View: 2817|Reply: 15
|
keabadian masa dan hakikat takdir
[Copy link]
|
|
salam..
aku nak tanya kat sini sesapa yg dah baca buku Keabadian Masa dan Hakikat Takdir tulisan Harun Yahya. Amat menarik yg aku nak kongsikan dgn sume mcm mana org islam telah keluarkan rahsia alam semesta ni. aku nak lawan sikit dgn buku The Secret yg org kafir keluarkan.
kalau korg baca buku tu..penemuan zaman baru ni yg setelah manusia dah habis mengkaji otak manusia. harun yahya kata dunia ni hanya dlm otak kita.. sebenarnye dunia kita ni tidak wujud. jika korg belajar sains.. semuanya dtg daripada otak.. jika tangan korang memegang meja yg keras.. bukan tangan manusia yg merasa keras meja itu, tapi otak yg mentafsirkan meja itu keras. jika manusia melihat satu pokok, bukan mata kita yg melihat, tapi otak kita yg mentafsir pokok tu.. maknanya dunia kita hanya dlm 'otak'. Tapi bagaimana otak kita bole nampak? sedangkan otak kita gelap? otak kita cuma terdiri dari sel2 lemak dan protein? jadi bagaimana kita tahu pokok itu benar2 wujud diluar?
aku ingin melawan buku The Secret yg dikeluarkan org2 kafir.. yg mengatakan kita semua seperti Tuhan yg bole mewujudkan sesuatu di alam nyata jika kita benar2 fokus pada otak. The Secret kata alam kita terdiri dari tenaga. jika kita pegang tangan, tangan kita seolah2 wujud.. tapi semua benda terdiri dari atom, didalam atom ada cas negatif, positif dan nukleus yg menghasilkan tenaga..dan jika kita mendefinasikan tenaga? tiada apa-apa..
jika dunia kita tidak wujud.. alam apakah yg sebenar2nya wujud? akhirat? org2 kafir materialistik menolak falsafah org islam yg mengatakan dunia material ni benar2 wujud dgn mengambil sebijik batu dan menyepaknya lalu batu itu melantun.. itu menunjukkan batu itu benar2 wujud.. tapi org islam mengatakan lantunan batu itu sememangnya hukum alam yg Allah ciptakan dalam otak kita.. jika kita melihat sebuah bas yg cuba menghampiri kita dgn laju lalu kita mengelak.. adakah bas itu benar2 wujud? sedangkan bas itu juga kita tafsirkan melalui otak.. inilah dunia yg dikatakan takdir..
Org islam skrg byk yg terlalu sibuk dgn dunia material yg sebenarnya tidak wujud.... jika kita melalui sebatang jalan.. kita takkan tahu didepan sana kita akan melihat satu kemalangan.. kemalangan yg akan kita lihat hanya pd takdir Allah yg mahukan kita melihat.. kerana itu Allah berpesan jangan berhenti utk berpegang dan bergantung hanya pd Allah.. kerana yg sebenar2nya wujud hanyalah Allah.. |
|
|
|
|
|
|
|
soalnya adakah otak itu sendiri wujud atau ia pun satu ilusi juga... |
|
|
|
|
|
|
|
teringat descartes.. i think therefore i am.. |
|
|
|
|
|
|
|
bolehkah otak melihat dirinya sendiri? |
|
|
|
|
|
|
|
sebab tu soalan aku otak tu hanya seketul daging.. mcm mana seketul daging bole melihat satu alam semesta? mesti ada satu tenaga yg berkuasa kuat utk mewujudkan satu dunia |
|
|
|
|
|
|
|
Benda sekeliling kita ni tak ujud secara hakikat ujud secara dimana dimensi kita berada...katakan kita masuk dlm hutan kita nampak ada istana ( istana bunian) kita katakan yg istana tu hanya bayangan yg sebenarnya adalah hutan. tempatnya sama.. tapi kalau kita tanya org bunian dia keluar je istana dia nampak hutan.. yg dia pikir hutan tu hanya bayangan yg ujud adalah istana dia sebab dia leh pegang leh nampak istana dia... so... mana satu betul kite ke dia... tu baru 2 dimensi... yg kita tau la...dimensi2 makluk lain yg selari yg ada di sekeliling kita ..x diberitau n x der kaitan ngan kita ader brp? tah tah alien ada di sekeliling kita.. tapi dimensi lain.. |
|
|
|
|
|
|
|
teringat descartes.. i think therefore i am..
