|
bagaimanakah cara utk mendapatkan supaya hajat kita cepat diperkenankan
oleh Allah S.W.T. Harap forumer dapat membantu. Mekasih |
|
|
|
|
|
|
|
Abang nak berhajat apa? |
|
|
|
|
|
|
|
Tunggu dek carik.. |
|
|
|
|
|
|
|
Abang pulak aku panggil sorry akak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah dek jumpa gak.. Nak dibawah..
Doa-doa Yang Makbul:
1. Orang yang terdesak.
2. Orang yang teraniaya/dizalimi.
3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibubapanya.
4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim & tidak memutuskan silaturrahim.
Tanda-tanda Doa Yang Makbul:
1. Terasa sesuatu yang menakutkan.
2. Menangis tatkala berdoa.
3. Terasa menggeletar.
Cara-cara Berdoa:
1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa. Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
"Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa ia berdoa"
2. Menghadirkan diri kpd Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai.
3. Hendaklah makanan, minuman, pakaian dan sebagainya dari harta yang halal kerana sesungguhnya Allah itu baik & menerima melainkan yang baik belaka.
4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa, khianat, memutuskan silaturrahim & jangan sesekali memohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut.
5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut Asmaul Husna, dimulai dengan bertaubat, istighfar, hamdalah serta selawat ke atas Rasulullah s.a.w & para sahabat.
6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (al-fatihah dan sebagainya).
Semoga bermanfaat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sila la berdoa pada waktu2 yg mustajab..Ni bawah..
Menurut Ibn 'Atha, doa itu mempunyai beberapa rukun yang kuat menyebabkannya naik ke langit untuk diterima Allah s.w.t.
Rukun yang paling utama ialah hadir hati dan memohon dengan tawaduk.
Sayap-sayap doa itu adalah berdoa dengan penuh keikhlasan dari hati dan bertepatan dengan waktu yang dimakbulkan doa.
- *
MALAM JUMAAT ATAU SIANGNYA
*
MALAM HARI RAYA AIDIL FITRI
*
MALAM HARI RAYA AIDIL ADHA
*
MALAM 10 MUHAMRRAM
*
MALAM NISFU SYA'ABAN
*
MALAM 'LAILATUL QADAR'
*
MALAM SEPERTIGA MALAM YANG YANG AKHIR
*
KETIKA HENDAK BERBUKA
*
ANTARA AZAN DAN IQAMAH
*
PADA WAKTU KHATIB DUDUK ANTARA DUA KHUTBAH
*
SETELAH SELESAI SOLAT FARDHU
*
ANTARA ZOHOR DENGAN ASAR
*
SELEPAS KHATAM AL-QURAN
*
KETIKA MULA-MULA TURUN HUJAN TERUTAMA SELEPAS KEMARAU
*
SETELAH MELAKUKAN AMAL SOLEH
*
SELEPAS BERSEDEKAH KEPADA FAKIR MISKIN
# KETIKA MELIHAT KAA'BAH
# DITEMPAT MELAKUKAN TAWAF
# DISISI MULTAZAM
# DIBAWAH PANCURAN EMAS
# DISISI TELAGA ZAMZAM KETIKA TENGGELAM MATAHARI
# DIBELAKANG MAKAM IBRAHIM
# DIATAS BUKIT SOLAT
# DIATAS BUKIT MARWAH
# DITEMPAT SA'I
# DI ARAFAH TERUTAMA SELEPAS ASAR MENJELANG MATAHARI HENDAK MASUK
# DI MUZDALIFAH
# DI MINA
# DISISI JAMRAH AL-ULA
# DISISI JAMRAH AL-WUSTO
# DISISI JAMRAH AL-'AQABAH
# DIDALAM RAUDHAH MASJID NABAWI (MA
Harap bemanfaat tuk semua...Salam maaf zahir batin drpd adek.. |
|
|
|
|
|
|
|
teringat bab hujan turun tu..kalau hari biasa pun kalau hujan mula turun saya akan berdoa..masa di mekah baru ni hujan turun lepas asar selepas 9 bulan tak hujan...tgk semua orang sujud syukur dan berdoa..saya dh dlm perjalan balik ke hotel..hujan ribut begitu kuat..anak saya lari semula ke kaabah pergi ke hijr ismail bawah pancuran emas berdoa...sempat juga dia tadah air hujan yg turun dipancuran emas tu walau pun bukan sunnah tapi pak arab ramai yg buat.....suasana masa tu memang ..tak tau nak tulis...jemaah yg tak kemasjid sebab uzur pun keluar hotel nak merasa hujan nikmat yang jarang turun tu... |
|
|
|
|
|
|
|
hajat dihati ingin peristerikan awak |
|
|
|
|
|
|
|
hajat dihati ingin peristerikan awak
obelisk Post at 22-9-2009 07:41
oooooo iye ke? isteri no 2 ke 3? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ummy43 at 22-9-2009 16:30
salam  beuatiful_faith
masalah yg akak hadapi, akak dh pm pada u
harap dpt membantu ye . . |
|
|
|
|
|
|
|
teringat bab hujan turun tu..kalau hari biasa pun kalau hujan mula turun saya akan berdoa..masa di mekah baru ni hujan turun lepas asar selepas 9 bulan tak hujan...tgk semua orang sujud syukur dan berdoa..saya dh dlm perjalan balik ke hotel..hujan ribut begitu kuat..anak saya lari semula ke kaabah pergi ke hijr ismail bawah pancuran emas berdoa...sempat juga dia tadah air hujan yg turun dipancuran emas tu walau pun bukan sunnah tapi pak arab ramai yg buat.....suasana masa tu memang ..tak tau nak tulis...jemaah yg tak kemasjid sebab uzur pun keluar hotel nak merasa hujan
nikmat yang jarang turun tu...
