View: 39400|Reply: 191
|
DRAMA HIBURAN TERHEBAT: KAU & AKU
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by srilaser at 2-9-2009 12:26
Sebuah muzikal drama terhebat bakal menemui anda ! Mempersembahkan, KAU & AKU sebuah muzikal drama yang menggabungkan lakonan, tarian dan nyanyian oleh pelakon dan penyanyi terhebat Malaysia yang akan disiarkan di Astro RIA (Saluran 104 Astro) Oktober ini
KAU & AKU telah diadaptasi daripada format drama muzikal popular yang berasal daripada Venuzuela dan telah menjadi suatu fenomena di sana. Bayangkan, dalam tempoh 6 minggu, drama muzikal ini telah mendapat sambutan penonton dan menjadi bualan pelbagai lapisan masyarakat. Muzik video yang dimuat naik di You Tube mendapat hits yang luar biasa!
Format antarabangsa ini telah diubahsuai dan diberi nafas baru mengikut kesesuaian budaya dan kehidupan masyarakat Malaysia. Mensasarkan penonton muda juga tontonan seisi keluarga, Kau & Aku menonjolkan kehidupan remaja yang diceriakan dengan lakonan hebat dan nyanyian terbaik serta aksi tarian yang menghiburkan
Kau & Aku mengisahkan kehidupan suka duka sekumpulan pelajar di Kolej Persembahan Seni Harmoni. Di sinilah segala mimpi, cita-cita, bakat dan cinta bermula. Persahabatan Mila & Akim memutikkan cinta remaja. Namun, segalanya tidak seindah yang disangka dek muncul watak-watak yang sentiasa dengki dan iri hati.
Elemen romantis, sedih, geram dan lucu melengkapkan drama disamping lagu dan bait-bait lirik yang begitu indah untuk diingati. Jadi, jangan ketinggalan menonton drama muzikal – Kau & Aku, Oktober ini di Astro Ria (Saluran 104)
SUMBER:
http://www.facebook.com/home.php?ref=logo#/group.php?gid=125179477717 |
|
|
|
|
|
|
|
ni yg akim aril gi indon tu kan |
|
|
|
|
|
|
|
From mStar Online: Zaefrul penyebab Azizah Mahzan tolak 'Spa Q 3'?
Dalam perkembangan lain, Azizah berkata hari ini dia akan ke Jakarta untuk menjalani pengambaran drama muzikal 'Kau Dan Aku' yang turut merupakan projek Astro.
"Saya akan berada selama sebulan di Indonesia kerana drama ini akan menggunakan 100 peratus lokasi di sana," katanya yang melakonkan watak pengetua.
Tambahnya, "Cerita ini seperti program Akademi Fantasia kerana ia menceritakan tentang 'musical art school'.
Selain Azizah, pelakon lain yang turut membintangi drama muzikal ini adalah Sabrina Ali sebagai guru teater dan tarian, Nurul sebagai guru vokal dan bekas pelajar-pelajar AF seperti Mila, Akim, Aril dan ramai lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Taken from Berita Harian : Rebutan Akim, Aril
![](http://1.bp.blogspot.com/_r9Ikr14ZsKo/Snj98OIaLcI/AAAAAAAAAbI/qdR9jdRvRIM/s320/mainpix2.jpg)
Ketika dihubungi baru-baru ini, Mila berada di Filmwork Studios, Taman Tun Dr Ismail untuk merakamkan lagu solo berjudul Menanti untuk drama muzikal Kau Dan Aku. Malah menerusi drama terbitan Astro dengan usaha sama produksi Indonesia itu, Mila turut menjadi heroin berlakon di sisi bintang AF7, Aril dan Akim.
Drama itu turut memperlihatkan gandingan sulung Mila menjadi kekasih kepada Akim, manakala Aril pula bergelar bekas kekasih kepadanya. Tetapi semua itu adalah tuntutan watak bagi memastikan plot drama terbabit terus berkembang.
“Selain lagu solo, Mila turut menyanyikan dua lagu duet bersama Aril dan Akim. Dengan Akim, kami berduet lagu tema drama itu menggunakan judul yang sama. Lagu Lelaki Pujaan pula adalah lagu duet Mila dengan Aril. Aril pun turut berduet dengan Akim, malah mereka juga diberikan lagu solo seperti Mila.
“Untuk drama muzikal 26 episod ini, Mila akan memegang watak seorang gadis yang berperwatakan agak kasar dan kehidupannya diuji dengan pelbagai konflik termasuk kisah peribadi. Kalau ada yang masih ingat, sejurus beberapa hari AF7 tamat, Aril dan Akim ada ke Indonesia untuk merakamkan episod pengenalan drama ini. Mila juga turut ke sana.
“Selain Mila, Aril dan Akim, antara nama pelakon lain yang turut terbabit dalam drama ini ialah Noni dan Farish Aziz. Kebanyakan pelakon penting dalam drama ini membabitkan pelakon Malaysia. Insya-Allah Mila akan ke Indonesia lagi melunaskan baki penggambaran drama itu selama dua bulan sehingga September ini,” kata Mila sambil memberitahu drama ini dijangka disiarkan sekitar September depan. Berusaha tembusi pasaran Indonesia |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by aFViRGo at 10-8-2009 22:46
|
|
|
|
|
|
|
|
Wahh..org conquer thread ni sorang2 ![](static/image/smiley/default/shy.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
thanks for the nasi tambah uols.... nampak mcm best je kansssssss |
|
|
|
|
|
|
|
Taken from murai.com.my
Pelakon Kau Dan Aku Bermain Cinta
KL, 12 OGOS, 2009: Ketika ini drama yang padat dengan lagu-lagu menarik, Kau Dan Aku lakonan bintang Akademi Fantasia (AF) serta pelakon remaja Malaysia sedang rancak dalam pembikinan dan akan berakhir tidak lama lagi.
