View: 5104|Reply: 3
|
Solat Jumaat Dan Rukun nya...
[Copy link]
|
|
Assalamualaikum....Minta sedikit penerangan lah daripada sesiapa yang lebih arif tentang detail Solat Jumaat dan rukun nya..
Khutbah pertama dan kedua...selawat ke atas nabi...azan 2 kali...mengangkat tangan semasa habis khutbah pertama..
dan doa qunut dlm solat jumaat...serta amalan2nya...dan setiap negeri di Malaysia memang berbeza teks jumaatnya? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 matahitamku's post
Rukun jumaat (bagi imam) :
1. Imam memberi salam
2. Azan (Menurut sunnah azan hanya sekali dan bukannya 2 atau 3 kali seperti yg dilakukan sekarang. Apa yang dilakukan skrg adalah yang berlaku pada zaman uthman kerana pada masa tersebut tidak ada pembesar suara. Jadi dilakukan 2 kali supaya orang Islam aware akan solat jumaat sudah nak bermula)
3. Bangkit untuk khutbah yang pertama.
4. Duduk
5. Bangkit utk khutbah kedua
(Khutbah sebaik-baiknya mempunyai puji-pujian terhadap Allah, dan disertakan ayat quran dan menjadi peringatan. Khutbah pertama sunnahnya adalah lebih panjang dari khutbah kedua.)
6. solat jumaat 2 rakaat.
Itu sahaja.
(ruj fiqh sunnah)
wallahualam |
|
|
|
|
|
|
|
doa qunut dlm solat jumaat
Doa Qunut ini adalah Qunut nazilah. nazilah bermaksud musibah atau kejadian yg
besar menimpa umat. Solat yg bisa dilakukan Nabi saw ialah solat
Subuh selama sebulan (HR Ahmad, nasa'iy, Ibn Majah, atTohawee dan
alBaihaqee dari Abu Hurayrah) dan solat Isya' dalam waktu 'atamah
(yg dilewatkan ke larut malam) HR Bukhari-Muslim.
Tidak ada riwayat baginda berqunut nazilah pada solat Juma'at. Namun
hadis Umum yg dikeluarkan oleh Abu Daud, bahawa Nabi saw berqunut
dalam solat-solat wajib (Juma'at termasuk solat wajib)...
satu lagi...keputusan qunut nazilah hendaklah datang dari
pemerintah/penguasa induk bukan keputusan sebuah mesjid sahaja.
wallahualam
[ Last edited by jagung at 19-6-2009 10:32 ] |
|
|
|
|
|
|
|
dan macam mana lak dengan hukum mengangkat tangan...perlu ke mengaminkan muadzin...atau berdoa secara sendiri...selepas khutbah pertama...tp ada negeri2 yg mengamalkan dan ada yg tidak.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|