Mmg betul pun bukan sunnah berdoa di bawah limpahan air dari pancuran emas hijir Ismail itu. Semata2 kerana ramai Pak Arab yg buat tidak menjadikan ianya pekara yg betul dan dituntut.
Malahan pernah diterangkan dlm satu kuliah agama bahawa air dari bumbung Kaabah tu pun dikotori dgn najis burung merpati, layang2 dan belalang/ulat. Jadi tak ada sebab nak ikut amalan 'mandi' kat situ.
Pernah juga satu ketika apabila dibuka pintu Kaabah utk tujuan pembersihan, lalu dipasang lampu yg ada di dalamnya. Tiba2 ramai yg ada berhampiran dgn pintu Kaabah tu tatkala melihat silauan cahaya yg terpancar keluar mengangkat tangan. Seolah2nya jika terkena pancaran kilau cahaya tu boleh dapat satu menafaat !!.
Membuat sesuatu tu biarlah berlandaskan nas dari hadis2 yg pernah dipraktikkan oleh Nabi SAW atau para sahabat. Yg ada pun ialah berdoa di Multazam, di belakang makam Ibrahim, ketika minum air zam2 dll.
Demikian juga amalan sesetengah orang yg ketika melakukan umrah dgn mendaki Jabal Nur serta mendirikan solat sunat di dlmnya. Tidak pernah lagi saya jumpa nas bahawa Nabi SAW atau para sahabat berulang alik berkunjung ke Gua Hira utk bersolat sunat. Yg ada, yg biasa dibuat oleh Nabi SAW di Madinah ialah berulang ke Masjid Quba - yg menjadi masjig pertama yg dibina dgn asas taqwa. Sekurang2nya sekali seminggu.
Dan mengenai soal doa ini kita boleh senaraikan seberapa banyak masa dan tempat yg sesuai yg menjadikan mustajab doa. Tapi ramai yg tidak mengambil endah pada pekara2 yg menyebabkan doa sesaorang tidak dimakbulkan.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Nabi SAW pernah bersabda yg bermaksud:
“Sesungguhnya Allah itu baik, Dia tidak menerima melainkan yang baik. Dan sesungguhnya Allah memerintahkan orang mukmin apa-apa yang Dia perintahkan kepada Rasul.
Maka, Allah berfirman bermaksud: “Wahai Rasul-rasul, makanlah dari benda-benda yang baik lagi halal dan kerjakan amal-amal yang soleh. Dan Dia berfirman: Wahai orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu.
Kemudian ia menyebutkan seseorang lelaki yang jauh perjalanan, yang kusut rambutnya lagi berdebu mukanya, lalu ia menadah kedua-dua tangannya ke langit ( untuk berdoa):
Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! Padahal makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram, dan (mulutnya) disuapkan dengan yang haram. Maka bagaimanakah akan diperkenankan doanya?” (Hadis riwayat Muslim)
Yg dimaksudkan makanan haram atau minuman haram itu bukan bermaksud babi atau arak sahaja. Begitu juga dgn yg dimaksudkan pakaian haram bukan sahaja dari jenis pakaian curi sahaja.
Bahkan, jika sesaorang itu mengambil MC semata2 utk bercuti, itu akan menyebabkan hasil pendapatannya menjadi syubahat dan bercampur dgn yg haram.
Menurut sebuah hadis yang diriwayatkan oleh at-Tabrani dari Ibn Abbas, katanya: “Pernah aku membaca di sisi Rasulullah sepotong ayat al-Quran (bermaksud):
Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik.”
(Surah al-Baqarah ayat 168).
Kemudian Saad Bin Abi Waqqas bangun seraya berkata: “Ya Rasulullah! Aku memohon kepada Allah supaya dijadikan aku orang yang diperkenankan doanya. Lantas baginda bersabda :
“Wahai Saad! Baguskanlah (Makanlah) makanan engkau, nescaya engkau adalah orang yang diperkenankan doa (permintaan). Dan demi diri Muhammad di tangannya, sesungguhnya seorang hamba yang menyuapkan sesuap makanan haram ke perutnya, Allah tidak menerima amalnya 40 hari. Dan sesiapa di kalangan hamba Allah yang tumbuh dagingnya dari makanan yang haram, maka api neraka yang lebih layak baginya.”
