CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10595|Reply: 2

Faizal Tahir Akui Gaduh Dengan Isteri, Bukan Cerai - BP, 5.7.2009

[Copy link]
Post time 12-7-2009 01:20 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by santubung at 12-7-2009 23:24



Faizal dan Siti Raihanim pasangan bahagia.

MACAM-MACAM gosip artis sejak kebelakangan ini boleh membuatkan nafas kita sesak. Terbaru, ada laporan akhbar menyebut pengacara dan penyanyi, Faizal Tahir dan isterinya, Siti Raihanim Noran kini berdepan masalah rumah tangga!

Khabarnya, masalah dalaman itu dipercayai sudah lama berlaku, namun tidak berjaya dileraikan sehinggalah mereka terpaksa mencari ruang untuk membawa hal rumah tangga itu ke penyelesaian di peringkat Mahkamah Syariah. Kononnya, masing-masing sedang mencari peguam supaya permasalahan itu dapat diselesaikan segera.

Faizal yang juga naib juara One In A Million (OIAM) musim pertama (2006) ketika dihubungi petang Selasa lalu, ternyata tidak melenting, malah tenang saja apabila diajukan soalan mengenai rumah tangganya yang dikatakan sedang berantakan.

"Dari mula saya masuk OIAM lagi, orang kata saya nak bercerai, tapi sekarang dah masuk tiga tahun, terbukti rumah tangga kami aman bahagia. Apabila baru-baru ini keluar lagi gosip mengatakan rumah tangga kami dilanda masalah sehingga nak bercerai berai, masuk mahkamah, saya dan isteri hanya ketawa apabila menganggap cerita seumpama ini sebagai satu lawak jenaka!

"Hakikatnya, cerita kami bercerai itu tidak betul! Ketika gosip itu tersiar baru-baru ini, kebetulan pada hari itu saya sedang membawa isteri dan anak-anak pergi makan di luar. Kami terkejut!

Sebab itu saya katakan tadi, cerita itu sekadar lawak jenaka. Namun, saya tak nafikan, sebagai suami isteri, memanglah pada suatu ketika, kami pernah bergaduh, itu adat orang berumah tangga. Tapi, tidaklah sampai nak bercerai berai!

"Rasanya ada orang dengki dengan perkahwinan kami.

Apabila terdengar atau dapat tahu saya dan isteri pernah bertengkar, mulalah orang buat cerita, kami ada masalah rumah tangga, nak bercerai dan macam-macam lagi.

Terus-terang saya katakan, rumah tangga kami aman bahagia, doakanlah supaya jodoh kami berkekalan, insya-Allah," kata Faizal yang bernikah dengan Siti Raihanim pada 23 Julai 2004.

Pasangan itu kini dikurniakan tiga cahaya mata - Ahmad Mikaeel Zidane, 4; Siti Raudhah Nur Iman, 2; dan Ahmad Rifa'ie Zidane, empat bulan.

Justeru, Zubir sentiasa mendoakan rumah tangga Faizal tidak dilanda badai seperti digembar-gemburkan sebelum ini. Biasalah, penyanyi popular seperti Faizal, pasti ada ramai peminat termasuklah peminat wanita. Pandaipandailah Faizal melayari alam rumah tangga dan memelihara hati serta kebajikan isterinya.

ZUBIR: Khabarnya aktor muda, Fizo Omar sedang hangat bercinta dengan penyanyi popular dari Indonesia.

sumber: Bintang Popular, Berita Minggu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2009 06:20 PM | Show all posts
artikel zubir ni minggu lepas punya bukan hari ni la cik santubung, aku beli paper ahad lepas

tapi ok post sini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2009 11:26 PM | Show all posts
artikel zubir ni minggu lepas punya bukan hari ni la cik santubung, aku beli paper ahad lepas

tapi ok post sini
washere2 Post at 12-7-2009 18:20


oh ya ker? haha
sekali nama penuh cik santubung
awaq tak letak datin ker, puan sri ker, datuk ker keke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 09:12 AM GMT+8 , Processed in 0.188568 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list