CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7224|Reply: 27

Anugerah Skrin 2009 (ASK2009)

[Copy link]
Post time 15-10-2009 09:27 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Syd at 15-10-2009 09:30

Kehangatan ASK2009 sudah bermula
Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
[email protected]

VANIDAH  Imran (kiri),  Noorkhiriah dan Sofia Jane antara  aktres handalan negara yang pernah memenangi Anugerah Skrin.

RASANYA seperti baru sahaja semalam Anugerah Skrin 2008 (ASK2008) berlangsung dalam suasana yang cukup gilang-gemilang di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Hakikatnya, sudah hampir setahun acara penuh berprestij itu berlangsung dan kini, majlis yang mengangkat dan mengiktiraf karyawan seni tempatan itu kembali lagi.

Bakal berlangsung pada bulan Disember nanti, sudah pasti Anugerah Skrin 2009 (ASK2009) merupakan acara yang cukup ditunggu-tunggu oleh semua peminat dan penggiat seni tanah air.

Bukan sekadar mengiktiraf dan mengangkat karya seni mereka keperingkat yang lebih tinggi, sebaliknya ia juga merupakan pembuka jalan buat mereka untuk terus menghasilkan karya yang berkualiti.

Memang itulah matlamat penganjuran Anugerah Skrin yang saban tahun terus memberi peluang kepada karyawan seni untuk mempamerkan karya hebat mereka yang mendapat sambutan penonton.

Umum mengetahui Anugerah Skrin bukan sekadar menghargai atau menobatkan gelaran yang terbaik kepada pembikin drama tetapi ia juga merangkumi kategori filem dan penerbitan dalaman kepada semua stesen televisyen dan penerbit filem di negara ini.

Seperti mana tahun-tahun sebelumnya, ASK2009 mempertaruhkan 22 kategori yang meliputi tiga cabang berkenaan yang pastinya akan terus memberikan saingan yang cukup sengit.

Bagi kategori drama, sebanyak 10 kategori yang dipertandingkan tahun ini berbanding hanya sembilan sahaja tahun lalu.

Menyedari industri penyiaran tanah air yang berkembang pesat saban tahun, satu kategori yang julung kali diperkenalkan iaitu Videografi Terbaik yang menampilkan kelainan untuk ASK2009.

Menurut Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Nurul Aini Abu Bakar, pengenalan kategori itu bertujuan mengiktiraf mereka yang terlibat dalam aspek visual dan teknikal.

"Bukan mudah sebenarnya untuk menghasilkan mutu kerja yang berkualiti dan cantik untuk dizahirkan ke layar kaca.

"Kerana itulah kami mahu memberikan pengiktirafan kepada mereka yang terlibat di belakang tabir untuk menggalakkan mereka dalam memberikan hasil kerja yang lebih bermutu," ujarnya yang memberitahu senivideografi sememangnya memainkan peranan cukup penting dalam menggerakkan perjalanan cerita sesebuah drama.

Selain pengenalan kategori Videografi Terbaik, ASK2009 turut membuat perubahan untuk kategori penerbitan dalaman apabila Rancangan Muzik Terbaik disatukan bersama Rancangan Hiburan Terbaik.

Ini menjadikan kategori penerbitan dalaman hanya mempertaruhkan lima kategori sahaja untuk tahun ini berbanding enam pada tahun lepas.

Seperti lazimnya, ASK2009 masih lagi mengekalkan konsep pintu terbuka dengan memberi peluang kepada semua stesen televisyen di negara ini untuk menyertai acara anugerah itu.

"Seperti yang pernah kami tegaskan sebelum ini, Anugerah Skrin bukanlah pertandingan antara stesen televisyen, tetapi untuk drama dan penerbitan yang disiarkan melalui stesen-stesen ini.

"Kami merasa bangga kerana pada tahun ini ASK2009 turut mendapat kerjasama dan sokongan positif dari rakan-rakan stesen televisyen lain selain menerima banyak pencalonan yang menampilkan muka-muka baru dalam bidang ini.

"Ini merupakan satu petanda positif dalam meningkatkan mutu seni tanah air dan juga menggalakkan penggiat-penggiat seni untuk berusaha lebih gigih lagi agar hasil karya mereka dihargai dan mendapat pengiktirafan," katanya lagi.

Mengulas tentang drama yang layak dipertandingkan untuk ASK2009 pula, Nurul Aini menjelaskan syarat penyertaannya masih lagi sama seperti mana tahun-tahun sebelum ini.

