|
Post Last Edit by aiwa9 at 18-8-2009 01:02
Sebuah drama hiburan terhebatbakal menemui anda ! Mempersembahkan, KAU & AKU sebuah dramahiburan yang menggabungkan lakonan, tarian dan nyanyian oleh pelakondan penyanyi terhebat Malaysia yang akan disiarkan di Astro RIA(Saluran 104 Astro) Oktober ini
KAU & AKU telah diadaptasidaripada format drama hiburan popular yang berasal daripada Venuzueladan telah menjadi suatu fenomena di sana. Bayangkan, dalam tempoh 6minggu, drama muzikal ini telah mendapat sambutan penonton dan menjadibualan pelbagai lapisan masyarakat. Muzik video yang dimuat naik di YouTube mendapat hits yang luar biasa!
Format antarabangsa initelah diubahsuai dan diberi nafas baru mengikut kesesuaian budaya dankehidupan masyarakat Malaysia. Mensasarkan penonton muda juga tontonanseisi keluarga, Kau & Aku menonjolkan kehidupan remaja yangdiceriakan dengan lakonan hebat dan nyanyian terbaik serta aksi tarianyang menghiburkan
Kau & Aku mengisahkan kehidupan suka dukasekumpulan pelajar di Kolej Persembahan Seni Harmoni. Di sinilah segalamimpi, cita-cita, bakat dan cinta bermula. Persahabatan Mila & Akimmemutikkan cinta remaja. Namun, segalanya tidak seindah yang disangkadek muncul watak-watak yang sentiasa dengki dan iri hati.
Elemenromantis, sedih, geram dan lucu melengkapkan drama disamping lagu danbait-bait lirik yang begitu indah untuk diingati. Jadi, janganketinggalan menonton Kau & Aku, Oktober ini di Astro Ria (Saluran104)
Dipetik dari: http://www.facebook.com/group.php?gid=125179477717 |
|