View: 4211|Reply: 13
|
Tabut? Anda Tahu ttg Benda nih?
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by cak! at 30-6-2009 16:40
Smlm tgk Jejak Rasul ada menunjukkan sekumpulan Kristian di Timur Tengah membawa benda Tabut yg dikatakan satu benda turun temurun dari Nabi MUsa dahulu..Ada Firman Allah lg ttg benda ni..berkaitan dgn Malaikat juga..sy baru tau je benda ni..korang tahu tak kisah sebenar ttg benda ni? boleh la kongsi.. |
|
|
|
|
|
|
|
xde yg tahu ke? |
|
|
|
|
|
|
|
salam forumer....wah rajin tgk jejak rasul ye..rancangan yg paling best dlm bulan posa
hehehe
taghut dlm hadis baginda mengeertikan makna 'taghut' ini sebagai syaitan atau sembahan sembahan syaitan....juga bole diumpamakan spt org yg berkelakuan atau bersifat spt syaitan, cthnya...apabila seseorg alim ulama bercakap sesuatu hukum yg tidak mengikut alquran dan hadis nabi, maka orang itu telah mengikut hukum taghut, satu hukum yg berlawanan
berlawanan di sini boleh diertikan sebagai sesuatu yg keluar dari landasan jalan kebenaran [ jalan yg lurus] spt dlm surah al-fatihah ayat 5; "tunjukkanlah kami ke jalan yg lurus, iaitu jalan orang2 yg Engkau redhai bukan jalan org2 yg engkau murkai"
jadi di sini apa saja sesuatu cara atau jalan yg berlawannan dp apa yg dibawa oleh para nabi dan rasulNya, maka itulah jalan2 yg sesat atau cara ikutan 'taghut'
kisah nabi musa bersama kaum Israelnya, adalah sptmana tercatat dlm surah al-kahfi, kisah nabi musa meninggalkan kaumnya lalu beliau pergi menaiki bukit menuju hala ke gua Thursina; untuk mendapat kitabnya iaitu TAURAT; bersama kaumnya beliau tinggalkan nabi harun tetapi apabila beliau pulang, beliau mendapati kaumnya telah menyembah berhala, iaitu patung sapi betina yg dilakukan oleh musa samiri [pun nama musa juga dajjal zaman nabi musa ni]
kerana sewaktu nabi musa membawa kaum israel dp tentera firaun; musa samiri ikut di belakang nabi harun, depan nabi harun nabi musa dan depan nabu musa adalah maalaikat jibril yg menunggang kuda; musa samiir [dajjal mata satu] telah nampak bekas injakan kaki kuda malaikat jibril itu pijakan tanahnya mengandungi nafas; seperti tanah yg bergerak dan mengeluarkan asap, spt org bernafas, lalu beliau ambil tanah tersebut;
ygmana dgn bekas tanah itulah dajal mata satu merancang dan menguasai dunia israel dan sedang merancang utk keluar....
maaf nanti sambung lagi....ade kereje sket... |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya silap paham le..Tabut kot sebenarnya..ni ada maklumat membe bg link tadi..
Tabut ini makna sebenarnya adalah peti atau kotak.
Ia dijadikan petanda barakahnya kepimpinan Talut. Peti ini telah diambil oleh Allah Ta'ala dan dipulangkan kepada mereka, seperti mana yang disebutkan oleh Ibn Katsir di dalam Tafsirnya.
Pada ayat tersebut juga dinyatakan Tabut itu mengandungi sakinah atau ketenangan dari Tuhan kamu. Para ulamak tafsir berbeza pandangan makna ayat ini. Ada yang mengatakan ia sebagai tanda keagungan Allah. Ada yang mengatakan, maknanya rahmat dari Allah. Ibn Juraij pula mengatakan, apa yang kamu ketahui dari tanda-tanda kekuasaan Allah, maka kamu pun tenang kepadanya.
Kemudian disebutkan pula dalam ayat itu, diberikan juga kepada Talut ketika itu tinggalan daripada keluarga Musa dan Harun. Para ulamak tafsir ada yang mengatakan tinggalan itu adalah tongkat baginda, ada yang mengatakan baju, lembaran, kasut dan sebagainya.