Kesemua drama yang ditayangkan diukur berdasarkan jumlah rating yang dicatatkan mengikut kajian AGB Nielsen Media Research bermula dari 1 Julai 2008 hingga 30 Jun 2009.

"Namun pun begitu, kami sesekali tidak akan berkompromi soal kualiti kerana apa yang kami utamakan adalah garapan skrip dan jalan cerita yang baik, lakonan mantap dan mutu penerbitan yang bagus serta mampu menyampaikan mesej positif sekali gus dapat menarik perhatian penonton," ujarnya.

Bagi kategori filem pula, jumlah kategori yang dipertandingkan masih lagi kekal dengan tujuh kategori dan tahun ini, sebanyak 25 buah filem layak bertanding.

Berbanding tahun lepas, ASK2009 turut menyaksikan peningkatan jumlah penyertaan bagi setiap kategori yang dipertandingkan iaitu 17 buah drama, 14 drama bersiri dan lima drama komedi telah dicalonkan.

Sidang media ASK2009 bagi mengumumkan senarai akhir calon,hos, tema dan artis yang akan membuat persembahan pada malam itu akan diadakan pada bulan November nanti.

Bagi menyemarakkan lagi ASK2009, TV3 akan menayangkan kembali sebahagian daripada drama yang dicalonkan untuk ASK2009 bermula 4 Oktober lalu hingga 29 November ini.

Kesemua drama akan ditayangkan setiap hari Ahad pukul 9 malam dengan penayangan drama Jalan Pintas Ke Neraka dan Terlerai Takbir Kasih pada 4 dan 11 Oktober lalu.

Bakal menyusul adalah Al-Kiswah (18 Oktober) dan Rahsia Gambar, Sebelum Sejadah Dibentang, Tak Serupa Tapi Sama, Serunding Cik Kiah serta Takbir Rindu masing-masing pada 1, 8, 15, 22 dan 29 November ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2009 09:49 AM | Show all posts
bila nie? bulan disember ker?
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2009 01:22 PM | Show all posts
mod colby tanak buat kuiz ke
speaking of which..maner peginya result ffm?kata lepas raya.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2009 09:15 PM | Show all posts
hehehe ramai yg failed kot paper FFM hehhe.. best juga klu ada kuiz ASK ni....
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2009 10:09 PM | Show all posts
bnyk plak cite yg dicalonkan dlm ASK2009 tu aku x tgk...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2009 02:47 AM | Show all posts
rita ada peluang mng best actress
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-10-2009 07:52 AM | Show all posts
kekasihku seru ada can x noks??
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2009 12:57 AM | Show all posts
Takde list sapa yang masuk bertanding ke?
boleh speku reramai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-11-2009 01:26 PM | Show all posts
tema arab yek tahun nehh
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2009 03:01 PM | Show all posts
mod colby tanak buat kuiz ke
speaking of which..maner peginya result ffm?kata lepas raya.
alesandra Post at 15-10-2009 13:22


Kalau ada senarai TOP 5....boleh la wat...

Result FFM tergendala...hahahaah...tahun depan kot.....saboooooo yerk....hehehe
busyyy niee
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2009 04:26 PM | Show all posts
calon drama ahad lepas tajuk "Tak Seruapa Tapi Sama" lakonan fasha, fizz fairuz n very outstanding performance by otai abu bakar juah.anugerah best supporting actor hampir jd nyata utk die.

sape lg yg tgk citer ni?
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2009 04:32 PM | Show all posts
sehingga last week(6 drama tlh ditayangkan) nye calon drama ask, iols dh buat prediction calon anugerah.

best actor
que haidar (drama dgn khiriah)
fizz fairuz (Tak Serupa Tp Sama)

best actress
nurkhiriah (drama dgn q)
fasha sandha (Tak Serupa Tp Sama)

best supporting actress
lisdawati (drama ngan khiriah n q)

best supporting actor
abu bakar juah (Tak Serupa Tp sama)
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2009 04:43 PM | Show all posts
sape yg akan buat persembahan nnti? hri tu klu x silap dgr kt hotfm tokti, misha, aizat ntah sape lg x ingat la.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2009 04:58 PM | Show all posts
sape yg akan buat persembahan nnti? hri tu klu x silap dgr kt hotfm tokti, misha, aizat ntah sape lg x ingat la.
sicomel Post at 18-11-2009 16:43


jac xde ker?
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2009 06:44 PM | Show all posts
bila nie? bulan disember ker?
toritonz82 Post at 15-10-2009 09:49

