CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2860|Reply: 5

Sakit, peringatan buat Faizal

[Copy link]
Post time 10-12-2009 10:37 PM | Show all posts |Read mode
Sakit, peringatan buat Faizal
Oleh HARYATI KARIM
[email protected]


"Sakit ini juga satu peringatan kepada saya. Saya percaya Allah jadikan sesuatu untuk menjadikan kita sebagai manusia yang lebih baik dan saya percaya itu yang terjadi kepada saya" – FAIZAL



MASIH sakit tapi masih sibuk. Itulah keadaan terkini penyanyi Faizal Tahir ketika penulis bertemunya di Sri Pentas, Damansara, Selangor baru-baru ini. Pergerakan Faizal masih terhincut-hincut akibat pembedahan lutut bulan lalu, nada suaranya juga tidak seceria selalu. Memang keadaan Faizal cukup berbeza, lemah dan tidak bermaya.
Namun, demi tugas sebagai seorang penghibur apatah lagi lagunya yang berjudul Bencinta layak ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-24 menuntut komitmen Faizal 'segera' sihat meskipun jangkitan paru-paru yang dihidapinya masih belum pulih sepenuhnya.
"Saya belum sihat lagi, masih berulang-alik ke hospital. Lutut masih sakit sama juga dengan jangkitan paru-paru. Sekarang saya bergantung sepenuhnya dengan ubat penahan sakit.
"Kalau tidak, saya tidak mampu nak lakukan aktiviti harian dan saya hanya akan duduk di rumah. Tetapi disebabkan banyak kerja yang tertangguh saya gagahkan diri seperti hari ini hadiri mesyuarat bersama produksi AJL tentang persembahan untuk final," ujar pemilik nama sebenar Ahmad Faizal Mohammad Tahir dalam suara cukup perlahan.
Lelaki berusia 30 tahun masih mampu mengukir senyuman meskipun dia sepatutnya berada dalam tempoh rehat selama lebih dua minggu seperti yang disaran oleh doktor.
Sebaliknya rehat yang diberi digunakan untuk meneruskan aktiviti seninya setakat yang termampu seperti persembahan pentas yang telah dijanjikan beberapa bulan sebelum ini.
"Kalau mampu saya kerja seperti biasa tetapi saya tahu tahap kemampuan diri saya sendiri. Bergantung pada kesihatan," ujarnya.
Beritahunya lagi, sejak sakit datang bertimpa-timpa sehingga terpaksa ditahan di wad, baru kini dia sedar kesihatan perkara yang perlu diberi perhatian serius.
Jika tidak sia-sia sahaja segala agenda yang diatur sebelum ini.
"Saya percaya ada hikmah di sebalik apa yang terjadi. Rasa bertuah pun ada kerana kalau tidak sakit sekarang saya tidak dapat mengesan penyakit ini di peringkat awal. Kalau dibiarkan pasti keadaan akan lebih teruk pada masa depan," katanya.

WALAUPUN peluang menyanyi di pentas AJL masih samar, namun Faizal sudah punya perancangan bagaimana mempersembahkan lagu Bencinta itu.

