CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2307|Reply: 13

Kedudukan matahari pada pukul 5.28 minit hari ini

[Copy link]
Post time 16-7-2009 05:49 PM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum,

Sham nak bertanya. Hari ni 16 Julai 2009 pukul 5.28 kita boleh melihat arah matahari tenggelam...untuk menentukan kiblat sembahyang kerana pada waktu inilah matahari betul-betul berada diatas kaabah....

Soalan sham..adakah kita menentukan arah dan kedudukan matahari pada pukul 5.28 minit sahaja? atau adakah kita menentukan dari pukul 5.28 minit sehingga ia tenggelam?maknanya masa tenggelam tu lah kedudukan atau arah kiblat kita? yg mana satu yerk? memang ternanti nanti arah kiblat kat rumah sham sebab sini taman perumahan baru..


terima kasih menolong ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2009 07:35 PM | Show all posts
Kat kelantan x leh sebab mendung sgt..Sejuk je petang tadi..
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2009 08:20 PM | Show all posts
aku check petang tadi, kiblat aku selama ni betul dan tepat!! alhamdulillah...
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2009 08:32 PM | Show all posts
oyeke...aku baru bangun pukul 5 suku tadi...hm..sayang je tak tengok pun
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-7-2009 11:51 PM | Show all posts
Alhamdullillah, dapat juga mengetahui kedudukan tepat kiblat di dalam rumah sham!
Sham betul betul sampai kat umah dlm pukul 5.27pm dan bila pukul 5.28pm sham tengok dan menghadap ke arah kedudukan matahari. Sham ambil sebatang pen dan hanpdhone tu tegakkan atas lantai luar rumah..bayang2 handphone dan pen tu sham tandakan menunjukkan arah kiblat. satu lagi..utk menentukan ketepatan kiblat di mana mana ruang dalam rumah..,sham akan berdiri menghadap ke depan kemudian bergerak ke arah lawan jam dengan pengiraan tiga jari kaki kanan..jari kaki ketiga memastikan sham berada pada posisi kedepan..dan ibu jari adalah arah kiblat (berpandukan arah matahari pukul 5.28pm)..sham akan menghala ke arah ibu jari utk menghala ke arah kiblat...

aku check petang tadi, kiblat aku selama ni betul dan tepat!! alhamdulillah...
beta_carotene Post at 16-7-2009 20:20
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2009 01:02 AM | Show all posts
1# sham159

sham,

Fenomena ini dinamakan Istiwa' A'dzam.

Istiwa' Utama ini (atau istiwa' a'dzam) adalah satu keadaan  di mana matahari akan berada  tepat di titik zenith (ghayah) ketika istiwa. Ia berlaku apabila nilai sudut istiwa matahari (mel syamsi)  bersamaan dengan nilai latitud tempatan. Fenomena ini berlaku bagi  negeri-negeri yang nilai latitudnya kurang daripada nilai sudut istiwa  maksimum matahari sebanyak 23.5°.

Jadi  kalau sham kata, bayang2 matahari yg sdh tenggelam pd hari tersebut  boleh dijadikan ukuran utk penentuan arah kiblat adalah tidak benar.  Hanya pada jam yg dinyatakan khusus itu sahaja boleh jadi ukuran. Sbb,  masa tu, nilai sudut istiwa’ matahari (mel syams) akan bersamaan dengan  nilai latitud Mekah, di mana Ka’bah itu terletak. Bagi kita di Malaysia,  berlaku pada pada 28 Mei pukul 5.16 petang waktu Malaysia dan sekali lagi pada 16 Julai pukul 5.28 petang (tiap2 tahun).
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-7-2009 01:35 AM | Show all posts
terima kasih penerangan yang diberikan..maknanya kita ikut bayang bayang matahari yang dihasilkan oleh pen tersebut pada pukul 5.28 le kan? kita ikut bayang matahari pada pukul 5.28 pm kan?tapi Sham lihat arah matahari tenggelam bermula 5.28pm sehinggalah ke pukul 6.00pm(lepas tu sham tertidur)..sama je arah nya?maknanya...kedudukan matahari dari 5.28 pm sehinggalah pukul 6.00 sama je cara sham menghadap?



1# sham159

sham,

Fenomena ini dinamakan Istiwa' A'dzam.

Istiwa' Utama ini (atau istiwa' a'dzam) adalah satu keadaan  di mana matahari akan berada  tepat di titik zenith (ghayah) ketika isti ...
sepok Post at 17-7-2009 01:02
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2009 04:32 PM | Show all posts
kat kola tranung pun mendung...
tak nmpk byng pun...

tp tq for info
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2009 05:59 PM | Show all posts
kita suka astronomy ni ....best kan?
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2009 09:41 PM | Show all posts
so kiblat kita...from that onward...tukar forever la...sampai ke hari ini?
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2009 10:01 PM | Show all posts
10# makcikmengamok

u mean cam ner tu yer?
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2009 10:47 PM | Show all posts
Chiko baru tahu.... banyaknya perkara yang masih tak tahu...
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2009 04:21 PM | Show all posts
10# makcikmengamok

u mean cam ner tu yer?
mbhcsf Post at 18-7-2009 22:01


kiblat bertukar...pada hari bulan tu saja kah?
or sejak dari hari tu....arah kiblat tukar forever sampai skrang?
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2009 04:39 PM | Show all posts
kiblat bertukar...pada hari bulan tu saja kah?
or sejak dari hari tu....arah kiblat tukar forever sampai skrang?
makcikmengamok Post at 19-7-2009 16:21


kiblat tak bertukar cuma arah darjah kecondongannya jer mungkin sedikit berbeza.....dah  dpt arah yg baru, guna yg baru tu lah ....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 05:34 PM GMT+8 , Processed in 0.073195 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list