Yup. 4 disember. Jam 9.00 malam
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2009 06:45 PM | Show all posts
Lagi satu, kebetulannya pada hari yang sama ngan undian akhir Piala Dunia 2010 tapi ia akan berlangsung di Afrika Selatan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-11-2009 11:54 AM | Show all posts
Penangan ASK
Oleh Zaidi Mohamad
[email protected]

JUMAAT ini, bakal terjawab segala debaran Anugerah Skrin (ASK) 2009 yang sudah mula terasa bahangnya bagi setiap calon awal yang barangkali nama atau karya serta lakonan mereka sudah disenarai pendek untuk bersaing. Diperkenalkan sejak 1995, ASK terus dianggap antara pemangkin memartabatkan legasi karya tempatan.

Bersempena dengan kehadiran anugerah berprestij itu yang bakal dipancarkan secara langsung dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) menerusi saluran rasminya, TV3, Hip satukan tiga nama besar yang barangkali mempunyai peluang cerah untuk berada dalam kelompok lima terbaik bagi kategori yang dipertandingkan.

Bersesuaian dengan tema, Hikayat Seribu Satu Malam atau Arabian Nights, mereka yang dimaksudkan, Fizz Fairuz, Lisdawati dan suaminya, Fauzi Nawawi ditampilkan menepati apa yang perlu digayakan pada malam kemuncak itu nanti. Sekali pandang, Fizz dan Fauzi seperti karakter filem Ali Baba Bujang Lapuk, Sinbad dan Aladdin.

Manakala Lisdawati yang masih dalam proses berpantang dan sudi memberikan kerjasama untuk melunaskan sesi fotografi ini cukup anggun seperti watak Marjina di dalam Ali Baba Bujang Lapuk atau Puteri Jasmine (Aladdin). Berbanding Lisdawati, Fizz dan Fairuz agak asing dalam sejarah penganjuran ASK kerana kedua-duanya belum pernah tercalon sebelum ini.

Bagi Lisdawati, namanya sudah beberapa kali terpahat dalam pencalonan ASK, malah namanya pernah dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik menerusi drama Miftahul Jamilah pada 2005. Paling jelas, tahun ini juga pasti menyaksikan dia dan suaminya sama-sama berentap jika menjadi finalis.


Potensi Lisdawati yang baru saja melahirkan anak keduanya, Nur Aina Fazneesya, 5 November lalu untuk tersenarai dalam kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dilihat kuat apatah lagi drama lakonannya Terlerai Takbir Kasih arahan Mohd Heykal mempunyai kekuatan tersendiri.

“Jika sebelum ini, nama saya tercalon untuk watak protagonis, tapi tahun ini drama Terlerai Takbir Kasih memerlukan saya menjadi sangat antagonis. Saya tidak menaruh harapan yang tinggi, menang atau kalah itu satu bonus. Memadai kalau sudah tercalon di antara banyak drama dan deretan pelakon yang dipertandingkan,” katanya yang bersalin secara normal untuk anak keduanya itu.

Jelas kelihatan naluri keibuannya cukup terserlah. Malah kemesraan antara dia dan suaminya juga sudah cukup menjadi bukti betapa bahagianya pasangan ini. Biarpun mereka seperti pasangan lain yang tidak lepas diuji kononnya rumah tangga mereka bergoncang.

“Anak ini menjadi bukti menidakkan cakap-cakap orang selama ini. Masa juga berjalan dengan begitu pantas biarpun kami tidak merancang untuk memiliki anak dalam masa terdekat. Semuanya adalah rezeki Yang Maha Esa. Anak sulung kami kini sudah ada teman.

“Untuk anak kedua ini, baru saya mula terasa nikmat dan perit getir melahirkan anak kerana anak pertama dilahirkan secara pembedahan. Seperti biasa kini, saya masih melakukan proses meminum jamu, bertungku dan mengurut,” kata duta Slim World ini.

Rezeki murah sejak beranak

MANAKALA bagi Fauzi Nawawi pula, rezekinya dan isteri juga semakin murah selepas melahirkan anak. Sambil berseloroh dan mengerling ke arah Fizz, Fauzi menasihatkan kepada rakan artis lain untuk cepat kahwin kerana kehadiran anak akan terus menambah seri dan jaminan dalam kehidupan.

“Saya harus bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah izin dan kurnia-Nya termasuk kehadiran dua orang cahaya mata kami terus membuatkan saya lebih menghargai kehidupan mendatang. Alhamdulillah, ada saja tawaran berlakon yang datang.

