CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3952|Reply: 15

PNS: Hentikan biaya francais

[Copy link]
Post time 9-9-2009 02:38 PM | Show all posts |Read mode
sapa yang salah, franchisor or franchisee (peniaga) melayu melayu ni....
adakah co tu teruk or peniaga peniaga muda ni tak reti business..?

yg saya tahu...Marrybrown mmg teruk..
dah diceritakan thread lain rasanya..



EKONOMI
KUALA LUMPUR 8 Sept. - Perbadanan Nasional Bhd. (PNS) diminta memberhentikan pembiayaan bagi beberapa sistem francais di bawah kelolaannya kerana didapati tidak mendatangkan keuntungan langsung kepada francaisi.
Ia berikutan terdapatnya keadaan seolah-olah francaisor menjadikan francaisi umpan untuk mendapatkan dana kerajaan dengan mudah.
Kebimbangan itu disuarakan oleh lebih 30 usahawan yang kini bimbang kemungkinan diistiharkan muflis berikutan kegagalan mereka meneruskan perniagaan yang disertai.
Bekas francaisi Marrybrown, Jukebox, Watershop, VV Shop, Camps Apparel, Sinma dan Kwikstop berharap pendedahan yang dibuat akan membuka mata pihak berkaitan untuk mencari jalan penyelesaian.
Setiap usahawan kini menanggung hutang sekitar RM100,000 hingga RM450,000 setelah didakwa terdapat penindasan dan ketidakadilan yang dilakukan oleh syarikat induk atau francaisor itu.
"Sepatutnya, di dalam perniagaan francais mestilah wujud keadaan menang-menang tetapi dalam keadaan ini keuntungan lebih memihak kepada francaisor," dakwa bekas francaisi Jukebox, Hapsah Jaafar kepada wartawan hari ini.
Katanya, para francaisi kerap menghadapi kerugian yang tidak munasabah dan kurang jelas seolah-olah "dicipta" oleh francaisor.
"Antaranya, francaisi akan berhutang belian stok kerana ia tidak dibenarkan memilih dan mengawal stok sendiri. Sebaliknya ia dikawal dan ditentukan oleh francaisor.
"Had belian stok yang tidak dikawal dan dipantau serta penghantaran stok hampir setiap hari telah menyebabkan belian melebihi jualan. Akhirnya francaisi berhutang dengan francaisor."
Beliau amat berharap PNS tidak lagi meneruskan sistem francais yang membabitkan syarikat-syarikat induk tersebut supaya lebih ramai lagi bakal francaisi akan terselamat.
Hapsah yang terpaksa menutup perniagaan selepas setahun beroperasi berkata, bagi sistem francais Jukebox, katanya, PNS membiayai 11 peserta di mana kini lapan telah menutup perniagaan.
"Tiga lagi rakan kami sedang "nyawa-nyawa ikan" dan akan berakhir dengan nasib yang sama." Francaisor bagi Jukebox adalah Harian Shoes Sdn. Bhd., yang menjual kasut lelaki, wanita dan kanak-kanak serta aksesori.
Peserta PNS pula rata-rata merupakan bekas siswa dan siswazah.
"Bayangkan pada usia yang muda, kami kini telah dibebankan dengan hutang yang tidak sepatutnya," kata bekas francaisi Marrybrown Restaurant, Md Hizal Mustafa.
Katanya, kini terdapat lapan buah outlet Marrybrown yang terpaksa ditutup walau pun kurang dua tahun beroperasi berikutan menghadapi masalah yang hampir serupa dengan francaisornya.
"Jika kami dikatakan tidak mampu untuk menjalankan perniagaan, bagaimana PNS boleh yakin kepada kami dan meluluskan pinjaman kami." "Malah sebahagian daripada kami menggunakan wang poket sendiri bagi memulakan perniagaan sebelum pinjaman PNS diperolehi," katanya.
"Bayangkan berapa banyak wang pelaburan kerajaan untuk PNS terbuang tanpa hasil. Jika francais berjaya dan kami mampu membayar balik pinjaman, bukankan ia menguntungkan semua pihak."
Md Hizal berkata, terdapat juga francaisi bukan di bawah kelolaan PNS menghadapi masalah yang sama.
Sementara itu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang menganjurkan sidang akhbar pada hari ini berharap pihak kementerian yang berkaitan dapat menyelesaikan kemelut francais dan francaisor ini.
"Pihak pembiaya umpamanya perlu melihat semula sistem francais secara keseluruhannya. Mereka perlu sekurang-kurangnya gariskan tahap kejayaan francaisi itu, adakah ia berjaya setakat pinjaman berjaya diperolehi atau bagaimana?," kata Setiausaha Kerja PPIM, Datuk Nadzim Johan.
PNS sebelum ini katanya, telah memberi pemahaman kepada peserta bahawa mereka akan mendapat bimbingan dan bantuan daripada PNS serta syarikat induk yang dipilih."
Namun dengan situasi buntu ketika ini melihatkan pihak terbabit termasuk kementerian berkaitan, dan PFM seperti melepaskan tangan, katanya.
Bekas usahawan yang terlibat telah mengajukan permasalahan mereka kepada PNS, PFM malah kementerian terbabit, tetapi tiada sebarang tindakan di ambil.
"Mungkin akta francais perlu diubah," kata Nadzim. - Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2009 02:41 PM | Show all posts
betul............... kawan aku ada kena..
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2009 02:45 PM | Show all posts
aku dah lama rasa franchise ni kayakan tokey jer
renovate guna contractor dia
kos renovate pun tinggi
stok pun kena beli dgn dia
aku harap skim PNS franchaise ni di berhentikan lah
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2009 03:28 PM | Show all posts
kesian diorang tu ... teruk betul franchise ni ...
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2009 04:29 PM | Show all posts
PNS ni ada ke melindungi fracaisi
ada undng2 tp x bleh nk pki pn watpe?
masa dgr ceramah dr wakil PNS kat DPMM putrajaya aritu mcm sedap jer...
tp realitinyer sape nk tanggung hutang2 yg banyak tu?
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2009 10:24 PM | Show all posts
kan bagus kalau gunakan 100- 450k tu utk setup bisnes sendiri...mula dari bawah....

