CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1765|Reply: 8

Taubat orang yang beriman juga diterima Allah?

[Copy link]
Post time 12-7-2009 02:15 PM | Show all posts |Read mode
Apakah taubat orang mukmin yang beriman, suka beramal kebajikan (tidak melakukan dosa) juga diterima Allah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2009 12:50 AM | Show all posts
taubat kan benda yg Tuhan suka....tiada ayat penafian tentang yg tak boleh .....Tuhan tak pernah kata takleh pun.....

dan tak pernah dengar....
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2009 09:12 AM | Show all posts
huish... manusia tak lepas dari melakukan sebarang dosa..
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2009 04:01 PM | Show all posts
Apakah taubat orang mukmin yang beriman, suka beramal kebajikan (tidak melakukan dosa) juga diterima Allah?
93933 Post at 12-7-2009 14:15


org berdosa pun Allah terima taubatnya, inikan plak org mukmin...
jgn la salah faham, org beriman pun ada melakukan dosa, cuma bukan dosa besar je...
Dosa camner? Tu yg tetengok aurat oghang laen dlm tv...bkn sengaja tengok, tp tertengok...
walopun pd anggapan kita tetengok sekali imbas, takde dosa. Pandangan Allah kite taktau...istighfar je lar...
Rasulullah yg ma'sum pun 70x sehari istighfar kat Allah...
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2009 11:10 PM | Show all posts
Post Last Edit by bintang at 13-7-2009 23:12

agree with mom2003...

Persoalannya bukan diterima atau tidak, malah muslim digesa supaya sering memohon ampun dan bertaubat kepada Tuhannya:

"Dan hendaklah engkau memohon ampun kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah amat Pengampun lagi amat Mengasihi." - maksud al quran : an-Nisaa: 106.

Berkata sayyidina Ali ra, "Suatu keajaiban kepada sesiapa yang binasa kerana dosa; namun bersamanya penyelamat. Ditanya kepadanya, apa dia penyelamat itu? Beliau menjawab; istighfar."

Lagikan Rasulullah s.a.w yang maksum (manusia yg terhindar dari dosa) sering memohon ampun kepada Allah tanpa henti.

Sabda Rasulullah s.a.w. lagi yang bermaksud:  "Sesungguhnya aku seorang Nabi memohon ampun dosa (istighfar) kepada Allah SWT, setiap hari sebanyak 70 kali."


Meskipun Nabi s.a.w. maksum dikawal dosa oleh Allah SWT, namun baginda tetap memohon ampun sebanyak 70 kali saban hari.  Jika Nabi s.a.w. yang maksum beristighfar 70 kali, umatnya sebagai insan biasa yang bergelumang dosa, secara logiknya mestilah mohon ampun kepada Allah SWT setiap hari lebih daripada yang dilakukan oleh Nabi s.a.w. itu.


Istighfar yang sering diucapkan oleh Nabi s.a.w:


"Allahummaghfirli ma qaddamtu wama akhkhartu wama asrartu wamaa'alantu wama Anta a'alamu bihi minni wa Antal muqaddimu wa Antalmuakhkhir wa Anta 'ala kulli syai-in qadir."


Ia bermaksud:  Wahai Tuhan, ampunilah dosaku yang terdahulu dan dosa kemudian yang belum dilakukan, dosa yang kulakukan secara sulit tersembunyi dan dosa yang kulakukan secara terbuka, sebanyak mana yang Engkau ketahui. Sesungguhnya atas Engkau Yang Berkuasa penuh atas segala sesuatu."
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2009 01:16 PM | Show all posts
1# 93933



ko boleh istighfar paling pendek...

"Astaghfirullahal-Aziim Wa Atuubu ilaih..."

Aku mintak ampun kepada Allah dan bertaubat kpd-Nya...ringkas, padat dan mencakupi
keampuanan dan taubat sekali..

buatlah 100x sehari...bolehkan sekejap je, tak sampai 10 minit...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-7-2009 01:19 PM | Show all posts
6# sepok


tq and gud advice.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2009 03:45 PM | Show all posts
sama2 mom. Sbb kalo bagi yg panjang2, nanti ada yg tak sanggup buat...
lumrah manusia, suka buat sekaligus menda yg banyak, tp tiada istiqamah..
Rasulullah SAW menyuruh kita beramal dgn kadar kemampuan kita ...
yg penting berterusan dan ikhlas...ni bercakap berdasarkan pengalaman...
guide utk diri ku juge...:-)

7# mom2003
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2009 03:51 PM | Show all posts
takkan la tak diterima
pelacur terkutuk yg bg anjing minum pun diterima taubat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 05:21 AM GMT+8 , Processed in 0.154231 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list