View: 2414|Reply: 9
|
4 Golongan Manusia Mengingati Maut
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by six_points at 1-12-2011 19:42
Dalam perkara maut, para ulama menulis bahawa manusia boleh dibahagikan kepada 4 golongan.
Golongan Pertama
Mereka yang tenggelam dalam kecintaan dunia tidak akan fikir tentang maut sebab maut ini akan menyebabkan mereka terpisah dari kelazatan dunia mereka. Mereka memikirkan tentang maut dengan keadaan marah dan dengan penuh kebencian. Mereka amat takut akan maut sebab bila maut datang kepada mereka, mereka terpaksa tinggalkan segala harta kesayangan mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
Golongan Kedua
Mereka berhajat kepada Allah. Mereka boleh dikatakan sebagai di peringkat permulaan. Mereka akan berasa takut bila diperdengarkan tentang kehebatan Allah dan mereka bersungguh-sungguh mahu bertaubat. Tetapi, mereka juga boleh dikatakan takut akan mati. Mereka takut mati bukan kerana cintakan dunia, tetapi mereka rasa mereka belum benar-benar bertaubat. Jadi, mereka akan mengislahkan diri terlebih dahulu dan mereka belum bersedia untuk mati dan tidak suka untuk mati cepat. Golongan ini tidak boleh dikatakan sebagai golongan yang tidak suka bertemu Allah berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Sesiapa yang tidak suka menemui Allah, maka Allah juga tidak suka menemuinya.”
Kerana mereka bukan benci untuk berjumpa Allah, sebaliknya mereka takut akan kekurangan dan kecacatan amal yang ada pada mereka.
Mereka boleh diumpamakan sebagai seseorang yang ingin bertemu dengan sahabatnya. Maka, dia membuat persediaan untuk bertemu dengan sahabatnya supaya sahabatnya itu akan gembira, tetapi dia belum bersedia untuk berjumpa lagi dengan sahabatnya itu disebabkan dia masih sibuk dalam bersiap-sedia. Jadi, orang ini boleh dikatakan sibuk dalam persediaan untuk kehidupan Akhirat. Jika orang ini menyibukkan diri dalam kehidupan dunia, maka dia boleh dikategorikan dalam golongan pertama tadi. |
|
|
|
|
|
|
|
Golongan Ketiga
Mereka ini disebutkan sebagai golongan Arif. Mereka mengenal Allah lebih daripada mereka mengenal yang selain-Nya. Taubat mereka adalah sempurna. Mereka cintakan maut dan merindukan kedatangannya. Bagi seorang kekasih, masa perjumpaan dengan kekasihnya adalah saat sangat penting daripada segala-galanya. Demikian, masa perjumpaan bagi mereka adalah bila datangnya maut dan mereka sentiasa menanti-nantikan kedatangannya dan mereka tidak sekali-kali leka (lalai) daripada tugas ini. Orang beginilah dikatakan sebagai mereka yang sukakan akan mati dan berharap supaya maut ini boleh datang dengan begitu cepat sekali. Mereka sentiasa merindukan kemerdekaan dari dunia yang penuh dengan dosa ini.
Satu riwayat menyatakan bahawa Saidina Huzaifah r.a sewaktu hampir meninggal dunia berkata. “Akhirnya kekasihku (maut) yang aku nanti-nantikan itu sudah tiba pada waktu yang tepat. Sesiapa yang menyesali akan kedatangannya, dia tidak akan berjaya. Ya Allah! Engkau Yang Maha Mengetahui akan daku, aku lebih suka hidup miskin daripada hidup mewah. Aku lebih suka sakit daripada sihat dan aku lebih suka maut daripada hidup. Cepatkanlah maut bagiku supaya aku dapat bertemu dengan-Mu.” |
|
|
|
|
|
|
|
Golongan Keempat
Mereka ini adalah satu golongan yang mempunyai darjat yang lebih tinggi daripada ketiga-tiga golongan di atas. Mereka mengutamakan keredhaan Allah daripada segala-galanya dan ia menjadi matlamat dan tujuan hidup mereka. Mereka tidak mempunyai apa-apa kepentingan diri untuk hidup ataupun mati. Mereka menjadi kekasih Allah dan tandanya, mereka ada sifat Redha (penerimaan tanpa persoalan) dan sifat Tasleem (penyerahan diri yang sempurna). |
|
|
|
|
|
|
|
3# six_points
jap..nak tanyer...mcm mana pulak dgn org yg sentiasa berdoa supaya Allah segera mencabut nyawanya sbb tk tahan dgn dugaan dunia ..blh ker doa mcm ni yer? |
|
|
|
|
|
|
|
5# ayu_ludo
Memang berdosa jika kita sering meminta mati dan berasa Allah yang mentadbir dunia ini tidak adil dalam pembahagian rezeki pada manusia.
