CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2629|Reply: 24

Aku, APM & Hutang PTPTN - SuperFaizal

[Copy link]
Post time 17-7-2009 06:52 AM | Show all posts |Read mode
Faizal Tahir kandas ke APM kerana hutang PTPTN



KUALA LUMPUR - Artis dan komposer terkenal, Faizal Tahir (gambar)gagal menaiki pesawat untuk menghadiri majlis Anugerah Planet Muzik(APM) 2009 di Jakarta semalam dipercayai akibat tidak menjelaskan hutangnya dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Kosmo! difahamkan, Faizal sepatutnya menaiki pesawat bersama beberapa rakan artis seperti Ayu, Dafi dan Aizat pada pukul 3.55 petang menerusi Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang semalam.

Namun, Faizal satu-satunya artis yang gagal melepasi saringan Imigresen kerana PTPTN sebelum ini telah mengenakan perintah sekatan keluar negara kepada hampir 78,000 peminjam yang tidak menjelaskan hutang.

Usaha mendapatkan komen Faizal, lulusan Universiti Teknologi Mara(UiTM) itu bagaimanapun gagal kerana beliau tidak menjawab panggilan telefon.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2009 07:32 AM | Show all posts
wat malu je..
wargh kah kah kah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2009 07:53 AM | Show all posts
hahahahahahahahahahahaha
ko ingat ko artis bleh sesuka ati tak payah bayo ptptuuu tu dahh?
berlagak tak hengat!!
tak pepasal malu sendiri..sbb x bayo pinjaman belajo plak tuuu
kalau sbb kes dadah ke, ada ampun laaa jugak nk malu sbb x lepas imigresen
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2009 01:29 PM | Show all posts
Jumaat Julai 17, 2009
Faizal Tahir tetap hadiri APM di Jakarta

Oleh WAHIDA ASRANI

PETALING JAYA: "Tiada apa-apa sebenarnya, hal sudah selesai. Faizal tetap hadiri APM dan telah pun berangkat ke Jakarta," ujar Ketua Pegawai Eksekutif 8TV dan Penerbit Eksekutif Monkeybone, Ahmad Izham Omar ketika diminta mengulas tentang artisnya, Faizal Tahir yang dilaporkan gagal menaiki pesawat untuk menghadiri Anugerah Planet Muzik (APM) di Jakarta, semalam, akibat tidak melunaskan bayaran pinjaman dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Menurut laporan sebuah akhbar hari ini, Faizal dikatakan tidak dapat menyertai rombongan artis tempatan lain menaiki pesawat untuk ke Jakarta dari Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang, petang semalam setelah gagal melepasi saringan Imigresen.

Sekatan ke luar negara untuk kira-kira 78,000 peminjam PTPTN yang gagal membayar hutang mereka telah dikeluarkan oleh perbadanan itu sebelum ini.

Menurut Izham, dia sendiri kurang pasti sama ada sekatan terhadap Faizal itu benar-benar disebabkan oleh masalah PTPTN, atau hal-hal lain.

"Saya sendiri tidak begitu pasti. Tapi jika tidak silap saya, ada sedikit masalah yang berlaku ketika itu, namun ia dapat diselesaikan.

"Lagipun, apa yang lebih merisaukan saya ketika ini ialah keselamatan artis-artis kita di sana ekoran kejadian letupan bom yang berlaku di Jakarta pagi tadi (Jumaat)," kata Izham, sambil enggan mengulas lanjut tentang insiden 'sekatan' terhadap Faizal itu.

APM akan berlangsung di Pusat Konvensyen Jakarta malam esok. Faizal turut tercalon bagi kategori Artis Malaysia Paling Popular dan Artis Serantau Paling Popular pada anugerah tersebut.

Dalam pada itu, Pengurus Artis 8 Unit, Jacynta berkata, insiden yang berlaku semalam dianggap hanyalah satu masalah kecil.

"Ada sedikit masalah kecil berlaku di Imigresen dan tiada kena-mengena dengan PTPTN. Faizal telah pun menaiki pesawat ke Jakarta hari ini. Memang dia sangat teruja untuk ke sana, malah ramai yang berharap Faizal dapat turut serta di APM kerana dia turut membuat persembahan.

