View: 2633|Reply: 14
|
Sape tau ustadz yg boleh mengubati ...
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by kabintang at 12-11-2009 14:25
Saya nak minta tolong sesape yg ade mengenali ustadz yg boleh mengubati 2 insan yg tak boleh bersua muka nih. 2 insan ini adalah anak lelaki & ayah. Si ayah tak boleh nak berbaik dgn si anak, kalo berbaik pun sementara, si ayah akan mencari-cari hal nak bertelingkah dgn si anak. Si anak biasalah org bujang, selalu keluar malam pergi jumpa kawan-kawan. Si ayah masih nak mengongkong si anak walaupun si anak dah besar panjang. Kalau anak di rumah pun selalu juga mencari kesalahan si anak. Dalam elok berbual kdg2, si ayah tiba2 naik angin mengungkit kisah silam si anak yg malas belajar, yg mempermainkan pelajaran. Itu perkara dah lama. Anak dah besar panjang nak pukul2 lagi. Si ibu pernah pergi jumpa seseorang untuk mengubati si anak pada satu waktu dulu, dan di katakan si anak ada saka dari sebelah ayah. Bila di ajukan pada si ayah, tp si ayah tidak mengaku saka dia tetapi terang2an memang sebelah si ayah ada saka walaupun saka itu tidak di ambil. Kalo di lihat dari perlakuan si ayah memang ada serba sedikit saka itu, contoh nya, baran, tak boleh tengok muka anak nya ... dan beberapa ciri-ciri lagi. Sudah selalu si ayah menghalau si anak. Dari umur seawal 12 tahun si anak sudah di halau dari rumah. Pernah bermalam di luar rumah gara2 si anak membuat hal yg kecil. Tapi syukurlah kerana walau apa yg si ayah lakukan si anak tidak terlibat dgn perkara yg kurang sihat. Tabiat nya suka pergi memancing dan pergi minum2 di kedai kopi. Jadi sebelum si anak terjebak ke jln yg tak sihat ingin lah di perbaiki hubungan 2 insan ini. Adakah kerana saka itu, ego masing2 ataupun salah didikan atau kurangnya kasih sayang. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau awk org jb, sy boleh syorkan sorg ustaz ni |
|
|
|
|
|
|
|
3# fuzzlee_4207
Ya. Darul Syifa'.. |
|
|
|
|
|
|
|
hmmm....secara am nye, camne ye nak tau seseorang tu ada saka ke tak? |
|
|
|
|
|
|
|
baru semalam dengar ustaz Halim Zakaria pengamal perubatan Islam ceramah dia kata sebenarnya takde saka dalam dunia nih... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau awk org jb, sy boleh syorkan sorg ustaz ni
JulietTheOrange Post at 12-11-2009 14:25
tq juliet ... saya kat KL ... |
|
|
|
|
|
|
|
Darul Shifak harun din
fuzzlee_4207 Post at 12-11-2009 14:27
saya memang tau darul shifa nih ... tapi kalo nak pergi dia kene tunggu lama ... org terlampau ramai ... |
|
|
|
|
|
|
|
hmmm....secara am nye, camne ye nak tau seseorang tu ada saka ke tak?
sunquick Post at 12-11-2009 14:49
yg ade saka itu ... kuat cemburu, suka bergaduh, baran, dgn adik beradik tak ngam ... keras kepala ... selalu nyer kita tak tau yg dlm badan kita ni ada saka ... itu semua keje atok nenek moyang kita .. dulu2 menuntut berbagai ilmu ... wallahualam ... |
|
|
|
|
|
|
|
baru semalam dengar ustaz Halim Zakaria pengamal perubatan Islam ceramah dia kata sebenarnya takde saka dalam dunia nih...
zamnie Post at 12-11-2009 15:10
ustadz Halim kat maner ... rasa cam penah dengar ... anak kakak ipar saya ada berubat dgn satu ustadz di Bt. Caves, tp saya tak ingat nama dia ... ustadz yg selalu keluar TV kata kakak ipar saya ...
anak kakak ipar saya punya penyakit pun teruk jugak ...
selama hari ni saya tak pernah percaya cerita-cerita mengenai makhlus halus nih .. tp semenjak saya dengar si anak kakak ipar ni kene, serba sedikit saya akui keujudan bende2 cam nih ... nak dengar cerita ...