Selain itu, ia juga membuatkan Faizal terfikir banyak perkara yang lebih penting dari kerja seperti kesihatan dan keluarga. Akuinya, dia seorang yang terlalu gila kerja sehingga kadangkala terlupa dan mengabaikan sesuatu yang amat penting dalam hidupnya.
"Hari-hari saya penuh dengan kerja. Kalau tidak ada persembahan saya akan terperap di studio buat lagu baru. Waktu kerja lebih dari waktu rehat, mungkin itu yang menyebabkan paru-paru saya dijangkiti virus walaupun saya bukannya seorang perokok.
"Sakit ini juga satu peringatan kepada saya. Saya percaya Allah jadikan sesuatu untuk menjadikan kita sebagai manusia yang lebih baik dan saya percaya itu yang terjadi kepada saya," luahnya jujur.
Lebih bimbang album baru
Pasti ramai yang menjangkakan sekarang ini kerisauan utama Faizal terletak pada final AJL yang akan berlangsung pada 10 Januari tahun hadapan di Stadium Putra, Bukit Jalil.
Hakikat sebenarnya, dia lebih bimbangkan album keduanya yang masih tergendala meskipun telah dua tahun berlalu sejak dia muncul dengan album sulungnya yang berjudul Aku.Muzik.Kamu pada Disember 2007.
Katanya, dia bimbang andai sasaran untuk melahirkan album kedua dalam tahun ini akan tersasar daripada jadual asal.
Setakat hari ini, dia baru merakamkan lima buah lagu sahaja daripada 10 buah lagu yang ingin dimuatkan dalam album baru itu.
"Ada yang kata lima lagu sudah cukup tetapi bagi saya jumlah itu terlalu sedikit dan tidak beri kepuasan kepada saya sendiri apatah lagi peminat.
"Bayangkan sekarang sudah bulan 12 (Disember), saya ada masa beberapa minggu sahaja lagi untuk merakam lima buah lagu dalam keadaan saya yang tidak berapa sihat.
"Itu yang saya risau sangat. Kalau syarikat rakaman Monkey Bone mahu keluarkan juga tahun ini, saya harap album itu sekurang-kurangnya mengandungi lapan buah lagu," ungkapnya.

PENYANYI lagu Bencinta ini berterima kasih kepada Shila kerana sudi menyanyikan lagunya pada saat-saat akhir.

Beritahu anak kedua daripada tujuh beradik ini, kesihatannya makin pulih namun itu tidak bermakna dia yakin akan berdiri di pentas AJL menyanyikan sendiri lagu ciptaannya dan juga Audi Mok itu.
"Buat masa ini saya tidak boleh cakap apa-apa kerana masih dalam rawatan. Tetapi saya harap saya akan sembuh segera sebelum tarikh final AJL. Kalau tidak sembuh juga, tempat saya terpaksa diganti penyanyi lain," ujar bapa kepada tiga orang anak itu lagi.
Disoal siapakah penyanyi yang berada di dalam kepalanya andai kesihatannya masih belum pulih, Faizal bagaimanapun masih belum mempunyai jawapan. Malah Faizal menegaskan dia cukup berpuas hati dengan persembahan Shila pada peringkat separuh akhir Muzik-Muzik walaupun menerima banyak kritikan.
"Pengganti pada final saya tidak tahu siapa kerana pemilihan pengganti biasanya dibuat atas persetujuan bersama antara saya, Audi dan juga Monkey Bone.
"Soal Shila, saya berterima kasih kepadanya kerana sanggup untuk menyanyikan lagu saya pada saat akhir.
"Kalau saya diminta menyanyi lagu orang lain, saya juga akan bawa dengan cara sendiri. Bagi saya dia sudah buat yang terbaik dan patut diberi kredit," bicara pelatun lagu Mahakarya Cinta dan Kasih Tercipta itu lagi.
Faizal yang tidak menganggap sakit yang menimpanya sebagai suatu beban berharap diberi rehat sepenuhnya sebelum bangkit kembali untuk menakluk industri muzik tempatan.



Kosmo 10/12/09


ini lepas keluar wad sebab pneumonia sebelum masuk balik for deep vein thrombosis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-12-2009 12:28 AM | Show all posts
superman sakit lutut ke?
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2009 02:03 AM | Show all posts
nak sangat dia perform masa ajl final
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2009 08:20 PM | Show all posts
Banyak gak sakit superman nih..lutut sakit..paru-paru pon sakit..

Papehal pon nak sgt tgk dier perform untuk AJL. Sure gempak..

Go Faizal Tahir...:pompom:

Get well soon
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2009 11:46 PM | Show all posts
Post Last Edit by snowey_dey at 16-12-2009 00:07

http://twitpic.com/t82j4

gambar diambil audi mok semasa melawat faizal baru- baru ini
yeah, takes a lickin n keeps on tickin...so true audi.. he is "mr. superman" anyways


yes, FT sudah kuar hospital ari nih (15/12/2009) afta 11 days warded.\\\\\\\\\\\\.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2009 07:53 PM | Show all posts
5# snowey_dey

ya, dengan amaran dari wife dia, jangan sesiapa kacau FT sampai hujung tahun
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 08:45 AM GMT+8 , Processed in 0.236220 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list