CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 53097|Reply: 293

SPA QISTINA [April - Astro 952 & 953]

[Copy link]
Post time 5-7-2009 10:31 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Syd at 1-4-2010 11:40

CAK: Spa Q musim ketiga ke Astro


RAMAI peminat setia siri Spa Q menghubungi CAK mereka kasihan melihat watak Qistina, lakonan Norish Karman yang terpaksa menanggung masalah yang tidak sudah-sudah.


Lebih-lebih lagi golongan suri rumah yang sememangnya mudah tersentuh hatinya. Ada seorang pemanggil dari Melaka berharap sangat Qistina menemui kebahagiaannya dan tidak terus dibelenggu kesedihan.

Nampak gayanya hasrat suri rumah itu mungkin direalisasikan menerusi Spa Q musim ketiga yang khabarnya masih dalam perbincangan.

Dengar-dengarnya siri ini mungkin berhijrah ke saluran Astro selepas dua musim bersiaran di TV3. Bagaimanapun, CAK dapat tahu judulnya mungkin diubah.

Kita nantikan saja perkembangan perbincanganantara penerbit dan stesen TV. Diharap pemanggil yang selalu menghubungi CAK itu berpuas hati dengan berita ini dan jangan pula minta CAK mengulanginya di talian telefon. Bosan tau bercerita berulangkali sampaikan rasa macam diri ini bekerja di kaunter pertanyaan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2009 11:42 PM | Show all posts
1# Syd

mungkin tajuk baru nya Sepak Que??
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2009 12:37 AM | Show all posts
maybe sepak ku..
hahahaa..
1st season best tp 2nd season da menyampah tgk..
makon gedik..
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2009 02:44 AM | Show all posts
hayyooo perluke bersambung2...da la cam choyyy je cerita neh dgn rambut2 palsu dan dunia hipokrasi :kant:
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2009 09:22 AM | Show all posts
x yah la sambg.............
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2009 01:21 PM | Show all posts
baik x pyh la smbg cite nie...x larat dah aku nk tgk ngan mekap cam tepong gomok and rambut palsu bagai...{:2_67:}
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-7-2009 09:28 PM | Show all posts
khyree;

Pihak penerbit SPA-Q akan mengadakan audition untuk menampilkan beberapa 'muka' baru di dalam SPA-Q musim ke3. Kepada anda yang berminat, dipersilakan... ALAMAT Global Station Sdn Bhd 15-1 Jalan Wangsa Delima 12, D'Wangs, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur TEL : 03-4142 6339 TARIKH : 22 and 23 July MASA : 4 pm onwards.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2009 09:17 PM | Show all posts
ya hampon...ada lagik ker citer neh....
mak nak msg kat fb kak jijah lah suruh dia jgn join lagi lah citer neh.....
yg season 2 pon aku tgk tak sampai 10 kali
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2009 05:58 PM | Show all posts
hapa la motif tb3 sambung season 3... bkannye meletop pon... baik buat manjalara s2
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2009 01:31 AM | Show all posts
ada sambungan lagi????
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2009 01:40 PM | Show all posts
kalu sambung citer..
aku rase xde sape yg kesian kat qistina dah..
org akan fikir tu NK , bkn qistina
sedikit sebanyak mesti effect punyer
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2009 09:21 AM | Show all posts
Zaefrul penyebab Azizah Mahzan tolak 'Spa Q 3'?

Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ



Azizah tolak bintangi drama 'Spa Q' kerana mahu beri peluang kepada orang lain. foto THE STAR oleh RICKY LAI.

SETELAH menerima tawaran untuk bintangi drama 'Spa Q', aktres Azizah Mahzan nekad untuk menolaknya walaupun sebelum ini dia telah beberapa kali cuba menolak tapi tidak berjaya.

Menurut Azizah atau Kak Zie, dia enggan menerimanya kerana mahu memberi peluang kepada orang lain.

Mungkinkah Zaefrul Nordin penyebabnya hinggakan Kak Zie tawar hati?

"Tidak, bukan begitu. Sebenarnya saya tak suka jalan cerita dan karektor yang dilakonkan tu. "Sekarang saya rasa serba salah. Kalau saya tolak, saya kesian pula. Macam mana pun saya duduk dengan produser dulu dan teliti skrip untuk melihat karektor yang akan diberikan kepada saya. Kalau 'ok' baru saya akan setuju," kata Kak Zie.

Tetapi dalam masa yang sama, Azizah berkata dia bagaikan dilema namun hatinya kuat untuk menolak drama yang turut dilakonkan oleh Norish Karman itu kerana mahukan kelainan.