Ina (bukan nama sebenar) seorang yg baik, sopan santun, lemah lembut, ade pengetahuan agam yg kuat, akhlak terjaga dari segi sembahyang, aurat nya. Bersekolah di sekolah agama, habis SPM terus melanjutkan pelajaran ke Kaherah ... Ada rupa ... Ina kene bende ni dari tingkatan 4 lagi. Bila bende tu datang, dia tak boleh bangun, seperti di himpit, kaki dia seperti di tarik2. Dia nampak bende tu, sentiasa ade di sekeliling dia ... kadang2 ayah dia (seorang imam) terpaksa memanggil beberapa org ustadz untuk sama2 melawan bende tersebut. Bende ni memang kuat la ... di bacakan ape pun tak jalan, bende tu macam berkomunikasi dgn si Ina. Si Ina ni tak boleh orang lelaki ada hati dgn dia. Bende tu kuat cemburu nya ... kalau ade yg bertanya dkt emak dia maka siaplah dia nanti di kerjakan oleh bende tu, di himpit, selalu menganggu ... time nak periksa pun selalu bende tu dtg ... tp Ina ni semangat dia kuat, kalo bende tu dtg masa tgh mlm, dia tidur kat tingkat atas, dia segera tipon ayah dia ... ayah dia pun cepat2 naik tgk dia ... yg terbaru hari tu dia berubat dgn seorang ustadz yg kuar kat TV tu ... mungkin dah ade kurang kut ... sbb nyer di adah bertunang dgn seorang imam muda ... dari apa yg saya tahu kakak ipar bg tau, ade saka dari sebelah nenek dorang yg menganggu tu ... beberapa tahun yg lepas nenek tu meninggal, mungkin tuan nya dah tak dek kut ... sukar untuk di percayai tp itu lah hakikatnyer ... |
|
|
|
|
|
|
|
1. mengenai saka...
ni yang diberitahu oleh seorang ustaz, wallahuallam kebenarannya..
saka adalah satu ilmu yang didapati dari makhluk lain (bukan manusia) - selalunya jin... untuk apa2 tujuan... di indonesia, ramai kiai2 dahulu kala menggunakan khidmat saka untuk menjadi kuat (tak tidur malam) untuk beramal (qiaimullai), di malaysia, orang2 tua kita dahulu menggunakan khidmat saka untuk tujuan2 kuat, kebal (masa tu kena lawan jepun, british ect ect ect). Selalunya saka adalah pertolongan yang diberi oleh jin dengan syarat manusia tersebut mestilah menjadi tuannya sepanjang tempuh hayat jin tersebut (selalunya jin 500 tahun - manusia 70 tahun) dan syarat yang dipersetujui adalah jika manusia itu meninggal, warisnya akan menjaga saka tersebut.. dan janji lain yang dituntut adalah darah (maknanya waris tu kena mati untuk menamatkan saka)...bayangkan kalau jin tu nak hidup 500 tahun, berapa keturunan dia nak kacau...
INGAT sebagai Hamba Allah, Kita wajib meminta pertolongan dari ALLAH bukan makhluk lain walaupun jin islam.
Saka melalui waris sebenarya tidak timbul. Atuk nenek moyang kita dulu mati membawa amal dan perbuatannya. Itu semua adalah permainan syaitan yang mahu memperdaya manusia... Jika kita menjaga hubungan kita dengan Allah, Allah akan menjaga kita. Jika tidak syaitan akan mengambil tempat.
Jika ada nenek moyang kita yang terlibat, sebagai cucu cicit, doalah pada Allah untuk keampunan mereka dan sedekahkan fatihah.
2. Tempat berubat.
Harun Din mempunyai banyak cawangan, bole buka website dan cari cawangan terdekat di tempat anda.
3. Sifat Baran
Sifat baran adalah kelemahan iman, kurang bersabar dalam menangani sesuatu isu hingga naik angin, mungkin orang baran atau cepat marah tidak menyedarinya.
Kita yang nampak, selalulah berdoa kepada Allah supaya mereka dikurniakan hati yang bersih, iman yang benar, dan sabar yang tinggi. Besok pagi jumaat, lepas azan subuh, buatlah solat sunat 2 rakaat, setelah selesai solat sunat, bacalah fatihah 41kali, (15 minit jer) sedekahkan pada bapa dan anak, dan doakan supaya hati mereka dibajai dengan kasih sayang. kemudian buatlah solat fardhu seperti biasa.
4. ANak
ramai remaja kita - jiwa mereka kosong - walaupun mereka tidak terjebak dalam hal2 tidak elok, jiwa mereka tiada hala tuju (hala tuju kita adalah akhirat dan bila kita sedar, kita akan buat semua benda untuk dapat keredaan Allah - untuk akhirat).
terima kasih. |
|
|
|
|
|
|
|
"Sebaik2 Jin adalah sejahat2 manusia"..........