“Ketika ini saya sedang melunaskan baki penggambaran drama Na O Mei bagi siaran TV3 dan sekuel drama Jangan Pandang Belakang untuk RTM. Insya-Allah, saya akan menjalani penggambaran filem Ratu dan Bravo 5 tak lama lagi. Untuk Ratu, inilah kali pertama saya bekerja dengan Prof A Razak Mohaideen.

“Untuk Bravo 5 pula, saya akan berlakon sama dengan Fizz dan penggambaran dijangka bermula pada Februari depan. Kali pertama saya berlakon dengan Fizz ialah menerusi filem Orang Minyak. Harapnya kerjaya saya pada 2010 akan terus murah rezeki,” kata Fauzi.

Mengenai drama Takbir Rindu yang turut tercalon dalam ASK 2009, Fauzi berkata drama yang disiarkan Aidilfitri lalu mempunyai mesej yang kuat terutamanya mengenai kasih bapa dan anak. Dalam drama itu, Fauzi bergandingan dengan Jasmin Hamid yang melakonkan watak sebagai suami yang mengalami tekanan jiwa.

ASK mencari yang terbaik

KEKASIH hati Almy Nadia, Fizz Fairuz pula dilihat antara generasi pelapis yang terus menyemarakkan persada seni. Malah drama Nur Kasih lakonannya sebagai Aidil turut membantu memuncakkan lagi popularitinya.

Kata Fizz yang kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama Jangan Bunuh Matahariku bersama Rita Rudaini, dia sering hadir memberi sokongan kepada majlis anugerah seperti ASK dan bagaimanapun tidak yakin namanya akan tersangkut buat kali pertama untuk pencalonan tahun ini.

“Kalau tercalon, ia pastinya akan terus menjadi motivasi serta bonus buat saya mempamerkan yang terbaik pada masa mendatang. Saingan kali ini pun cukup hebat dan saya tidak meletakkan apa-apa kepercayaan untuk berada dalam kelompok lima terbaik.

“Usia pembabitan seni saya sejak lapan tahun lalu juga masih baru kalau mahu diukur dengan pelakon lain. Kewujudan anugerah seperti ASK ini sebenarnya menjadi nadi penggerak untuk kita sebagai anak seni memberikan serta mendapatkan gelaran yang terbaik dalam setiap produk yang dipertontonkan kepada penonton,” katanya yang turut akan bergandingan dengan Tiz Zaqyah sebagai penyampai trofi.

Untuk ASK 2009, drama Tak Serupa Tapi Sama arahan Murali Abdullah menyaksikan Fizz memegang watak lelaki alim yang terlalu taksub dengan ajaran Islam hingga terpesong dari landasan sebenar. Pada masa yang sama, keluarganya di kampung juga lebih fanatik daripadanya hingga dia mula tersepit dan tersedar dari lamunan.

“Saya tidak mampu menidakkan drama ini juga barangkali boleh memberi saingan sengit untuk berada dalam kelompok kategori Drama Terbaik atau pun Pengarah Terbaik. Kita tunggu saja keputusannya nanti,” kata Fizz yang turut memiliki restoran makanan laut, Kasih Tania Seafood di Ketari, Bentong.

Tambah Fizz lagi, besar kemungkinan dia dan Almy akan menggayakan rekaan Busana Anggun pada 4 Disember ini.

INFO: ASK 2009

# Tahun ini turut diperkenalkan dua anugerah baru iaitu Videografi Terbaik

dan anugerah khas juri yang dipanggil sebagai Anugerah Yasmin Ahmad tajaan khas Silky.

# Antara artis yang dijangka membuat persembahan ialah Datuk Siti Nurhaliza, One Nation Emcees, Misha

Omar, Jamal Abdillah, Awie, Tia Jinbara, Aizat, Azlan & The Typewriter, Jaclyn Victor dan Black Mentor.

# 24 anugerah yang dipertandingkan termasuk kategori filem dan

drama.

# Dihoskan Afdlin Shauki dan Fara Fauzana

# Boleh ditonton di TV3 mulai jam 9 malam atau didengari menerusi frekuensi stesen radio Hot FM

Penghargaan:
Lokasi dan props: Sri Pentas, TV3
Terima kasih: Eddy, Marlia Zul Amran dan Muhammad Aziz.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2009 06:40 AM | Show all posts
nak predict bley?  

best actor : fizz fairuz/rita rudaini
best supporting actor  : remy ishak/nurkhiriah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2009 10:32 AM | Show all posts
Persaingan senior dan junior

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
[email protected]


NORLIA Ghani dan Rosnah Mat Aris bakal bersaing dengan muka-muka baru untuk merebut gelaran Pelakon Wanita Drama Terbaik.

