|
kalau boleh cari dalam al-quran.... disebut
nasoro
yahud
kafirun
mushrikun
munafiqun
belum jumpa lagi disebut "enemies within themself". |
|
|
|
|
|
|
|
umat Islam kena bersatu... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by shrekfiona at 25-7-2009 23:12
Salam..
fiona nak mintak tolong forumners2 kat sini bg idea nak hujah kan phrase ni..
"The real enemies of the muslims are not the christian but ...
shrekfiona Post at 25-7-2009 23:03
mungkin perkara utama yg boleh meruntuhkan Islam adalah perpecahan dalam kalangan penganutnya..
kalau dah sesame Islam pon nak bergaduh,bertelagah,saling menganiaya,berbunuhan sesama sendiri..macam mana nak pertahankan ISLAM..
bila tgk umat Islam dah berpecah,time tu la pihak KAFIR amik peluang utk musnahkan ISLAM..sebab sesame ISLAM pon taknak bersatu..
misalnya,umat Islam A bermusuh ngan umat Islam B..
tiba2 umat Islam A diserang org2 kafir,dan time tu umat Islam B akan tengok je tak tolong pon Islam A yg kene serang tu sebab diorg kan musuh..
lama2,umat Islam akan musnah yang berpunca drpd pertelingkahan sesame sendiri..
rasenye camtu kot.. |
|
|
|
|
|
|
|
salam forumer..
suka saya mengisahkan satu hadis dimana nabi sebut, "sesunguhnya syaitan beredar di dalam pembuluh darah anak anak adam"
dalam diri manusia ada nafsu, di mana ada keinginan baik dan jahat, manusia juga dianugerah akal [fungsi akal utk berfikir/fikir tentang apa?fikir tentang tuhan] spt sabda nabi "berfikir tentang tuhan sesaat lebih utama dari seribu solat"
kenapa berfikir sesaah lebih utama dari seribu solat?kerana amalan tanpa ilmu bodoh namanya dan ilmu tanpa amal adalah hampa...
kerana dgn berfikir, manusia akan mencari, mencari apa?mencari tuhannya...seperti jalan jalan para nabi dan rasul dahulu, nabi ibrahim..menggunakan akal fikiran utk membawa diir kepada mengenal tuhan....
okay, berbalik pd persoalan musuh didalam diiri, dlm diri manusia ada nafsu[kengininan yg sering men desak tuan punya diri, dlm diri manusia ada akal[yg sering mendesak fikiran manusia] dlm diri manusia ada hati[bisikan dari iblis, syaitan, jin, malaaikat, ruh sendiri, dan pelbagai lagi]
kesemua ini tanpa disertakan ilmu alquran dan hadis, makan diri manusia tidak dpt membawa kepada keseimbangan
krana itu nabi berpesan "kutinggalkan kamu 2 perkara iaitu alquran dan hadis, siapa yg berpegang keduanya nescaya tidak akan sesat selamanya"
begitulah jaminan dari nabi kita...
lihat pula kita pada hari ini, apakah yg sering tangan kita ambil sebagai bahan berita[utk mengisi minda dan jiwa]?
tidakkah kita di isi dgn membaca suratkhabar seiring sarapan roti canai dan teh tarik?kemudian pd tenghari diisi dgn berita atau intenet yg memasuki sawang minda kita?
bilakah pula harinnya atau amalan harian kita di mana tangan kita sering mencapai lembaran hadis atau selembar alquran sbg makanan santapaan rohani dan minda kita?
sekiranya dilihat buku buku wali wali Allah, mereka ini cuba membersihkan diri mereka dengan tidak mengikut dunia, mereka sanggup bersusah..semata mata utk melemahkan runtunan nafsu dalam diiri mereka...
dlm banyak banyak halangan dan ujian, nafsu perlu ditundukkan dahulu...spt peristiwa nabi ke gua hira...
spt juga sabda nabi dlm hadis "ruh ruh ibarat perajurit perajurit, apabila saling mengenal maka bersatulah ia"
maknanya...ruh ruh yg diibaratkan nabi itu terdiri daripada ruh diri kita, akal kita, nafsu kita....yg mana bila mana setiap mereka mengenal tuhan itu, maka terbentuklah diri yg satu sebagai insan al kamil [hamba yg mengenal dan tunduk pada tuhannya...
sekian ringkasan....maafkan salah silap saya |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mnm77 at 26-7-2009 23:28
....akan fiona manfaatkan dlm assignment fiona nnti..
p/s :- tau x ayat2 Quran yg berkaitan nafsu dlm diri manusia?
kalu tau nnti tlg inform ye..
shrekfiona Post at 26-7-2009 17:30
Salam.... utk assignment rupanya.... boleh cerita sikit latar belakang orang yang bagi assignment ni...
