soalan ni selalu dan rasanya dah berabad berpusing2 dlm kepala aku.dan persoalan ni jugak yg buatkan aku lemah,jauh,jatuh,
sesat. kenapa semakin aku cuba "mencari" Dia,semakin aku jauh dari "Dia".kenapa setiap kali aku percaya yang dugaan hidup ni takdirNya,semakin aku TAK "kenal" akan Dia Maha Pencipta. dan kenapa setiap kali aku keluar dari pintu dugaan tu,dan setiap kali itulah aku pasti/akan melangkah ke pintu dugaan yang lain.dan situasi itu tak pernah lari dari sepanjang aku bernafas di bumi Nya.
aku masih punya iman dan jiwa raga untuk/pada Dia. aku tak mengharapkan balasan,,,apa yg aku inginkan adalah petunjuk Nya.
kadang2 tertanya dlm hati yg hitam dan penuh dendam dan benci ni,"berbaloikah semua ini?".
untuk kalian,jika punya nasihat dan mutiara kata,aku yg lemah lagi hina tunduk dan mendengar..
sekian.
*aku suka bait lirik lagu ni....
Di Jalan Sesat-M. Nasir
.
Apakah takdir mimpi ini
Mendatang berulang kali
Berdarah penuh di tanah
Sedang tangan menungkat langit
.
Apakah yang ku perjuangkan
Apakah yang dipertahan
Apakah mesti aku jadi pahlawan
.
Oh Tuhan
Tidaklah aku layak
Untuk SyurgaMu
Namun aku tak berdaya
Menahan panas NerakaMu
.
Curiga di mata orang
Bagai mentari rembang
Bagaikan aku berdosa
Pada siapa saja
.
Sedang Tuhan di mana-mana
Melihat semua dosa
Dalam serata usia
.
Walau ditelan Segitiga Bermuda
Selalu ku mengulangi
Dosa yang telah ku buang
Diikuti kembali
.
Mengapa begini
Mengapa begini
.
Sedang Tuhan tahu sesiapa
Untuk Neraka untuk Syurga
Aku tak terpaksa memilih Syurga
Demi pengertian pada hukum alam
Dan sesungguhnya aku cinta padaMu Tuhan
Walaupun sesat jalan.
.
apsal plak makin jauh
patutnya setiap saat semakin dekat.
kenapa masih tak pandai?
awak cuma tinggal satu warning jer lagi. lagi sekali kalau ada ma ...
mlsnklyn Post at 16-7-2009 08:42
buatlah apa yg ko rasa patut
sblm ni pun dh berbelas2 nick aku kena beggar
hal2 tak puas hati dlm ni sbnrnya, tak sepatutnya dibawak ke dlm rumah.
kalo ko rasa bunuh aku terus pun, aku tunggu kt mana & bila.
35:29. Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap
mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan
kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan
amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan
mengalami kerugian;