CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 12599|Reply: 35

BOBOIBOY [Ahad, 7.00pm @ TV3]

[Copy link]
Post time 12-10-2009 10:27 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Syd at 20-3-2011 21:34

Boboiboy buah tangan terbaru Nizam
Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
[email protected]




SETELAH berjaya mencipta fenomena Upin & Ipin yang sehingga kini menjadi perbualan ramai, pengarahnya, Mohd. Nizam Abdul Razak atau Nizam kini muncul dengan produk animasi terbarunya, Boboiboy.

Jika Upin & Ipin sehingga kini kekal dengan konsep 1Malaysia, Boboiboy pula mengetengahkan animasi tiga dimensi (3D) superhero berwajah tempatan.

Dulu ramai yang terpegun dengan hasil kerja yang dilakukan Nizam danr akan-rakannya dalam menterjemah animasi Upin & Ipin sehingga berjaya diangkat ke layar perak.

Maka, tidak mustahil jika lebih ramai yang akan teruja menanti buah tangan terbaru mereka yang lebih segar dan menarik itu.

Bezanya kali ini, Boboiboy merupakan produk sulung milik syarikat Animonsta Studios yang diterajui oleh Nizam serta dua rakan kongsinya, Mohd Safwan Ab. Karim (Safwan) dan Muhammad Anas Abdul Aziz (Anas).

Dijangka bakal mencipta satu lagi fenomena terbaru ‘dunia’interaktif tempatan, produk tersebut tidak mustahil mampu membawa kelainan dalam perkembangan profil dan penghasilan animasi tempatan.

Bertemu Nizam, Safwan dan Anas baru-baru ini, masing-masing rancak bercerita perihal siri projek animasi itu yang dijangka menemui peminatdi kaca televisyen pada tahun depan.

Siri tersebut bakal disiarkan selama 26 episod di mana setiap satunya dengan durasi selama 11 minit.

“Ketika ini, kami masih dalam peringkat perbincangan. Watak-watak yang bakal memainkan peranan penting dalam siri ini sudah ada dan minggu ini kami akan cuba menyiapkan kesemua karakter itu.

“Berbanding animasi Upin & Ipin, dalam Boboiboy kami ingin berkongsi banyak pengetahuan. Ditambah dengan pengunaan pelbagai gajet,secara tidak langsung ia dapat menimbulkan pelbagai perasaan kepada yang menontonnya nanti.

“Bagi kami yang penting ialah penyampaian. Kalau boleh kami ingin mencipta satu lagi ‘ikon’ untuk kanak-kanak di negara ini,” kata Nizam mewakili rakan-rakannya.

Apa yang menarik dalam Boboiboy ialah beberapa daya tarikan yang terkandung meliputi karakter superhero Bo, Boi dan Boy, nilai-nilai murni, karakter makhluk asing (alien) dan juga unsur futuristik disekitar ibu kota.

Ringkasnya mengenai animasi tersebut, ia memaparkan karakter utama iaitu seorang kanak-kanak bernama Boboiboy dan dibantu oleh beberapa karakter tambahan seperti Gopal, Ying, Yaya.

Dalam usaha menyalur bantuan kepada orang ramai, Boboiboy akan terpisah kepada tiga orang iaitu Bo, Boi dan Boy yang mempunyai tiga kuasa berbeza termasuk tanah, angin dan petir.

Turut diwujudkan ialah karakter makhluk asing yang membawa pulang biji kopi ke planetnya, namun kerana aroma dan rasa kopi yang begitu sedap, seluruh kroni makhluk asing itu sanggup turun ke bumi semata-mata untuk mendapatkan kopi tersebut.

Secara ringkasnya juga, Gopal iaitu karakter budak India yang mempunyai kuasa menukar sesuatu barang kepada barang yang lain.

Ying karakter budak Cina yang mempunyai kuasa yang membolehkannya bergerak pantas berbanding rakan-rakannya yang lain. Sementara itu,Yaya pula merupakan karakter kanak-kanak perempuan comel yang bertudung.

Boboiboy bukan saingi Upin & Ipin

Biarpun pernah menyertai Les’ Copaque Productions Sdn. Bhd. (LCPSB)dalam membangunkan animasi Upin & Ipin tetapi kata Nizam,kemunculan animasi Boboiboy bukanlah bertujuan untuk bersaing.

Nizam, Anas, Safwan serta lima lagi kakitangan LCPSB yang lain membuat keputusan keluar daripada syarikat tersebut pada September lalu demi mencari ‘tapak’ dalam mengembangkan lagi bakat mereka dalam dunia animasi tempatan.

Setelah bersengkang mata hampir sebulan akhirnya idea untuk melahirkan Boboiboy hampir menjadi kenyataan.

“Kami tiada sebarang masalah dengan LCPSB. Malah, selama ini haji (Pengarah Urusan LCPSB, Burhanuddin Md. Radzi) telah banyak membantu kami dan memberi tunjuk ajar sepanjang penglibatan kami menghasilkan Upin & Ipin.

“Kami keluar dari LCPSB pun sebab kami ingin mencuba sesuatu yang baru.

“Terus terang, kami memang sayang kepada karakter Upin & Ipin tetapi rasanya tidak salah jika kebolehan yang ada kami pelbagaikan demi memeriahkan lagi industri animasi tempatan sebab pulangannya nanti kepada penonton juga.

“Kita perlu mengikut peredaran masa. Mungkin ini juga rezeki buat kami. Sebab itu kami perlu berani mencuba sebab bagi kami lebih banyak pelopor dalam industri animasi lebih baik untuk industri ini,” kataNizam yang juga Pengarah Urusan Animonsta Studios.

