View: 4764|Reply: 16
|
Keburukan Menjadi Usahawan Internet Sepenuh Masa
[Copy link]
|
|
Keburukan Menjadi Usahawan Internet Sepenuh Masa
Written by alang on July 16, 2008
Tajuk kali ni lain sikit. Selalunya saya tulis pasal kebaikan / kelebihan menjadi usahawan internet sepenuh masa. Dan di blog-blog lain pun, mungkin pembaca semua baca tentang kebaikan jer, boleh dikatakan susah nak jumpa orang yang tulis pasal keburukan menjadi usahawan internet ni. Orang yang nampak keburukan usahawan internet ni, mungkin bukan dari kalangan usahawan internet atau orang yang cuba nak jadi usahawan internet tetapi gagal.
Tetapi kali ini saya nak mendedahkan keburukan menjadi usahawan internet sepenuh masa berdasarkan pengalaman saya sendiri.
Susah Berurusan Dengan Pihak Bank
Atau lebih tepat lagi memohon pinjaman dengan bank. Ini adalah kali pertama saya memohon pinjaman semenjak jadi usahawan internet sepenuh masa. Barulah saya tahu betapa peritnya nak meyakinkan bank yang pendapatan yang kita perolehi adalah sah dan stabil. Walaupun saya menunjukkan 10 bulan penyata bank saya yang mana puratanya melebihi RM 10K, tetapi mereka masih tidak yakin. Apatah lagi apabila saya beritahu yang saya tidak menawarkan sebarang produk atau servis sebaliknya hanya menjual ruang iklan. Bagi mereka kalau dah bisnes mesti ada jual barang atau tawarkan perkhidmatan.
Tak Tahu Nak Cakap Kat Orang Kampung
Kalau dah pegawai bank pun sukar nak faham tentang bisnes internet, apatah lagi orang kampung. Setiap kali balik kampung mesti dapat soalan bertanyakan tentang kerja saya. Apabila saya cakap bisnes, diorang akan tanya bisnes apa, dan apabila saya cakap bisnes internet, masing-masing angguk buat-buat faham walaupun saya tahu semuanya tak faham. Ada juga yang tanya bisnes internet ni macam swisscash ker? Tak haram ker?
Berat Badan Naik
Ok jangan ketawa kalau saya mengatakan berat badan saya naik hampir 10kg selepas saya berhenti bekerja dan menjadi usahawan internet sepenuh masa pada tahun 2005. Puncanya kerana kerja yang dilakukan hanyalah duduk menghadap laptop jer. Walaupun otak penat tapi badan kurang bergerak. Ye la, takkan la nak usung laptop dan menaip sambil berlari pulak kan. Memang logik la kerja macam ni patut kena duduk dan cuma jari / tangan jer yang bergerak.
Dan lagi satu punca berat badan naik ialah bekerja di rumah, bila-bila masa rasa nak makan terus pergi dapur. Kalau kerja pejabat ada waktu makan tertentu, kat rumah asal boring jer makan.
Disiplin Diri
Rasanya masalah ni memang menghantui semua orang yang bekerja sendiri termasuklah usahawan internet. Menjadi bos sendiri memerlukan disiplin diri yang kuat untuk kita menyiapkan sesuatu kerja. Kalau kerja dengan orang, tak siap kerja kena marah. Kalau kerja sendiri siapa nak marah? Selain itu, kadang-kadang saya rasa tidak bermotivasi langsung untuk bekerja. Punca kurang motivasi ni mungkin disebabkan projek yang dibuat tidak menjadi, pendapatan makin merosot, kena kritik dan sebagainya. Ramai orang yang gagal untuk menjadi usahawan internet sepenuh yang berjaya adalah kerana masalah disiplin diri.
Kurang Bersosial
Satu-satunya cara kita bersosial adalah melalui email atau messenger. Kalau kerja di pejabat, masa kerja tu boleh jugak borak-borak dengan rakan sepejabat bila boring dan lepas kerja boleh minum-minum kat kedai mamak. Kadang-kadang bila sesekali pergi ke majlis tertentu, dah berbual dengan orang pun dah rasa kekok sebab dah lama tak berbual kecuali dengan keluarga dan jiran-jiran.
Menimbulkan Syak Wasangka
Kalau anda menjadi jiran saya, dan tak tahu yang saya ni buat bisnes dari rumah, apa tanggapan anda apabila setiap melihat isteri saya keluar bekerja, saya tinggal di rumah, hantar anak pergi sekolah, ambil anak dari sekolah, jemur kain, basuh pinggan, sapu halaman dan sebagainya. Dan yang peliknya, masih pula mampu hidup selesa.
