View: 3032|Reply: 22
|
Majlis Sambutan Malam Nisfu Sya'aban
[Copy link]
|
|
Majlis Sambutan Malam Nisfu Sya'aban
Tarikh : 5 ogos, 2009 (Rabu)
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tempat : Masjid Taman TAR, Ampang.
Tentatif Program:
1.Bacaan Yassin & Doa
2.Solat Sunat Tasbih
3.Pengijazahan Kitab Pancaran Nur Zikir % Doa Ahli Akhyar
Semua di jemput hadir.
http://pondokhabib.wordpress.com |
|
|
|
|
|
|
|
selamat menyambut mlm nisfu syaaban mlm nihh!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
jgn lupa..besok sunat puasa... |
|
|
|
|
|
|
|
Yeaaay...sok nak posa..sat ja kan dh dh midle of sya'ban. lepas nie nak puasa dah. seronoknya... |
|
|
|
|
|
|
|
Yeaaay...sok nak posa..sat ja kan dh dh midle of sya'ban. lepas nie nak puasa dah. seronoknya... |
|
|
|
|
|
|
|
Yeaaay...sok nak posa..sat ja kan dh dh midle of syaaban. lepas nie nak puasa dah. seronoknya...
yeehaa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Yeaaay...sok nak posa..sat ja kan dh dh midle of syaaban. lepas nie nak puasa dah. seronoknya...
yeehaa.. |
|
|
|
|
|
|
|
7# kyani83
kalau yer pun seronok nak pose, takkan sampai posting 4 x...tak penat menaip ke? esok kan nak pose....:-D
ikut rasulullah SAW, baginda pose 15 syaaban dan sehari sebelum tu. Maknanya hari ni dah pose...
tu baru betul sunnahnya...tapi takperlah, janji pose juge esok kamu yerk... |
|
|
|
|
|
|
|
Nisfu Syaaban
Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.
Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:
Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."
Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."
Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)
Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:
1.Solat sunat nisfu sya'aban - terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini
Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah
Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah
2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya
i) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman
3. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban)
Disusun dengan bantuan Ustaz Abdul Kareem As-Saquofi
Arkib dari Risalah Surau Malabar Hidayatul Islam |
|
|
|
|
|
|
|
semoga takde org nak ckp bidaah... terpulang pd niat masing2!!! |
|
|
|
|
|
|
|
kata pensyarah saya..bila kita lakukan satu amal ibadat mesti dgn ilmu...kenapa kita bersolat? kalau kerana mak pak sayadulu2 lagi dah solat...itu jadi taklid buta...mereka yang menurut sahaja melakukan satu amalan tanpa ilmu mereka digolongkan dlm taklid buta..di neraka nanti ahlinya juga terdiri dari orang2 yg taklid buta ni...
wallahualam
so saya paste kan semula article dari dr asri ni buat renungan semua...
Hadis Palsu Rejab, Syaaban
Disiarkan pada Jul 20, 2007 dalam kategori Ibadat |
“Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka.” (Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan selain mereka).
Agama wajib dipelihara ketulenannya supaya tidak berlaku campur aduk antara rekaan manusia dan perintah Allah dan Rasul-Nya. Jika agama boleh direka cipta, maka wahyu sudah tentu tidak diperlukan, juga Rasul tidak perlu diutuskan. Oleh itu Islam mengharamkan pembohongan di atas nama agama.
Dalam persoalan hadis, ramai kalangan kita yang begitu tidak berdisiplin dalam memetik hadis-hadis Nabi s.a.w., begitu juga dalam menghuraikannya. Sebahagiannya langsung tidak mengambil berat persoalan kethabitan iaitu kepastian di atas ketulenan sesebuah hadis.
Apa sahaja yang dikatakan hadis terus sahaja dibacakan kepada masyarakat tanpa meneliti takhrij dan tahqiq (keputusan) para ulama hadis terhadap kedudukannya.
Lebih malang ada yang menyangka apa sahaja yang dikatakan hadis maka pastinya sahih dan wajib diimani.
Dengan itu apa sahaja yang mereka temui daripada buku bacaan, yang dikatakan hadis maka mereka terus sandarkan kepada Nabi s.a.w. tanpa usul periksa, sedangkan mereka lupa akan amaran yang diberikan oleh baginda Nabi s.a.w. dalam hadis yang mutawatir: “Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain).
“Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka.” (Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan selain mereka).