Menurut Nizam dalam industri kreatif tidak wujud persaingan yangterlalu besar kerana segalanya bergantung kepada penerimaan penonton.

Bagaimanapun, melihat kepada jalan cerita dan pelbagai kelainan yangada pada Boboiboy, mungkinkah ia bakal ‘menelan’ populariti serta fenomena yang pernah dicetuskan oleh Upin & Ipin?

“Saya tidak rasa kehadiran Boboiboy akan mengganggu perjalanan Upin & Ipin. Ini kerana, jenama Upin & ipin itu sendiri sehingga kini begitu kuat.

“Saya rasa LCPSB pun ada strategi mereka sendiri dan dengan 70 orang kakitangan yang LCPSB ada, saya percaya mereka mampu mengekalkan apa yang Upin & Ipin ada kini untuk masa akan datang,” kata Nizam lagi.

Menurut Nizam lagi, sambutan terhadap Boboiboy menggalakkan apabilat erdapat beberapa stesen penyiaran tempatan dan antarabangsa yang bertanyakan tentang produk tersebut.

Malah, beberapa agensi kerajaan termasuk Pusat Kandungan Kreatif Multimedia Malaysia (MAC3) di bawah Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC), membekalkan beberapa perisian untuk kemudahan mereka menghasilkan Boboiboy.

Bukan itu sahaja mereka juga mendapat kerjasama daripada sebuah lagi agensi, Cradle Fund Sdn. Bhd., yang membantu menyalur dana bagi merealisasikan projek tersebut.

Kepada yang berminat mengetahui lebih lanjut mengenai Boboiboy dan Animonsta Studios, sila layari laman sesawang, www.animonsta.com.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2009 10:52 AM | Show all posts
Post Last Edit by Syd at 12-10-2009 10:31

Boboiboy buah tangan terbaru Nizam
Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA
[email protected]

http://www.utusan.com.my/pix/2009/1012/Utusan_Malaysia/Hibu ...
Syd Post at 12-10-2009 10:27



wah....bagus...bagus...

selamat berjaya kepada nizam n kru2 nya...

caya lah ...malaysia boleh...


boleh..boleh...betoii...betoii...heheheh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2009 11:14 AM | Show all posts
ya ampun..
dah laa besar font nyer
kaler merah laks tuhh

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2009 11:15 AM | Show all posts
3# Syd


da auto jd mcm tuh....
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2009 03:31 PM | Show all posts
3# Syd


da auto jd mcm tuh....
MoTiF Post at 12-10-2009 11:15


yup...betoi2...aku tak tahu naper jadi lagu tu...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2009 07:54 PM | Show all posts
haah..cari sengal..kalau org new reply for second time jadi camtu..aku pn salah faham gak tetiba font aku kaler merah kat thread len
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-10-2009 01:18 AM | Show all posts
lisa cam teringat je lak anak2 ahmad dhani yg nyanyi lagu aku bukan superman tuh
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2009 10:55 AM | Show all posts
Lagu "If I were A Boy" seswai jadi lagu tema untuk siri kartun ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2010 07:51 PM | Show all posts
Boboiboy akan datang ke TV3 pada Mac 2011!

Adik Nur Fathiah jadi pengisi suaranya
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2010 08:24 PM | Show all posts
comelnnya
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2011 02:08 PM | Show all posts
BoBoiBoy akan datang ke TV3 pada 13 Mac 2011

Lagu tema


Pengenalan

Terbaik!
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2011 07:06 PM | Show all posts
Yaya

Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2011 08:24 AM | Show all posts
animasi cantik.... tp aku ade sdikit mslh ngan tema boboiboy.... mengingkatkan aku ngan chicken little... tentang tujuan alien mai bumi...bezanya cuma dlm cite ni biji kopi.... n alien ni jahat....
upin ipin berjaya psl elemen melayu n malaysianya tebal..... maybe la team animonsta ni nak market ke luar dgn tema universal..... tp aku tetap percaya org luar lebih suka nak nengok budaya yg unik spt dlm upin ipin.... tema2 mcm ni berlambak dr animasi hollywood....

apa2 pun gud luck....
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2011 10:11 PM | Show all posts
Boboiboy akan datang ke TV3 pada Mac 2011!

Adik Nur Fathiah jadi pengisi suaranya
cmf_scorpio_mmi Post at 29-11-2010 19:51


ptt la dgr suara pn mcm yer....
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2011 10:24 AM | Show all posts
upin ipin....

boboiboy....

dua-dua best....
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2011 02:55 PM | Show all posts
diorang ni yang keluar dari lescopaque tu kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-3-2011 08:51 PM | Show all posts
Reply 16# snowleopard726

betul tu.
haa...sepanduk forum TV: Malaysia letak gambar boboiboy, tak letak kembar botak yg kita kenali pun
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2011 01:52 AM | Show all posts
yg ni baru best.. upin ipin tak best langsung
upin ipin hanya sesuai untuk tontonan kanak2 tadika

dah la botak
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2011 02:04 PM | Show all posts
suka lagu tema..mcm lagu jepun..terbaekkk..
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2011 09:41 AM | Show all posts
mana nak download citer nih ... episod 1 best siot !!!! gelak guling guling aku tgk alien hijau ..he heh takut turun bumi nak curik koko sbb manusia makan makhluk hijau ....siap suruh pengikut dia turun curik koko sebab warna purple  
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 05:58 PM GMT+8 , Processed in 0.058780 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list