Allah Maha Adil dalam pentadbiran-Nya dan Maha Mengetahui kenapa seseorang itu dipanjangkan atau dipendekkan umur.
Nabi s.a.w mengajar kita supaya berdoa jika mati itu baik, maka mintalah dimatikan. Jika hidup itu baik, maka mintalah dipanjangkan umur dan bukannya meminta mati.
Manusia berasa nasibnya tidak baik kerana dia gagal melihat hikmah di sebalik setiap takdir dan kejadian Allah.
Cubalah melihat nasib orang lain yang lebih buruk supaya anda berasa bersyukur dan bertuah. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by pisang_goreng at 23-7-2009 01:05
5# ayu_ludo
Memang berdosa jika kita sering meminta mati dan berasa Allah yang mentadbir dunia ini tidak adil dalam pembahagian rezeki pada manusia.
Allah Maha Adil dalam pentadbiran-Nya dan M ...
six_points Post at 20-7-2009 17:23
mmg x heran ada cerita mengisahkan seorang anak lelaki meningalkan ibunya
hanya semata2 ingin menambahkan ilmu agama islam di tanah suci mekkah..
akan tetapi pemergiannya ituh tidak direstui oleh ibunya yang sedang sakit teruk...akan tetapi si anak ttp berkeras hati ingin pergi menuntut
ilmu kejalan Allah itu...
siibu berasa kecil hati dgn sikap anaknya lalu berdoa
ya allah jika dia anak yg tidak taat kpd ibunya
engkau hukum la dia dan memulangkannya kepangkuanku semula ya allah"
pd ketika satu hari..di mana anaknya sedang duduk di dlm masjid kusyuk berzikir kpd allah
dan ketika ituh juga berlaku kecurian drpd org yg tidak dikenali sedang diburu oleh pihak2 berkuasa..
lalu pencuri tuh melarikan diri ke dlm masjid lalu meletakkan barang tersebut berdekatan dgn anaknya..
apabila pihak berkuasa melihat barang2 itu berada dkt dgnnya lalu menuduh anaknya itu sebagai pencuri..
anaknya yg tidak bersalah itu telah di jatuhkan hukuman potong kedua2 belah tgn,kedua2 belah kaki dan dibutakan
matanya.....
akan tetapi ALLAH ituh maha adil...
lalu terdengar berita mengatakan si anak ini tidak bersalah dan dia bukanlah pencuri sebenar...jadi amat kesal lah para hakim dan pihak2 lain terhadap si anak ini..
atas rasa simpati dan bersalah..pihak berkuasa telah mencari kediaman asal si anak.
apabila sudah mengetahui...si anak telah di hantar ke depan rumah ibunya...
ketika itu rumahnya pintu masih bertutup...
berkata la si anak...assalamualaikum
jawab si ibu wsalam..siapa diluar?
maaf la sy seorang yang miskin dan tidak akan benarkan sesiapa masuk kalau bukan muhrim
jwb si anak...bolehker saya meminta sedikit air dan makanan...
atas rase kasihan ibu dia memberi sedikit air dan makanan kpd si anak yg masih belum dia tahu yg itu adalah anaknya
apabila si anak menjamu air dan makanan lalu berteriakla dia memangil ibuuuuuuuuuuuuuu
ibuuuuuuuuuuuuuuuuu...ini saya ibu............maafkan sy ibu saya sudah berbuat dosa terhadap ibu
si ibu terkejut dan menangis org yang meminta sedekah ituh adalah benar2 anaknya...lalu memeluknya anak kesayangannya itu dgn sekuat hatinya...
maka berkata la si ibu
ya allah yg maha kuasa sesunguhnya engkau telah memabulkan permintaan ku ini...aku memaafkan segala dosa anaku ini terhadap diriku..
lalu si ibu berdoa " ya allah kau tamatkan lah riwayat penderitaan kami berdua utk menutup aib"
maka ALLAH memabulkan permintaan si ibu...
lalu meninggallah kedua beranak itu... |
|
|
|
|
|
|
|
1# six_points
selagi kita masih sayang dan cinta dengan harta di dunia ....................selagi itu kita belum dpt tinggalkan dunia |
|
|
|
|
|
|
|
aku rasa akulah golongan ke2 itu.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|