petola Post at 31-10-2009 10:49
dia jugak ke yang kata.... adakah gajah tu ada dekat aku? kalau ada bau, maka ada ler tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by cmf_WonBin at 31-10-2009 15:50
Software ..... Windows Vista tu tak wujud , mau pegang pon tak boleh, tapi kuasanya ada .... tetapi dalam tak jujud yang tidak wujud, tuhan tetap wujud ... tuhan menyaksikan kewujudannya melalui kekuasaan dan sifat-sifatnya ke atas makhluk .... kewujudan ini hanya lah relative. Sedangkan apa yang relative itu semuanya adalah ciptaan tuhan juga. Maka dengan itu tuhan itu adalah sedia wujud dan abadi ..... tiada masa untuk tuhan dan tiada ruang untuk tuhan.
Jika orang kafir itu tidak mempercayai tuhan, makan berikat jawapan bagaimana atom2 itu bergetar pada paksinya? Dari mana datangnya kuasa itu? Sedangkan orang kafir itulah yang juga yang memegang pada teori tenaga itu tidak boleh dimusnahkan atau dicipta. Ianya bertukar bentuk. |
|
|
|
|
|
|
|
menarik sungguh forum ni sampai aku pon tak terkata apa.{:3_84:} |
|
|
|
|
|
|
|
salam..
aku nak tanya kat sini sesapa yg dah baca buku Keabadian Masa dan Hakikat Takdir tulisan Harun Yahya. Amat menarik yg aku nak kongsikan dgn sume mcm mana org islam telah keluarkan rahsia al ...
orghijau Post at 31-10-2009 09:55
menarik topik nih...tolong kupas kan lagi pasai buku nih....aku mmg payah nk paham kalu masok pasai ni, tp aku mmg beminat nak tau...
mcm filem matrik tuh, aku mmg tak paham tp cerita tuh ado kaitan dgn ni....aku rasa sgt teruja pasai masa...aku tak paham dgn penyataan "masa sebenaqnya tak wujud"...keadaan dr nabi adam, atau seblom dr nabi adam smp ka hari ni, dan yg akan datang tuh sumanya belaku serentak, .. |
|
|
|
|
|
|
|
Dan bahwasanya Tuhan itu Maha Dekat kepada semua yang ada [maujud], dan kepada manusia pula Dia lebih hampir dari urat leher. [Surah 50 Qaf Ayat 16]
Jika kita bersolat.. bahagian solat yg paling penting ialah sujud.. ketika sujud kepala diwajibkan menyentuh permukaan dan cara sujud yg betul adalah paling utama.. ketika sujud, dah tentu otak kita memerlukan lebih darah utk dipam ke otak..dan ketika sujud pandangan kita gelap tidak melihat dunia didepan dan hanya mengingati Allah.. ini bermakna ketika sujudlah manusia paling hampir dgn Allah.. dan jika dilihat hikmah solat berjemaah seluruh manusia yg khusyuk bersolah akan fokus kepada "the source" lalu mewujudkan tenaga yg sangat kuat sehingga seolah2 semakin dekat dgn "the source of energy"..
