View: 1567|Reply: 1
|
BerTuhankan Islam dan BerTuhankan Demokrasi!
[Copy link]
|
|
Hidayah itu hak Allah. Dia yang memberiNya kepada sesiapa yang Dia suka.Kita selaku manusia wajib
mencarinya, agar kita dapat berada pada jalan yang diredhai.Apa yang dimaksudkan oleh Allah SWT,
'Mereka meredhai Allah dan Allah meredhai mereka'
Allah SWT memberi hidayah kepada siapa yang Dia suka. Dia memberiNya berdasarkan KebijaksanaanNya.
Berdasarkan sangka baik terhadap Allah;perkara yang dituntut dalam Islam,sudah semestinya ada beberapa
ciri-ciri yang menepati Kehendak Allah maka diberinya hidayah itu kepada sesaorang itu. Maknanya,tidak kiralah
apa jenis dan dalam bidang (back ground agama ke atau sebaliknya) apa manusia itu, asalkan; dalam PertimbanganNya,
sesaorang itu menepati KehendakNya.
Saya beri contoh:
Saidina Umar;sebelum Islamnya dikatakan mengebumikan anak perempuannya hidup-hidup,mendapat hidayah
Allah.
Rabia'tul Adawiyah;sebelum Islamnya saorang perempuan kaberet,jugak mendapat hidayahNya.
Cat Steven,sebelum Islamnya saorang penyanyi,kaki perempuan dan peminum arak,jugak mendapat hidayahNya.
Kesemua nama-nama besar ini mendapat hidayah diluar dari lingkungan paksi agama Islam. Jadi,janganlah hendaknya sesaorang itu beranggapan bahawa mereka telah Islam maka mereka berada dalam hidayah. Ohh tidak begitu!
Hidayah ini adalah sesuatu yang diKurniakan oleh PenciptaNya dan diberikan kepada sesiapa yang Dia Suka tidak
kiralah sama ada dia didalam lingkungan paksi islam atau diluar Islam. Sempurnanya Islam sesaorang bergantung kepada Iman kerana Iman penyebab kepada sesaorang itu masih berada dalam lingkungan paksi islam atau sebalik.
Perkara ini(hidayah) tidak dapat direnungi kerana beberapa sebab iaitu kita jahil tentang itu,kita tahu tapi tidak menjaganya dan kita tahu tapi lalai dengannya.
Semua kita tahu perkara-perkara dalam Rukun Iman! Sempurnanya sesuatu Iman apabila terlaksana 3 perkara iaitu ucapan
dengan lidah (lisankan),Niat/ikrar dalam hati dan melakukannya dengan perbuatan. Penghalang kepada kesempurnaan Iman
ialah niat/ikrar dalam hati. Perkara ini berlaku kepada keluarga Yasir,sahabat Nabi.
Sebagai rumusan,Islam tidak akan sempurna jika Iman tidak sempurna dan Iman tidak sempurna jika 3 syarat itu tidak
sempurna. Pada pendapat saya,hidayah tidak akan masuk jika 3 perkara itu tidak sempurna.
Saya bagi contoh:
Cat Steven menyempurnakan 3 perkara yang saya katakan tadi sebelum diresapi oleh Iman dan seterus menjadi
seorang Islam. Maknanya telah sempurna lisannya,niat/ikrar dan perbuatannya iaitu usaha kearah Islam.
Penting:
Message yang hendak saya sampaikan ialah umat Islam atau manusia secara amnya berTuhankan bermacam
macam. Ada yang berTuhan Yang Esa,ada yang berTuhankan benda-benda,ada yang berTuhankan
manusia,ada yang berTuhan Ideology, ada yang berTuhankan Nafsu dan ada jugak yang berTuhankan 2 Tuhan;
kedua-duanya pun mereka nak;Tuhan Islam mereka nak dan Tuhan Demokrasi pun mereka nak.
Saya bawa kamu semua kepada perkara berTuhankan 2 Tuhan. Rata-rata kamu dapat lihat manusia yang dikatakan Islam itu mengambil 2 Tuhan sebagai cara hidup mereka. Mungkin mereka tidak sedar sepeerti mana yang telah saya sebut iaitu
kerana jahil atau tahu tapi tidak menjaganya atau tahu tapi lalai dengannya.
Siapakah yang boleh dijangkakan penganut-penganut 2 Tuhan itu?
Jawapnya,mereka ini kelihatannya seperti berTuhan Allah tetapi tindak-tanduk mereka menampakkan sebaliknya. Jadi,tidak
lah salah dikatakan mereka ini berTuhankan Tuhan Islam dan satu lagi Tuhan Demokrasi. Saya akan buktikan!
Allah Berfirman yang bermaksud umat Islam wajib berpegang kepada Islam(bohul yang satu) jangan berpecah-belah.
Seterusnya Allah Berfirman yang bermaksud hendaklah umat Islam itu bersatu-padu,jangan berpecah-belah.
