CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4936|Reply: 9

Jalan Merdeka [setiap Khamis, 9 mlm, Astro Warna]

[Copy link]
Post time 31-8-2009 11:35 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by ajami at 31-8-2009 23:37


ref: tangisanbulan madu.blogspot.com (penulis skrip: Maizura M.Ederis)

pengarah: Kabir Bhatia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-8-2009 11:36 PM | Show all posts
ref: utusan malaysia
1Malaysia dalam Jalan Merdeka

Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
[email protected]

MENGANGKAT perjalanan kisah dalam empat era berbeza, iaitu 60-an, 70-an, 80-an dan 90-an, kisah komedi ringan, Jalan Merdeka membawa pendekatan berbeza dengan menerapkan nilai-nilai 1Malaysia.

Menggabungkan tiga bangsa utama, Melayu, Cina dan India, siri 13 episod arahan Kabir Bhatia bakal memulakan tayangannya setiap Khamis di Astro Warna (saluran 132, Astro), pukul 9 malam bermula 3 September ini bertepatan dengan ulang tahun kemerdekaan negara.

Berlatarkan pekan Kuala Selangor, siri yang memaparkan kisah persahabatan dua generasi, Piramli Bakar, Lee Chow Kit dan Jegathesan turut memaparkan peristiwa-peristiwa penting pencapaian negara termasuk bidang hiburan, sukan, politik, ekonomi dan sosial.

Antara yang dipaparkan ialah pelancaran kereta pertama nasional, Proton Saga, kemenangan pasukan negara dalam pertandingan Piala Thomas pada tahun 1992 dan Konsert Sudirman di Jalan Chow Kit.

Tidak ketinggalan ialah detik-detik kegemilangan Mokhtar Dahari sebagai pemain bola sepak negara, pelancaran satelit MEASAT 1 ke angkasa lepas dan Sukan Komanwel pada tahun 1998.

Segalanya menjadi intipati yang melatari di sebalik kisah persahabatan itu.

Cuba menghidupkan pelbagai gambaran mengenai empat era yang dipaparkan, pelbagai props serta elemen sampingan digunakan sebagai salah satu cara menghidupkan lagi perjalanan kisah Jalan Merdeka.

Ketika ditemui di lokasi penggambaran siri tersebut di pekan Kuala Selangor, ternyata pengarah itu sedang asyik dengan tugasnya.

Diajak berbual seketika, jelas Kabir, siri Jalan Merdeka disaratkan dengan pelbagai elemen komedi.

Malah katanya, barisan pelakon seperti Sathiya, Chew Kin Wah, Mustapha Kamal dan Acappan dianggap sebagai gandingan terbaik menyuntik pelbagai rasa yang mampu mencuit hati penonton.

Pun begitu, menurut Kabir, walaupun Jalan Merdeka merupakan siri komedi namun nilai-nilai sejarah yang cuba diketengahkan turut menjadi faktor kekuatan penceritaannya.

"Jalan Merdeka memaparkan kisah tiga sahabat yang berlainan agama. Ini sangat bersesuaian dengan konsep 1 Malaysia.

"Ketiga-tiga mereka iaitu Piramli, Lee Chow Kit dan Jegathesan Mani adalah anak kelahiran merdeka yang lahir pada tarikh yang sama iaitu 31 Ogos.

"Biarpun ketiga-tiga watak tersebut seringkali menimbulkan kekeliruan, namun peranan mereka dalam siri tersebut tetap kelakar," katanya.

Piramli dinamakan sempena nama tokoh filem negara, P. Ramlee yang memenangi Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik pada Festival Filem Asia, Tokyo (1957).

Lee Chow Kit pula mengangkat nama Loke Chow Kit, pelombong bijih timah yang namanya dikenang dengan Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur.

Manakala Jegathesan pula mengambil sempena nama Mani Jegathesan, olahragawan negara yang berjaya ke Sukan Olimpik sebanyak tiga kali.

Tambah Kabir, penggunaan nama-nama popular tersebut membantu rakyat di negara ini mengingati tentang peristiwa-peristiwa penting negara termasuk hari kemerdekaan.

"Saya seringkali cuba mencari kelainan dalam setiap karakter yang ada.

"Sathiya misalnya, sangat menjiwai karakternya dan saya lihat sesuai dia dipadankan dengan karakter yang dipegang oleh Kin dan Mustapha," kata Kabir lagi.

Khalayak seringkali disogokkan dengan persepsi bahawa pelakon di kalangan bukan Melayu sukar mendapat perhatian. Kenyataannya Sathiya dan Kin cukup popular di kalangan Melayu.

Malah, ada yang berpendapat kebanyakan pelakon bukan Melayu juga begitu sukar mendapat peluang berlakon dalam sesebuah filem mahupun drama tempatan.

