CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6328|Reply: 16

Sanggar Cinta Raudhah [Khamis, 8.30pm @ TV2]

[Copy link]
Post time 1-12-2009 12:58 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Syd at 1-12-2009 13:00

‘Sanggar Cinta Raudhah’ Ada Kaitan Dengan Aida Radzwill?         
Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ


        
Aida Radzwill bergandingan dengan Zizan Nin dalam drama 'Sanggar Cinta Raudhah'. -foto The Star oleh SHAARI CHE MAT


PEMILIHAN pelakon berusia melakonkan watak utama bukanlah suatu faktor asing bilamana aktres Aida Radzwill diangkat sebagai heroin dalam drama ‘Sanggar Cinta Raudhah’ yang akan disiarkan di TV2 mulai 3 Disember ini, setiap Khamis, pukul 8.30 malam.

Bagi produser Rosyam Nor dari Suhan Movies & Trading Sdn Bhd, dia berasa agak terkilan apabila bakat orang yang hebat tidak diketengahkan.

Lantas Rosyam menyelar dakwaan mengenai ‘heroin tua dan hero tua’ dalam industri seni ini.

        


Sejak akhir-akhir ini, Aida yang semakin cantik dengan  penampilan bertudungnya seringkali diberikan watak seorang ibu.

Kata Rosyam, ‘Saya tahu kehebatannya (Aida) dalam lakonan jadi sebab itu saya hendak memberikan watak yang betul-betul bagus untuk kesinambungan kariernya.’

‘Sanggar Cinta Raudhah’ memaparkan kisah perkahwinan seorang lelaki muda berusia 27 tahun, Izwan (Zizan Nin) dengan wanita berusia 40-an,Raudhah (Aida Razwill). Izwan terpaksa berkahwin dengan Raudhah selepas mereka ditangkap basah dalam serbuan pegawai pencegah maksiat di pejabat pada lewat malam.

Bagi Rosyam, terus-terang dia mengambil Aida berlakon sebagai Raudhah bukan disebabkan pengalaman pelakon berusia awal 50-an itu yang pernah ditangkap khalwat dan berkahwin dengan lelaki muda, Joe Radzwill.

        


Sebaliknya, pemilihan Aida sedikit-sebanyak memberikan kekuatan untuk dia menjiwai watak itu dan mengeluarkan ‘rahsia’ untuk berdampingan dengan lelaki muda.

Sementara itu, Aida yang pertama kali bercinta dengan lelaki muda dalam sebuah drama berkata dia tidak kisah dengan isu khalwat yang dipaparkan dalam drama itu.

“Buat apa saya nak malu sebab cerita khalwat...ini realiti yang perlu saya tempuh kerana dunia akan bawa kita kepada penghujung iaitu ke mana kita akan berada melalui kesan dan kesedaran.

“Walaupun cara khalwat itu dilihat tidak berapa elok tetapi sekurang-kurangnya ia boleh mengubah seseorang itu ke jalan yang benar.

“Alhamdulillah, saya bersyukur sebab ia (khalwat) merupakan suatu kejadian yang mendatangkan rahmat dan kebaikan.

“Walaupun jalan cerita dalam drama ini sedikit-sebanyak sama dengan kisah hidup saya, tetapi sekarang saya sudah sedar dan menjadi hamba Allah yang lebih baik.

“Saya juga sentiasa cuba untuk berdakwah melalui drama-drama yang saya lakonkan sekarang,” katanya ketika ditemui di majlis pra tonton drama itu di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) semalam.

Namun Aida berkata dia tidak membayangkan dirinya yang sebenar ketika berlakon drama itu kerana setiap drama lakonannya dijiwai berdasarkan imaginasinya untuk menghidupkan sesuatu watak itu.

“Saya tak pernah bawa (lakonan) diri saya dalam setiap drama yang dilakonkan. Kalau ambil sikit-sikit tu ‘ok’ lah,” ujarnya yang turut mengaku banyak mendapat tawaran berlakon watak utama selepas bertudung litup.

Jelas Aida, walaupun dia dan Zizan Nin melakonkan watak sebagai pasangan suami isteri, namun mereka masih menjaga batas agama.

“Pada mulanya saya segan untuk berlakon dengan Zizan sebab saya sudah ‘berhijrah’ jadi banyak batas yang perlu dijaga lebih-lebih lagi isteri orang.