"The real enemies of the muslims are not the christian but the real enemies of the muslims are the enemies within themself."
Kalau saya, frasa di atas saya kurang setuju. Saya lebih setuju kalau ia bunyi macam ni:
"The real enemies of the Muslim are not the non-Muslim but the real enemies of the Muslim are the evil-doers"
Saya kata demikian sebab frasa asal tu kalau non-Muslim baca, ia mendorong kepada satu ideologi unsur kejahatan dari kalangan Muslim lebih teruk dari unsur kejahatan dari kalangan non Muslim. Jika ada kejahatan sekalipun dari kalangan Muslim, ia bukannya ajaran Islam yang sebenar sebab Islam yang sebenar adalah membawa kesejahteraan. Lagipun ada orang munafiq yang berpura-pura Islam tapi sebenarnya bukan, mereka inilah yang jahat dan berbuat fitnah terhadap Muslim.
Banyak tempat dalam Al-Quran disebut musuh manusia yang nyata adalah Syaitan. Syaitan membuat bisikan-bisikan jahat untuk memperdayakan manusia. Juga ada dari kalangan Jin dan dari kalangan Manusia.
Spesis Jin yang jahat (Iblis dan kuncu-kuncunya) adalah Syaitan dari kalangan Jin. Manusia pula kalau nafsu dah jadi tuhannya, maka ia pun jadi syaitan. Bila manusia dah jadi syaitan, ia lebih dahsyat dari Syaitan Jin.
Antara kategori nafsu manusia yang disebutkan dalam Al-Quran adalah:
Nafsu Ammarah (nafsu yang cenderung ke arah kejahatan) - Surah Yusuf, 53
Nafsu Lawwamah (nafsu berbolak balik antara kejahatan dan kebaikan) - Surah Al-Qiyamah, 2
Nafsu Mutmainnah (nafsu yang tenang, dijanjikan Syurga) - Surah Al-Fajr, 27 |
|
|
|
|
|
|
|
ada satu ayat quran, tuhan beri peringtan...berpegang teguhlah kamu pada tali allah dan jgnlah kamu bercerai berai....
hari ni umat islam dah tak berpegang teguh dgn ajaran islam sebenar...tgk mesir...saya pun cukup meluat dgn mesir ni...masa israel serang palestin baru ni..dia tak benarkan rakyat dia kutip derma...buat solat hajat..or baca qunut nazilah...orang islam nak hantar bantuan pun dia tutup border dgn ghaza...kata kwn saya orang kuat JIM nak hantar duit ke plestin pun payah...tapi dia orang stil ada cara nak seludp money to palestine..
baru2 ni baca pulak mesir beri keizinan israel gunakan terusan suez utk kapal selam nuclearnya lalu utk ke iran utk serang iran...mesir ni lah antara musuh islam...this is the enemy withing themselves
ingat kisah mujahid terkenal sheikh hassan al bana? walau pun parti islam pimpinannya menang kerusi di parlimen tapi dinafikan hak itu..beliau mati ditembak oleh askar upahan mesir dan british kerana takutkan pengaruhnya pada rakyat mesir...sewaktu cedera ditembak tu jasadnya dibiarkan di lantai hospital tanpa seorang dr or nurse dibenarkan bantu...sehinggalah sheikh hassan al bana menghebuskan nafas terakhir...pengebumiannya tidak dibenarkan sesapa yang datang...kecuali ayah dan anaknya sahaja...
hari ni masih lagi wujud mata2 kerajaan mesir ni tuk mencari pengikut2 hassan al bana..termasuk tok imam2 masjid..dia akan duduk di semua masjid2 di mesir jadi mata2...walau pun mulut berzikir tapi mata sentiasa buka...dan telinga sentiasa pasang kalau ada aktiviti dari pengikut hassan mencari pengaruh di masjid2 di mesir...
