CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2315|Reply: 15

Ainon Mohd.: Bisnes Boleh Jatuh Akibat Terlampau Laku

[Copy link]
Post time 12-12-2009 07:53 AM | Show all posts |Read mode
Bisnes Boleh Jatuh Akibat Terlampau Laku
[url=http://www.facebook.com/ajax/share_dialog.php?s=4&appid=2347471856&p[]=572523113&p[]=193262428421]Share[/url]

Yesterday at 8:43pm


Bisnes kita takkan serupa sahaja sepanjang masa. Ada masanya bisnes kita naik, ada masanya bisnes kita turun.

Banyak syarikat kecil akhirnya tutup disebabkan bisnesnya terlampaulaku. Perkara ini bagaikan tidak logik, tetapi ia adalah realiti.

Punca utama mengapa bisnes yang terlampau laku boleh menyebabkan bisnestutup adalah kerana apabila bisnes terlampau laku, jumlah kerjameningkat sehingga menjadi terlalu banyak.

Kerja yang terlalu banyak, apabila tidak diurus dengan betul, ia menyebabkan pelanggan lari.

Kita tentu pernah pergi membeli nasi lemak di gerai yang pelanggannyaamat banyak, sehingga masa menunggu menjadi terlalu lama, akhirnyakerana tidak sabar kita tidak jadi membeli.

Pelanggan yang terlalu banyak juga boleh menyebabkan kualiti perkhidmatan jatuh, dan kualiti produk juga jatuh.

Apabila mutu perkhidmatan dan produk jatuh, pelanggan yang ada akanberhenti membeli. Bukan itu sahaja, mereka bercakap kepada orang-oranglain bahawa produk dan perkhidmatan kita sudah buruk, lalu lebih banyakpelanggan lari.

Nota: Nota-nota tip panduan bisnes dapat dibaca di blog saya puanainonmohd.blogspot.com


"wahhhh..dlm bsnes nih byk benda pelik....bsnes laku pun boleh jatuh??????"
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2009 09:17 AM | Show all posts
TQ berkongsi info..mmgla kalau laku sangat tak bagus untuk bisnes kita,jatuh pun cepat
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2009 09:32 AM | Show all posts
yg penting management kena power...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2009 09:42 AM | Show all posts
kfc dan McD antara company yang hebat management nyer...

laku giler sepanjang masa, kualiti tetap maintain...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2009 12:02 PM | Show all posts
dalam business ni kalau laku sangat betul boleh jatuh kerana beberapa sebab:

- brg jadi inflasi, kerana byk sgt permintaan peniaga kekadang jadi riak, jd perasan laku lalu alpa dengan kehendak dan svc yg bagus
- krn kurang tumpuan sesuatu permintaan yg laki, di peniaga akan kerugian sendiri
- krn dengkian sesama peniaga yg nampak niaga seseorang maju, yg tak pernah berniaga akan teruja nk berniaga lalu terjadi kes tikam belakang, persaingan yg tak sihat
- apabila permintaan tinggi kutuk mengutuk belakang akan terjadi
- saya dah pernah kena, akhirnya yg tikam belakang tersembam sendirian
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2009 01:05 PM | Show all posts
overtrading bleh mengakibatkan cash flow problem..
banyak kali aku jumpa..

kisah benar 1:
trader kecil2an selalu dapat sebutharga 20-50k
prestasi bagus.. doing very well.. customer suka..
customer nak beli barang mahal sket.. sejuta lebih sket..
customer mintak aku supply thro company trader nie..
niat baik nak tolong dia break thro.. aku setuju... order tu dia dapat..

barang aku payment sumer LC.. dah janji awal2..
satu hari dia datang kat office.. muka sedih..
duit tak cukup nak bukak LC..
tak pernah dapat tender
tak tahu yg ada bond 5% kena submit dulu sebelum sign contract
budget lari...
nak tolong dia aku bagi discount..
and aku agree instead of delivery in US, aku hantar sampai Spore..
so LC settle..

tapi ropanya masaalah dia tak selesai lagi..
nak jimat punya pasal.. delivery tu dia sendiri buat..
dia sendiri amik kat airport bawak dengan kete hantar kat customer..
nak jimat lagi.. insuran pun tak beli...
unfortunately for him.. masa nak hantar tu barang tu jatuh.. penat kata dia..
barang rosak dan tak bleh power on...
customer tanak terima...
mamat tu tobat tanak bizness dah... makan gaji semula...

kisah benar 2:
sedang berlaku... serupa jugak customer nak tolong supplier..
kali ni besar sket.. 2juta lebih.. as usual payment term LC..
order dah dapat september.. sampai skrg tak bleh raise LC..
delivery due latest 2 minggu lagi.. mmg dah tak sempat..
bakal kena black-list dgn MOF...

pengajaran nya :
buat lah yg terdaya dulu.. jgn tamak..
merangkak.. berjalan.. berlari.. baru lah belajar terbang.......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-12-2009 08:07 PM | Show all posts
nasihat yg bagus... kena berhati2...

tima kasih bagi info..
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2009 11:23 AM | Show all posts
Cerita aku ni bukanlah nak mengutuk sesiapa, tetapi just as case study.

