CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3462|Reply: 12

mimpi2 Rasullullah SAW

[Copy link]
Post time 10-12-2009 06:47 PM | Show all posts |Read mode
  


Daripada Abdul Rahman bin Samurah ra berkata, Nabi SAW bersabda

Maksudnya,


1- Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi yang menakjubkan pada malam kelmarin. Aku telah melihat dari umatku didatangi malaikatul maut untuk mengambil nyawanya..maka malaikat itu terhalang disebabkan ketaatan kepada kedua ibubapanya.

2- Aku melihat seorang umatku telah disediakan azab kubur, maka ia telah diselamatkan oleh berkat wudhuknya

3- Aku melihat seorang daripada umatku telah dikerumuni oleh syaitan-syaitan, maka ia diselamatkan dengan berkat zikirnya kepada Allah

4- Aku melihat bagaimana umatku diseret oleh malaikatul azab, tetapi solatnya telah melepaskan dari seksaan itu

5- Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala puasanya memberi minum hingga ia terasa puas

6- Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para Nabi yang sedang duduk berkumpul-kumpul, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah mandi junubnya sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk disebelahku

7- Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadaan gelap gelita, dihadapannya gelap dibelakangnya gelap , diabawahnya gelap, sedangkan dia sendiri dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala haji dan umrahnya lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang benderang

8- Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah silaturrahimnya lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicaralah mereka dengannya

9- Aku melihat umatku sedang menepis2 percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala sedekahnya lalu menaibiri muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut

10- Aku melihat umatku sedang diseret oleh malaikatul zabaniah ke marata tempat , maka datanglah pahala amar ma'rufnya seraya menyelamatkan dia dari cengkaman tersebut dan diserahkan kepada malaikat rahmat

11- Aku melihat juga umat ku sedang merangkak-rangkak, diantaranya dengan Tuhan dipasangkan hijab, maka menjelmalah budi dan akhlaknya memimpinnya sehingga dibuka hijab tersebut dan dimasukkan dia bertemu dengan Tuhannya

12- Aku melihat umatku didatangi buku catatan daripada sebelah kiri, tiba-tiba datanglah pahala takutnya kepada Allah lalu menukarkan ke sebelah tangan kanan

13- Aku melihat seorang umatku terangkat timbangannya, maka menjelmalah anak-anaknya yang mati kecil itu menekan timbangan hingga menjadi berat

14- Aku melihat umatku sedang berada di tepi neraka jahannam, tiba-tiba muncul perasaan gerunnya terhadap seksaan Allah lalu membawa dia jauh dari tempat itu

15- Aku melihat umatku terjerumus ke lembah neraka, lalu datanglah air matanya yang pernah mengalir takut kepada Allah menyelamatkannya

16- Aku juga melihat umatku sedang meniti titian sirat dalam keadaan tubuhnya terketar-ketar seperti bergoncangnya dedaun yang ditiup angin, maka datanglah pahalanya yang terbaik sangka dengan Allah lalu mententeramkannya melalui titian tersebut sehingga ke penghujungnya

17- Aku melihat umat ku sedang meniti titian sirat dalam keadaan merangkak dan meniarap lalu datanglah solatnya merayu kepadaku dan aku pun memimpin tangannya dan mengajaknya berdiri serta berjalan hinga ke hujungnya

18- Aku melihat umatku sudah hampir tiba di pintu syurga tetapi tiba-tiba pintu syurga tertutup, di waktu itu muncullah penyaksiaannya bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkn Allah membukakan kembali pintu itu dan diapun memasukinya

19- Aku melihat orang ramai sedang mengunting lidah mereka, aku bertanya kepada Jibril siapakah mereka? jawab Jibril itulah orang-orang yang suka membawa mulut ke sana sini. Aku juga melihat orang yang digantung lidah mereka. Aku bertanya kepada Jibril siapakah pula mereka?..Jawab Jibril itulah pembalasan orang yang suka menabur fitnah kepada orang-orang yang beriman tanpa bukti...



marilah kite mengambil iktibar dari mimpi2...Rasul kita tersebut....semoga kita tidak mudah alpa dengan hidup di dunia ni yang serba sementara..aminnnnn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2009 08:22 PM | Show all posts
AMIN....~
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2009 08:44 PM | Show all posts
Daripada Abdul Rahman bin Samurah ra berkata, Nabi SAW bersabda

kitab hadith riwayat siapa ni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2009 10:20 PM | Show all posts
kitab hadith riwayat siapa ni?
ibnur Post at 2009-12-10 20:44



daripada buku susunan

"ustaz Mohd Najmuddin bin Elias Al-Hafiz"
Pengarah Pusat Tarbiah An Najwa (NUR PENAWAR)
Iman Masjid Kg, Nakhoda Batu Caves


selalu muncul di kaca2 tv seperti Al-Kulliyyah Tv3...RTM & aktif menulis di akhbar & majalah
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2009 09:19 AM | Show all posts
19- Aku melihat orang ramai sedang mengunting lidah mereka, aku bertanya kepada Jibril siapakah mereka? jawab Jibril itulah orang-orang yang suka membawa mulut ke sana sini. Aku juga melihat orang yang digantung lidah mereka. Aku bertanya kepada Jibril siapakah pula mereka?..Jawab Jibril itulah pembalasan orang yang suka menabur fitnah kepada orang-orang yang beriman tanpa bukti...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2009 12:29 AM | Show all posts
daripada buku susunan