"Lagipun, seperti mana yang Izham katakan tadi, kami lebih memikirkan tentang keselamatan artis di sana gara-gara letupan bom tersebut. Tapi, menurut penganjur, kejadian itu tidak akan menjejaskan perjalanan APM," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2009 02:51 PM | Show all posts
alhamdulillah... slamat jugak pejal ke jakarta. ini sumber dr paper mana ni syd?
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2009 08:25 PM | Show all posts
hahahahahahahahahahahaha
ko ingat ko artis bleh sesuka ati tak payah bayo ptptuuu tu dahh?
berlagak tak hengat!!
tak pepasal malu sendiri..sbb x bayo pinjaman belajo plak tuuu
kalau sbb kes dadah  ...
fariepari Post at 17-7-2009 07:53


otak kat lutut
ader ker cakap kalau kes dadah tak aper gak
hisap la dadah banyak2
kes pejal dah selesai..........!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-7-2009 09:01 PM | Show all posts
kiranya berita palsu arr pasal ptptn tuh??
lagipun takkan arr FT bt tak endah hal tuh pun
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2009 10:40 PM | Show all posts
Faizal Tahir
I am doing this for my beloved country, MALAYSIA.. I can't believe they're stopping me from doing something for my country.. Yes, i made a mistake.. I admit my mistake.. But please.. Isn't there anyone understanding enuff out there?? I'll even lock myself in jail after that.. If that's what it takes to do something fro my country.. I mean that..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-7-2009 10:41 PM | Show all posts
apa yang pezal tahir tak buat u ols?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-7-2009 10:44 PM | Show all posts
haha
untuk negara u ol
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2009 11:00 PM | Show all posts
9# Syd

dan apa yang seluruh malaysia tak react kat manusia nama faizal tahir ni samada dia buat atau tak buat



tahniah faizal menang Hot Guy Award shout award malam ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2009 12:06 AM | Show all posts
7-Jul-2009 | Oleh: Ellyna Ali
Faizal Tahir Dibenar Ke Jakarta



Teks Oleh Ellyna Ali


KUALA LUMPUR, 17JULAI 2009:  Selepas ditahan di KLIA gara-gara masih berhutang dengan pihak PTPTN semalam , Faizal Tahir akhirnya  mendapat pelepasan untuk terbang ke Jakarta bagi menjayakan Anugerah Planet Muzik 2009 (APM2009) yang akan berlangsung di Jakarta Convention Centre (JCC), esok.

Perkara ini dimaklumkan sendiri oleh Faizal menerusi SMS kepada murai.com.my yang berbunyi: "Selesai, semuanya telah selesai dan saya akan ke sana (Jakarta). Saya kini sedang dalam perjalanan ke KLIA untuk membeli tiket bagi penerbangan ke Jakarta yang seterusnya.

"Alhamdulillah…. Pada saat ini perasaan saya sangat bercampur baur, gembira tetapi dalam waktu yang sama saya berasa cukup terharu. Hanya kerana Malaysia, saya terpaksa melalui semua kepayahan ini. Harapan saya perkara ini akan diingati."
Jelas Faizal Tahir lagi, sebaik saja ditahan, dia telah berusaha sedaya yang mungkin untuk  mencari jalan penyelesaian yang terbaik supaya dapat menghadiri malam kemuncak dan membuat persembahan.

"Apa yang saya lakukan ini adalah untuk Malaysia," katanya yang turut dicalonkan menerusi 2 kategori iaitu Artis Malaysia Paling Popular serta Artis Rantau Paling Popular.

Mengulas tentang penahanan Faizal Tahir semalam, Timbalan Pengurus Besar Beyond DBB, Aloysius Wee, berkata, selaku penganjur APM09, pihaknya turut berusaha untuk membantu Faizal Tahir bagi membolehkan dia berada di Jakarta bagi menjayakan malam kemuncak bagi 3 negara serantau itu.

"Sebagai wakil Malaysia, memang ramai yang meletakkan harapan yang tinggi supaya Faizal Tahir dapat beraksi di sana dengan cemerlang. Selaku penganjur, kita juga mempunyai harapan yang sama. Sebab dia salah seorang penyanyi tanah air hebat yang kita ada selain Datuk Siti Nurhaliza.