ramai nak cari jalan mudah utk setup bisnes..konon2ya bila jadi franchasi semua benda dah tersetup..ada nama...ada brand....30 orang ni cuma segenlintir sahaja...ramai lagi yang kat luar sana dah awal2 lingkup...

inilah hasilnya kalau...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-9-2009 11:46 PM | Show all posts
yes betul..klu mcm ni jadinye lebih baik hentikan saja...menyusah n membebankan org je
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2009 12:00 AM | Show all posts
as usual laa...
the idea is good, but the implementation is poor....
sayang jer...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2009 01:49 AM | Show all posts
dugaan....
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2009 06:37 AM | Show all posts
Patutler Marry Brown banyak tutup...
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2009 10:53 AM | Show all posts
aku kira nasib baik la..
ada gak member ajak join buat bisnes ni.
tp aku x berminat, kalau tak silap dia bgtau dgn francais g dia nk deal, kalau nk tgk aggrement pun kena letak duit dulu. kalau tak setuju kira burn la duit tu. bukan skit, masa dia deal tu dia kata kena letak RM 15 k.

government ptt kena tgk blk betul2 benda ni. tp tu la, skrg ni nmpk mcm iklan utk bisnes ni makin rancak ja. mcm xdak apa2 hal pun.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2009 01:02 PM | Show all posts
Post Last Edit by kirawang at 10-9-2009 13:04

aku rasa, tak perlu tutup kot, sistem ni..hanya ketatkan lagi process tu..
pernah kawan aku yg kerja dia interview utk luluskan sistem ni masa kami sama2 buat mba kat uia dulu..katanya..kalau ada package lain, jangan buat dgn pNs..tempoh bayaran pendek..lagi aku dah lupa apa yg dia inform..

my lecturer cakap, nak buatt business kena ada at least 30 : 70 percentage..sendiri punya duit, 30% dan selebihnya loan..jgn harap loan 90% or 100..%

atiititide tuan punya M brown..laki bini kat taman pelangi..
dia pernah pujuk 2 area manager dia, supaya berhenti dan ambik kedia dia yang tak laku..
asalnya kedai mereka sendiri...so dia nampak bermasalah...dia suruh 2 melayu ni take over dengan dana kerajaan..
macamana member tu boleh cair dengan janji dan tak tahu apa yg dijanjikan..mereka pon ambil lah skim ni...bukan buka kedai baru kat JB, tapi tak over yang dah nyawa nyawa ikan..tak sampai setahun, lingkup..

kedai mereka di HQ ditaman pelangi,,masa tu food tech dia, baba nyonya malacca., convert islam..yang paling best, dia suruh member tu masak babi untuk dia nak makan kat dlm alat perkakasan masak chicken...minyak dah bercampur gaul, periuk pon sama..
mula2 minah tu enggan, tp dia suruh pakai glove..terpaksa lah minah tu buat...habis masak je, minah tu mengadu kat aku...

cukup, kot, nak share dengan share u all, takut kena saman..

