak ketika berada di rumahnya.
Timbalan perdana menteri, Suthep dalam lawatan beliau ke masjid di daerah Cho-Ai-Rong di Narathiwat di mana sekumpulan lelaki bertopeng melakukan serangan ketika penduduk sedang menunaikan solat Isnin lalu yang turut mencederakan 12 yang lain, meminta penduduk bersabar sementara kerajaan melakukan usaha untuk menangani keganasan di wilayah terbabit. � AP/AFP |
|
|
|
|
|
|
|
Abhisit umum dana khas majukan selatan Thai
BANGKOK |
|
|
|
|
|
|
|
Lagi serangan di selatan Thai
PATTANI - Anggota-anggota pemisah Islam meletupkan bom di selatan Thailand semalam menyebabkan seorang askar terbunuh, kata jurucakap tentera, Kolonel Parinya Chaidilok.
Dalam satu lagi letupan bom, sebanyak lapan orang cedera termasuk dua askar, dua anggota polis dan tiga kakitangan awam.
Sementara itu, anggota pemisah turut menembak mati seorang guru agama Islam dan rakan remajanya di wilayah Narathiwat. - Agensi |
|
|
|
|
|
|
|
Guru, remaja terbunuh di selatan Thai
NARATHIWAT, Thailand 30 Jun - Seorang guru beragama Islam bersama seorang remaja terbunuh, dipercayai dilakukan oleh pejuang pemisah Islam di wilayah selatan negara ini.
Guru sekolah berusia 25 tahun dan remaja berumur 19 tahun itu dikatakan ditembak oleh dua pejuang pemisah Islam, yang mengekori mereka sebaik mereka keluar dari sekolah petang dengan menunggang sebuah motosikal.
Polis menemui 25 kelongsong peluru senjata M-16 di tempat kejadian dalam serangan yang berlaku di wilayah Narathiwat, kata polis.
Kedua-dua mangsa merupakan mangsa terbaru serangan pejuang pemisah Islam di wilayah Yala, Pattani dan Narathiwat.
Guru-guru yang mengajar di sekolah-sekolah agama sering menjadi sasaran kerana puak pemisah menganggap Bangkok menggunakan sistem pendidikan untuk mengembangkan budaya Buddha di wilayah selatan. - AFP |
|
|
|
|
|
|
| |
|