View: 2617|Reply: 1
|
Dasar MARA baru - Tiada lagi peruntukan kepada bidang pertanian
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by Defcon at 5-8-2009 10:42
Artikel yang menarik utk dikongsi khasnya bagi mereka yang baru menceburi bidang ternakan.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Surat/20090804233204/Article/
Berita Harian, 4 Ogos 2009.
Syarat baru insentif penternak tidak adil
BARU-BARU ini, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omarmengumumkan, pemberian insentif pengeluaran makanan akan dikaji semulasupaya lebih adil. Di sini saya ingin merayu kementerian mengambil kirapandangan dan nasib yang menimpa saya dan penternak kecil lain diseluruh negara.
Saya memulakan usaha ternakan ayam daging kerana terpengaruhdengan seruan kerajaan agar menyumbang ke arah pengeluaran makanan yangamat penting kepada keselamatan negara. Sebagai penternak baru khasnyadi Selangor saya diwajibkan mendirikan reban tertutup. Kos membina danmelengkapkan reban dicampur dengan penebangan pokok dan penyediaantapak mencecah RM250,000.
Kos pembinaan reban dan lain-lain berlipat ganda berbandingpenternak lama. Namun saya teruskan usaha dengan mengharapkan bantuanMara dan Tekun. Namun saya sukar membuat pinjaman kerana melebihi umur60 tahun. Nasib tidak baik, Mara turut mengubah dasar, iaitu tiada lagiperuntukan kepada bidang pertanian. Tekun pula memberitahu merekakehabisan dana. Maka saya mengeluarkan semua simpanan dan berhutangsana sini untuk mencukupkan modal itu.
Sesak juga nafas bila mengenang segala simpanan seumur hidupsudah digunakan. Namun mengingatkan insentif yang diberikan kerajaan,saya lega bahawa wang yang dilabur akan memberikan pulangan.
Alangkah malangnya Kementerian Pertanian dan Industri AsasTani pula mengeluarkan peraturan bahawa hanya penternak yang beroperasisebelum Ogos 2008 layak menikmati insentif itu.
Saya merayu kerajaan khasnya Menteri Pertanian dan IndustriAsas Tani supaya menimbang semula prosedur itu. Secara logiknyapemberian insentif sepatutnya diberikan kepada pengusaha baru keranamereka yang sangat memerlukan bantuan selepas berhabisan modal danpulangan belum bermula.
Jika peruntukan terhad, sepatutnya ia disalurkan kepadapenternak baru yang sangat memerlukan, bukannya penternak lama yangsudah beroleh keuntungan dan stabil di dalam industri ini.
Kita dapati di dalam bidang industri yang lain, pelabur barubiasanya diberikan bantuan, misalnya pelepasan cukai selama beberapatahun permulaan. Jadi mengapa, di dalam pertanian perkara ini menjadisebaliknya?
Kini saya dibebani dengan belanja mengurus dan keperluanmenyempurnakan infrastruktur reban seperti jalan masuk, pagar, rumahuntuk berteduh, set jana kuasa yang perlu dibaiki dan lain-lain. Sayaharap tulisan ini menarik perhatian Kementerian Pertanian dan IndustriAsas Tani berhubung insentif ternakan.
PENTERNAK AYAM,
Kapar,
Selangor.
########################################################################
*p/s Perghhh!!!! menyusahkan orang aje tukang buat dasar+tukang beri janji+tukang tukar dasar=orang keje atas kertas nie |
|
|
|
|
|
|
|
pakcik tu tak try ke pegi agro bank... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|