Selepas itu, ayat tersebut menyatakan Tabut itu akan dibawa pula oleh Malaikat. Ibn Abbas mengatakan malaikat membawakan Tabut dan diletakkan di tangan Talut ketika orang semua melihatnya. Ada juga ulamak tafsir mengatakan, diletakkan terus di rumah beliau.
Walhasil, ia merupakan tanda kekuasaan Allah, dan tanda betapa Talut merupakan pimpinan yang diberkati dan pilihan Allah. Kita perlu mentaati pimpinan yang mengikuti Rasul yang telah diutuskan oleh Allah tanpa ragu-ragu, dan dengan mentaati pimpinan sebegini sahajalah kita akan beroleh ketenangan. Tetapi jika kita menyokong pimpinan yang bercanggah dengan ajaran Rasul, walau cerdik bagaimana pun dia mengurus urusan, ketenangan tidak akan tercapai.
Wallahu A'lam |
|
|
|
|
|
|
|
TABUT DALAM AL-QURAN
Kitab suci Al-Quran the Last Testament mengkhabarkan:
“Dan nabi mereka berkata kepada mereka: “Sesungguhnya tanda kerajaan (Talut) itu ialah datangnya peti tabut yang mengandungi sakinah (ketenteraman?) daripada Tuhan kamu, dan sisa peninggalan keluarga Musa dan keluarga Harun, dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya pada yang demikian itu menjadi tanda bagimu jika benar kamu orang yang beriman.”
(Al-Baqarah : 248)
Inilah satu-satunya ayat dalam al-Quran yang menyebut tentang tabut secara langsung. Mari kita mengembara ke dalam ayat ini untuk mendapatkan isi tersurat dan tersiratnya. |
|
|
|
|
|
|
|
PERTAMA:
Mengapa hanya sekali saja disebut?
Ada beberapa kemungkinan. Boleh jadi ia perkara yang tidak penting kepada umat akhir zaman. Namun begitu, keterbalikan daripadanya juga mungkin. Boleh jadi ia penting lalu disebut sekali saja sebagai ‘penarik perhatian’. Apabila disebut sekali saja, orang akan tertanya-tanya tentangnya lebih daripada perkara-perkara yang disebut banyak kali.
Contoh:
Setiap hari kita menemui “solat, zakat, solat, zakat” ketika membaca al-Quran membuatkan kita pun lali untuk mengambil tahu tentangnya. Suatu hari, tiba-tiba kita terjumpa “tabut”, dengan penuh minat kita akan tertanya-tanya, “Apa benda tabut ni?” Ada kemungkinan begitu caranya Allah mahu menarik perhatian kita.
Dajjal tidak disebut secara langsung dalam al-Quran walaupun satu ayat, tapi kita mengakuinya sebagai perkara yang penting. Cuma kisah Dajjal ada dinyatakan dalam beberapa hadis sedangkan kisah tabut tidak begitu. Tapi di sini kita mendapat satu gambaran, sekalipun sesuatu perkara itu tidak disebut banyak kali ataupun tidak disebut langsung dalam al-Quran, hal itu tidak bererti ia tidak penting kepada kita.
KEDUA:
Siapa ‘nabi mereka’ itu?
Al-Quran tidak menjelaskan identitinya. Ayat 246-248 surah al-Baqarah hanya menamakannya sebagai “nabi mereka” (ada hikmahnya penggunaan nama “nabi mereka” ini yang akan kita sentuh di bawah nanti). Menurut Bible pula, peribadi itu ialah Nabi Samuel.
KETIGA:
Siapakah Talut?
Surah al-Baqarah ayat 246-251 mengisahkan kaum Bani Israil menuntut kepada Nabi X agar mereka diberikan seorang raja. Kononnya jika diberi seorang raja, mereka akan bersemangat untuk pergi berjihad. Sebelum itu Bani Israil dipimpin oleh para hakim.
Nabi X berasa ragu. Seandainyalah Tuhan memberikan mereka seorang raja dan raja itu mengisytiharkan jihad, mahukah mereka pergi berjihad? Maklumlah, Nabi X sedia faham kelakuan kaum Bani Israil yang banyak meminta itu ini tetapi sering saja melakukan kesalahan.