HANYA tinggal tiga hari sahaja lagi, acara anugerah berprestij anjuran TV3, Anugerah Skrin 2009 (ASK2009) akan membuka tirainya.

Dengan mengambil tema Hikayat 1001 Malam, pastinya TV3 menjanjikan sebuah persembahan yang cukup hebat dan menjadikan edisi kali ini sebagai acara yang akan dikenang sebelum tahun 2009 mengucapkan selamat tinggal.

Pastinya khalayak dan peminat hiburan tanah air sudah mengetahui penganjuran ASK adalah untuk mengiktiraf hasil kerja karyawan seni tanah air menerusi drama, filem dan penerbitan dalaman televisyen.

Mula dianjurkan sekitar tahun 1993, ASK telah membuka satu lembaran baru dalam direktori industri hiburan tanah air untuk menghargai mereka yang bertungkus-lumus menghasilkan karya yang berkualiti.

Seperti biasa, saban tahun ASK akan menjadi buah mulut peminat hiburan tempatan yang mula berteka-teki siapakah yang bakal menjulang trofi perak bermotifkan pucuk rebung dan songket itu.

Bermula hari ini sehinggalah ke hari kemuncak ASK2009 yang berlangsung Jumaat, Hits akan menyenaraikan serta melihat nama-nama yang berpotensi untuk membawa pulang idaman ramai itu.

Walaupun senarai calon hanya akan diumumkan pada malam itu nanti, tetapi tidak salah untuk meramal mereka yang berkemungkinan besar dicalonkan berdasarkan persembahan mereka.

Kata orang, sekadar untuk suka-suka dan menyemarakkan serta memeriahkan lagi kedatangan ASK2009.

Hari ini akan dimulakan dengan kategori Pelakon Lelaki dan Drama Wanita Terbaik yang tidak kurang hebatnya.

Masakan tidak, dua kategori ini merupakan antara kategori terpenting pada malam ASK dan menjadi tanda aras kepada seseorang pelakon itu apabila lakonan mereka dihargai.

Bagi kategori Pelakon Lelaki Drama Terbaik, muka lama dan baru dilihat akan bersaing hebat dalam memikat hati juri untuk menobatkan mereka dengan gelaran terbaik.

Enam nama yang dilihat berpotensi besar untuk menempatkan diri antara yang terbaik adalah Que Haidar, Fizz Fairuz, Rosdeen Suboh, Fauzi Nawawi, Jalil Hamid dan Rusdi Ramli.

Pelakon berkarakter seperti Que misalnya, memang tidak dapat dinafikan bakat lakonannya dan semuanya itu terserlah menerusi drama Terlerai Takbir Kasih.

Memegang watak sebagai seorang suami dan bapa yang sanggup meninggalkan isteri serta anak-anak semata-mata mahu mengejar cinta wanita lain memang memberangsangkan.

Apatah lagi, drama yang meruntun jiwa ini sememangnya menyerlahkan emosi Que sekali gus menjadikan dirinya antara aktor yang memiliki kualiti lakonan yang tinggi.

Fizz juga mampu memberikan saingan hebat kali ini menerusi drama Tak Serupa Tapi Sama dengan lakonan bersahajanya.

Ekspresi wajahnya dengan penghayatannya sebagai seorang pemuda yang taksub dengan ajaran Islam tetapi dalam masa yang sama, mengabaikan tanggungjawab sosial memang menarik perhatian.

Siapa tahu, rezeki menjadi milik Fizz pada malam itu nanti sementelah ASK2009 bakal menyaksikan pencalonan pertama untuknya.

Pelakon teater seperti Rosdeen pula memang tidak wajar dipertikaikan kredibilitinya memandangkan pengalaman luasnya dalam bidang teater.

Maka, tidak mustahil seandainya nama Rosdeen antara yang mampu membolosi tembok kebal pencalonan ASK2009.

Wataknya dalam drama Tersasar Di Jalanmu arahan Erma Fatima itu berpotensi untuk memikat hati juri untuk menobatkannya sebagai pemenang.

Saingan hebat

Fauzi juga apa kurangnya kerana dia juga merupakan antara aktor yang cukup hebat dan bijak mewarnakan karakternya.

Berikanlah apa sahaja watak kepadanya jahat mahupun baik, dia tidak pernah mengecewakan penonton dan menerusi drama Takbir Rindu, tidak mustahil untuk Fauzi dicalonkan dalam kategori ini.