saya diberi peringatan oleh pensyarah saya..sbb anak bermiant nak study medic di mesir katanya pesan pada anak kalau di masjid ada orang tanya nama bagi tau je nama palsu tempat tinggal mana bagi je tempat tinggal paslu..kalau bagi yg betul walau pun u tak buat apa2 kejap lagi ada lah mata2 datang geledah rumah ... |
|
|
|
|
|
|
|
Enemies within themselves itu adalah nafsu manusia juga. Jika tidak di kawal dengan baik maka ia boleh menjadi musuh yang jahat. |
|
|
|
|
|
|
|
salam, maafkan saya....beberapa hari tak follow....
menarik isu ni...
saya cuma tambah sikit sikit saja
dlm surah Ar-Ra'd:28 "hanya dengan mengingati Allah hati kembali menjadi tenang |
|
|
|
|
|
|
|
8# sunsuria3
yup..this wat we call enemies within themselves..
tq :pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
35.6. Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia
musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah
mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk Neraka. |
|
|
|
|
|
|
|
45.23. Dengan yang demikian, bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad) terhadap
orang yang menjadikan hawa nafsunya: Tuhan yang dipatuhinya dan dia
pula disesatkan oleh Allah kerana diketahuiNya (bahawa dia tetap kufur
ingkar) dan dimeteraikan pula atas pendengarannya dan hatinya serta
diadakan lapisan penutup atas penglihatannya? Maka siapakah lagi yang
dapat memberi hidayat petunjuk kepadanya sesudah Allah (menjadikan dia
berkeadaan demikian)? Oleh itu, mengapa kamu (wahai orang-orang yang
ingkar) tidak ingat dan insaf? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by shrekfiona at 27-7-2009 21:12
musuh orang Islam sebenar nye bukan kristian tapi musuh dalam diri
orang itu sndiri..
fiona faham ayat ni lebih kurang camni la..:-
sebenarnye musuh muslim ialah diri diorang sndiri bukannye pengaruh dari
penganut agama lain. maknanye seseorang tu kene conquer diri, nafsu n so on..
shrekfiona Post at 27-7-2009 21:07
Saya setuju dengan maksud fiona tu. Cuma yang menarik perhatian saya adalah penggunaan perkataan Kristian dan ini menunjukkan ada perbandingan antara Islam dan Kristian.
Sebab tu saya lebih suka kalau:
Musuh orang Islam sebenarnya bukanlah orang bukan Islam tetapi pengaruh jahat (dalam orang Islam sendiri, mahupun dari luar)
Pengaruh jahat tu berpunca dari Syaitan dan Nafsu yang ada dalam diri manusia (orang Islam) - jika kita bercakap konteks orang Islam |
|
|
|
|
|
|
|
Saya setuju dengan maksud fiona tu. Cuma yang menarik perhatian saya adalah penggunaan perkataan Kristian dan ini menunjukkan ada perbandingan antara Islam dan Kristian.
Sebab tu saya lebih suk ...
mnm77 Post at 29-7-2009 00:35
agree. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau boleh cari dalam al-quran.... disebut
nasoro
yahud
kafirun
mushrikun
munafiqun
belum jumpa lagi disebut "enemies within themself".
ibnur Post at 26-7-2009 11:21
Assalamualaikum ibnur,
Kekadang oghang suker menyatakan sedemikian agar kita yakni umat Islam tidak bersangka buruk ke atas Kaum yg di sebut di atas.
So, kurang ler skit WASPADA kita terhadap mereka.
Tetapi yg sebenarnya kita perlu senantiasa berwaspada terhadap musuh di luar dan juga di dalam diri.
Seperti yg miker sebut di atas dan juga hawa nafsu(yg jahat) n hasutan iblis laknatullah.
Di dalam segala segi............kita Umat Islam hendak lah senantiasa berjaga jaga.
Bagaimana hendak menghadapi nya/mereka??
Ikuti sahaja AL QURAN n SUNNAH Nabi saw. (yg menjamin tidak akan sesat buat selama lama nya)
MUSUH yg paling dahsyat ialah nafsu n iblis.
Mereka hanya akan meninggalkan kita pabila roh sudah berpisah dgn jasad.
So, selalu lah berdoa kpd Illahi agar mati di dalam IMAN.
