View: 6879|Reply: 3
|
mengenai kitab majmu syarif
[Copy link]
|
|
Salam.
Seseorang telah hadiahkan saya kitab majmu syarif ni, tarjamah oleh Sunarto. MElalui pembacaan di internet, saya dapat tahu buku ni banyak yg bercanggah atau tidah menampilkan hadis2 yg sahih. APa yg perlu saya buat dgn buku ni? Atau kalu ada sesaipa yg ada info yg lebih pasal kitab ni,share lah dgn saya..
http://al-fikrah.net/ForumsPro/viewtopic/t=365.html |
|
|
|
|
|
|
|
Secara peribadi, kitab majmu' syarif amat berguna bagi saya untuk membantu hafal surah2 lazim seperti surah sajdah dsbgnya kerana ianya tidak perlu ada wudhuk utk dipegang dah mudah untuk dibawa ke mana-mana. Perlu diingat kenalah merujuk kepada Al Quran untuk mendapat bacaan sebenar tapi sebagai quick reference, majmu' syarif sangat berkesan.
Juga untuk reference kaifiyat solat jenazah, serta doa-doa yang indah-indah susunan bahasanya, termasuk doa kenduri arwah yang excellent (siap doakan imam mazhab, guru-guru sekali), doa selepas solat-solat sunat dan lain-lain, yang mana boleh juga dihafal sepenuhnya atau sebahagiannya untuk dibaca pada masa-masa yang lain juga.
Untuk pengetahuan anda, dalam kereta saya ada satu copy majmu' syarif terjemahan Sunarto yang sudah terlerai (kepada tiga bahagian, dah diguna 5 tahun +) dan masih lagi berguna sehingga hari ni, sayang nak dilupuskan, banyak benar kenangan saya dengan kitab itu masyaallah.
Anak-anak saya baru-baru ni pun minta dibelikan sorang satu kepada mereka kerana mereka mahu menghafal surah al Mulk yang diajar ustazah kepada mereka semasa kem ibadah tempoh hari dengan lebih senang, kerana mereka selalu melihat saya membaca dengan merujuk kepada majmu' syarif ketika travel.
Tentang cerita fadhilat tu yang dikatakan hadith dhaif & palsu danamalan2 ulamak yang tidak bernama, saya percaya rahmat Allah amat Besarsekali kepada hambaNya yang berusaha dan masing-masing kita ada pandanganperibadi dan sokongan2 dari guru-guru masing-masing tentang hal ini.
Wallahua'lam. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 always_typo's post
Terima kasih always atas pandangan dn nasihat anda. Saya org baru belajar jadi serba sedikit saya cuba dapatkna pandangan dn nasihat dari mereka yg berilmu. SAya akui buku ini senang utk di bawa kemana2 utk menghafal dn sebagainya cuma ada satu dua isinya yg agak mengelirukan. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #2 always_typo\ catat
salam....saya bersetuju dgn pandangan typo sebab saya juga ada menggunakan buku ini sebg panduan...mmg part yg fadhilat tu byk dipertikaikan, tetapi pada saya, klu ayat2 atau doa2 yg ada didlm buku itu tidak bercanggah dr akidah, tidak salah utk kita menggunakannya.
Utk makluman, yg jadi hangat sgt perbincangan berkaitan dgn buku ini, selain dr fadhilat2nya yg tiada dalil sahih, ialah 'Doa Kanzul Arasy'. Ini adalah kerana ada ayat dr doa tu yg bermaksud 'Isa ruh Allah'...itu lah yg tidak dpt diterima oleh sebhg kita. Byk yg diperdebatkan berkaitan perkara ini didlm forum2 agama yg lain...tp maaf, sy sendiri tak berapa pasti apa status debat tu skrg cuma yg saya dengar, maksud ayat tu bukanlah bermaksud secara 'direct' yg Nabi Isa tu adalah ruh Allah swt.
Wallahualam.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|