Nasi Sumatera dekat tempat aku di Mutiara Damansara tu dulu laris sehingga berebut nak ayam goreng kampung. Satu kuali diangkat, sekali kerumun aja licin........ Tak perlu cerita lah barisan kereta mewah berderet double parking kat depan kedai dia.

Bagi aku, owner dia memang orang Kelantan yang bijak tetapi tamak. Dia dah modify kedai tukar image jadi mcm kopitiam (ala nasi Lemak Antarabangsa) dan harga makanan pon naik sehingga dua orang makan pon dah dekat RM25-30. Dulu time belum tukar konsep, maig berpatutan.

Skarang bisnes dah jatuh, jelas sekali tak laris mcm dulu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2009 11:34 AM | Show all posts
Second Case:

Kawan aku (kontraktor ICT).

Dia memang banyak masuk tender, tetapi pekerja tak mahu tambah. Akibatnya semua perkerja kerja di office sehingga jam 10 malam paling awal balik, ada yang sampai subuh. balik rumah jam 4am dan datang semula ke office jam 9.30am.

Dia tak berani tolak any offer. Semua nak masuk. Akibatnya high priority customer terabai. MRCB, Ahmad Zaki, Sime Darby, semuanya nak harga urgent. Janji lusa, sampai Jumaat tak dapat pricing. Akibatnya next time, orang dah tak deal dengan dia lagi sebab dia lambat dan lewat. Mcm sibuk dgn benda lain.

Perkerja yang dah muak kerja sampai malam tetapi gaji ciput, secara senyap2 buat kerja lepas tangan. Boss tak  sedar sebab sibuk main golf. Perkerja yg dah muak nih, isi borang tender ala kadar, dan takda semangat lagi. Selalu aku double check kerja diorang, dan banyak mistakes. Tak kira betul2 dan cuai.  Muka diorang pon dah mcm toye. Ada staff yang resign notis 24 jam sebab stress.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2009 11:37 AM | Show all posts
aku telah menolak oder baju tshirt sebanyak 50 ribu helai... tak mampu aku nak tanggung.. untung terlalu kecik dan modal terlalu besar..
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2009 11:43 AM | Show all posts
aku telah menolak oder baju tshirt sebanyak 50 ribu helai... tak mampu aku nak tanggung.. untung terlalu kecik dan modal terlalu besar..
sinar_inspirasi Post at 13-12-2009 11:37 AM


Abe Sinar,

Skarang nih baju corporate gift dan tshirt ni memang member2 saya amik daripada supplier company Cina sebab tak jumpa Melayu yg buat direct. Kalo ada org Melayu yg supply, memang lah nak ambik from Melayu dulu. Jaket yg mcm blazer tu pon paling murah RM45. Apa kata Abe Sinar push jugak produk corporate uniform nih tetapi Abe Sinar kena ada online katalog yg setiap minggu kena update.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2009 11:48 AM | Show all posts
Abe Sinar,

Skarang nih baju corporate gift dan tshirt ni memang member2 saya amik daripada supplier company Cina sebab tak jumpa Melayu yg buat direct. Kalo ada org Melayu yg supply, memang lah ...
cmf_WonBin Post at 13-12-2009 11:43


mmg saya buat benda nih... dah lama pun.. cuma tak perbesarkan je...bagi anak buah buat kat kelantan.. aku buat direct kat kilang aku.. kat KL ni awal jan ni hire sorang budak lagi as a manager for corporat gift ... sedang susun betul2...

sbb skrng yg wall paper pun dah ada sambutan yg menggalakkan... manager pun forumer cari gak...

gi laa jalan ke GM...
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2009 11:51 AM | Show all posts
mmg saya buat benda nih... dah lama pun.. cuma tak perbesarkan je...bagi anak buah buat kat kelantan.. aku buat direct kat kilang aku.. kat KL ni awal jan ni hire sorang budak lagi as a manager fo ...
sinar_inspirasi Post at 13-12-2009 11:48 AM


Elle ada citer kat saya pasal wallpaper Abe Sinar.

Abe Sinar masuk tak expo Corporate Gift? Introduce as org yg ambik direct from China.
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2009 11:55 AM | Show all posts
Elle ada citer kat saya pasal wallpaper Abe Sinar.

Abe Sinar masuk tak expo Corporate Gift? Introduce as org yg ambik direct from China.
cmf_WonBin Post at 13-12-2009 11:51




belum masuk lagi... tak berkesempatan lagi... nak establishkan satu2 dulu.. yg lain bagi orng buat..

aku punya core bisnes pakaian readymade.. dari china.... LA MARTINA brooooo
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2009 05:26 PM | Show all posts
Anda tentu perasan anda syarikat bumiputera berteraskan kesihatan Aljabar ,dulu mencanak naik .sekarang dah slow.staff pun dah ramai berhenti.Iklan pun dah tak se gah dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2009 03:06 PM | Show all posts
15# cm_matjawasp
emm..nape erk??
tak jaga kebajikan staf ke???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 06:40 PM GMT+8 , Processed in 0.087556 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list