Waallahua'lam |
|
|
|
|
|
|
|
cerita pasal mesir ni teringat kisah ni
Sedihnya..
Salam,
Semalam Razali Awang, pemberita TV3 yg pergi ke Gaza baru-baru ni, datang
ke my company tu share his experience. Persatuan Islam Pekerja yg
anjurkan. Razali ni tiap kali dia bercerita, mesti tersekat2 sebab dia
kata dia tak dpt lupakan pengalaman yg dia akan kenang smpai mati.
I ada things yg nak share yg buat I tak boleh tido mlm tadi
Mesir
Razali kata ni Firaun modern. Nama je Islam tapi dah very secular.
Sanggup kencing di dinding2 masjid.
Mesir sekat sempadan ..the only way ke Gaza . Makanan dan ubatan2 sume rosak kat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir is 14 km long.
Kalau lah tak de sekatan, rakyat Palestine takkan kebuluran
"Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp bersempadan dengan Hamas!"
- Apa punya manusia ni, kata Razali Awang
Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza .
Razali btau rakyat Palestin yg dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat
kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat
Palestine ...
Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir...tapi dgn pertolongan
Allah SWT lepas pulak..tapi perit nya..yg mintak rasuah...charge naik bas
500 meter is rm70
Memang sekutu kuat Amerika and Israel
Razali kata rakyat Palestine sgt berpegang teguh kpd ajaran Islam dan
mazhab Shafie.
Org Palestine sgt baik dan friendly as compared to other Arabs esp yg
kat Mesir tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Hamas
Memang kalangan yg rela mati sebab mati syahid. Rela mati anytime. Bila
bersalam perpisahan dengan Razali dia org ucap "Kalau anda dtg lagi ke
sini, adakah kita akan bertemu lagi"...like they know they can die
anytime.
Tulang2 yg melekat kat dinding bangungan rosak, tak busuk walau dah
berminggu!
Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel ...punyalah
jahat manusia, kubur pun nak bedil konon tempat simpan senjata.
Hamas ada 25,000 org..tak de senjata canggih tapi yg mati hanya 100 lebih
je!!
Hamas ni beroperasi di bawah tanah and they are everywhere. They operate
in small groups.
Isteri kepada yg mati syahid, hanya ada satu misi, utk berperang dan mati
syahid supaya dapat jumpa suami semula di syurga.
Bagi mereka, kanak2 yg mati berada di sisi Allah SWT.
Menurut seorang ibu yg anak nya mati syahid, hari ni sorang mati, esok
lahir lagi seorang bayi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Israel
Memang pengecut sebab tak berani perang one to one ngan Hamas. Kat darat
hanya duduk dlm kereta kebal. Pastu serang ngan bom pintar, bom fosforus
dari jarak jauh.
Dia org tau Hamas ada penembak tepat! So, depa takut nak turun dari
kereta kebal.
Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun
sebab tanaman ni makan masa bertahun nak tumbuh balik. Biar rakyat
Palestine kebulur dan tak de sumber pendapatan.
Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak ikut!!! Ada back-up besar lah
katakannn...
Rakyat Palestine
Sedih Razali tengok dia org rebus rumput sebab dah tak de makanan.
Kanak2 tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani
mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri!
Di hospital, pembedahan, jahit kulit ke apa ke...terpaksa dibuat tanpa
bius. Sebab ubat dah tak de.
Razali kata tak tahan dia tengok budak2 menjerit2 kesakitan bila kepala
di jahit!
Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yg telah dibedil dgn bom
fosforus ..sebelum serangan ada few doctors sedang bedah
pesakit....Razali kata tak de apa yg tinggal ..semua dah jadi abu!!! Ada
la nampak serpihan tulang sikit2 here and there...Fosforus ni dia
hancurkan kulit dan tulang...Nauzubilla h.
Ada banyak lagi..but too long to write. Razali Awang memang volunteer nak
pergi ke Gaza (agaknya sebab dia ni pun bujang lagi..hehe). ..So, inilah
yg diceritakan oleh beliau.
Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA is negara jiran
kita ni ha....yg paling dekat...SINGAPURA! So Razali kata kalau kita
shopping kat sana mcm kita sokong Israel .
So friends, kita terus doa dan berdoa utk keselamatan saudara Islam kita
di mana jua mereka berada..
Wasalam. |
|
|
|
|
|
|
| |
|