..........................................

Masalah dalaman francaisor, francaisi – PNS
KUALA LUMPUR 9 Sept. – Perbadanan Nasional Bhd. (PNS) mendakwa masalah yang wujud di kalangan francaisor dan francaisi berpunca daripada masalah dalaman kedua-dua pihak yang menyebabkan lebih 30 francaisi bakal gulung tikar.

Pengurus Besar Pentadbiran dan Sokongan PNS, Fauzi Awang berkata, pihaknya tidak terlibat dalam masalah yang wujud di antara kedua-dua pihak, sebaliknya hanya membantu mereka melalui pembiayaan kewangan dan rundingan.

Jelas beliau, francaisor dan francaisi mungkin berhadapan dengan masalah kerana menjalankan perniagaan tidak mengikut sistem perniagaan yang betul.

Katanya, kedua-dua pihak perlu memperbetulkan masalah dalaman masing-masing terlebih dahulu sebelum meminta PNS menghentikan pembiayaan berkenaan.

Namun, katanya, PNS cuba membantu walaupun ia merupakan masalah dalaman kedua-dua pihak dengan menjalankan pemantauan termasuk memeriksa transaksi jualan kedua-dua pihak.

‘’Setakat ini, jika francaisi bermasalah, kita akan panggil francaisor untuk berunding bersama-sama bagi meneliti masalah sebenar.

‘’Kedua-dua pihak sepatutnya mengurus perniagaan dengan betul untuk mendapatkan situasi menang-menang,’’ katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Fauzi diminta mengulas laporan media tentang 30 usahawan yang dirundung kebimbangan untuk diisytiharkan muflis berikutan kegagalan mereka meneruskan perniagaan.

Setiap usahawan berkenaan terpaksa menanggung beban hutang antara RM100,000 hingga RM450,000 berikutan penindasan yang didakwa dilakukan oleh syarikat induk atau francaisor sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2009 08:45 AM | Show all posts
mcm 2 dugaan nak start berniaga....ramai org pilih franchise biz sebab dah ada SYSTEM...so orang2 yang baru nak menceburi biz yang tak tahu apa2 latar belakang biz + ada modal boleh la mencuba tapi sebaliknya berlaku.....franchisor should support bukan ambil untung semata-mata...ia takkan kemana....hurm....tapi ai tgk franchise jual jambu batu pakcu tuh mcm ok jer...kene pilih company yg betul2 dan modal yg x terlalu besar sgt utk permulaan perniagaan
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2009 05:58 PM | Show all posts
org yg buat franchaise ni pun bukan calang2 org
ada yg berduit dapat dari VSS
isometrik test pun lulus
akal ada modal pun ada so package lengkap lah
tapi gagal juga ....

aku tak berminat nak teruskan sebab
org atas nya tu jenis tak paham makna cari duit tu susah
sebab pada org atasan tu 500k tu celah gigi jer
sebab tu oreg atasan kata berniaga lah cara franchais sebab dah terbukti berjaya
tapi org atasan tu punya anak beranak bisnes pun lingkup
gomen gak kena bail out 2 billion
senang nye berniaga kalo gitu ....

korg pk lah siapa kat atas tu
tu salah satu sebab aku sceptical so aku pull out dari program ni

sesiapa nak tahu agreement franchaise - franchaisor bole contact aku
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2009 10:46 AM | Show all posts
aku pun kesian tengok Marrybrown Seksyen 7, Shah Alam kena tutup. Mmg betul firasat aku mengatakan MEMANG TAK LAMA kedai ni.
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2009 11:03 PM | Show all posts
wah....bahaya nie...

aku baru plan nak melibatkan diri dlm franchise ni tapi futsal iaitu sport planet..sape tau?
any komen?idea? setakat yg aku tau n aku sendiri main...sport planet nie ok..

tp xtaula kot2 francaisi die xleh idup...hurm..tp setakat yg aku tau asyik full house je die punya court....huhuhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 09:57 PM GMT+8 , Processed in 0.121913 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list