View: 1977|Reply: 3
|
nk tanya mengenai puasa sunat
[Copy link]
|
|
salam semua,
ct ada kemusyikilan mengenai puasa sunat @ ganti, sekiranya kita sedang puasa, kalau ada yg ajak makan,sedangkan dia tatau kita sdg puasa, lebih afdhal kita berbuka @ kita teruskan puasa kita tu? ada yg bgtau kalau org ajak makan lebih besar pahala berbuka sedangkan kita sedang puasa [sunat / ganti]
minta pandangan ramai |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau anda berpuasa sunat dan ada orang mengajak belanja makan sedangkan dia tidak tahu anda berpuasa, untuk tidak mengecilkan hatinya牋anda boleh makan untuk meraikannya.<br />
<br />
Kemudian, sebagai menghormati puasa sunat anda itu, selepas makan dengan kawan anda itu, anda kekalkanlah tidak makan sehingga tiba waktu berbuka. Itu digalakkan walaupun ianya tidaklah boleh membawa kepada terpakainya puasa sunat anda itu sebagai puasa sunat.<br />
<br />
Kalau puasa ganti, kerana ianya wajib dikerjakan walaupun masanya flexible, sepatutnya kena cakaplah kat kawan anda tu yang anda sedang puasa ganti. |
|
|
|
|
|
|
|
kecik ke tak kecik ke... kalau member paham...die tetap akan paham...
erk paham ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 mejik's post
Benda ni memang tidak mustahil boleh berlaku.
Mak sendiri ka atau mak mentua ka sedia makanan sedap-sedap nak jamu makan tapi alih-alih kita kata kita puasa sunat pula, bimbang kalau-kalau boleh mengecilkan hati mereka...
Juga kekadang kita pergi rumah kawan atau saudara mara yang lama tak berjumpa atau baru berkenalan yang bersusah payah memasak makanan untuk kita tapi kita menolak atas alasan berpuasa sunat, kekadang boleh menimbulkan fitnah atau prasangka dsbgnya maka lebih baik kita makan yang mana ianya akan membuka peluang untuk menambahkan lagi keakraban kita dengan mereka melalui makan bersama-sama.
Pergaulan sesama manusia pun ada adab-adabnya dalam Islam jadi kenalah ambil peduli. Kalau kawan2 yang dah lama kenal atau selalu berjumpa mungkin tak menjadi masalah kita tolak.
Saranan supaya menghormati puasa kita itu dengan cara terus tidak makan sehingga matahari terbenam itu lebih kepada
amalan tasauf untuk mendidik hati.Kalau ikut hukum fekah, dah buka, boleh makan seperti biasa kerana puasa telahpun terbatal. |
|
|
|
|
|
|
| |
|