manusia tidak ada kuasa memilih siapa ibu bapanya, rezeki kekayaan atau kemiskinan atau kebijaksaan aqal atau mengawal sesuatu perkara utk berlaku.. semuanya ketentuan dunia dalam 'otak' kita.. inilah dunia yg dinamakan takdir.. sekecil2 perkara yg berlaku didepan mata dimainkan Allah yg menciptakan dunia kita didalam 'otak' .. samada perkara itu baik atau buruk..
jika Allah mengatakan malaikat dan syaitan itu wujud dlm alam mereka sendiri.. apa yg dikatakanNya dah tentu benar.. kerana Allah yg mewujudkan satu2 makhluk itu dalam alam luar nyata.. kerana itu sesuatu yg 'wujud' adalah melalui kewujudan "the source of energy"..
kerana itu Allah berpesan iman itu bermakna dikala sesuatu yg baik dan buruk berlaku yg dipergantungkan hanya lah pada Allah.. inilah yg disebutkan sebagai "nikmat" kepada manusia2 yg beriman.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by orghijau at 1-11-2009 19:08
Pemerhatian secara umum ke atas haluan sejarah mendedahkan bahawa semua golongan anti-agama mengasaskan falsafah mereka kepada pemikiran materialisme. Sebagaimana yang telah diketahui, material golongan materialis menafikan fakta Penciptaan. Sebaliknya, mereka mempertahankan bahawa material telah wujud tanpa keterbatasan masa dan akan tetap kekal sebagai sebagai satu entity mutlak selama-lamanya. Dalam perkataan lain, mereka mendewakan material. Materialisme dengan itu ditakrifkan oleh sumber materialis;
Materialisme menerima keabadian dan kekekalan alam semesta (tanpa permulaan dan pengakhiran), iaitu tidak dicipta oleh Tuhan, dan adalah tidak terbatas di dalam masa dan ruang.
Sebab mengapa materialisme terlalu mendewakan material berpunca dari penafian mereka untuk mengakui kewujudan sang Pencipta. Sekiranya material tidak mutlak maka ia pasti mempunyai permulaan: sekiranya ia mempunyai permulaan bermaksud ia telah diwujudkan dari tiada, iaitu ia dicipta.
Tidak mengejutkan, kesepakatan yang dicapai oleh dunia sains di akhir abad ke 19 mengesahkan bahawa material bukanlah mutlak dan bahawasanya ia mempunyai permulaan; keseluruhan alam semesta berasal dari tiada dianggarkan 15 bilion tahun lalu melalui letupan sebuah titik dengan isipadu 'sifar' dan membentuk seperti yang ada sekarang dengan pengembangan sepanjang masa. Autentik fenomena ini yang dipanggil Big Bang, telah dibuktikan melalui beberapa pemerhatian yang kukuh dan eksperimen sepertimana juga pengiraan di dalam bidang fizik teori.
Hal terbaru yang diputuskan oleh sains hari ini mengesahkan fakta bahawa "alam semesta telah diciptakan dari tiada", seperti yang telah dikhabarkan di dalam Al-Qur'an dan semua agama-agama samawi. Sebagai tambahan, sains moden telah menolak materialisme dan menumpaskan mereka di dalam perjuangan yang mereka mulakan untuk menentang penciptaan.
Golongan materialis, akan tetapi, tidak dapat menerima kenyataan bahawa material adalah diciptakan dan tidak mutlak, betapa sekalipun bertentangan dengan sains. Untuk menerima fakta ini mereka harus menerima kewujudan Allah, dan untuk beriman dengan Allah mereka harus menganut agama dan hidup secara beragama. Suatu yang secara asas digesa oleh agama ialah untuk patuh dan tunduk kepada Allah, dan ini adalah menjadi kesukaran bagi sesetengah orang yang dibutakan oleh kejahilan mereka. Di dalam Al-Qur'an, keadaan orang yang melarikan diri darihakikat kebenaran disebabkan kejahilan mereka -sekalipun kebenaran terpampang jelas- diterangkan seperti berikut:
Dan mereka mengingkarinya kerana kezaliman dan kesombongan (mereka) padahal hari mereka meyakininya (kebenaran). Maka perhatikanlah betapa kesudahan orang yang berbuat kebinasaan. Surah An-Naml:14.