Berbohong menggunakan nama Nabi s.a.w. adalah satu jenayah yang dianggap sangat berat di dalam Islam. Perbohongan atau berdusta menggunakan Nabi s.a.w. adalah menyandar sesuatu perkataan, atau perbuatan, atau pengakuan kepada Nabi s.a.w. secara dusta, yang mana baginda tidak ada kaitan dengannya.
Ini seperti menyebut Nabi s.a.w. bersabda sesuatu yang baginda tidak pernah bersabda, atau berbuat, atau mengakui sesuatu yang baginda tidak pernah melakukannya.
Maka sesuatu yang dikaitkan dengan Nabi s.a.w. sama ada perkataan, atau perbuatan atau pengakuan, maka ia disebut sebagai al-hadis.
Namun menyandar sesuatu kepada Nabi s.a.w. secara dusta, bukanlah hadis pada hakikatnya. Cuma ia disebut hadis berdasar apa yang didakwa oleh perekanya dan ditambah perkataan al-Maudu’, atau al-Mukhtalaq iaitu palsu, atau rekaan. Maka hadis palsu ialah: “Hadis yang disandarkan kepada Nabi s.a.w. secara dusta, ia tidak ada hubungan dengan Nabi s.a.w.” (lihat: Nur al-Din Itr, Manhaj al-Nadq fi ‘Ulum al-Hadis, m.s.301, cetakan: Dar al-Fikr al-Mu‘asarah, Beirut).
Perbuatan ini adalah jenayah memalsu ciptakan agama, kerana Nabi adalah sumber pengambilan agama. Seperti seseorang yang memalsukan pasport di atas nama sesebuah kerajaan. Ia sebenarnya melakukan pembohongan dan jenayah terhadap kerajaan tersebut.
Kedudukan Nabi s.a.w. tentunya lebih besar dan agung untuk dibandingkan. Oleh itu dalam riwayat yang lain Nabi s.a.w. menyebut: “Jangan kamu berdusta ke atasku, sesiapa berdusta ke atasku maka dia masuk neraka.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Kata al-Hafizd Ibn Hajar al-‘Asqalani (meninggal 852H) dalam mengulas hadis ini: “Ia merangkumi setiap pendusta ke atas Nabi s.a.w. dan semua jenis pendustaan ke atas baginda.”
Mendengar
Maksudnya: “Jangan kamu sandarkan pendustaan ke atasku (menggunakan namaku)” (rujukan: Ibn Hajar al-‘Asqalani, Fath al-Bari, jld 1, m.s. 270, cetakan: Dar al-Fikr, Beirut).
Bukan sahaja membuat hadis palsu itu haram, bahkan meriwayatkannya tanpa diterang kepada orang yang mendengar bahawa ia adalah hadis palsu juga adalah sesuatu yang haram.
Kata al-Imam Ibn al-Salah (meninggal 643H): “Tidak halal kepada sesiapa yang mengetahui ia hadis palsu meriwayatkannya dalam apa bentuk sekalipun, melainkan disertai dengan menerangkan kepalsuannya.” (Ibn al-Salah,‘Ulum al-Hadis, m.s. 98) |
|
|
|
|
|
|
|
Misalnya di tanah air kita, didapati apabila munculnya bulan Rejab dan Syaaban maka hadis-hadis palsu mengenai bulan-bulan tersebut akan dibaca dan diajar secara meluas. Antaranya hadis: “Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku.”
Ini adalah hadis palsu yang direka oleh Ibn Jahdam. (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha‘if, m.s. 95, cetakan: Maktab al-Matbu‘at al-Islamiyyah, Halab, Syria). Nama penuh Ibn Jahdam ialah Ali bin Abdillah bin Jahdam al-Zahid.
Ibn Jahdam meninggal pada tahun 414H. Beliau adalah seorang guru sufi di Mekah. Dia juga dituduh membuat hadis palsu mengenai solat Raghaib (iaitu solat pada Jumaat pertama bulan Rejab). (lihat: al-Imam al-Zahabi, Mizan al-‘Itidal fi Naqd al-Rijal,. 5, m.s. 173, cetakan: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, Beirut).
Sebab itulah al-Imam Ibn al-Salah (meninggal 643H) menyebut: Ada beberapa golongan yang membuat hadis palsu, yang paling bahaya ialah puak yang menyandarkan diri mereka kepada zuhud (golongan sufi).
Mereka ini membuat hadis palsu dengan dakwaan untuk mendapatkan pahala. Maka orang ramai pun menerima pendustaan mereka atas thiqah (kepercayaan) dan kecenderungan kepada mereka.