"ustaz Mohd Najmuddin bin Elias Al-Hafiz"
Pengarah Pusat Tarbiah An Najwa (NUR PENAWAR)
Iman Masjid Kg, Nakhoda Batu Caves


selalu muncul di kaca2 tv seperti Al-Ku ...
pu3_fiona Post at 10-12-2009 22:20



nak kepastian, boleh?

Ustaz najmuddin Elyas Al-Hafiz (adik dia Ust Kazim Elyas Al-Haifz) ni bekas KAGAT dan menjadi
wakil rakyat BN di perak, camner plak boleh 
jadi imam kat masjid di Kg Nakhoda, Batu Caves Selangor.

Cuba check balik buku tersebut, hadis ini riwayat siapa. Adakah muttafaq Alaih, sebab kisahnya
ada persamaan dgn kisah nabi SAW ketika Isra'...

TKasih.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-12-2009 11:25 AM | Show all posts
nak kepastian, boleh?

Ustaz najmuddin Elyas Al-Hafiz (adik dia Ust Kazim Elyas Al-Haifz) ni bekas KAGAT dan menjadi
wakil rakyat BN di perak, camner plak boleh 
jadi imam kat masjid d ...
pandaniw Post at 12-12-2009 00:29


staz najmudin yang bekas KAGAT atau Ustaz kazim?
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2009 01:25 PM | Show all posts
7# ibnur

Ust Najmuddin - bekas KAGAT (Bekas seorang kapten tentera) dan sekarang ADUN Batu Kurau, bekas SETPOL Dato' Tajol Rosli

Ust Kazim - adik beliau, Pengasas/Mudir di Pusat Pendidikan Al-Barakah, Jln Pemimpin, Kg Manjoi, Ipoh.
Pusat pendidikan ini ada asrama tahfiz anak yatim, pobdok warga tua/emas. Pembelajaran juga menggunakan
kitab bahrul mazi, hadis 40 imam Nawawi, fiqh alawiyyat, Al-Hikam, Tafsir Quran. Kalau sesapa nak menderma kat pusat ini
boleh dapatkan contact atau alamat pusat pendidikan daripada saya (pm aje)

Mereka adik beradik ada sedikit perbezaan pendekatan dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat.
Seorang melalui salur kerajaan, seorang lagi bebas. Ust Kazim kerap datang berceramah ke sekitar KL dan Selangor, spt ampnag dan Ulu Kelang. CD-cd ceramah beliau banyak di KL ini.

rumbu nandri...,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2009 06:11 PM | Show all posts
7# ibnur

Ust Najmuddin - bekas KAGAT (Bekas seorang kapten tentera) dan sekarang ADUN Batu Kurau, bekas SETPOL Dato' Tajol Rosli

Ust Kazim - adik beliau, Pengasas/Mudir di Pusat Pendidikan Al ...
pandaniw Post at 12-12-2009 13:25


T.kasih sebab tadi terkeliru dgn yang dalam kurungan tu.

Isteri saya pernah ambil kelas di AlBaraqah tu tapi berhenti buat sementara waktu.  Cuma saya ni saja yang masih belum pi ngaji kat situ.  Tak tau la bila nak start.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2009 12:35 PM | Show all posts
7# ibnur

Ust Najmuddin - bekas KAGAT (Bekas seorang kapten tentera) dan sekarang ADUN Batu Kurau, bekas SETPOL Dato' Tajol Rosli

Ust Kazim - adik beliau, Pengasas/Mudir di Pusat Pendidikan Al ...
pandaniw Post at 2009-12-12 13:25




errmmm yg ni ler
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2009 01:46 PM | Show all posts
errrkk...pape pn aku amik nasihat yg baik2 tu jer...seme dye ckp tu xder yg nasihat xbaik
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2009 12:35 AM | Show all posts
tq                       
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2009 12:14 PM | Show all posts
11# Da_ceria
Betul... nasihat yang baik tu kita ambik lah... Yang buruk tu jadikan sempadan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 01:31 PM GMT+8 , Processed in 0.195781 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list