CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4898|Reply: 16

BLOGGER BOY 2 [Setiap Khamis, 9.30 mlm, 8TV]

[Copy link]
Post time 10-11-2009 12:17 PM | Show all posts |Read mode
terdengar kat hot.fm tadi..
katanya musim baru akan bersiaran
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-11-2009 11:15 AM | Show all posts
Qi, Julie Woon dan Nas T Dalam Blogger Boy Musim Ke-2 di 8TV

Jom kita intai rahsia si-Budak KL



BLOGGER BOY kini kembali di kaca televisyen untuk musim ke-2! Musim terbaru drama ini kembali dengan jalan cerita yang lebih menarik dan penuh dengan elemen kejutan.

BLOGGER BOY musim ke 2 akan menemui penonton semua bermula 12 November 2009 setiap Khamis jam 9.30 malam dengan 20 episod yang cukup sensasi. Siri ini bakal menyaksikan Qi (Budiey), Julie Woon (Nina) dan Nas-T (Kid) bersatu kembali untuk menjayakan drama bersiri ini.

    “Ini merupakan sebuah lagi drama bersiri yang cukup hebat dan tampil segar dengan konsep yang cukup menarik dan unik. BLOGGER BOY lengkap dengan elemen drama, komedi, cinta dan suspens akan ditayangkan secara eksklusif di 8TV. Khas buat peminat setia BLOGGER BOY, jangan ketinggalan untuk menonton siri kegemaran ramai ini!” komen Lam Swee Kim, Pengurus Besar 8TV.

    “Drama bersiri ini lengkap dengan jalan cerita yang menarik yang akan membuat anda semua tidak sabar-sabar untuk menantikan kesudahan drama ini,” tambah Kim lagi.

Musim ke-2 BLOGGER BOY membuka tirai dengan kisah perhubungan Budiey dan Nina. Budiey ternyata cukup kecewa apabila Nina tiba-tiba menghilangkan diri dan meninggalkannya pada episod terakhir musim pertama drama ini.

Budiey juga telah berhenti daripada menulis di dalam ‘blog komik’ beliau dan telah mengecewakan ramai pengikut blog itu. Kid pula berusaha sedaya upaya untuk membantu Budiey melupakan kesedihan yang menimpa dirinya dan kembali ceria.

Kedua-dua jejaka ini dalam misi mencari penyewa untuk meringankan kewangan masing-masing dan akhirnya menyedari tidak mudah untuk mencari penyewa atau rakan serumah di Kuala Lumpur. Setiap kali mereka mendapat penyewa baru, setiap kali itulah masalah mula timbul.

Sementara itu, Maya (Cheryl Samad) gadis pilihan ibu Budiey mula bertapak di hati beliau. Perhubungan mereka berdua mula rapat apabila mereka banyak meluangkan masa bersama-sama.

Budiey kembali menulis di ‘komik-blog’ beliau dan mula mencurahkan isi hatinya di dalam blog peribadi beliau kerana tidak berani meluahkan perasaannya kepada Maya. Budiey juga mempunyai seorang peminat wanita yang sentiasa mengikuti perkembangan blog beliau dan peminat misteri itu dalam diam-diam menaruh hati terhadap Budiey.

Dua wanita yang pernah hadir dalam hidup Budiey; Nina dan Zehan tiba-tiba muncul. Kedua-dua mereka kecewa dengan perhubungan masing-masing. Siapakah yang bakal memenangi hati Budiey? Bagaimana pula perhubungan Budiey dengan Maya?

Jika anda ingin mengetahui siapakah yang bakal menjadi pilihan hati Budiey, saksikan musim ke-2 BLOGGER BOY eksklusif di saluran hip 8TV. BLOGGER BOY  akan menemui penonton semua bermula 12 November 2009, setiap Khamis jam 9.30 malam.

BLOGGER BOY  merupakan hasil ciptaan Lina Tan, Rafidah Abdullah dan Bernard Chauly daripada Red Communications. Mereka juga merupakan Penerbit, Penulis dan pengarah untuk drama bersiri popular ini.

8TV juga boleh ditonton menerusi saluran 708 Astro. Kini, anda juga boleh menonton rancangan-rancangan 8TV kegemaran anda menerusi telefon bimbit anda di mobile.8tv.com.my. Selamat menonton!
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2009 01:08 PM | Show all posts
hot stuff gak budak Budi ni..kekekek...
tp kalo tgk iklan...Budi ni dah xde kumis... mcm pelik dh...
btw, mmg best blogger boy
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2009 10:44 AM | Show all posts
aku tgk cite nie smlm ok gak die dah jumpe ngan maya 2...maya jd nurse..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2009 03:58 PM | Show all posts
die nmpak laen sikit la..
mcm makin tua n gemuk sikit..
lam field trip usa tu cam ok..
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2009 08:43 PM | Show all posts
hopefully budi couple ngan nina smula....x suka klu budi ngan maya. nk budi ngan nina gak!!!so sweet....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-12-2009 10:24 PM | Show all posts
ok per ngn maya...Cheryl Samad ada dlm ni,tu yg wat aku nk tngk cite ni....
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2009 12:58 AM | Show all posts
ok per ngn maya...Cheryl Samad ada dlm ni,tu yg wat aku nk tngk cite ni....
seroja_luvU Post at 4-12-2009 22:24


budi dh kapel ngan maya pn.sian nina, blk terus nk g jpe budi, sekali budi dh declare ngan maya....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2009 05:05 PM | Show all posts
aku suke citer nih..sempoi jer
scene bawak budak skema menyamar jadi bf cheryl tuh lawak sioot..
comei jer budi tu memarah
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2009 11:30 AM | Show all posts
aku pn suke tgk cite nie...so far dr season 1 tak pernah miss lagi...nina tu hot btl lah kan...
budi of course lah always hot...tp mmg season 2 nie budi nampak chubby skit...
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2009 10:43 AM | Show all posts
bkn budi je chubby...ngan kid skali nmpk...chubby + pakaian makin sopan gi2..
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2009 02:49 PM | Show all posts
suke tgk cite nih...
n suke ble budi ngn maya...
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2010 04:01 PM | Show all posts
tengah hari  tadi aku tertengok cite ni ....
tak tahu la season berapa ....

tadi kat komik yg budi lukis tu cam menggambarkan yg dia suka kat kid ...
siap ada love2 lagi ....
since aku pun tengok tak concentrate so nak tanya ... betul ke ni???
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2010 04:23 PM | Show all posts
aku tgk cite ni lompat2 aa...kejap tgk, kjp x.... nk folo bto2 tp sek miss jek.
eh nk tny la...
nape nina tgglkn budi dlu? die g mne?
cane budi leh knl maya? aku ske cheryl samad blakon
sape zehan tu? spe jd zehan?
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2010 10:00 AM | Show all posts
14# babyorange



Zehan 2..x-gf budi. nina gf dia...maya plk...gf yg mak budi crkn. Nina tgglkn budi g australia sbb nk baik balik ngan tunang dia kat sana.
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2010 12:22 PM | Show all posts
citer blogger boy yg ari ahad 11.30-12.30 tuh...........part 1.  Part 2 hari khamis tuh the new episodes ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-1-2010 12:40 PM | Show all posts
16# alyssasarah ha'ah, yg ari khamis tu new episodes..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 12:51 AM GMT+8 , Processed in 0.100811 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list