Kenapa mereka tidak mahu bersatu-padu walhal perintah itu daripada Allah? Jawabnya,kerana Tuhan Demokrasi adalah
penyebabnya. Jadi apa keadaannya sekarang? Tuhan Islam pun nak dan Tuhan Demokrasi pun mereka nak!
Paling buruk sekali apabila ada usaha nak bersatu tetapi ditentang oleh manusia-manusia durjana. Perbuatan ini saya ingatkan berdasarkan Hadis Nabi iaitu:
Muslim: Dari Anas bin Maslik,katanya: Bersabda Rasulullah s.a.w.: "Barulah sempurna iman seseorang itu apabila cintanya kepadaku ( Siapa yang cinta kepadaku,dia sebentarnya cinta kepada Allah);(Kalau kamu cinta kepada dia(Rasul) maka ikutlah jalannya(Rasul) );( Agama Islam),melebihi dari cintanya kepada anaknya,bapanya dan sekalian orang lain."
Muslim: Dari Anas bin Malik,katanya: Bersabda Rasulullah s.a.w.: " Tidaklah sempurna iman seseorang dari pada kamu sebelum ia cinta kepada saudaranya (Umat Islam),kepada jirannya seperti cintanya kepada dirinya sendiri."
Pertanyaan? Mengapakah mereka ini tidak mahu kearah itu? Jawabnya kerana Tuhan Demokrasi! Apakah mereka ini berTuhankan Demokrasi? Ohhh, tidak! Mereka berTuhan Allah pada masa yang sama mereka jugak berTuhankan Demokrasi.
Tuhan Allah mereka nak dan Tuhan Demokrasi pun mereka nak.
Buktinya: Allah berfirman: Janganlah menyembah 2 Tuhan. Dia hanya Satu,oleh itu takutlah akan Daku!
Surah An Nahl Ayat 51
Buktinya: Firman Allah: Atau adakah sekutu-sekutu bagi mereka yang mengaturkan untuk mereka sebagai agama sesuatu yang Allah tidak izinkan.
Surah Asy-Syura Ayat 21
Jelaslah disini, tindak-tanduk manusia-manusia yang tidak mahu kepada kesatuan umat Islam mempunyai Tuhan lain selain daripada Allah. Apa dia? Mempunyai 2 Tuhan.
Wallahua'lam.
|
|
|
|
|
|
|
|
Topik saya mengenai orang-orang yang menyembah 2 Tuhan. Itu sebabnya saya katakan 'berTuhankan Islam dan berTuhankan Demokrasi'
Bukti Ayat 51 dari Surah An Nahl:
" Dan berkata Allah:'Janganlah kamu adakan 2 Tuhan! Tidak lain Dia,melainkan Tuhan Yang Tunggal. Maka kepadaKulah hendaknya kamu semua takut'."
Kita semua tahu bahawa Islam itu sempurna dan politik adalah salah satu daripada juzuk Islam. Sudah tentu amalan politik tidak boleh mengatasi apa-apa yang telah disyariatkan oleh Islam. Tambahan pula,amalan politik yang berlandaskan Demokrasi yang memperakui segala macam kemungkinan.
Tetapi,kita mesti ingat bahawa amalan Demokrasi itu mesti tunduk dan sujud dibawah tapak kaki Islam. Tidak boleh kita melebehi amalan Demokrasi itu daripada amalan Islam. Tidak boleh kita meletakkan amalan Islam terkebawah daripada amalan Demokrasi. Jika kita berbuat sedemikian maka kita telah berTuhankan Demokrasi daripada berTuhankan Islam.
Kenapa boleh jadi begitu? Ini kerana mereka yang belajar agama atau dari aliran agama mempelajari agama itu bukan kerana memperhambakan diri kepada Yang Maha Pencipta. Maka mempelajari agama itu tidak lebih daripada untuk mendapat segulung ijazah dan daripada itu mereka boleh menjawat jawatan yang bersangkutan dengan keagamaan.
Perkara ini boleh jugak disabitkan dengan orang-orang yang mempelajari jurusan akademik;membolehkan mereka menjawat jawatan seperti doktor,engineer dan sebagainya. Jadi,dimanakah perbezaannya? Jawapan kepada itu ialah HIDAYAH ALLAH SWT. Orang-orang yang mempunyai hidayah akan bertindak mengikut lunas-lunas syariat Islam tidak kira apa jurusan sekali pun mereka mempeluporinya.
Oleh itu,tindakan Nik Aziz mengenepikan perpaduan;amalan yang disyariatkan oleh islam,dan mengambil amalan Demokrasi sebagai penderiannya adalah sesuatu yang bertentangan dengan syariat Islam. Inilah yang dikatakan amalan Islam mereka nak,pada masa yang sama amalan Demokrasi yang bercanggah pun mereka nak. Maka, jadilah mereka ini dalam situasi dimana, Tuhan islam pun nak dan Tuhan Demokrasi pun nak. Inilah yang dinamakan 2 Tuhan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|