CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3580|Reply: 4

Katrina Kamilia [Astro Prima - Akan Datang]

[Copy link]
Post time 16-6-2009 09:52 AM | Show all posts |Read mode
Perpisahan sementara beri rahmat pada Elyana dan kekasih         
Oleh WAHIDA ASRANI

        
                                        Elyana

Ditanya tentang perkembangan karier seninya pula, kata Elyana, buat masa ini, dia baru saja selesai menjalani penggambaran drama bersiri Katrina Kamilia yang akan disiarkan di Astro Prima pada bulan depan.

Ujarnya, drama tersebut amat menarik kerana menyaksikannya membawakan watak yang cukup berbeza berbanding watak-watak yang pernah dibawanya sebelum ini.

"Saya memegang watak sebagai seorang kakak yang kejam...suka mendera. Dia juga seorang penggoda. Sebelum ini memang saya tidak pernah bawakan karektor jahat seperti ini. Adik saya di dalam drama ini dilakonkan oleh artis baru, Mira Liana.

"Penggambaran drama ini baru saja tamat. Memang ada tawaran lain yang datang, tapi saya ingin berehat sekejap buat masa ini di samping cuba selesaikan urusan berkaitan pertunangan.

"Saya tidak nafikan, rezeki dalam bidang lakonan nampaknya memang semakin mencurah-curah. Tapi saya suka terima satu demi satu 'job'supaya tidak hilang fokus," kata Elyana yang sedang di dalam perancangan untuk menghasilkan album terbarunya tidak lama lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2009 10:46 AM | Show all posts
tak sabar nak tunggu...saper hero drama ni eks...
elyana ni bukan jenis tamak dalam pilih job lakon..sebab tu bila ada citer yang dia berlakon, memang aku selalu nanti nantikan..dah la lakonan best!!!

anyway, saper tunang elyana???bisnesman sushi tu ka???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2009 10:58 AM | Show all posts

Reply #2 refleCtion's post

a ah

mamat mata sepet tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2009 03:53 PM | Show all posts
taksilap ai dah ada thread ni bagai?? ai yang buka..
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2009 03:55 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 07:59 AM GMT+8 , Processed in 0.242097 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list