"Tentu ia akan menjadi sesuatu yang cukup membanggakan seandainya Faizal dapat beraksi di sana serta dapat memperlihatkan bakat dan kemampuan vokalnya dikagumi ramai itu," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2009 12:58 AM | Show all posts
Syd Post at 17-7-2009 22:40


wow...poyonyer statement...kehkeh...
ckp cm nk pergi berjihad jer abg pejal nih...
huhu
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2009 01:00 AM | Show all posts
kalau dah pengurus besar letakkan harapan tinggi and samakan ft setanding dgn ct, mmg tak blh dipertikaikan lg la..
syukur sbb ft dpt pergi sana..
yg kata bab dadah tu mmg dasar TAKDE OTAK..
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2009 01:02 AM | Show all posts
kalau dah pengurus besar letakkan harapan tinggi and samakan ft setanding dgn ct, mmg tak blh dipertikaikan lg la..
syukur sbb ft dpt pergi sana..
yg kata bab dadah tu mmg dasar TAKDE OTAK..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2009 07:18 AM | Show all posts
Faizal bayar PTPTN

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID dan SUHANA YUSOP
[email protected]

KERATAN Kosmo! semalam.

KUALA LUMPUR - Penyanyi Faizal Tahir yang gagal menaiki pesawat untuk menghadiri Anugerah Planet Muzik (APM) di Jakarta, Indonesia kelmarin akhirnya akur dengan membayar pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) semalam.

Menurut sumber, penyanyi yang merupakan Naib Juara program One In A Million itu menghantar pengurusnya, Haryadi Rusli bagi mewakili dirinya untuk menyelesaikan tunggakan pinjaman tersebut.

Wakil penyanyi itu hadir seorang diri dan menemui Ketua Eksekutif PTPTN, Yunos Abd. Ghani dan berunding mengenainya kira-kira 15 minit.

Terdahulu, difahamkan beliau bersama-sama penyanyi itu hadir ke One Stop Centre PTPTN di KL Sentral di sini untuk menyemak dan menjelaskan baki pinjamannya.

Kosmo! difahamkan, Faizal sudah membayar tunggakan pinjaman pelajaran itu yang bernilai puluhan ribu sebelum berlepas ke Jakarta, malam tadi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2009 09:53 AM | Show all posts
yg ckp psl dadah tu bknnya takde otak ataupn otak letak kt lutut tp otak dia kt celah pungkoq!!! busukkk!!!! otak busukkk!!!! agaknya dia ni mmg dh biasa dgn dadah kot sbb tu la dia kata dadah takpe lg ok drp hutang ptptn yg bg dia lebih memalukan. aparaaaa!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2009 10:06 AM | Show all posts
dadah = duit sundiri ( jamal contoh nye)

ptptn = duit rakyat

hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2009 10:35 PM | Show all posts
Saya tak rasa malu - Faizal Tahir

Oleh TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN




KERATAN Kosmo! semalam.
FAIZAL

JAKARTA - Kalau bukan kerana Anugerah Planet Muzik (APM 2009) yang berlangsung di sini, penyanyi Faizal Tahir mengaku dia mungkin kekal sebagai peminjam tegar Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Namun, disebabkan APM 2009, dia kelam-kabut melangsaikan hutangnya yang sebelum itu didakwa terlepas pandang.

"Saya terlalu sibuk sampai terlepas pandang.

"Saya juga tidak malu dengan apa yang berlaku. Saya sudah membayar semua hutang PTPTN kerana tidak mahu terlepas peluang muncul di APM 2009,'' katanya kepada Kosmo! Ahad di sini semalam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2009 10:36 PM | Show all posts
Selebriti perlekeh PTPTN

Oleh MAZLINA ABDUL MAJID

KUALA LUMPUR - Mereka berbakat besar dan mempunyai reputasi hebat dalam kerjaya masing-masing, baik dalam bidang nyanyian, lakonan, deejay mahupun sebagai pengacara televisyen.

Biarpun karier berbeza, mereka berkongsi satu persamaan - kesemuanya enggan membayar hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) selepas bertahun-tahun meninggalkan universiti.

Majoriti daripada mereka ialah bekas pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Jika masih enggan membayar hutang, mereka akan bersama-sama dengan penyanyi Faizal Tahir dan kira-kira 78,000 lagi peminjam tegar PTPTN yang hanya akan dapat keluar negara selepas membayar hutang masing-masing.

Sumber Kosmo! Ahad memberitahu, ada selebriti dalam senarai itu berlakon dalam beberapa filem box-office dan kini bergelar pengarah.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 09:10 AM GMT+8 , Processed in 0.064930 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list