View: 2191|Reply: 9
|
'Jatuh Cinta' Faizal Tahir
[Copy link]
|
|
Sedia kongsi kisah cinta tragis Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
[email protected]
PENGARAHBesar SrC, Tan Su Loke (kanan) menyampaikan cenderahati kepada rossasambil diperhatikan Pengurus Besar Pemasaran hotlink, Lai Shu Wei padaSidang akhbar Konsert Cerita Cinta Rossa.
| Rossa buka peluang untuk peminat mengenalinya dengan lebih dekat pada konsert mini Sabtu ini
TIDAK hanya menghiburkan peminat dengan rangkaian laguberhantunya, penyanyi genit dari seberang, Rossa juga bersedia melayanapa saja soalan dikemukakan peminat yang hadir menyaksikan Konsert MiniCerita Cinta Rossa, Sabtu ini yang berlangsung di KL Live, Life Centre.
Pelantun lagu Terlanjur Cinta duet bersama Pasha Ungu itutidak mahu sekadar menghiburkan peminat tetapi mahu mengambil peluangkeemasan ini untuk mendekatkan lagi dirinya dengan pengikutnya diMalaysia.
Kata Rossa pada sidang media Isnin lalu, dia mahuhubungan intim terjalin antara dirinya dengan peminat di sini padakonsert itu nanti.
Penyanyi itu juga berkata, dia bersedia berkongsi denganpeminat jika ada antara mereka yang ingin mengetahui kisah keretakanrumah tangganya dengan pemain dram kumpulan Padi, Yoyo yang bukan lagirahsia.
“Saya mahukan sebuah konsert yang intim bersama peminat disini sebagai tanda penghargaan terhadap mereka yang muat turun lagusaya. Justeru, pada konsert itu nanti, saya akan berkongsi pelbagaicerita dengan mereka seperti kisah di sebalik lagu yang bakal sayadendangkan nanti. Bagaimanapun tidak semua lagu yang saya nyanyikan itumenyentuh kisah cinta saya sendiri tetapi juga cinta terhadap keluargadan sebagainya.
| Rossa.
| “Dengankapasiti 3,000 penonton yang mampu dimuatkan dalam Life Centre, sayaberharap dapat lebih dekat dengan peminat. Jika penonton mencecah lebih5,000 seperti konsert jelajah saya di tujuh kota di Indonesia, mungkinsulit sedikit untuk saya berbicara bersama mereka secara langsung.
“Saya tidak mahu wujudnya jurang antara saya dengan peminat,justeru mereka boleh mengajukan apa saja soalan kepada saya padakonsert itu nanti termasuk hal peribadi. Namun melalui pengalamanketika menjayakan konsert di daerah saya, peminat jarang bertanyakansoalan peribadi. Barangkali mereka faham dengan situasi yang menimpasaya justeru mereka tidak mahu mengungkit cerita yang boleh membuatkansaya berduka,” katanya yang bakal mendendangkan 18 buah lagu di dalamkonsert selama satu jam empat puluh lima minit itu.
Konsert Mini Cerita Cinta Rossa ini juga cukup istimewa tidakhanya kepada peminat di sini tetapi juga buat diri penyanyi itu sendirikerana setelah sekian lama dia akhirnya dapat menyanyikan laguTerlanjur Cinta bersama pasangan duetnya Pasha.
Dalam konsert jelajah tujuh kota yang dijayakan penyanyi itudi tanah air kelahirannya, Rossa berduet dengan penyanyi lain sepertiDelon, Ello, Bam (Samsons) dan Fadly (Padi) tetapi peminat di Malaysianyata bertuah kerana Pasha dapat menjayakan konsert ini.
'Jatuh cinta' Faizal Tahir
AKUI Rossa, dia selesa bersama Pasha kerana antara merekawujudnya ‘chemistry’. Mungkin kerana status berkahwin malah sama-samapernah melalui episod duka dalam rumah tangga serta memulakan karierpada waktu sama menjadikan mereka serasi. Dek kerana keserasian itu,mereka berdua juga tidak lari daripada menjadi bahan gosip mediaIndonesia yang mengaitkan kedua-duanya menjalin hubungan intim.
“Ada juga gosip membabitkan saya dan Pasha tetapi kemudianhilang dengan sendiri. Saya merasakan ada ‘chemistry’ bersama Pashayang tidak ada pada penyanyi lelaki lain kerana kami membesar di dalamdunia hiburan bersama. Dia sudah punya isteri dan anak, begitu jugadengan saya, mungkin kerana itu kami serasi. Tetapi tidaklah hinggamenjurus ke arah percintaan kerana saya sendiri masih lagi traumadengan kehidupan berumah tangga,” katanya.
Selain wujud ‘chemistry’ antara dirinya dan Pasha, Rossa jugatidak segan untuk mengakui minatnya terhadap penyanyi Faizal Tahir.