Pelakon senior seperti Jalil juga mampu memberikan saingan hebat kepada pelakon muda dalam ASK2009.

Pernah memenangi kategori ini pada tahun 2006, tidak mustahil jika Jalil mampu menjulangnya untuk kali kedua.

Lakonannya yang penuh emosi dalam drama Becha Usang memang menyentuh jiwa dan meninggalkan kesan yang cukup mendalam.

Kalau dia menang sekali pun, tidak ada salahnya kerana Jalil sudah membuktikan bahawa dia adalah aktor yang berada dalam liga yang tersendiri.

Rusdi juga tidak kurang hebatnya menerusi drama Chef Masin Pahit 4 Rasa yang merupakan sebuah drama komedi.

Memang mudah untuk membuat penonton menangis tetapi sukar sekali untuk menggeletek penonton menerusi lakonan yang mampu meninggalkan impak.

Tetapi tidak bagi Rusdi. Dia sudah membuktikan bahawa dia merupakan seorang aktor yang versatil dan mampu membawakan apa sahaja watak dengan cemerlang sekali.

Persaingan muka baru dan lama juga dapat dilihat menerusi kategori Pelakon Wanita Drama Terbaik yang pastinya akan menghangatkan lagi ASK2009.

Siapa tahu nama-nama pelakon senior seperti Norlia Ghani, Rosnah Mat Aris dan Kartina Aziz mampu menempatkan diri dalam senarai pencalonan tahun ini.

Sudah lama berkecimpung dalam bidang seni, sukar sekali untuk melihat mereka memberikan lakonan yang kurang memuaskan.

Norlia, Rosnah dan Kartina semuanya memberikan hasil lakonan yang memberangsangkan serta mampu menghayati watak yang diberikan.

Masing-masing dicalonkan menerusi drama Al-Kiswah, Tersasar Ke Jalanmu dan Mama Nenek yang memiliki penceritaan yang berbeza.

Suatu yang menarik juga untuk memperkatakan tentang kategori ini apabila Zarina Zainuddin turut dikhabarkan mempunyai harapan cerah untuk dicalonkan.

Mempamerkan lakonan cemerlang dan meruntun jiwa menerusi drama Becha Usang, siapa tahu selepas hampir dua dekad melayari dunia seni, Zarina akhirnya diangkat sebagai salah seorang pelakon wanita terbaik negara.

Masakan tidak, selama ini masyarakat seolah-olah memandang sepi kepada bakat lakonannya.

Bagaimanapun laluan untuk nama-nama ini bukan mudah kerana perlu berdepan dengan muka-muka baru seperti Noorkhiriah dan Sheera Iskandar yang tidak kurang hebatnya.

Noorkhiriah misalnya, memberikan lakonan yang cukup menyentuh jiwa menerusi drama Terlerai Takbir Kasih dan siapa tahu kali ini, rezekinya untuk menggenggam gelaran Pelakon Wanita Drama Terbaik.

Jangan lupa, Noor pernah mengungguli kategori Pelakon Pembantu Wanita Drama Terbaik pada tahun 2007. Jadi, siapa tahu malam ASK2009 akan menjadi milik Noor.

Sheera juga mampu mencipta kejutan pada malam itu nanti berdasarkan lakonannya dalam drama komedi, Halimah Jongang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2009 11:26 AM | Show all posts
Drama Terbaik milik siapa?
Oleh Zainuri Misfar

Becha Usang, Al Kiswah kemungkinan ada harapan untuk rangkul trofi pada malam kemuncak ASK2009

ANUGERAH Skrin 2009 anjuran TV3 yang akan membuka tirainya malam ini bakal menjadi hari untuk meraikan penghargaan dan pengiktirafan kepada pengkarya dalam bidang penerbitan TV seperti telefilem, drama berantai atau bersiri yang disiarkan oleh semua stesen TV tempatan sepanjang tahun lalu.

Walaupun turut menggabungkan penganugerahan untuk Kategori Filem, tetapi biarlah kali ini Hip memberi fokus kepada Kategori Drama yang tidak kurang juga hebatnya.

Banyaknya drama dalam stesen TV kita sudah tentu menampilkan kepelbagaian daya kreativiti, inovasi dan kualiti persembahan serta olahan yang semakin baik daripada pengkarya atau penggiat industri penerbitan TV tempatan.

Judul drama yang sudah disenarai pendek menampilkan pelbagai tema. Ada yang mengetengahkan tema kerohanian, kemanusiaan, kasih sayang, keinsafan, kekeluargaan dan persaudaraan.