Menurut riwayat yang lain, Saad Bin Abi Waqqas yang terkenal sebagai sahabat Baginda yang diperkenankan doanya. Beliau berkata: “Bahawa aku tidak pernah mengangkat sesuap makanan ke mulutku melainkan aku tahu dari mana datangnya dan dari mana keluarnya.” |
|
|
|
|
|
|
|
bykkan tolong orang / tunaikan hajat org insyaAllah hajat2 kita pun Allah akan cepatkan... |
|
|
|
|
|
|
|
saya pn ada memohon hajat...
tapi mcm samar2..
takper..
saya cube lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
jika kita benar2 berhajat kepada-Nya..insyaAllah di'kabul'kan..
firman Allah SWT: ud'uni fastajib lakum wasykuruli wala takfurun (berdoalah kpdku maka akan Aku perkenankan dan bersyukurlah kpd-Ku serta janganlah engkau kufur)
ini janji Allah SWT
cuma terkadang kita seakan2 rs Allah SWT tak kabulkan doa kita sekalipun kita da doa, usaha dan tawakal sungguh2..
masa tu la kita kne ingat bhw doa, usaha dan tawakal itu tak lengkap tnpa redha..
sedang Allah tidak memberi apa yg dihajatkan krn Dia Maha Mengetahui apa yg terbaik utk kita..sebaliknya ada kurnia di sebelah yg lain tnpa kita sedar atau belum rasa cthnye murah rezeki ke..pertolongan-Nya di Hari Akhirat kelak dsb.. |
|
|
|
|
|
|
|
betul mcm yg poster noriaabdullah taip kat atas.
Lagi satu redha mak bapak juga kena utamakan.
Redha mak bapa juga redha Allah.
Tak guna kita berdoa sampai keluar air mata darah, tp mak bapak kita abaikan.
Kena selalu mintak ampun maaf dgn mak bapak, walopun takde salah silap. Kena maintain.
Juga penyakit hati seperti riak, ujub takabbur dgn amal ibadat kita juuga kena jauhkan...
ini semua tidak akan membantu utk doa kita naik ke langit bagi diperkenan oleh Allah SWT. |
|
|
|
|
|
|
|
betul mcm yg poster noriaabdullah taip kat atas.
Lagi satu redha mak bapak juga kena utamakan.
Redha mak bapa juga redha Allah.
[fly]Tak guna kita berdoa sampai keluar air mata darah, tp mak bapak kita abaikan...[/fly]
sepok Post at 25-9-2009 15:52
setuju sgt2 dgn ayat yg aku bold tu.... kadang kita ni terlampau buat yg besar2 tp yg menda basic dan common kita abaikan...
contoh... sanggup pergi seberang negeri tuk jumpa dgn org alim ulama' suruh panjatkan hajat tp dgn org tua sendiri takmo mintak redha dan keberkatan.... errmmm.....
pernah jugak dengar ceramah dlm radio... time ujan tu jugak time berkat kita berdoa.. dan bila time hujan jgn mengeluh tp kena bersyukur.... |
|
|
|
|
|
|
|
bagaimana kalau kita bersolat hajat..
minta kita dipertemukan jodoh dengan orang yang kita sayang..
minta dia dibukakan hati untuk kita?
relevankah kita buat sedangkan jodoh dan pertemuan yang sudah ditetapkan di Loh Mahfuz
oleh Allah SWT? |
|
|
|
|
|
|
|
bagaimana kalau kita bersolat hajat..
minta kita dipertemukan jodoh dengan orang yang kita sayang..
minta dia dibukakan hati untuk kita?
relevankah kita buat sedangkan jodoh dan pertemuan yang suda ...
ruby_princess Post at 27-9-2009 10:49
awak berdoa atau tidak dah dituliskan di lauh mahfuz. samada dimakbulkan doa awak tu pun dah dituliskan. cuma kita sahaja tak tahu apa takdirnya. |
|
|
|
|
|
|
|
jadi bagaimana jika saya menunggu datangnya
takdir saya itu?
tanpa saya berbuat apa2 seperti berdoa atau solat hajat? |
|
|
|
|
|
|
|
princess,
Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum itu , melainkan mereka sendiri yang mengubahnya,
bersesuaian dgn sunnah Allah, utk hidup ni kita kena berusaha dan bertawakkal. Baru lah ia selari dgn qadr dan qadha' kita sejak azali.
Kita tak tahu sebenarnya mana satu perkara yg telah ditakdir utk kita sejak loh mahfuz itu. So, menunggu berlakunya perkara yg telah diqadr kan itu bukan satu langkah yg bijak. Tak tahu lah, kot duduk menunggu dan tercongok sahaja agar perkara itu berlaku dan berlalu merupakan 'qadr' princess sejak dr azali. Maka takde lah kehidupan kalau cenggitu... |
|
|
|
|
|
|
| |
|