CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2680|Reply: 8

Hadiah Mahal Nabi Muhammad saw untuk Yahudi

[Copy link]
Post time 6-7-2009 05:21 PM | Show all posts |Read mode
Salah seorang antara orang-orang Yahudi yang masuk Islam bernama Abdullah bin Abdullah.  Beliau adalah anak Abdullah bin Ubai, orang Yahudi yang paling kuat memusuhi Nabi Muhammad saw.

Pada suatu hari, Abdullah bin Ubai sakit tenat dan beliau menyuruh anaknya memanggil Nabi Muhammad utk datang menziarahinya.

Apabila disampaikan berita ini kepada Nabi Muhammad, baginda terus mengenakan jubah beliau yang lebih elok supaya Abdullah tahu bahawa beliau menghargai permintaannya itu.

Setibanya Nabi Muhammad di rumah Abdullah bin Ubai, berkatalah orang tua itu, 'Berilah jubah tuan kepada saya kerana saya ingin menjadikannya selimut apabila saya mati kelak'.  Nabi pun memberikan jubahnya itu kepada orang Yahudi tersebut.

Perbuatan baginda ditanya oleh Umar Al Kattab, walhal Abdullah bin Ubai itu adalah musuh ketat baginda.  Lalu baginda menjawab bahawa Abdullah bin Ubai bukan musuh baginda, tetapi Abdullahlah yang memusuhi baginda.

'Beruntung sungguh nasib Abdullah bin Ubai kerana dapat mati bersama2 jubah tuan, kami yang menjadi sahabat2 tuan sendiri, belum tentu dapat nasib sebaik itu.' kata Umar.

'Jangan saudara berfikiran sempit seperti itu', jawab baginda Rasul.

'Mengapa tidak boleh?" tanya Umar lagi.  

'Adakah saya tidak boleh menyenangkan hati Yahudi itu sebentar, sebelum dia mengalami seksa yang berpanjangan di neraka?' kata Nabi Muhammad saw. 'Abdullah bin Ubai, tidak selamat walaupun dengan memakai jubah saya.  Jubah saya tidak dapat menyelamatkan sesiapapun.  Apa yang dapat menyelamatkan seseorang itu daripada seksa neraka adalah iman dan amalan baiknya sendiri.' sambung Nabi Muhammad saw.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2009 01:53 AM | Show all posts
tak faham tang ayat abdullah lah yg memusuhi baginda.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-7-2009 07:22 AM | Show all posts
both the father and son got the same name - Abdullah.

Abdullah bin Abdullah ialah anak yang masuk islam

Abdullah bin Ubai ialah bapa yang memusuhi islam.

he.... jgn keliru ya...
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2009 11:39 AM | Show all posts
2# ussopp
senang jer,
nabi x anggap Abdullah tu musuh,
Abdullah je yg anggap nabi saw tu musuh..
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2009 12:23 AM | Show all posts
Alhamdulillah....

hehe
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2009 04:06 PM | Show all posts
Minta maaf ya, tp dlm sirah Nabi, takder pula disebut Abdullah ibn Ubayy sbg Yahudi, beliau adalah pemimpin puak Arab di Madinah yang diketepikan setelah kaum Aus & Khazraj memilih Islam & bersatu sbg Ansar yang menerima kaum Muslim Quraisy yg berhijrah (Muhajirin) ke Yathrib (Madinah).

Abdullah ibn Ubayy memeluk Islam sbgmana kaum Ansar lainnya, tp hanya sbg topeng menutupi kekufuran beliau. Beliau adalah antara orang pertama yg mendpt gelaran munafiq bersama pengikut2 beliau yang lain.

Ketika perang Uhud, drp 1000 org pejuang Muslim yang berarak ke medan, Abdullah ibn Ubayy telah menghasut 300 pejuang (ada kalangannya munafiqun) utk meninggalkan medan perang & pulang ke Madinah, manakala baki 700 orang lg bersama Rasulullah berhadapan dgn kaum kuffar di kaki gunung Uhud.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-7-2009 01:20 AM | Show all posts
ustad roboteach, abdullah bin ubai itew yahudi yg memelok isele lah...dia keturunan campuran arab dan yahudi, itew pasai dia bepengaruh utk dua2 puak...dan dia arap dapat jadi pemerintah yathrib...

tapi nabi datang jadi pemimpin, so dia kempunan sampai dia jadi kepala munafiq, musuh dlm selimot....kebanyakan munafiq dalam jaman nabi dolu2 adalah orang yahudi yg memeluk isele...tp diam2 depa menentang

alah, orang yahudi ni pengasaih macam2, kristian pon depa, syiaih pon depa, komunih pon depa, satanism pon depa...suma2 bentok ajaran polik2 pon depa:re:
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2009 06:28 PM | Show all posts
orang yahudi nie propaganda xpenah habiss2..nak mengelirukan org islam jer kejernyer..patut la dpt azab tak putus2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-7-2009 07:40 AM | Show all posts
Sorilah lama aku 'join' - aku cuti ada urusan kematian di kampung.  Ini yang seronok join thread ni - ramai yang bekerjasama memberi buah fikiran dan ilmu untuk dikongsi bersama.  Thanks nanat87 dan asher atas explanation yang diberikan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 05:22 AM GMT+8 , Processed in 0.047840 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list