Oleh itu, untuk menjangkakan drama mana yang bakal diangkat sebagai Drama Terbaik dalam Anugerah Skrin 2009 kali ini memanglah sukar diramalkan. Drama Becha Usang dan Al-Kiswah boleh menjadi pilihan untuk dipilih sebagai Drama Terbaik.

Tapi, drama seperti Suara Dari Kubur, Selangkah Ke Syurga dan Tersasar Di Jalanmu juga mempunyai peluang untuk dipilih oleh juri meraih hadiah Drama Terbaik. Begitu juga dengan Rahsia Gambar, Tak Serupa Tapi Sama, Terlerai Takbir Kasih, Mama Nenek dan Takbir Rindu.

Daripada semuanya itu, drama Becha Usang, Al-Kiswah, Suara Dari Kubur, Tak Serupa Tapi Sama dan Selangkah Ke Syurga mungkin menjadi lima calon pilihan untuk diangkat sebagai Drama Terbaik pada Anugerah Skrin kali ini.

Pastinya drama yang dipilih yang menang bukan kerana penceritaan, persoalan dan tema menarik, tetapi juga disebabkan sudut lain seperti persembahan lakonan secara keseluruhan, impaknya kepada penonton selain hasil kerja teknikal yang kemas seperti kesan khas, kesan bunyi, adunan muzik dan suntingan.

Kategori Pelakon Lelaki Terbaik Drama boleh memberi tumpuan kepada Jalil Hamid sebagai calon pilihan sebagai pemenangnya apabila namanya dijadualkan menerusi dua drama iaitu Becha Usang dan Al-Kiswah. Memang sukar untuk menentukan drama mana yang akan membawa Jalil menang Pelakon Lelaki Drama Terbaik kerana kedua-duanya menampilkan aksi Jalil yang bertenaga dan memberikan impak kepada penonton.

Begitupun, usah diketepikan aksi bersahaja daripada Que Haidar yang turut disenaraikan dalam kategori ini menerusi drama Terlerai Takbir Kasih, selain Rosdeen Suboh (Tersasar Di Jalanmu), Fauzi Nawawi (Takbir Rindu) dan Eizlan Yusof (Jalan Pintas Ke Neraka). Calon lain ialah Gambit Saifullah (Suara Dari Kubur) dan Rusdi Ramli (Chef Masin Pahit 4 Rasa).

Sheera Iskandar, Noorkhiriyah, Fasha Sandha, Norlia Ghani dan Zarina Zainordin bakal tersenarai sebagai Top 5 bagi perebutan untuk trodi Pelakon Wanita Terbaik. Sheera menampilkan lakonan yang mantap dan bersahaja menerusi drama Halimah Jongang, Noorkhiriyah juga turut mempersembahkan lakonan bertenaga dalam Terlerai Takbir Kasih, manakala Norlia Ghani pula masih berupaya mengetengahkan aksi bertenaga dalam Al-Kiswah.

Fasha pula kebiasaannya memberikan lakonan yang lebih baik dalam drama TV berbanding filem. Dalam aspek aksinya menerusi filem, penampilan Fasha tidak pernah menyerlah. Zarina mungkin dianggap bakat baru, tetapi kesungguhan dalam menghidupkan wataknya menerusi drama Becha Usang memang cukup baik.

Begitupun, kategori Pelakon Wanita Terbaik juga ada calon pilihan lain seperti Rosnah Mat Aris (Tersasar Di Jalan Mu), Kartina aziz (Mama Nenek), Rita Rudaini (Jalan Pintas Ke Neraka), Rozita Che Wan (Rahsia Gambar) dan Watie Elite (Selangkah Ke Syurga).

Kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menyaksikan persaingan antara Remy Ishak menerusi drama Jalan Pintas Ke Neraka, Fahrin Ahmad (Al-Kiswah), Ahmad Tarmimi Saregar (Jalan Pintas Ke Neraka) dan Edy Edrina (Tersasar Di Jalanmu). Kalau berdasarkan pengalaman, memang Ahmad Tarmimi mempunyai kelebihan, tambahan pula dia memang menampilkan lakonan yang baik.

Bagaimanapun, saingan sengit pastinya datang daripada bintang baru yang sedang meningkat ketika ini, Remy Ishak dan anak muda itu boleh menjadi calon pilihan untuk memenangi kategori ini. Fahrin pula mungkin agak sukar kerana walaupun lakonannya semakin baik tetapi belum dapat betul-betul meninggalkan kesan di hati penonton.