Sebelum ini, Murai Batu hanya dengar Aril dan Akim saja yang terlibat dengan projek usahama antara Malaysia dan Indonesia ini. Rupa-rupanya ramai lagi terbabit seperti Mila, Ika Nabila, Raja Farah, Anita Baharom, Amar Anak Wayang, Chichi dan pelakon kegemaran Murai Batu, Azizah Mahzan.
Buat masa ini Murai Batu tidak mahu lagi sentuh tentang cerita drama itu tetapi mahu bergosip tentang cerita yang berlaku di luat set penggambaran. Amboi, dengar kata ada drama cinta juga telah berlaku yang lebih real dan realiti lagi.
Mulanya, Murai Batu dengar khabar pelakon Puteri Fateen semakin intim dengan pelakon kacak Farish. Menurut sumber, mereka berdua ini kerap dilihat keluar bersama dan ia telah menimbulkan desas-desus bahawa mereka sedang bercinta.
Bukan saja itu, Murai Batu dimaklumkan Mila kini semakin rapat dengan Aril. Hai, tak marahkan buah hati rahsia awak tu Aril? Tidak ketinggalan, Ika Nabila pula digosipkan sedang main perasaan dengan salah seorang pelakon Indonesia.
Tengah-tengah bershooting, kekasih Raja Farah pula membuat kunjungan mengejut ke Jakarta. Haa... buat spotcheck ke melepaskan rindu?
Dan dalam sibuk melayan cerita cinta pelakon Kau Dan Aku, tiba-tiba terdengar pula ada insiden panas yang melibatkan Azizah Mahzan dan seorang pelakon. Desas-desus heboh mengatakan berlaku insiden pergaduhan antara kedua pelakon itu. Hai betul ke Kak Zah? Mungkin tegur-tegur manja kot?
Tak apalah, bagi sesiapa nak tahu kisah selanjut mengenai drama berlagu yang dijangka mendapat sambutan hangat ini, anda juga boleh ke laman Facebook Kau dan Aku. |
|
|
|
|
|
|
|
ada nari2 gak laa kan.... |
|
|
|
|
|
|
|
bestnya, sungguh colourful! |
|
|
|
|
|
|
|
Tk sabar nk tgk drama "kau dan aku" ni. ![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
macam best jer......1st episod mst tgk nih... |
|
|
|
|
|
|
|
KAU & AKU [Setiap Sabtu, 10mlm, ASTRO RIA][Mulai 24 Oktober ini]
Post Last Edit by jac_diehard_fan at 20-10-2009 23:50
KUALA LUMPUR, 15 OKTOBER 2009: Bermula Sabtu, 24 Oktober 2009, drama bersiri terbaru yang paling ditunggu-tunggu, Kau & Aku akan ke udara di Astro Ria. Drama yang dilakonkan oleh ramai artis popular terutama bintang Akademi Fantasia (AF) itu dijangka mencetuskan fenomena baru dalam dunia hiburan khususnya remaja.
Dramaitu dibintangi oleh Aril, Akim, Mila, Noni, Ika Nabila, Raja Farah,Azizah Mahzan, Riezman, Sherry Merlis, Sabrina Ali Khan, penyanyi NurulHuda Wahab, Puteri Fateen Nasuha, Anita Baharom serta bakat Astroseperti Farish, Zoey dan Amar.
Pengurus Saluran Astro RIA,Khairul Mizan Shagul, berkata inilah drama bersiri yang terbesarterbitan Astro yang dihasilkan untuk tatapan penonton setia Astroterutama sekali golongan remaja yang mengikuti program AF.
"Kami yakin Kau & Aku bakal menarik perhatian penontonapabila ia menampilkan ramai pelakon dan bintang AF. Selain lakonan,penonton juga boleh melihat aksi artis-artis ini menari dan menyanyipada setiap episod. Lebih menarik, terdapat 10 lagu terbaru untuk dramaini seperti Kau & Aku (Akim & Mila), Menatap Matamu (Aril) dan Jika Kau Berubah Fikiran (Mila)," katanya pada sidang media drama itu di sini, hari ini.
Sementara itu, Kau & Aku turut mengundang beberapa bintang AF yang lain seperti Hafiz, Stacy dan Dafi yang membuat penampilan istimewa.
Dramaini mengisahkan kehidupan dan cabaran anak remaja dalam mengejar impiandan cita-cita sekumpulan pelajar di Kolej Persembahan Seni Harmoni. Disinilah segala mimpi, cita-cita, bakat dan cinta bermula terutamanya diantara persahabatan Mila dan Akim yang memutikkan cinta remaja. Namunsegalanya tidak seindah yang disangka apabila munculnya watak-watakyang sentiasa dengki dan iri hati terhadap mereka.
Sumber murai.com.my |
|
|
|
|
|
|
| |
|