"Ikutkan, dari Spa Q musim pertama dan kedua memang saya tak nak berlakon lagi tetapi saya terima juga sebab kawan-kawan.

"Tetapi sekarang, saya nekad dengan memberikan pelbagai alasan. Saya bagi syarat tidak mahu berlakon kalau dia (Zaefrul) ada.

"Produser, Zaiton Mohd. Jiwa pula kata dia tidak kisah untuk menyingkirkan dia. Macam mana pun, saya nak tengok skrip dan karektor dulu.

"Kalau tidak releven, saya akan tolak juga," katanya berkali-kali menolak untuk tidak berlakon dalam drama kegemaran ramai itu.

Menurut Azizah, untuk musim ketiga ini drama itu tidak akan lagi disiarkan di TV3 sebaliknya di Astro.

"Apabila saya bercakap dengan pihak Astro, mereka masih memberi pilihan kepada saya untuk berlakon atau tidak dalam drama ini," kata Azizah.

Jelas Azizah, kalau boleh dia hendak elakkan berlakon cerita seperti ini lagi.

"Saya memang kasihan kawan-kawan tetapi kalau saya buat, nampak macam bangang kat situ. Kalau ada benda lain mungkin saya akan setuju.

"Jika mengikut 'rating', mungkin ada yang ingin melihat lakonan saya tapi saya tetap tak nak teruskan.

"Saya pula bukan jenis yang nak sekat rezeki orang. Sekarang fikiran saya sangat berserabut.

"Namun, saya tetap rasa tak rugi dan ralat dan minta-minta biar mereka singkirkan saya.

"Lagipun, saya bukannya seorang pelakon yang rajin pun. Saya tak berlakon untuk sepenuh masa," kata pelakon yang versatil ini.

Setiap lakonannya pasti menarik perhatian sesiapa yang menonton, jadi sebab itu mungkin produser dari Global Station Sdn. Bhd. itu tetap mahukan dia berlakon drama itu.

"Tengoklah, kalau tu saya akan buat.. tetapi saya rasa baik ambil orang lain sahaja.

"Mungkin kalau ada skrip yang lebih baik, sentuhan yang segar dan plot cerita yang menarik, barulah saya akan terima.

"Lagipun, saya takut nanti orang kata 'macam tu sahaja' dan saya inginkan sesuatu yang mencabar," beritahunya yang meminati skrip yang ditulis oleh penulis skrip Nurhalim yang banyak membuat drama di RTM.

Jelasnya, "Saya suka skrip dia dan kerja dia. Dia pernah buat filem 'Panas' lakonan Aleeza Kassim."

Dalam perkembangan lain, Azizah berkata hari ini dia akan ke Jakarta untuk menjalani pengambaran drama muzikal 'Kau Dan Aku' yang turut merupakan projek Astro.

"Saya ingat sudah selamat untuk menolak drama 'Spa Q 3' selepas saya menerima untuk berlakon drama ini.

"Tetapi mereka kata sanggup tunggu saya dan pengambaran 'Spa Q 3' akan dilakukan selepas Raya.

"Saya akan berada selama sebulan di Indonesia kerana drama ini akan menggunakan 100 peratus lokasi di sana," katanya yang melakonkan watak pengetua.

Tambahnya, "Cerita ini seperti program Akademi Fantasia kerana ia menceritakan tentang 'musical art school'.

"Saya terima sebab pada mulanya memang saya terfikir untuk bercuti dan menonton filem 'Merantau' lakonan Christine Hakim di sana.

"Saya nak ke jogjakarta, Demak dan banyak lagi tempat di sana. Kira cantik la apabila dapat tawaran berlakon drama muzikal ini," luahnya dalam nada riang.

Selain Azizah, pelakon lain yang turut membintangi drama muzikal ini adalah Sabrina Ali sebagai guru teater dan tarian, Nurul sebagai guru vokal dan bekas pelajar-pelajar AF seperti Mila, Akim, Aril dan ramai lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2009 12:53 AM | Show all posts
nak tyg kat astro lak ker? astro ria skrg dh mcm apa ajer.. tawar semacam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2009 02:35 PM | Show all posts
SOSEH SOSEH: Wajah baru Spa Q musim baru


TENTU ramai sudah tahu, drama bersiri popular dan sarat dengan kontroversi pelakonnya, Spa Q, bakal menemui penonton setianya untuk musim ketiga. SS pasti ramai pengikut setia siri dijayakan Norish Karman, Ziziz Ezatte, Farahdhiya dan Ifa Raziah itu tidak sabar-sabar menantikan musim barunya.

