View: 1597|Reply: 4
|
Tanda-Tanda Cinta Kepada Allah
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by indah_iman at 25-6-2009 07:05
Salamualaikum..,harap bermanfaat.Harap dapat berbincang mengenainya..
Ramai orang berkata ia Cinta kepada Allah Subhanahuwa Taala. Katanya itu hendaklahdiuji sama ada tulen atau hanya palsu.
Ujian pertama ialah; Diahendaklah tidak benci kepada mati kerana tidak ada orang yang enggan bertemu dengansahabatnya. Nabi Muhammad saw bersabda;
[size=-1]"Siapa yang inginmelihat Allah, Allah ingin melihat dia."
Memang benar ada juga orang yang ikhlas cintanya kepada Allah berasa gentar apabilamengingat kedatangan mati sebelum ia siap membuat persediaan untuk pulang ke akhirat, tetapi jika betul-betul ikhlas adia akan bertambah rajin berusaha lagi untukmembuat persediaan itu.
Ujian kedua ialah iamestilah bersedia mengorbankan kehendaknya untuk menurut kehendak Allah dan sedaya upayamenghampirkan diri kepada Allah dan benci kepada apa sahaja yang menjauhkan dirinya denganAllah. Dosa yang dilakukan oleh seseorang itu bukanlah bukti ia tidak cinta kepadaAllah langsung tetapi itu membuktikan yang ia tidak menyintai Allah sepenuh jiwa raganya. Fudhoil bin Iyadh seorang wali Allah berkata kepada seorang lelaki;
[size=-1]"Jika sesiapabertanya kepada mu samada kamu cinta kepada Allah, hendaklah kamu diam kerana jikakamu kata: "Saya tidak cinta kepadaNya", maka kamu kafir dan jikakamu berkata, "Saya cinta", maka perbuatan kamu berlawanan dengankatamu."
Ujian yang ketiga ialahingat kepada Allah itu mestilah sentiasa ada dalam hati manusia itu tanpa ditekan ataudiusahakan benar, kerana apa yang kita cinta itu mestilah sentiasa kita ingat. Sekiranya cinta itu sempurna, ia tidak akan lupa yang dicintainya itu. Ada juga kemungkinan bahawa sementara cinta kepada Allah itu tidak mengambil tempat yangutama dalam hati seseorang itu, maka cinta kepada menyintai Allah itu mungkinmengambil tempat jua, kerana cinta itu satu perkara dan cinta kepada cinta ituadalah seperkara lain pula.
Ujian keempatkemudian menunjukkan adanya cinta kepada Allah ialah bahawa seseorang itu cinta kepadaAl-Quran, iaitu Kalam Allah, dan cinta kepada Muhammad iaitu Rasul Allah. Jika cintanya benar-benar kuat, ia akan cinta kepada semua orang kerana semuamanusia itu adalah hamba Allah. Bahkan cintanya meliputi semua makhluk, keranaorang yang kasih atau cinta kepada seseorang itu tentulah kasih pula kepada kerja-kerjayang dibuat oleh kekasihnya itu dan cintanya juga kepada tulisan atau karangannya.
Ujian kelima ialah iasuka duduk bersendirian untuk maksud beribadat dan ia suka malam itu lekas datang agardapat berbicara dengan rakan atau sahabatnya tanpa ada yang menggangu. Jika ia sukaberbual-bual di siang hari dan tidur di malam hari maka itu menunjukkan cintanya tidaksempurna. Allah berfirman kepada Nabi Daud,
[size=-1]"Janganlah terlampaukarib dengan manusia, kerana ada dua jenis manusia tersingkir dari MajlisKu: iaitu mereka yang bertungkus mencari ganjaran dan menjadi pemalas apabila mereka mendapatganjaran itu; dan mereka yang mementingkan diri mereka sendiri lalu melampauiaku. Tanda tidak redhanya aku ialah aku biarkan mereka begitu sahaja."