Benar atau tidak, baik Sathiya mahupun Kin, masing-masing menyangkal dakwaan tersebut.

Buktinya, nama seperti Sathiya dan Chew Kin Wah begitu dikenali di kalangan masyarakat Melayu kini. Wajah-wajah mereka juga acapkali kelihatan melatari pelbagai watak dalam drama-drama Melayu.

Biarpun perjalanan untuk mencipta nama sehingga ke tahap dikenali ramai begitu sukar, namun usaha keras mereka membina 'jenama' masing-masing harus diberikan pujian.

Bertemu pada sesi penggambaran Jalan Merdeka, Sathiya yang telah 25 tahun menghambakan diri dalam bidang lakonan mengakui, penerimaan ramai terhadap dirinya tidaklah sesukar yang disangka.

Mula dikenali menerusi slot Pentas Varia dalam siri Kalapadam, nama Sathiya mula melonjak apabila muncul minggu demi minggu mencuit hati penonton dalam rancangan Hiburan Malam Minggu.

"Saya 100 peratus bangga menjadi anak Malaysia. Saya berlakon bukan untuk popular. Sehingga kini saya tidak malu jika menaiki teksi kerana biarpun dikenali, saya tetap orang biasa.

"Mungkin inilah nikmat daripada bekerja memberikan keseronokan kepada orang ramai. Dengan melawak sahaja membuatkan orang suka kepada kita," kata pemilik nama sebenar Sathia a/l Periasamy yang kini berusia 45 tahun itu.

Dalam drama bersiri ini, Sathiya merupakan seorang pengedar rempah di sekitar Kuala Selangor. Menariknya, penduduk di sekitar kawasan tersebut menggelarnya Rajinikath sempena nama hero Tamil yang popular sekitar awal 90-an.

Bagi Kin yang memegang dua watak, iaitu Tauke Lee dan Lee Chow Kit menganggap gabungan tiga bangsa dalam Jalan Merdeka sesuatu yang positif dan perlu diteruskan pada masa hadapan.

"Sebenarnya, cerita-cerita yang menggabungkan tiga bangsa telah dimulakan dari dulu lagi, contohnya dalam filem Gerak Kilat lakonan Senator Tan Sri Jins Shamsudin.

"Bagaimanapun, tidak terlalu banyak filem atau drama yang menggambarkan pelbagai bangsa sedemikian dihasilkan.

"Mungkin juga sebab tidak ramai pelakon bukan Melayu yang boleh berlakon dan berkomunikasi dalam bahasa Melayu dengan baik.

"Sebab itu kita lihat kebanyakan wajah-wajah pelakon bukan Melayu yang sama sahaja berlakon," katanya yang telah berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang lakonan termasuk lakonan teater.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-8-2009 11:38 PM | Show all posts
ref: berita harian

Nostalgia di Jalan Merdeka

Oleh Zaidi Mohamad
[email protected]


Tiga sahabat imbau kenangan suka, duka negara selepas mencapai kemerdekaan


KISAH tiga sahabat daripada tiga kaum berbeza bukan sesuatu yang baru dalam drama atau telefilem. Hanya yang membezakan adalah cara persembahannya saja iaitu secara serius atau drama berat. Cara kedua ialah persembahan yang lebih bersahaja, santai atau komedi kerana cara ini agak menghiburkan selain mudah diterima penonton walaupun ceritanya sinis.


Memilih cara kedua, Kabir Bhatia menggabungkan Mustapha Kamal, Sathia dan Chew Kin Wah untuk menghasilkan drama bersiri genre komedi ringan berjudul Jalan Merdeka.


Ketiga-tiganya dilambangkan sebagai penyatuan tiga kaum utama di negara ini yang masing-masing datang dengan latar belakang unik. Drama bersiri Jalan Merdeka adalah berdasarkan skrip tulisan Maizura Mohd Ederis dan Sofia J Rhyland.


“Mustapha Kamal, Sathia dan Chew Kin Wah menepati kriteria watak yang diwujudkan malah setiap daripada mereka mampu menjadikan karakter mereka lebih menarik.


“Seiring dengan pengalaman yang mereka ada, ia bukanlah satu yang mustahil. Malah saya juga pernah bekerjasama dengan mereka sebelum ini.


“Sebagai contoh, Sathia, dia pernah berlakon dengan filem Setem dan Mustapha Kamal pula menerusi drama Manjalara. Hasil perbincangan yang dilakukan pihak kami dengan Astro Warna maka terhasillah drama ini. Pihak Astro Warna mahukan drama komedi tetapi masih mempunyai penekanan kepada acara bersejarah di Malaysia.