Tapi apa yang kurang enaknya, siri kegemaran ramai itu akan berhijrah ke stesen televisyen swasta, Astro selepas dua musim bersiaran di TV3. Iyalah, selepas ditonton jutaan penonton secara percuma, kini siri itu hanya dapat ditonton pelanggan Astro.

Apa yang SS ingin kongsi di sini mengenai judulnya juga mungkin berubah, begitu juga barisan pelakonnya sesuai dengan penghijrahan itu tetapi semuanya kini masih dalam proses perbincangan.

Pada hemat SS, penukaran siaran dari TV3 ke Astro dan juga judulnya, tidak mendatangkan masalah asalkan jalan cerita dan kredibiliti mantap pelakon yang terbabit dalam siri ini mencatat kejayaan seperti musim sebelumnya.

Tapi SS dapat tahu, pelakon yang akan menjayakan musim ketiga ini bukan lagi diterajui Norish yang menjadi pemilik Spa Q bernama Qistina. SS mendapat tahu daripada sumber sahih, nama Norish digugurkan sebagai teraju utama tetapi SS tidak tahu pula mungkin hanya sebagai pelakon undangan.

SS tidak tahu sebab utama Norish digugurkan tetapi menurut sumber yang dipercayai, pelakon itu banyak buat hal dengan kru produksi hingga menyebabkan ramai yang bengang dengan sikapnya itu.

Tapi apa yang SS tahu, musim ketiga ini bakal menampilkan ramai muka baru. Justeru, timbul persoalan sama ada Azizah Mahzan yang pernah dihimpit kontroversi gambar panas bersama Zaefrul Nadzarine Nordin akan diberi peluang untuk terus beraksi dalam siri popular itu.

Siapa yang bakal menggantikan Norish dan bagaimana nasib Azizah dan juga pelakon utama lainnya, masih belum dapat ditentukan lagi kerana mungkin pelakon baru atau yang sudah mengukir nama dalam persada lakonan tempatan. Nampaknya, perubahan besar bakal disaksikan menerusi Spa Q musim ketiga yang bakal memulakan penggambaran selepas Syawal nanti.

Mungkin, ada segelintir peminat setia Spa Q tidak menyukai perubahan yang akan ditampilkan kerana selain ketiadaan tonggak utamanya, banyak pelakon baru bakal terbabit. Bersiaran di stesen Astro, banyak cabarannya kerana menuntut jumlah penonton yang tinggi. Justeru, dengan perubahan yang besar ini, adakah ia mampu mengekalkan kejayaan seperti musim sebelumnya?

Hendak cakap banyak pun tidak guna. Lebih baik kita nantikan saja perkembangan seterusnya sama ada Norish digugurkan atau tidak daripada terus menjayakan watak Qistina dan kelainan yang akan ditampilkan dalam Spa Q musim terbaru ini.
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2009 12:18 PM | Show all posts
haiya.....x yah la sambg...buat cte lain lagi best..........
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2009 05:25 PM | Show all posts
ala..
ni yg aku menyampah kalau ASTRO nak campurkan budak2 AF yg serabut tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-10-2009 02:06 PM | Show all posts
Pada 15 Oktober ini, Fasha terikat dengan penggambaran Spa Q musim ketiga terbitan Global Station Sdn Bhd yang bakal ditayangkan di Astro selepas dua musim bersiaran di TV3.

"Saya menerima tawaran ini sejak Julai lalu bagaimanapun hanya mengesahkan pembabitan saya Isnin lepas. "Tempoh agak lama diambil untuk membuat keputusan kerana saya perlu meneliti skrip dan karakter bakal dilakonkan.

"Dalam cerita ini, saya memegang watak Freeda dan apa yang boleh saya katakan karakter Freeda secara keseluruhannya adalah watak antagonis.

"Saya difahamkan musimterbaru Spa Q ini turut menampilkan Nora Danish dan seperti pernah dinyatakan Nora dan saya sebelum ini kami tiada masalah bekerjasama."Atas dasar profesional saya berharap dapat memberikan yang terbaik untuk kejayaan drama ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2009 09:29 AM | Show all posts
Ifa pun digugur!


MARILYN dapat cerita, bukan saja Norish Karman yang digugurkan daripada drama bersiri Spa Q, bahkan pelakon yang baru mendapat jolokan baru, Ratu Mahkamah, Ifa Raziah menerima nasib sama.