“Alhamdulillah, saya mendapat ‘good team’ dan berkat daripada itu kami berjaya habiskan drama ini tanpa masalah besar iaitu selama dua bulan bermula Mac lalu.

“Saya tahu yang Zizan terlebih dahulu memahami tentang batas agama jadi ia memudahkan saya untuk menerangkan kepadanya.

“Misalnya, dia akan menyentuh saya di bahagian yang ‘beralas’seperti bahu. Selain itu, ‘trick’ kamera juga banyak memainkan peranan untuk menggambarkan hubungan kami sebagai suami isteri.

“Saya juga dapat rasa ‘chemistry’ dengan Zizan walaupun kami tidak bersentuhan kerana bahasa badan seperti kata-kata pun sudah cukup untuk menggambarkan kemesraan antara suami dan isteri,” jelasnya.

Saksikan Aida dalam drama 40 episod ‘Sanggar Cinta Raudhah’ mulai 3 Disember ini, setiap Khamis pukul 8.30 malam di TV2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2009 01:03 PM | Show all posts
cm menarik citer nie













feel free to visit www.airheli.blogspot.com
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2009 11:20 AM | Show all posts
a'ar cam best jek kan....
pe pun...sok kene tgk...
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2009 01:35 PM | Show all posts
40 episod?? jenuh tu nak tunggu habis
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2009 06:28 PM | Show all posts
40 episod @ 40 minggu?
byk nye..
jenuh gak nk tggu ending..
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2010 11:15 PM | Show all posts
x boleh tgk online ek? cite2 kat tv3 & tv9 smua boleh.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-1-2010 01:00 AM | Show all posts
aku tgk masa kene tangkap basah tuh...

watie mengamuk sakan kekdahnyer..choii jeh pompuan tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2010 12:24 AM | Show all posts
aku sgt suka citer ni..tau x katne bleh dlod??sbb xpuas tgk kt tv~~
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2010 10:57 PM | Show all posts
cite ni best ah tp kurg publisiti...
sian kat raudhah..byk tol dugaan dia..
suka gak kat zizan...:pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2010 10:59 AM | Show all posts
haah..jln citer mmg sgt best n mnarik..pelakon pn mantop..cme kurang publisiti..klu ade publisiti cam nur kasih kompom malatopp!!
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2010 09:33 PM | Show all posts
xde sape ke upload kat youtube? aku kekdg terlps cite ni sbb berebut tv ngan ayah aku..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2010 06:28 PM | Show all posts
xde..ak da check..cmne nk dlod..please3..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2010 01:15 PM | Show all posts
zizan nin dah kene tangkap!!! motip dahlia sengal tuh ikopt cakap kakak die yg busuk ati tuh...

siannyer raudhah..dah la baru pas bersalin..
Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2010 06:41 PM | Show all posts
weh...aku dah ketinggalan citer neh 4 episod apa yang terjadik kat zizan nin ?
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2010 10:38 AM | Show all posts
ehh .. cite ni mmg best pun .. tp kdg2 ketinggalan gak sbb berebut ngan anak2 aku
hari ni nak tgk yg mak zizan tu datang .. sedap2 aje tampar raudhah
pasal dia suh anak dia kawen lain tp anak dia tak nak lah tu kot
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2010 09:54 PM | Show all posts
mane nak dload ni? hhuhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2010 11:52 PM | Show all posts
aku nk dlod citer ni..sbb sgt best..aku sgt bengang ngan wati..mcm haram sungguh!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15886 Replies : 27
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 193357 Replies : 7103
Betul ke ayat" ni semua?
beansoyaBetul ke ayat" ni semua?
Views : 3152 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 113716 Replies : 4976
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24475 Replies : 18
Jalan-jalan cari hantu
BicaraHatikuJalan-jalan cari hantu
Views : 40594 Replies : 42
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25782 Replies : 146
Komputer ada problem..
faristoyouKomputer ada problem..
Views : 16951 Replies : 3
Putera Harry sahkan pemastautin tetap Amerika Syarikat
maklukpenggodaPutera Harry sahkan pemastautin tetap Am
Views : 10023 Replies : 24
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29191 Replies : 10

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 01:06 AM GMT+8 , Processed in 0.231240 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list