CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2475|Reply: 0

TERIMA KASIH SEMUA

[Copy link]
Post time 31-8-2009 11:37 PM | Show all posts |Read mode
Pertama sekali, harap belum terlambat untuk saya titipkan ucapan salam ramadhan buat semua teman yang beragama islam. jutaan terima kasih juga atas keprihatinan anda memberi komen dan pandangan yang menjadi panduan untuk saya.
Menjawab beberapa soalan sebelum ini berkenaan kenapa saya tidak mengambil tindakan? adakah saya hanya berdiam diri sahaja dan memakan hati sendiri? Sebenarnya, kalau ikutkan hati memang saya ingin terus mengambil tindakan, membuat laporan polis, ambil tindakan di mahkamah, dan jumpa GB dan sebagainya. Namun, jika difikir dari sudut lain, tindakan tersebut belum tentu dapat menyelesaikan masalah saya. Mungkin ia akan merumitkan saya pula kerana seperti yang kita sedia maklum, manusia ini mempunyai pelbagai agenda terutamanya yang memang pakar dalam bidang menipu orang. Maka, pepatah melayu lama, menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berterabur saya aplikasikan dalam hidup saya. Dalam masa yang sama, sebagai umat Islam, saya tetap membaca Al-Fatihah dan Yaasin bagi mendapatkan petunjuk-Nya. Kuasa Tuhan siapa yang dapat lawan kan?

Kedua, menjawab soalan kenapa saya tidak terus bertemu dengan beliau di sekolah? Memang saya tahu sekolah dan rumah beliau di mana, namun cuba bayangkan sikap manusia, Fokuskan kepada diri saya...apabila ditipu dengan sejumlah wang yang saya tanggung hampir 20 tahun untuk mendapatkannya, hati ini rasa terbakar...saya khuatir apabila berjumpa dengan beliau, tindakan membelakangkan UNDANG-UNDANG mungkin akan berlaku. Justeru, saya tidak ingin hal ini terjadi. Sebab itulah saya memohon pandangan teman-teman berkaitan langkah terbaik yang mengikut lunas undang-undang negara kita. Dan saya percaya tentunya jika saya dapat melaksanakan dengan baik, maka ia tidak akan menjejaskan karier saya sebagai seorang guru juga.

Saya memohon maaf kerana jarang menjenguk forum kerana limitasi perkampungan yang tidak menyediakan perkhidmatan internet. Malah menggunakan perkhidmatan jalur lebar broadband celcom juga sangatlah lambat. Maka bila berkesempatan pergi ke bandar saya manfaatkan untuk menjenguk forum ini.

Buat kawan-kawan dan ahli keluarga, maaf jika anda terasa dengan pendedahan ini. Namun sebagaimana saya tidak mengaitkan anda dengan permasalahan saya bersama MANUSIA ini, maka saya juga berharap anda tidak cuba menghentam saya sewenang-wenangnya. Kerana jika anda memulakan, saya terpaksa mengikutnya.

Mohon semua faham dan saya SANGAT MENGHARGAI panduan anda. InsyaAllah, jika ada perkembangan terbaru, kepada anda juga akan saya kongsikan khabar gembira ini.

Percayalah...Yang jahat tidak akan bertahan lama...Kebenaran pasti akan menumbangkan kebathilan...Wallahualam

Wassalam....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 03:17 PM GMT+8 , Processed in 0.282485 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list