CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25003|Reply: 173

Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH2009)

[Copy link]
Post time 23-11-2009 10:38 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Syd at 23-11-2009 10:41

Dengarnya...: Hantar senarai pencalonan awal ABPBH2009   
Oleh Normah Becok

KAWAN seperjuangan Cik Normah dah semakin sibuk. Bukan sibuk nak sambut Aidiladha yang jatuh pada Jumaat ini tetapi sibuk dengan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPBH2009) bagi edisi ke-23.Walaupun majlis anugerahnya pada April tahun depan, tetapi seperti biasa senarai pencalonan awal bakal disiarkan pada minggu pertama bulan Disember.

Mengikut kata Zainuri Misfar atau lebih dikenali dengan panggilan Abang Z, seperti tahun lalu, tidak ada perubahan dalam ABPBH2009 kerana masih mengekalkan 16 kategori iaitu Penyanyi Lelaki,Penyanyi Wanita, Pelakon Filem Lelaki Popular, Pelakon Filem Filem Popular, Pelakon TV Lelaki Popular dan Pelakon Wanita TV Popular serta Penyanyi Berkumpulan/Duet Popular.

Kategori lain ialah Penyampai Radio Lelaki, Penyampai Radio Wanita, Pengacara TV Lelaki dan Pengacara TV Wanita, Artis Baru Lelaki, Artis Baru Wanita, Artis Komedi Lelaki dan Artis Komedi Wanita dan satu kategori terunggul iaitu Bintang Paling Popular.

Bagi kategori Penyampai Radio dan pengacara TV, pencalonan akan dilakukan oleh pengurusan stesen radio dan TV yang berkaitan. Ia adalah untuk radio yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara utamanya.

"Begitu juga dengan pengacara TV yang pencalonannya hanya untuk program yang diterbitkan dalam bahasa kebangsaan," kata Abang Z lagi yang Cik Normah lihat masih datang pejabat untuk menguruskan senarai pencalonan awal walaupun sedang bercuti.

Sementara pelakon filem dibuat berdasarkan filem yang menggunakan bahasa kebangsaan dan ditayangkan bagi tempoh Januari 2009 hingga Disember 2009.

Terdapat sedikit perubahan pada syarat dan peraturan bagi calon untuk kategori Penyanyi Lelaki dan Wanita & Kumpulan/Duet. Mana-mana penyanyi atau kumpulan yang mempunyai album penuh dan sudah dipasarkan bagi tempoh Januari 2009 hingga Disember 2009 layak dicalonkan secara automatik.

Bagi penyanyi yang tidak mengeluarkan album penuh, pada tahun ini, penganjur memutuskan calon mestilah mempunyai sekurang-kurangnya satu single ciptaan terbaru dalam bahasa Melayu sepenuhnya atau sekurang-kurangnya 80 peratus dalam Bahasa Melayu dan pernah atau sudah disiarkan oleh mana-mana televisyen dan stesen radio tempatan sepanjang tempoh 12 bulan ini.

Penganjur akan mendapat kerjasama stesen televisyen dan radio negara untuk mengesahkan maklumat bahawa calon pernah menghasilkan single dan diperakui pernah disiarkan oleh mana-mana stesen radio terbabit.

Pencalonan juga dibuat berdasarkan kepada penyanyi atau kumpulan yang pernah membuat album dalam tempoh 12 bulan daripada tempoh yang ditetapkan penganjur. Setiap album mengandungi sekurang-kurangnya satu lagu ciptaan baru.

Calon bukan warga negara Malaysia boleh dicalonkan dengan syarat lagu atau single adalah ciptaan komposer, pemuzik dan penulis seni katanya adalah rakyat Malaysia. Selain itu, album diterbitkan sepenuhnya di Malaysia dan menggunakan pemuzik, komposer dan penulis tempatan rakyat Malaysia.

Pelakon, pengacara TV, penyanyi, kumpulan muzik dan kumpulan nasyid yang memenuhi kriteria ditetapkan oleh penganjur boleh menghantar pencalonan diri dengan e-melkan kepada [email][email protected][/email], [email protected] atau [email][email protected][/email]. Pertanyaan lanjut mengenai syarat dan peraturan ABPBH2009 juga boleh dikemukakan menerusi e-mel itu.