Apapun makhlus halus mmg wujud dan tergolong dalam benda2 ghaib.. |
|
|
|
|
|
|
|
1. mengenai saka...
ni yang diberitahu oleh seorang ustaz, wallahuallam kebenarannya..
saka adalah satu ilmu yang didapati dari makhluk lain (bukan manusia) - selalunya jin... untuk apa2 tujuan. ...
hazel23 Post at 12-11-2009 16:21
Betul tu..Tepat sekali.. |
|
|
|
|
|
|
|
10# kabintang
siti (bukan nama sebenar) diberitahu bahawa nenek moyang nya juga mempunyai saka harimau, dan saka ini akan mencari waris perempuan..
siti tidak pernah menuntut apa2 ilmu pendinding, kepercayaannya adalah kpd Allah, pernah cuba diperdaya, dengan diberitahu bahawa saka ini suka kepada nya, tetapi tidak dapat memasuki badan siti kerana siti menjaga solatnya, walaupun ada ketika bila siti kepenatan, tidur berdengkur ada yang megatakan dengkurnya seperti harimau mengaum.
Jika dilihat pada raut wajahnya, terutama bila senyum, manisnya seperti harimau tersenyum, lenggok jalannya seperti harimau berlenggok..
satu hari, sepupunya terkena histeria, dan datang kepada siti, dan berkata "aku mau darah kau", bila ditanya kenapa "hingga kini aku tidak bertuan, jika tiada yang hendak aku, aku mahu tuntut janji darah keturunannya"...
dan siti berkata "aku tidak mampu menjadi tuan kau, kenapa kau nak jadi hambaku, bukankah kita semua hamba Allah?" tatkala mendengar nama Allah, ia mengaum dan berundur, dan siti berkata lagi "aku adalah hamba Allah dan umat Nabi Muhammad SAW, keluarlah kau dari badan sepupuku kerana ia juga hamba Allah dan Nabi Muhammad SAW, bukankah kau diperintahkah sujud kepada Nabi Adam?, aku minta dengan baik, keluar dari badan sepupuku dan kembali ke tempat asalmu" selepas itu sepupunya rebah dan sedar semula.
Sehingga hari ini, tiada lagi adik beradik atau sepupunya diganggu oleh makhluk Allah yang dipanggil SAKA ini.
Kami lebih percaya benda yang menyerupai harimau itu adalah Syaitan yang cuba memperdaya kita yang sering percaya kepada benda2 saka ini.
sila lihat Ayat Al-Quran Surah Al-Israa -
Ayat 64. Dan hasunglah siapa yang kamu sanggupi di antara mereka dengan
ajakanmu,
dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukanmu yang
berjalan kaki dan berserikatlah dengan mereka pada harta dan anak-anak
dan
beri janjilah mereka. Dan tidak ada yang dijanjikan oleh syaitan kepada
mereka melainkan tipuan belaka [861].
[861] Maksud ayat ini ialah Allah memberi kesempatan kepada iblis untuk
menyesatkan manusia dengan segala kemampuan yang ada padanya. Tetapi
segala tipu daya syaitan itu tidak akan mampu menghadapi orang-orang
yang benar-benar beriman.
ayat 70
Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut
mereka di daratan dan di lautan [862], Kami beri mereka rezki dari yang baik-baik
dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan
makhluk yang telah Kami ciptakan.
Surah ini pernah disuruh seorang ustaz untuk saya zikir 1000x,
amat berat untuk saya hafal, semoga dapat dimanafaatkan. |
|
|
|
|
|
|
|
dulu saya ada satu penyakit yg ditrace oleh doktor...dah penah tulis kat thread pasal darah haid ke hari tu..blh refer kat situ..lama berulang alik ke hospital..sampai dr pun putus asa...bila jumpa ust kata ada saka gitu gak kejap baik kejap dia dtg blk..lastly one good fren yg kenal kat internet yg tak penah bersua muka..suruh saya amalkan zikir mathurat dan diikuti yassin..alhamdulillah..pegi dah benda tu..semua tu kan makhluk allah juga kita serahkan pd allah kembali..
as a mother pun kita boleh rasa something wrong dgn anak2 kita...ada apa dia panggil mother's instinct...bila anak sulung saya kena sihir..saya tanya dia dah tinggalkan zikir mathurat ke? kalau selalu amalkan tukang sihir pun tak berani nak kenakan sihir pada si pengamal..sb dlm zikir mathurat ni ada ayat2 dari surah al baqarah dlm kitab tafsir ibnu katsir ada hadith sesapa yg mengamalkannya bukan sahaja syaitan tak masuk rumah..tukang sihir pun tak berani nak menyihirkan si pengamal..
kalau betul ada benda2 tu putarkan lah cd ruqyah? blh download kat internet ni..saya penah baca kisah seorang perempuan muda yg kahwin dgn lelaki tua..bila dia mula mengaji dan bukakan cd rugyah ni dia dah mula nampak kekeurangan suaminya..last2 jadi geli dah nak 'bersama' dan suaminya ada amalkan amalan pelik2 katanya..semua ni dia baru perasan aja..so penting amalan mesti mantap.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|