Khabarnya Ifa pun dibuat macam Norish, digugurkan tanpa sebarang keterangan lanjut dan tanpa alasan munasabah daripada pihak produksi.

Walaupun pada awalnya Ifa dihubungi oleh pihak penerbit supaya bersedia untuk ke lokasi pada hujung Oktober, alih-alih dia tak dipanggil ke sesi perbincangan selanjutnya.

Khabarnya tempat Ifa sudah diganti dengan seorang pelakon lain dalam siri ketiga drama popular itu. Nasib badan, tak boleh nak elak. Bila orang sudah tak berkenaan, itulah jadinya.

Kalau benarlah mereka diperlakukan begitu, rasanya tak eloklah.

Kalau masa suka boleh bincang elok-elok, tiba masa sudah tidak suka, kenalah bincang cara baik. Marilyn fikir, baik Norish atau Ifa, mereka boleh menerima kenyataan yang mereka tidak lagi diperlukan, tetapi biarlah diberitahu secara elok. Bukan main senyap saja.

Dalam dok kena 'gugur' tu khabarnya rezeki Ifa tidak berkurang.

"Ifa bersyukur sangat sebab setakat ini tawaran berlakon tak pernah putus diterima daripada semua stesen TV," kata Ifa yang baru menyambut ulang tahun ke-24 tahun.

Katanya, dirinya masih 24 tahun, walaupun sebenarnya umur Ifa 10 tahun lebih tua.

"Tak apalah berapa pun usia Ifa, janji Ifa kata pada diri sendiri, aku baru 24 tahun. Itulah rahsia awet muda Ifa sebab tak pernah fikirkan diri kita sudah berusia," katanya lagi.

Pada ulang tahun ke-34 juga, Ifa mengharapkan agar rezekinya dan keluarga semakin bertambah, diberi keberkatan dan disayangi semua orang termasuk suami, anak-anak, keluarga dan peminat.

Marilyn: Muda setahun daripada Ifa.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2009 05:30 PM | Show all posts
18# Syd

seme pelakon dah tuka?? apa mende tajuk jeh still menten..apa kata tuka seme..dr tajuk smpi ker pengarahnyer..senang abis crita...:kant:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2009 10:07 AM | Show all posts
Nanu Baharuddin akhirnya dipilih menjadi Qistina

Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ


Akhirnya aktres Nanu menjadi pilihan pihak Global Station Sdn Bhd. -foto The Star oleh AZMAN GHANI

PERWATAKAN aktres Nanu Baharuddin yang menghampiri watak Qistina menjadikan dia pilihan yang paling tepat untuk menggantikan Norish Karman.

Puas berahsia tentang aktres mana yang akan bawa watak Qistina di musim baru, akhirnya pihak produser Global Station Sdn Bhd mengumumkan nama Nanu Baharuddin di sebuah sidang akhbar di ibu kota petang tadi.

Sebelum ini, terdapat banyak spekulasi tentang siapa yang akan menjadi Qistina di musim ketiga Spa-Q. Antara nama-nama yang disebut termasuk Umie Aida dan Sofia Jane.

Ketika ditanya adakah benar Norish Karman disingkirkan?

"Norish bukan disingkirkan tetapi kami hanya ingin menampilkan muka-muka baru bersesuaian dengan tajuk baru dan bersiaran di Astro," kata Adila Datuk Ramly, penerbit eksekutif Global Station Sdn Bhd, yang juga anak kepada produser Zaiton Mohd Jiwa.


Wajah baru dan lama Spa Qistina.

Bukan saja watak utama ditukar, malah tajuk drama bersiri yang pernah di siarkan di TV3 dan kini di Astro, akan membawa tajuk baru 'Spa Qistina'. Drama bersiri popular ini pernah bersiaran sebanyak 60 episod.

Banyak muka-muka baru akan menjadi penyeri Spa Qistina yang akan bersiaran pada bulan Januari 2010 seperti Fasha Sandha sebagai Frieda, Nora Danish (Maya), Rizman Khuzaini (Ade Putra), Kefli AF3 dan barisan pelakon-pelakon lama seperti Farahdiya dan Azizah Mahzan.

Azizah, yang sebelum ini tidak pasti akan berlakon lagi untuk musim baru, akhirnya kelihatan di sidang akhbar. Azizah akan mengekalkan wataknya sebagai Marlia, sahabat Qistina.

Penulis skrip drama ini adalah Rina Khan sementara pengarah untuk musim ini ialah Zul Arshad.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 02:47 PM GMT+8 , Processed in 0.054202 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list