Maaflah la ya.. kalau Cik Normah hari ini bunyi macam serius saja. Maklumlah nak cakap mengenai pencalonan mana boleh main-main. Oklah... bagi mana-mana artis yang layak tu hantarlah pencalonan. Jangan malu, jangan segan. Kalau rasa layak datanglah ke majlis sidang akhbar pada 2 Disember ini pada satu tempat yang akan dimaklumkan kelak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2009 10:46 AM | Show all posts
Sitii...Sitii..Sitiii....
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2009 11:43 AM | Show all posts
Tahun nie nabil lg ke menang???
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2009 12:01 PM | Show all posts
x mau nabil.. org lain pulak la..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2009 12:20 PM | Show all posts
Siti kot yg akan  menang
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2009 12:57 PM | Show all posts
ct2!!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2009 02:01 PM | Show all posts
Siti Nurhaliza..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2009 04:27 PM | Show all posts
bintang plg fopuler aq tak tau.

tp yg pasti bintang Nur Kasih pasti akn menang.

Pelakon TV Lelaki Plg Populer : Fizz Fairuz
Pelakon TV Wanita Plg Popular : Tizz Zaqyah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2009 03:04 PM | Show all posts
Stacy boleh?? hehehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2009 03:05 PM | Show all posts
artis baru lelaki popular ni susah sikit...

antara...

akim...aril....hafiz...???...dan...???

hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2009 03:21 PM | Show all posts
Stacy boleh?? hehehehe...
virgonz Post at 24-11-2009 15:04


kannn...
agak2 stacy boleh tak kalahkan tok ti...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2009 04:03 PM | Show all posts
kannn...
agak2 stacy boleh tak kalahkan tok ti...
alyaalexa Post at 24-11-2009 15:21


bukan kalahkan.... tp ganti tempat... hehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2009 04:09 PM | Show all posts
bukan kalahkan.... tp ganti tempat... hehehe...
virgonz Post at 24-11-2009 16:03


opss salah pulak..
sorry3x..
agak2 stacy dpt x ganti tempat tok ti??
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2009 04:20 PM | Show all posts
anugerah paling lowclass dan felda di malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2009 06:54 PM | Show all posts
1 yg i ols pelik



sabri yunus - 6 kali mng, x dibenarkan bertanding lg

wan maimunah - 5 kali mng, x dibenarkan jgk

tp

ct - bnyk kali mng, nape msh ader muke itew???????
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2009 07:40 PM | Show all posts
1 yg i ols pelik



sabri yunus - 6 kali mng, x dibenarkan bertanding lg

wan maimunah - 5 kali mng, x dibenarkan jgk

tp

ct - bnyk kali mng, nape msh ader muke itew???????
micha Post at 24-11-2009 18:54


owh, ade ek peraturan camtuh? baru ku tau
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2009 07:51 PM | Show all posts
1 yg i ols pelik



sabri yunus - 6 kali mng, x dibenarkan bertanding lg

wan maimunah - 5 kali mng, x dibenarkan jgk

tp

ct - bnyk kali mng, nape msh ader muke itew???????
micha Post at 24-11-2009 18:54




dansatu lagi.... kategori artis bukan melayu popular dimansuhkan kerana artis2 bukan melayu kat malaysia sangat kurang pada waktu itu..... kategori ini hanya bertahan selama 6 tahun....dimana sathiya menang sebanyak 3 kali, hans isaac sebanyak 2 kali dan vince 1 kali.....




tapi ok gak laa kategori nie dimansuhkan...... sbb melayu ker, bukan melayu ker....kita tetap satu malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2009 10:16 PM | Show all posts
dansatu lagi.... kategori artis bukan melayu popular dimansuhkan kerana artis2 bukan melayu kat malaysia sangat kurang pada waktu itu..... kategori ini hanya bertahan selama 6 tahun....dimana  ...
toritonz82 Post at 24-11-2009 19:51

setujusss...

klu ada kategori tu cam racist plak.......
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2009 10:18 PM | Show all posts
Siti Nurhaliza!
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2009 10:29 PM | Show all posts
Faizal Tahir!!!!! of course....... :pompom::pompom::pompom:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 02:09 PM GMT+8 , Processed in 0.139853 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list