Vanidah Imran yang menjadi antara pelakon dalam Al-Kiswah, Lisdawati dalam Terlerai Takbir Kasih dan Nurul Akmar (Jalan Pintas Ke Neraka) masing-masing memiliki kelebihan untuk diberikan gelaran Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama. Begitupun laluan mereka tidak mudah kerana untuk kategori ini turut menyenaraikan Linda Hashim (Takbir Rindu), Norish Ismail (Tersasar Di Jalanmu), Erin Malik (mama Nenek) dan Sheila Mambo (Tak Serupa Tapi Sama).

Kategori Pengarah Drama Terbaik akan menyaksikan pertembungan hebat antara Rashid Sibir menerusi drama Al-Kiswah, Murali Abdullah (Tak Serupa Tapi Sama) dan Erma Fatima (Tersasar Di Jalanmu). Murali Abdullah sejak akhir-akhir ini memang cukup dikenali dengan drama berunsur dakwah dan kerohanian yang meninggalkan kesan mendalam atau boleh menimbulkan keinsafan kepada penonton. Olahan dan garapan dalam setiap dramanya memang memberikan mesej tersendiri.

Rashid Sibir pula terkenal dengan drama yang meruntun perasaan penonton. Bagaikan menjadi satu kepakaran kepada Rashid apabila setiap drama arahannya akan mengajak penonton bermain dengan emosi.

Erma Fatima pula sering membawakan pendekatan bersifat 'straight foward' dalam drama arahannya kerana mahu ceritanya mudah difahami dan meninggalkan kesan secara langsung kepada penonton.

Walalupun tumpuan diberikan kepada Murali, Rashid dan Erma, usah dilupakan juga dengan Mohd Heykal yang dicalonkan menerusi menerusi Terlerai Takbir Kasih dan Fahizul Tahir (Becha Usang). Kedua-dua drama arahan mereka itu sebenarnya tidak kurang hebatnya juga. Bagaimanapun, untuk Becha Usang, Fahizul agak bernasib baik kerana bantuan pengalaman daripada Jalil Hamid menerusi lakonan berkesan menjadikan drama arahannya dilihat menarik.

Erma Fatima sekali lagi menjadi calon pilihan untuk memenangi Lakon TV Terbaik menerusi karyanya Tersasar Di Jalanmu. Namun begitu, dia juga tidak boleh menafikan barisan karya yang turut dicalonkan dalam kategori ini yang terdiri daripada Mohd Danial Hasbullah untuk drama Becha Usang, Zuraida Ramli (Mama Nenek), Norfaznita Md Noor (Tak Serupa Tapi Sama) dan Mofis Suhaimi Bahaudin (Terlerai Takbir Kasih).

Kategori Videografi Terbaik pula menyenaraikan Jalan Pintas Ke Neraka, Al -Kiswah, Tersasar Di Jalanmu, Mama Nenek dan Becha Usang. Dalam hal ini, Becha Usang berpotensi untuk menang kerana visualnya yang meninggalkan kesan kepada penonton.

Drama terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd, Gelora Di Hati Sara yang menggandingkan Rosyam Nor dan Fauziah Latiff kemungkinan menjadi lima drama yang tersenarai sebagai calon pilihan untuk kategori Drama Rantaian Terbaik. Kategori ini juga turut menyenaraikan drama Rona Roni Makaroni, Kekasihku Seru, Ku Milikmu, Sari Maya, Alam's Story dan Front Page.

Kalau berdasarkan pada judulnya, drama Front Page dan Alam's Story seolah-olah menggambarkan ia drama bersiri dalam bahasa Inggeris, namun hakikatnya kedua-duanya adalah cerita yang menggunakan bahasa Melayu. Ia tidak menggambarkan nilai dan citra budaya tempatan.

Apapun, juri pastinya tidak memfokuskan kepada dua drama ini, sebaliknya Kekasihku Seru, Ku Milikmu dan Rona Roni Makaroni berpeluang untuk meraih gelaran Drama Rantaian Terbaik.

Bagi kategori Drama Komedi Terbaik, lima drama yang tercalon ialan Hua Hua Hua, Datin Wanabe, Ceplos, Lawaking dan Impian L. Semuanya mempunyai kelebihan yang seimbang tetapi jika mengambil kira faktor populariti sudah pasti meletakkan Datin Wanabe, Ceplos dan Lawaking menjadi calon pilihan untuk memenangi kategori ini.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 08:27 AM GMT+8 , Processed in 0.093821 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list