Apa yang dibimbangkan oleh Nabi X menjadi kenyataan. Setelah Talut dipilih menjadi raja dan Tuhan datangkan perintah supaya berjihad, hanya segelintir saja orang-orang Bani Israil yang mahu.
Antara punca keengganan mereka ialah perlantikan Talut (Bible menamakannya Saul). Mereka memandang Talut seorang yang tidak bangsawan lagi tiada harta kekayaan. Jadi mereka tidak suka orang yang lebih rendah kedudukannya menjadi pemerintah mereka. Tetapi Nabi X mempertahankannya kerana perlantikan Talut itu adalah atas wahyu Tuhan, mana boleh diubah-ubah. Lagi pula, Talut memang terbukti sebagai seorang yang berpengetahuan tinggi dan gagah.
Dan pulangnya tabut kepada Bani Israil setelah dirampas oleh orang-orang Palestin menjadi petanda keredhaan Tuhan kepada Talut.
Dalam Bible pada sifir Samuel 1 fasal 8, 9 dan 10 mengisahkan perihal yang lebih kurang sama dengan kisah daripada al-Quran. Cuma bahagian ‘kembalinya tabut sebagai petanda Saul sebagai raja yang diredhai Tuhan’ tidak saya temui.
KEEMPAT:
Apa itu ‘sakinah’?
Biasanya ia diterjemahkan sebagai ‘ketenteraman’. Maksudnya yang tepat hanya Allah yang tahu. Berikut adalah ayat-ayat al-Quran yang menyentuh ‘sakinah’.
“Dialah yang menurunkan SAKINAH ke dalam hati orang-orang mukmin supaya bertambah keimanan dan keyakinan mereka beserta keimanan dan keyakinan sedia ada; padahal Allah menguasai tentera langit dan bumi, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.”
(Al-Fath: 4)
“Demi sesungguhnya Allah redha akan orang-orang yang beriman ketika mereka memberikan pengakuan taat setia kepadamu (Muhammad) di bawah naungan pohon (di Hudaibiah), maka ternyata apa yang sedia diketahuiNYa tentang yang ada dalam hati mereka, lalu Dia menurunkan SAKINAH ke atas mereka dan membalas mereka dengan kemenangan yang dekat masa datangnya.”
(Al-Fath: 18)
“(Ingatlah) ketika orang-orang kafir itu menimbulkan perasaan sombong angkuh dalam hati mereka- perasaan sombong angkuh secara jahiliah, lalu Allah menurunkan SAKINAH kepada RasulNya dan kepada orang-orang beriman,.......”
(Al-Fath: 26)
Nampaknya ia seperti satu ‘ketenteraman yang menguatkan’ hati/ jiwa. Wallahualam.
KELIMA:
Apa maksud bahagian ini: “datangnya peti tabut yang mengandungi sakinah (ketenteraman?) daripada Tuhan kamu, dan sisa peninggalan keluarga Musa dan keluarga Harun, dibawa oleh malaikat...”?
Peti tabut dikatakan mengandungi ‘sakinah’, dan menurut pemahaman kita ‘sakinah’ bukanlah benda maujud. Kali ini Al-Quran tidak menceritakan apa-apa tentang dua loh batu berisi 10 Perjanjian yang diletakkan Nabi Musa ke dalam tabut.
Kemudian Al-Quran menyebutkan “sisa peninggalan keluarga Musa dan keluarga Harun.” Apakah barang peninggalan mereka berada di dalam tabut?
Bahagian ini memang mengelirukan.
Jika maksud sebenar ayat ini ialah “datangnya peti tabut dan datangnya peninggalan keluarga Musa dan Harun”, bererti kedua-duanya terpisah dan barang peninggalan itu tidak berada di dalam tabut.
Tapi jika maksudnya ialah “datangnya peti tabut yang mengandungi sakinah dan mengandungi peninggalan keluarga Musa dan Harun”, bererti barang-barang peninggalan itu berada di dalam tabut.
Yang mana satu?
Wallahualam.
KEENAM:
“Sesungguhnya pada yang demikian itu menjadi tanda bagimu jika benar kamu orang yang beriman.”