Kemudian bangkitlah tokoh-tokoh hadis mendedahkan keburukan mereka ini dan menghapuskannya. Alhamdulillah. (Ibn al-Salah, ‘Ulum al-Hadis, m.s. 99)
Golongan penceramah, imam, khatib, dan media massa pula, ada menjadi ejen menyebarkan hadis-hadis palsu mengenai amalan-amalan yang dikatakan disunatkan pada bulan-bulan tersebut.
Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (wafat 751H): Hadis-hadis mengenai solat Raghaib pada Jumaat pertama bulan Rejab kesemuanya itu adalah palsu dan dusta ke atas Rasulullah s.a.w.
Begitu juga semua hadis mengenai puasa bulan Rejab dan solat pada malam-malam tertentu adalah dusta ke atas Nabi s.a.w. Demikian juga hadis-hadis mengenai solat pada malam Nisfu Syaaban (kesemuanya adalah palsu).
Solat-solat ini direka selepas empat ratus tahun munculnya Islam (Ibn al-Qayyim, al-Manar al-Munif, m.s. 95-98).
Sebenarnya hadis sahih mengenai kebaikan malam Nisfu Syaaban itu memang ada, tetapi amalan-amalan tertentu khas pada malam tersebut adalah palsu.
Hadis yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Syaaban ialah: “Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci) (Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain).
Al-Albani mensahihkan hadis ini dalam Silsilah al-Ahadis al-Sahihah. (jilid 3, m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma‘arf, Riyadh).
Hadis ini tidak mengajar kita apakah bentuk amalan malam berkenaan. Oleh itu, amalan-amalan khas tertentu pada malam tersebut bukan dari ajaran Nabi s.a.w.
Kata Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam menjawab soalan berhubung dengan Nisfu Syaaban: “Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam Nisfu Syaaban, membaca doa tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam.”
Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid.
Mereka membaca surah Yasin dan solat dua rakaat dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca doa yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi‘in dan tabi’ tabi‘in). Ia satu doa yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan sunah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya.
Ibadat
Perhimpunan (malam Nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bidaah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas.
Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bidaah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bidaah, dan setiap yang bidaah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka. (Dr. Yusuf al-Qaradawi, fatawa Mu‘asarah jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut).
Inilah kenyataan Dr. Yusuf al-Qaradawi, seorang tokoh ulama umat yang sederhana dan dihormati.
Namun dalam masalah ini beliau agak tegas kerana ia bercanggah dengan apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.
Justeru, hadis-hadis palsu mengenai Rejab dan Syaaban ini hendaklah dihentikan dari disebarkan ke dalam masyarakat. Kita perlu kembali kepada agama yang tulen.
Hasil dari memudah-mudahkan dalam hal seperti ini maka muncullah golongan agama yang suka mendakwa perkara yang bukan-bukan.
Dengan menggunakan nama agama segala rekaan baru dibuat untuk kepentingan diri dan kumpulan. Islam tidak pernah memberi kuasa kepada golongan agama, atau sesiapa sahaja untuk mendakwa apa yang dia suka kemudian menyandarkannya kepada agama.
Agama kita rujukannya ialah al-Quran dan al-sunah yang dipastikan kesabitannya mengikut yang diputuskan oleh para ulama hadis. Kata al-Syeikh Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah (seorang ulama hadis al-Azhar): “Masih ada para penceramah yang tidak ada ilmu hadis, sama ada ilmu riwayat atau dirayah (mengenai teks hadis).”
Mereka hanya membaca hadis apa yang mereka hafal dan dari tulisan-tulisan tanpa mengetahui kedudukan hadis tersebut.
Apa yang mereka pentingkan hanyalah reda orang ramai. Lalu mereka menyebut perkara yang berlebih-lebih, pelik dan ajaib yang Islam tiada kaitan dengannya.
Mereka ini sepatutnya dihalang dari berceramah, memberi nasihat dan bertazkirah. (Abu Syahbah, al-Wasit fi ‘Ulum wa al-Mustalah al-Hadis, m.s. 322, cetakan: Dar al-Fikr al-‘Arabi, Kaherah).