Katanya dia ‘jatuh cinta’ kepada Faizal sejak kali pertamadigandingkan bersama penyanyi itu ketika Anugerah Industri Muzik, malahdia juga amat menggemari lagu Coba milik Faizal.
“Jika punya peluang mengadakan mini showcase selepas ini,Insya-Allah saya akan mengundang Faizal Tahir untuk duet bersama. Sayamengagumi bakat dimiliki penyanyi itu, kualiti muziknya cukup bagus dankedengaran seperti muzik Barat. Saya juga cukup meminati lagu Cobamiliknya sehingga memutarkan berkali-kali di dalam kereta,” katapenyanyi genit itu.
Ceria dalam gundah
SIKAPNYA yang ceria dan senyuman yang tidak pernah lekang dibibir seakan-akan menggambarkan kehidupan yang dilalui penyanyi itucukup sempurna. Namun gundah di hatinya tiada siapa yang tahu.
Ditanya kenapa dia begitu terbuka bercerita soal keretakanrumah tangganya yang disemai hampir lima tahun bersama lelaki dicintai,jelas Rossa, siapa yang tidak sedih jika sering kali diajukan soalansama mengenai rumah tangganya tetapi dia hanya terbuka berbicaramengenai statusnya bukan permasalahan yang menjadi dalang dalam rumahtangganya dengan Yoyo.
“Siapa yang tidak sedih apabila media sering mengajukan soalansama mengenai kisah rumah tangga saya. Tetapi saya faham dunia senisememangnya begini. Bagaimanapun saya hanya bersedia mendedahkan statussaya kerana tidak mahu media terkejut jika tiba-tiba saya mengumumkanmengenai keretakan rumah tangga saya. Namun saya tidak bersedia untukmendedahkan permasalahan yang menjadi punca kepada keruntuhan rumahtangga kami.
“Orang mungkin melihat luaran saya yang ceria tetapi dalamanhanya saya yang tahu. Kehadiran cahaya mata Rizky Langit Ramadhan sertaibu yang setia menemani saya ke mana saja sedikit sebanyak menguatkansemangat saya untuk menghadapi semua ini.
“Cuma apa yang saya bimbangkan adalah perkembangan anak. Diamasih belum mengerti apa yang terjadi antara saya dan Yoyo, namun satuhari nanti saya pasti dia akan faham tetapi saya tidak mahu diamembesar tanpa kasih sayang seorang ayah. Justeru, saya tidak pernahmenghalang Yoyo untuk bertemu dengan anak bila-bila masa saja.
“Selain itu perkara yang paling membimbangkan saya adalahuntuk bergelar seorang janda kerana persepsi masyarakat yang seringmemandang rendah golongan itu,” katanya.
INFO: Rossa
Bagi mereka yang ingin menyaksikan konsert pertama Rossa,caranya cukup mudah. Mereka perlulah menjadi pelanggan Hotlink atauMaxis, kemudian muat turun lagu Rossa yang berharga RM5 dengan menaipGet Rossa1 dan hantarkan ke 29000 untuk mendapatkan dua tiket percuma.Tiket boleh diambil di Maxis i-Centre KLCC antara 25 hingga 26 Jun.Bagaimanapun tempat adalah terhad, pelanggan terpantas saja berpeluanguntuk menyaksikan konsert Rossa. |
|
|
|
|
|
|
|
suka duet faizal dgn rossa masa AIM hari tu... |
|
|
|
|
|
|
|
1# washere2
erk rasa dah byk kali rossa ckp suke lgu2 ft neh
ke dia ckp sekali tp wartawan yg tulis byk kali.. huhu |
|
|
|
|
|
|
|
wartawan lain2..Rossa cakp sekali je kot...maybe hr nie wartawan A tulis..esk wartawan B lak tulis..heheeee... |
|
|
|
|
|
|
|
tak ksah ler berapa kali rossa kata suka lagu2 faizal ....
yg penting dia suka kita pun suka ....qualitasnya mbak |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by washere2 at 25-6-2009 17:57
3# sharina_shah
rasanya hari tu masa duet di AIM dia diinterview, kali ni masa pelancaran mini konsert dia, aku rasa yang ni dia cerita sekali lagi, sebab ditulis dengan cerita2 lain termasuk keserasian dengan pasha...
P/S : ni online, dalam paper tajuk 'Jatuh Cinta' Faizal Tahir tu ditulis besar, macam berita berasingan, terkejut gak aku memula |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by toritonz82 at 25-6-2009 19:04
ot jap....
so....anak rossa Rizky Langit Ramadhan, tinggal ngan sape? Mak ker atau ayah dier? |
|
|
|
|
|
|
|
tinggal ngn rossa...datang KL nie pun dia bwak ank dia... |
|
|
|
|
|
|
|
2# pilahdelpia
sama..
mst teringat diorang berduet kalo dgr lagu terlanjur cinta.. |
|
|
|
|
|
|
|
harap ramai lagi penyanyi wanita luar jatuh cinta ngan faizal tahir.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|