|
Post Last Edit by Syd at 25-6-2009 10:11
Biar adil jika ramai isteriOleh Norhadiani Baharom
Rap | SETIAP kali mendengar jerkahan pengarah wanita berkaliber, Erma Fatima, 41, pasti membuatkan kru menggigil kepala lutut. Namun, bagi yang sudah biasa bekerja di bawah arahannya, adakalanya kata-kata Erma itu dijadikan bahan jenaka sehingga dia sendiri kembali tertawa setiap kali gelagatnya diajuk.
| Barangkali menyedari dirinya seorang yang teliti dan cerewet, sebab itu Erma lebih gemar mengetengahkan pelakon sama dalam drama, telefilem mahupun filem arahannya kerana lakonan mereka bukan saja sudah terbukti hebat tetapi kebal dengan setiap kritikan pedas.
Justeru,menerusi telefilem terbaru arahannya, Serpihan Laungan Takbir (SPT),Erma sekali lagi memperkenalkan adiknya, Umie Aida sebagai teraju utama termasuk sahabatnya, Betty Banafe serta beberapa pelakon lain, Nabila Huda, Rabecca Nur Islam dan Shukery Hashim (arwah).
Wartawan Rap sempat mengunjungi lokasi penggambaran telefilem terbitan Global Station Sdn Bhd itu pada 4 Jun lalu di kediaman produser sensasi, Raja Azmi Raja Sulaiman di Taman Ukay Perdana, Ulu Klang, Ampang, bagi meninjau sendiri pembikinannya.
Memulakan perbualan, Erma memaklumkan, penggambaran hari kelima itu hampir melengkapkan proses pembikinan SLT kepada 70 peratus.
"Pertamanya, saya mengucapkan terima kasih kepada Raja Azmi atas keizinan yang diberikan kepada kami menggunakan kediamannya sebagai lokasi penggambaran.
"Menyentuh kisah Serpihan Laungan Takbir ini, dapatlah saya simpulkan isu yang diketengahkan dalam telefilem ini lain daripada kebanyakan drama yang pernah dipaparkan melalui drama khas Aidilfitri sebelum ini.
"Lazimnya, topik anak derhaka menjadi isu yang sangat popular dan kerap ditonjolkan dalam drama sepanjang Ramadan atau Hari Raya. Justeru, saya mencari sedikit kelainan dengan mengangkat kisah poligami dan konflik dialami wanita bermadu.
"Pernahkah kita terbayangkan betapa sunyinya seorang isteri menyambut Aidilfitri tanpa suami di sisi sedangkan suami kita itu sedang berseronok dengan isterinya yang lain,"katanya.
Tidak berniat untuk menyindir mana-mana lelaki, sebaliknya Erma mengharapkan setiap paparan menerusi tele filem ini dapat mengingatkan kaum Adam kepada tanggungjawab mereka sekiranya bermadu.
"Islam membenarkan poligami tetapi ia mempunyai syarat di mana lelaki harus bersikap adil dalam serba serbi serta berkahwin bukan kerana nafsu, sebaliknya kerana agama. Apabila suami gagal bersikap adil, maka timbullah perbalahan berpanjangan.
"Inilah yang terjadi kepada Wan Halijah (Betty) gara-gara tidak boleh menerima kenyataan dimadukan suaminya, Engku Imran. Dia berasakan kebahagiaannya dirampas dan dendam itulah yang membuatkan dia sanggup melakukan apa saja demi kepuasan hatinya.
"Kenapa isu ini dipilih sebagai tatapan penonton pada Hari Raya kerana selama sebulan berpuasa, kita bukan saja menahan lapar dan dahaga, tetapi juga mengajar kita mengawal nafsu selain menghindari perkara yang tidak baik.
"Kekejaman yang dilakukan Wan Halijah kepada madunya, Fadilah, seorang mualaf meskipun pada Ramadan yang mulia, menyebabkan dia menerima akibat daripada perbuatannya itu.
Borak Lokasi
JUDUL: Serpihan Laungan Takbir
TERBITAN: Global Station Sdn Bhd
ARAHAN: Erma Fatima
SKRIP/CERITA ASAL: Erma Fatima
PENGURUS PRODUKSI: Fuza Umar
PENERBIT EKSEKUTIF: Zetty Alia Datuk Ramli
PENERBIT: Datin Zaiton Muhd Jiwa
PENGARAH SENI: Ramli Hassan
PEREKA SET: Ramli Hassan dan Teo Kok Wai
TATARIAS: Rohaya Abdullah
KESINAMBUNGAN: Wan Suhaika Wan Hanadina
WARDROBE: Noorhanim Abd Malek
JURUGEGAS: Mohd Adnan Ramle
PENATA CAHAYA: Albert Richard
PEMBANTU PENATA CAHAYA: Nazri Siam
PENATA BUNYI: Mohd Azzaha Rantan
PEMBANTU JURUKAMERA: Mohd Azizi Abd Aziz
JURUKAMERA: Arshad Talib
PELAKON:Betty Banafe (Wan Halijah), Umie Aida (Fadilah), Ridzuan Hashim (Engku Imran), Nabila Huda (Wan Roslina), Shah Iskandar (Wan Firdaus), Lai Joo Lian (Mei Ling), Norman Hakim (Wan Sallahuddin), Rabecca Nur Islam (Qistina) |
|