Saya menyeru diri sendiri, para penceramah, ustaz-ustaz, media elektronik dan cetak, bahkan semua pihak yang membaca sesuatu hadis memastikan kesahihannya dahulu. Semoga Rejab dan Syaaban tahun ini tidak dibaluti dengan pembohongan terhadap Nabi s.a.w. |
|
|
|
|
|
|
|
oleh itu marilah kita menjadi orang berilmu dan beramal dgn ilmu yang kita ada... |
|
|
|
|
|
|
|
kita ni tak byk ilmu jadi lebih baik belajar dari orang2 yang berilmu...supaya tidak terus terusan melakukan amalan yang sia2
Bantahan al-Syeikh al-Dr Yusuf al-Qaradawi:
Ditanya Dr. Yusuf al-Qaradawi mengenai amalan nisfu Syaaban, jawabnya: “Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca do‘a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka‘at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do‘a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi‘in dan tabi’ tabi‘in). Ianya satu do‘a yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya...perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bid‘ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid‘ah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bid‘ah, dan setiap yang bid‘ah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka.
Demikian tegasnya tokoh yang masyhur ini terhadap amalan bid'ah yang menjadi pegangan atau amalan dalam kebanyakan negeri umat Islam. |
|
|
|
|
|
|
|
nak beramal ibadat mlm ni memang boleh...digalakkan tapi jgn kaitkan dgn malam nisfu syaaban...dan jgn lah mlm ni aja pulun amal ibadat malam lain ditinggalkan...ibadat yang berterusan walau pun sedikit itu lebih baik dari buat byk pada satu malam...
i think jadi adat orang melayu islam dilatih dari kecik dulu...time bulan posa baru nak khatam quran..baru nak pulun mengaji...bulan2 lain tak mengaji ke? kenapa tak jadikan amalan khatam quran tu berterusan...mengaji setiap hari...solat sunat setiap hari...ni bulan posa baru rajin solat sunat...baru rajin mengaji..
ni yg saya cuba didik anak2 amal ibadat tu biarlah berterusan...istiqomah gitu kan..jgn hangat masa bulan puasa aja..
susah sebenarnya nak berhijrah minda..tapi kalau dipupuk dgn ilmu insyallah jadi mudah..il
mu agama ni kata ust zahazan semalam adalah makanan utk roh..kita ni terdiri dari roh dan jasad..makanan yang baik utk roh ialah amal ibadat..kalau blh belajar ilmu dunia/fardu kifayah tinggi2 sampai phd lagi..kenapa tak seimbangkan dgn ilmu agama.. |
|
|
|
|
|
|
|
betul tu kak su. sama juga kekdahnya bulan ramadhan je berjemaah di surau & masjid. malam2 lain surau & masjid sunyi je. |
|
|
|
|
|
|
|
16# shidaaziz
sebab tu fungsi masjid tu mesti diubah..ia patut dijadikan sumber ilmu, tempat perjumpaan penduduk..etc..akak suka masjid kajang setiap maghrib ada kuliah maghrib..subuh pun ada..pagi2 jam 8-10 tu ada pengajian al quran/arab...
kalau masjid tak ada aktiviti sb tu dia sepi..
masjid kat rumah kami akan siap 12 ogos ni..alhamdulillah..ajk semua orang2 berilmu..dr harlina JIM tu..awal2 dia dah set mcm2 aktiviti..i incharge under her rancangan utk remaja...tak pasti lagi what she got on her mind... |
|
|
|
|
|
|
|
saya pernah singgah solat maghrib kat satu masjid...kebetulan pegi rumah kawan..so dgn anak dara ni singgah solat then ada pengajian ilmu..so dok lah dgr...orang tak ramai pun..perempuan ada kut 5 orang..habis solat isyak siap dihidangkan makanan lagi..nak blk..sorang jemaah perempuan tu tangkap kaki saya...terkejut gak..sebenarnya nak cpt blk so lepas solat terus nak melangkah..tapi kakak tu stil in telekung..dia pesan.nanti datang lagi ya...terpinga2 je..saya jawab insyallah aja..but i dont live in that area...tgk jadual kat masjid setiap pagi sabtu ahad ada kuliah subuh...malam2 tertentu ada ceramah..makanan berlebihan..
sbb tu kita orang berilmu ubah semua ni..penuhkan masjid..apa term nya mengimarahkan masjid...jgn jadikan masjid tu sepi..sunyi...latih anak2 ke masjid dari kecik..perempuan2 ni ikutlah suami/anak..jgn pegi sorang pulak jadi fitnah nanti |
|
|
|
|
|
|
|
Ramadan just around the corner......welcome back |
|
|
|
|
|
|
| |
|