Sebagaimana yang kita sedia maklum, ada ayat-ayat al-Quran yang mengisahkan perkara lalu tetapi pada masa yang sama ia juga memberi petanda kepada perkara-perkara akan datang. Cerita tabut ini juga dipercayai oleh sebahagian orang sebagai petanda untuk satu hal yang bakal berlaku selepas zaman Rasulullah saw iaitu kedatangan Al-Mahdi.
Secara peribadi saya melihat mungkin inilah antara hikmahnya Allah tidak meletakkan nama nabi Bani Israil itu (Samuel) tetapi menggunakan perkataan “nabi mereka”. Maksudnya tidak mustahil ayat ini ditujukan juga kepada umat Nabi Muhammad dan ‘nabi mereka’ itu merujuk kepada baginda sendiri. Jika diletakkan nama “Samuel”, maka nama itu menjadi khusus buat Nabi Samuel seorang saja. Tapi apabila diletakkan “nabi mereka”, gantinama ini masih boleh dipadankan dengan peribadi yang lain. Contohnya dipadankan dengan Nabi Muhammad saw.
Lihat maksud ayat yang asal:
“Dan NABI MEREKA berkata kepada MEREKA: “Sesungguhnya TANDA KERAJAAN ITU ialah datangnya peti tabut yang mengandungi sakinah daripada Tuhan kamu, dan sisa peninggalan keluarga Musa dan keluarga Harun, dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya pada yang demikian itu menjadi tanda bagimu jika benar kamu orang yang beriman.”
Kita andaikan “nabi mereka” itu ialah Nabi Muhammad dan “mereka” itu ialah kita. Disebut “mereka” kerana hal yang dimaksudkan tidak akan berlaku pada zaman baginda dan para sahabat tetapi pada zaman selepas mereka. Boleh jadi zaman kita!
Jadi Nabi Muhammad berpesan kepada generasi selepas zaman sahabat iaitu kita tentang KEDATANGAN SATU KERAJAAN. Pada ayat 248 ini, perkataan ‘Talut” tidak ada. Nama Talut disebut dalam ayat sebelumnya. Hal ini juga mungkin satu petunjuk kepada kita kerana Allah tidak mengkhaskan ‘kerajaan’ itu kerajaan siapa. Jika disebut secara jelas “kerajaan Talut”, bererti ia tidak boleh digunakan untuk menunjukkan kerajaan yang lain.
Sebagaimana yang kita maklumi, selain daripada pengetahuan, agenda utama Talut ialah memimpin angkatan perang. Dengan angkatan perang inilah dia membina sebuah kerajaan. Jika benarlah ayat ini mempunyai maksud berganda iaitu menceritakan kisah dulu dan kisah akan datang, maksudnya akan datang seorang yang seperti Talut memimpin angkatan perang lalu menubuhkan kerajaan.
Di sinilah kita lihat seakan ada kaitan dengan kedatangan Imam Mahdi dan kembalinya kekhalifahan Islam untuk kali kedua. Perkara ini (munculnya tabut) adalah SATU PETANDA bagi ORANG-ORANG BERIMAN. Apabila kita mendengar cerita tentang penemuan tabut, bererti Imam Mahdi sudah ada dan daulahnya akan dibentuk tidak lama lagi.
Wallahualam. |
|
|
|
|
|
|
|
la...tersilap ropanya...maafle sedara cak...
tapi sedara cak dah dapek tahu doh..takyoh le lagi ambo menerangkan
memang betol la spetimana sedara cak paham
dan yahudi mmg dok tengah cari benda tu....tu yg habeh belobang merata bawah tanah al-aqsa
tetapi saya nak khabar satu perkara yang jarang manusia tahu...
tahukah kita bahwasanya masjid al-aqsa yg kita sangka yahudi sedang lakukan sesuak hati itu benar benar masjid al-aqsa?kenapa yahudi sibuk membuat terowong bawah tanah?apa yg mereka cari?