Petikan dari: Relativiti masa dan hakikat takdir |
|
|
|
|
|
|
|
Golongan materialis mempercayai bahawa masa sama seperti materi adalah mutlak: keduan-duanya wujud sejak azali dan akan kekal selama-lamanya. Kesetiaan terhadap anggapan yang salah ini, mereka cuba untuk menafikan takdir, hari kebangkitan, syurga dan neraka. Bagaimanapun, hari ini, sains moden telah membuktikan bahawa sama seperti materi, masa, yang timbul dari materi, juga telah diciptakan dari tiada, dan dengan itu ia juga mempunyai permulaan. Pada masa yang sama, masa adalah fahaman yang relatif, dan bukanlah static dan tidak berubah sebagaimana yang dipercayai sejak sekian lama oleh golongan materialis, dan bahawa ia adalah satu bentuk persepsi yang berubah juga telah dibuktikan di abad ini. Konsep relativiti masa dan ruang juga telah dibuktikan oleh Teori Relativiti Einstein dan fakta ini membentangkan asas fizik moden yang ada hari ini.
Untuk meringkaskannya, masa dan ruang adalah dua konsep yang bukan mutlak, yang mempunyai permulaan dan telah diciptakan oleh Allah dari tiada. Allah, yang mencipta masa dan ruang, sudah pasti tidak terikat dengannya. Allah menakrif, menentukan dan mencipta setiap ketika di dalam masa di dalam masa-sifar. Ini adalah yangmenjadi intipati hakikat 'takdir', yang gagal untuk difahami oleh golongan materialis.
Semua peristiwa-peristiwa yang telah dan yang akan dialami oleh kita, semuanya di dalam pengetahuan dan kekuasaan Allah, yang tidak terbelenggu oleh masa, dan yang mencipta masa dari tiada.
Hari ini, sains moden mengesahkan fakta yang telah dikhabarkan di dalam AL-Qur'an 1400 tahun lalu, yang amat diyakini oleh orang yang beriman. Ini menjadi saksi bahawa Al-Qur'an adalah kalam Allah. Di sudut lain, pemikiran materialis, yang menafikan kewujudan Allah dan fakta penciptaan untuk berabad lamanya, telah pun ditolak di dalam setiap pelbagai bidang sains, sebuah disiplin yang sentiasa menjadi rujukannya dan yang menjadi tempat perlindungannya. Di dalam buku ini, kita akan menghasilkan bukti-bukti untuk menunjukkan bahwa dakwaan golongan materialis sebenarnya tidak mempunyai sebarang asas saintifik dan logik, dan sebaliknya, materialisme secara total telah dimusnahkan oleh bidang sains kontemporari. Subjek-subjek yang dibentangkan disini mengendungi bukti-bukti yang sangat penting mengenai intipati kebendaan dan sifat relatif masa dan ruang. Oleh hal yang demikian, kamu akan menemui beberapa fakta yang tidak pernah kamu fikir selama ini, dan akan memahami bahawa intipati kebendaan sebenarnya adalah amat berbeza dari apa yang dikemukakan oleh materialisme atau apa yang kamu fikirkan sebelum ini. |
|
|
|
|
|
|
|
kompius aku org hijau oii..{:3_81:} |
|
|
|
|
|
|
|
http://www.harunyahya.com/matter2a.php
dari apa yg aku baca kat link tu...semuanya sebab otak...jadi memang tak wujud la istilah orang buta atau pekak...selagi otak berfungsi..so betul la kes org minum satu tong racun pun tak mati..set je otak |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Nazrulism at 4-11-2009 22:31
13# orghijau
Bagaimana pula dengan fahaman 'materi diwujudkan oleh Allah'? |
|
|
|
|
|
|
| |
|