CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8516|Reply: 20

Saat roh ditarik dari badan

[Copy link]
Post time 2-11-2009 05:08 PM | Show all posts |Read mode
Betul ke roh kita semua ditarik melalui kepala? Lepas tu roh tu disimpan dimana?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2009 05:12 PM | Show all posts
wallahualam..

tuh semua luar keje kite...Allah je yg tau..
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2009 05:23 PM | Show all posts
Betul ke roh kita semua ditarik melalui kepala? Lepas tu roh tu disimpan dimana?
slug Post at 2-11-2009 17:08


Sekadar berkongsi... baca artikel ni... maybe bole jawab 2 soklan slug..

Baginda Rasullullah s.a.w. bersabda: “Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”

Sambung Rasullullah s.a.w.. lagi: “Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S.”

Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah s.w.t. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:

”Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah s.w.t.” Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah s.w.t. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain.”

Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah s.w.t. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu.

Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan.”

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:

”Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu.”

Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir.”

Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah.”

Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah s.w.t. Kemudian Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu.” Sebaik saja mendapat perintah Allah s.w.t. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah s.w.t.

Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: “Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.”

Telah bersabda Rasullullah s.a.w.: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.


Wallahu 'alam
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2009 10:52 PM | Show all posts
Sekadar berkongsi... baca artikel ni... maybe bole jawab 2 soklan slug..



Wallahu 'alam
ana_una Post at 2-11-2009 17:23


bolah tahu dari mana dapat riwayat yang panjang tu?
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2009 11:00 PM | Show all posts
tadi saya baru baca bab nyawa ditarik oleh malaikat maut ni..dlm surah as sajadah kalau tak silap...nanti lah saya catat kat sini
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2009 08:22 AM | Show all posts
4# ibnur

kopi pes dari sini jer mod...

http://www.tranungkite.net/teladan/teladan286.htm
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-11-2009 08:38 AM | Show all posts
ok as promised, dlm surah as sajadah ada cerita bab malaikat maut ni nama nya izrael..teringat lagu selimut putih bila izrael datang memanggil....suatu msa dulu lagu ni diharamkan kerana org takut mendengarnya..he he takut pun kena haram now dh halal...

malaikat maut ni mempunyai banyak pembantu, para pembantu malaikat maut ni mencabut roh dari seluruh bahagian anggota manusia, sehinggalah ruh sudah sampai ke tenggorok manusia, barulah malaikat maut sendiri yg mencabutnya.

mujahid berkata di bumi ini sentiasa di penuhi dgn pembantu malaikat maut ni, bg mereka bumi ni umpama bak kecik ( tak tau benda apa ni istilah indon) yg mampu di jelajahi bila2 masa pun.

agaknya berlegar2 je kat bumi ni cari mangsa....next..next..next..whose next?
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2009 10:07 AM | Show all posts
takutnya..... insaf dgn keadaan sekeliling!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-11-2009 11:37 AM | Show all posts
http://www.tranungkite.net/teladan/teladan286.htm
Ok baru je baca ni tapi tak faham sebab:
Petikan atas cakap:
Roh rasa sakit bila kita tanggalkan baju, mandi dan gosok badan dia. Maknanya roh masih dapat rasa apa jadi kat jasad walaupun jasad dah tak ada roh. Macam mana roh boleh rasa kalau dah tak ada dalam jasad?

Petikan bawah pula cakap:
Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat"
Yang ni pula terangkan yang roh terus menuju ke tujuh tempat. Adakah bermaksud yang roh tak ada kena mengena dengan jasad lepas ditarik roh?
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2009 12:00 PM | Show all posts
takut dan bertambah insaf bila baca bab saat kematian...terasa sangat ilmu agama masih kurang...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2009 12:08 PM | Show all posts
9# slug

Yang saya faham macam ni....

Semasa masih hidup, jiwa atau ruh kita juga boleh berasa 'sakit' bila jasad kita sakit. Sebab tu juga secara fitrah, kita akan jaga jasad kita dari sebarang kesakitan. Ruh atau jiwa yang 'sakit' boleh menyebabkan jasad pun sakit, macam depression, tension, dan sebagainya.

Apabila ruh keluar dari jasad (bila dah mati), ruh masih boleh merasakan 'kesakitan rohani'. Apatah lagi bagi ruh (jiwa) yang selalu menjaga jasadnya, bila jasad kita disakiti ruh pun berasa 'sakit' walaupun ia telah keluar dari jasad. Kesakitan jasad sudah tiada, tetapi kesakitan ruh boleh dirasai.

Sebab tu dalam Alam Barzakh, ruh boleh menerima nikmat atau azab, sedangkan jasad kita (mati) 'ditidurkan' sehingga dibangunkan semula di Hari Kebangkitan.

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2009 06:36 PM | Show all posts
wallahu walam...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2009 09:07 PM | Show all posts
4# ibnur

kopi pes dari sini jer mod...

http://www.tranungkite.net/teladan/teladan286.htm
ana_una Post at 3-11-2009 08:22


huh!!  kitab hadith riwayat tranungkite?  takkan tak ada disebut kitab rujukannya?
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2009 10:40 PM | Show all posts
2 minggu lepas pensyarah saya kata roh dinaikkan kelangit selepas di kapankan....tapi dia blh lihat dan dgr segala proses pengkebumiannya semua tu..blh lihat anak isteri or kawan2 yg datang ziarah...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2009 11:49 PM | Show all posts
14# sunsuria3

tapi dia blh lihat dan dgr segala proses pengkebumiannya semua tu..blh lihat anak isteri or kawan2 yg datang ziarah...


mcm mana pensyarah tu tau?dia pernah jadik roh ke
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2009 09:29 AM | Show all posts
Post Last Edit by ana_una at 4-11-2009 09:30
huh!!  kitab hadith riwayat tranungkite?  takkan tak ada disebut kitab rujukannya?
ibnur Post at 3-11-2009 21:07


Ini yg saya jumpa.. cuma nak berkongsi.. kalo salah.. perbetulkanlah..
nama pun forum.. tempat perbincangan.. saya tak tau samada ia dari hadis hassan sohih atau idak..
riwayat pun tak tau..

Maaf...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2009 09:32 AM | Show all posts
rasa mmg tak salah berkongsi ilmu yg benar kann...

tp kat sini dorang nih selalunya nak  ada detail info, hadis yg sohih dsb sbb takut hadis palsu kot!!!
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2009 09:45 AM | Show all posts
tape...
sy blajar dari kesilapan dan kesalahan...
benar apa yg mod tanyakan tu..
patutnya periksa asal usul artikel..
jangan pakai ambik jer..
maafkan sy...
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2009 10:03 AM | Show all posts
18# ana_una
Maaf diterima.
Tak pe , jgn serik utk berkongsi lagik....
yg ada dalil sahih, mutawatir lagi baik.
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2009 10:27 AM | Show all posts
pensyarah tu lepasan U dari Jordan..bidang dia pun pelbagai..ada phd dan sekarang ajar kami usuludin...i am sure ilmu dia pun banyak...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 06:55 AM GMT+8 , Processed in 0.115894 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list