“Ceritanya bermula dari era kemerdekaan Malaysia pada 1957 dan membabitkan latar masa dari era 60-an hingga ke zaman kini. Tiga watak utama itu berkembang dari muda hingga ke usia 52 tahun. Lalu akan ada tingkat generasi dari setahun ke setahun. Angka 52 itu simbolik kepada usia sambutan kemerdekaan kita pada tahun ini,” katanya yang memulakan penggambaran drama terbabit sejak dua bulan lalu di Kuala Selangor.


Walaupun hanya drama bersiri komedi, Kabir tetap menghasilkannya sebaik mungkin kerana mahu melihat Jalan Merdeka ini dianggap berseni, cantik dan indah terutama dalam aspek sinematografi.


Malah, paling menarik, dia juga bijak membentuk karakter dan emosi setiap pelakon di bawah kendaliannya.


Ditanya mengenai resipi yang digunakannya untuk memastikan pelakonnya terus mempamerkan prestasi baik setiap kali berada di depan kamera, Kabir juga sentiasa bersikap terbuka dan tidak sesekali mengongkong.


“Saya akan cuba mencipta sesuatu yang lain dari karakter yang sedia ada. Sebagai contoh untuk watak Sathia sebagai Jegathesan Mani, daripada melakonkan watak lelaki India seperti pelakon Rajnikanth, saya minta dia tampil dengan imej yang sedikit hip hop. Selalunya, saya akan cuba meneroka sisi lain dan yang penting, ia boleh dirasai atau dekat dengan penonton.


“Saya juga sentiasa gemar kepada komunikasi dua hala. Sebagai pengarah mahupun kepada pelakon, pihak produksi atau penulis skrip, setiap daripada kami memainkan peranan. Lalu idea masing-masing boleh diguna pakai dan dikongsi jika kena pada gayanya sebelum dilaksanakan penggambaran,” katanya.


Simbolik pada nama watak


DRAMA Jalan Merdeka dibuat sebanyak 13 episod akan disiarkan menerusi Astro Warna (saluran 132) dalam pakej Astro Mustika. Setiap episod selama 60 minit. Ia mula disiarkan pada 3 September depan, jam 9 malam.


Jalan Merdeka mengisahkan mengenai Piramli Bakar (Mustapha Kamal), Lee Chow Kit (Chew Kin Wah) dan Jegathesan Mani (Sathia) yang lahir pada 1957 di pekan kecil, Kuala Kubu, Selangor.


Piramli diambil namanya bersempena nama Tan Sri P Ramlee yang pernah memenangi Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik, Festival Filem Asia di Tokyo pada 1957.


Lee Chow Kit pula sebagai mengenang nama Loke Chow Kit, pelombong bijih timah yang namanya diabadikan di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur. Manakala, Jegathesan pula merujuk kepada Mani Jegathesan yang pernah menjadi olahragawan negara ke Sukan Olimpik sebanyak tiga kali.


Nama mereka menjadi usikan ramai dan dipendekkan cerita, selepas tamat sekolah, masing-masing berpisah demi mengejar cita-cita menggunung. Piramli membuka firma perakaunan. Bagaimanapun krisis ekonomi yang pernah melanda pada 1997 memaksanya berhijrah ke Amerika Syarikat.


Lee Chow Kit pula menjalankan perniagaan tetapi sering gagal. Akhirnya, Lee Chow Kit membuka kedai kopi atau kopitiam yang terletak di Jalan Merdeka. Nama jalan itu menjadi nama kedai yang diwarisi nenek moyangnya. Jegathesan yang sering dilabel sebagai hero Tamil, Rajnikanth hanya menjadi pengedar rempah di Kual Selangor.


Beberapa tahun terpisah, akhirnya tanpa diduga mereka bertemu kembali dan ketika itulah bermula pelbagai ragam cerita yang pasti mencuit hati penonton. Cerita ini digambarkan berakhir pada 31 Ogos tahun depan di mana tiga sahabat baik ini menyambut hari kemerdekaan dan serentak dengan hari lahir mereka yang ke-53.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-8-2009 11:40 PM | Show all posts
MUST WATCH!!!

p/s: idea konsep asal ajami ada terlibat sket jer!
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2009 12:31 AM | Show all posts
harus tonton
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2009 05:19 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-9-2009 10:51 AM | Show all posts
Haku tak ada Pakej Mustika sudah....
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2009 10:54 AM | Show all posts
Sorry, kalau haku masih ambik Pakej Mustika haku masih dapat tgk Astro Warna.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2009 10:31 AM | Show all posts
Best cter ni.. tp kol 9.30 nak tgk tower 13 plak.. dua2 cter kabir..
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2009 02:31 AM | Show all posts
Aku dah tengok. Nice story and gambar cantik. Tapi aku rasa citer ni agak slow and steady. Citer syahdu gak. Aku tak rasa citer ni citer komedi? Apasal masuk Astro Warna? Tu bukan saluran komedi ke?Apasal tak masuk Astro Prima?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 09:18 AM GMT+8 , Processed in 0.467277 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list