pada tahap ini yahudi sedang mencari tongkat nabi musa, kitab taurat nabi musa beserta kitab injil nabi isa, mereka lakukan semua ini mengikut sistem kabbalah mereka [sistem yg dicampur aduk dari sihir zaman firaun dgn ilmu falaq] sejenis ilmu yg berdasarkan ilmu lojik akal yg cukup tinggi beserta kiraan yg sgt kompleks...sptmana cattatan ilmu kaum mayan
tetapi sedalam mana depa mencari, seluas mana mereka mengorek, tetap pihak yahudi takkan berjumpa kerana masjid al-aqsa yg asal diwaktu zaman nabi Muhammad naik ke isra' mikraj itu, apabila naik khalifah Umar, beliau telah mengosongkan tapak asal masjid itu dan tapaknya telah diubah ketempat lain, kiblat tetap sama, cuma tapak tanah masjid itu telah diubah dan dgn tapak baru itu telah dibina kembali masjid al-aqsa....
kerana khalifah Umar ini sptmana dlm hadis nabi bermimpi; dlm mimpi tersebut beliau melihat orgramai berpakaian, ada yg pakai cukup ada yg mcm tak cukup kain, tetapi pada Umar, beliau memakai kain yg berhela [maksudnya Umar berpengertian luas dan dalam dari segi ilmu]
kerana itu khalifah Umar telah diberi ilham dlm mimpi utk mengubah lokasi asal tapak masjid itu.....dan dibina lebih jauh sedikit dari tempat asal....
Yahudi ni dok sangka depa pandai tetapi depa lupa sptmana firman tuhan dlm alquran
"sesunghnya manusia itu suka melakukan makar dan yang sesunghnya makar Allah lebih hebat lagi"
dan kerana itu terpeliharalah segala warisan nabi nabi kita...niat jahat yahudi takkan tercapai kerana bila tiba masanya, semua itu akan diserah kepada pemiliknya yg berhak
sapakah itu orangnya?
tak lain tak bukan, al-mahadi...
bersambung... |
|
|
|
|
|
|
|
ni ke rancangan zionis..dok cari tabut nii..
|
|
|
|
|
|
|
|
ada cerita lain kata tabut tu ada di Etopia.
kemungkinan jugak tabut tu hanya cerita-cerita rekaan zaman dahulu kala.
kalau baca perjanjian lama, dikatakan, tabut tu akan dibuka pada hari tertentu dan dibaca sedikit demi sedikit. tapi, pada satu hari, bila tabut dibuka, didapati ianya kosong. !! |
|
|
|
|
|
|
|
salam shabat anon cakk... hehehhe
ni ader tread yg di buka oleh saudara pasarmalam.. ataupun shbat lama anon di porem lain...( alexenderwathern.)...di bod atas... so anon selit kan di sini sama.. yg telah diberi link oleh porumer lainn HOtlips rasanyer.. hehhee,,,
http://mforum1.cari.com.my/viewthread.php?tid=390735
hope disini dpat lah berbincang mengenai ini dr segi sudut agama pula... dan sejarah2 nyer yg lain.... |
|
|
|
|
|
|
|
11# anonymous
Ha ah! Kat sini pun bleh bincang. Ekceli akak lebih tertarik dgn citer dr tuan bayang kat atas nun. Pernah dgr kisah yg sama mcm saudara kita ni tulis. Apa kata encik bukak satu tred mengenai kisah tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Mengenai kisah tabut, yg akak dgr citer (tak tahu lah kesahihannya) tabut ni kotak /peti yg dibuat oleh ibu Nabi musa as semasa beliau diperintahkan utk menghanyutkan Nabi musa as ke sungai.
Tabut ni menjadi mitos pd yahudi dan nasrani. Konon2 sape2 yg dpt memilikinya akan menjadi master of the universe. Gituk lah lebih kurang. Tu la sebabnya depa mencarik2 dr dulu. Ada yg kata kat Ethopia sana. Depa simpan dgn rapi. Ada gambar tempat tu. Nanti cari. Sape2 ada bleh tepek. Yahudi kata kat bwh tapak Temple Mount. Mereka percaya tabut ni x akan dijumpa bila dicari. Kalau bina haikal ke-3 nanti, otomatik dia muncul.
Dr Vendyle Jones (ada yg kata dia ni lah sumber cerita raiders of the lost arc) kata dia tahu dah kat mana tabut ni. Tp permit dia dah tamat kat jerusalem nun. Dan mereka x nak renew. So dia x leh nak gi korek.
Wallahualam |
|
|
|
|
|
|
| |
|