Pada hakikatnya, jika cinta kepada Allah itu benar-benar mengambil tempatseluruhnya didalam hati seseorang itu, maka cintanya kepada yang lain itutidak akan dapat mengambil tempat langsung ke dalam hati itu. Seorang dari BaniIsrael telah menjadi kebiasaan sembahyang di malam hari.
Tetapi apabila melihat burung bernyanyian di sepohon pokok dengan merdu sekali, diapun sembahyang di bawah pokok itu supaya dapat menikmati nyanyian burung itu. Allahmenyuruh Nabi Daud pergi berjumpa dia dan berkata,
[size=-1]"Engkau telahmencampurkan cinta kepada nyanyian burung dengan cinta kepadaKu, Martabat engkau dikalangan Auliya' Allah telah diturunkan,"
Sebaliknya ada pula orang yang terlalu cinta kepada Allah, suatu hari sedang iamelakukan ibadatnya kepada Allah rumahnya telah terbakar, tetapi ia tidak nampak dansedar rumahnya terbakar.
Yang keenam ialahibadatnya menjadi senang sekali. Seorang Wali Allah ada berkata,
[size=-1]"Dalam tiga puluhtahun yang pertama saya melakukan sembahyang malam dengan susah payah sekali, tetapi tiga puluh yang kedua sembahyang itu menjadi seronok dan lazat pula kepadasaya." Apabila cinta kepada Allah itu sempuna, maka tidak ada kesoronokanyang setandimg dngan keseronokan ibadat.
Yang ketujuh ialahorang yang cinta kepada Allah itu akan cinta kepada mereka yang taat kepada Allah danmereka benci kepada orang-orang kafir dan orang-orang yang derhaka kepada Allah. Al-Quran mnyatakan [size=-1]"merekaitu bersikap kasar kepada orang-orang kafir dan berkasih sayang sesama merekasendiri." Suatu masa, Nabi bertanya kepada Allah, [size=-1]"Wahai Tuhan, siapakahkekasihmu?" Terdengarlah jawapan,
"Siapa yangberpegang teguh kepadaKu seperti bayi dengan ibunya, mengmbil perlindungan denganMengingatiKu seperti burung mencari perlindungan disarangnya, dan yang marah melihatdosa seperti singa yang marah yang tidak takut kepada apa dan siapa pun." |
|
|
|
|
|
|
|
bila baca ni takut rasanya nk mati.
bkn pe amalan x cukup lg dan dgn hidup dlm zaman ni .
penuh dugaan dan cabaran yg harus ditempuhi
jika gagal neraka yg menanti. |
|
|
|
|
|
|
|
berdoalah semoge kite semua akan sentiase mendekatkan diri dgn allah |
|
|
|
|
|
|
|
Sebagaimana diriwayatkan didalam Shahih Bukhari, Rasul saw bersabda “idza ahaballah abdan qaala Li Jibril.. - jika Allah telah mencintai seorang hamba maka Allah berkata kepada Jibril, “wahai Jibril, Aku telah mencintai fulan”
maka Jibril turun ke langit dan mengumumkan kepada angkasa raya, berjuta – juta galaksi di langit dan kepada semua yang ada di langit dan di bumi. “Wahai penduduk angkasa raya, Allah telah mencintai fulan, maka cintailah ia”, jadilah seluruh debu, hewan dan tumbuhan mengenal hamba yang dicintai Allah dan kecintaan Allah kepada hamba itu terbit dengan sunnah dan tuntunan Sayyidina Muhammad Saw.
“In kuntum tuhibbunallah fattabi’uniy yuhbibkumullah” jika kalian mencintai Allah, ikutilah Nabi Muhammad Saw maka kalian akan dicintai Allah Swt.(QS. Ali Imran : 31.) |
|
|
|
|
|
|
|
Salam Tuan Umah dah balik..
Thanks for your statements u guys.Ni dik nak tanya..adakah riwayat hidup Rabiatul Adawiyah ni baik bg pengajaran tentang hal ni? |
|
|
|
|
|
|
| |
|