View: 4367|Reply: 5
|
Fosil spesies baru dinosaur ditemui di China
[Copy link]
|
|
Fosil spesies baru dinosaur ditemui di China
SEORANG pekerja memahat kawasan batu yang mengandungi tulang dinosaur di Zhucheng China pada Ahad lalu.
BEIJING – Sekumpulan pakar kajian fosil di timur China menemuisejumlah tinggalan satu spesies baru dinosaur, lapor sebuah agensimedia semalam.
Menurut agensi berita Jilu Evening News, penemuan itu kemungkinan kumpulan fosil tulang dinosaur yang terbesar di dunia.
Saintis-saintis paleontologi di bandar Zhucheng, wilayah Shandongitu melakukan kerja-kerja ekskavasi terhadap lurah sepanjang 500 meterdan sedalam 26 meter.
Pakar-pakar berkenaan percaya rangka fosil yang digali di Zhuchengsebelum dihantar ke Akademi Sains China itu merupakan spesies baru.
Menurut laporan tersebut, saintis-saintis itu menemui tinggalan ceratopsidae atau dinosaur gergasi bertanduk.
Wilayah Shandong sebelum ini terkenal dengan penemuan fosil dinosaur setelah penggalian dilakukan buat pertama kali pada 1964.
Pakar-pakar mendakwa penemuan sejumlah tinggalan dinosaur di kawasanberkenaan boleh menjelaskan bagaimana haiwan purba itu pupus beberapajuta tahun lalu.
Sebelum ini, sejumlah saintis yang melakukan eksplorasi turutmenemui tinggalan dinosaur ankylosaurus, tyrannosaurus dan coelurusyang dipercayai wujud 70 juta tahun lalu. – AFP |
|
|
|
|
|
|
|
Gambar pls lau tak boring...
Kat Mesia xde ke? |
|
|
|
|
|
|
|
selalunya fossil dinosor ni dijumpa kat negara yang 4 musim je kan???
jadi fossil binatang dinosor ni tak leh la nak jumpa kat negara2 asean ni kot no....hehehhe |
|
|
|
|
|
|
|
petrolium tu pon fosil gak. belambak kat terengganu nun. thehehehe.......... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau kat malaysia nie susah nak jumpa fosil coz negara kita nie kan panas n hujan spnjg taon... bukan kan dinaso, tulang gajah yang baru 2@3 tahun tu pon leh hancur... |
|
|
|
|
|
|
| |
|