Jadi, adakah anda menghadapi masalah yang saya seperti yang saya hadapi? Atau ada masalah lain? Kongsikan di sini supaya semua orang tahu tidak semuanya indah tentang bisnes internet ni.
http://www.samsulzamzuri.com
betul ke dik CT???? |
|
|
|
|
|
|
|
bila poket dah tebal
itu bukan masaalah
masaalah ialah kerja 24jam kehulu kehilir
tapi poket kosong apakejadahnya. |
|
|
|
|
|
|
|
1# saatcham
sy nampak kebanyakan point2 kat sini lebih kpd cabaran dan bukannya keburukan
pasal bank tu tak berani nak komen sebab dlm citer diatas perniagaan tanpa produk fizikal,semua usahawan internet yg sy kenal (pompuan2 semua) menjual fizikal produk mcm baju,tudung etc..dan baru2 ini ada kakak yg 4 tahun berniaga online jual baju senang2 dapat loan bank untuk buka butik secara fizikal sebab income bulan2 maintain 15k keatas..
berat badan naik tu sy tak setuju,ex-ofismate sy dulu badan kecik skit jer dari enot,selepas 2 tahun resign & buat online biz badan dah macam rita rudaini (masa belum kahwin)..muka pulak pergh halus mulus sebab ada byk masa utk exercise & always tak miss facial appoinment (bab ni mmg sy jeles sgt2..huhuhu)
Disiplin diri..bagi sy bukan keburukan tapi cabaran paling hebat bila bekerja dari rumah
Kurang bersosial...ni sy setuju...tapi tgk org juga..yg jenis ramah tak bertempat, tiap hari ada jer kawan baru dia bole dapat....jumpa kat pos ofis ker,kat salon ker,kat spa ker...semua boleh buat rakan sosial
menimbulkan syak wasangka...bagi sy pekara ni akan timbul kalau anda jenis org yg krg bersosial & tak campur dgn jiran tetangga.... |
|
|
|
|
|
|
|
bila poket dah tebal
itu bukan masaalah
masaalah ialah kerja 24jam kehulu kehilir
tapi poket kosong apakejadahnya.
cm_gagahperkasa Post at 14-12-2009 18:22
betul betul betul.... |
|
|
|
|
|
|
|
Nak bersosial tu tak susah .. paling senang join laa ahli surau .. |
|
|
|
|
|
|
|
so camaner?.. buat separuh masa better ke?.. |
|
|
|
|
|
|
|
tak setuju yg naik berat badan.....
kawan aku yg keje dok opis ramai yg badan mcm di pam-pam....yg keje kat rumah pulak badan makin kurus melidi....
berniaga internet produk fizikal dan bukan produk fizikal byk bezanya....
sepatutnya tajuk thread ni lebih kpd kalau berniaga bukan produk fizikal |
|
|
|
|
|
|
|
tak setuju yg naik berat badan.....
kawan aku yg keje dok opis ramai yg badan mcm di pam-pam....yg keje kat rumah pulak badan makin kurus melidi....
berniaga internet produk fizikal dan bukan produk ...
purpler Post at 15-12-2009 23:32
yer lah kan..bagi sy pulak tajuk ni sepatutnya lebih sesuai kalau ditukar kpd "Sikap & sifat2 yg perlu dielak apabila menjadi usahawan internet sepenuh masa"
yg sy nampak usahawan dlm citer ni sebenarnya tak pandai berkomunikasi sampai tahap boleh wujudnya syak wasangka di kalangan jiran tetangga..dan kekurangan ni juga yg buat dia tak pandai nak present/explain pada bank ttg bisness yg dia jalankan...dan membawa kpd 'masalah' susah nak explain pada org kampung.
jadi yg dapat sy simpulkan dari citer ni,sebagai usahawan internet sepenuh masa,kita kena improve communication skill sebab ini merupakan cabaran yg utama..jgn jadi kera sumbang |
|
|
|
|
|
|
|
apa pun yg kita lakukan USAHA,DOA,TAWAKAL dan sentiasa istiqamah itu penting. |
|
|
|
|
|
|
|
apa pun yg kita lakukan USAHA,DOA,TAWAKAL dan sentiasa istiqamah itu penting.
izasec Post at 16-12-2009 15:00
Betol betol betol betolllll... |
|
|
|
|
|
|
|
Keburukan Menjadi Usahawan Internet Sepenuh Masa
Written by alang on July 16, 2008
Tajuk kali ni lain sikit. Selalunya saya tulis pasal kebaikan / kelebihan menjadi usahawan internet sepenuh mas ...
betul ke dik CT????
saatcham Post at 14-12-2009 18:12
teheheheh... bang saat yg saya tabikk..! bang saat pnh interview saya ek?hehe.. kenape kata info di atas tu kena sesangat ngan ct?ok.. ct huraikan, hehe.. nak gelak tak habis2 lagi ni.. terkesima saya baca sbb kena sgt2 ngan diri
Susah Berurusan Dengan Pihak Bank
= YG NI BETUL, pnh kena masa deal nak beli bangunan dan keta, derang cuma blh tengok statement acc, derang cuak, apa niaga awak buat, apa bukti, kedai takda [masa sblm 2008] pastu nk buat loan berdasarkan apa fakta?dan time tu thn 2007 acc saya kena block, sbb hb saya bekasan pelajar pakis dan cairo,di tuduh pulak kami AMLA ke apa ntah x ingat.. derang ingat hb saya taliban @ support JI, huhu..time ni sedih sbb bulan posa, saya tak beli baju raya time ni, beberapa kali acc kena block..
Tak Tahu Nak Cakap Kat Orang Kampung
= yg ni pun kena sesangat, bygkan.. saya dan hb niaga dlm umah, sampai masa mengepos jam 3 dia berbondong keluar bwk parcel ke pejabat pos, org tanya kerja apa tu, despatch ke..saya kata pos jualan.jiran ramai cebik.. bila saya renovate umah derang kata niaga MLM sbb saya & hb keluar malam2, kami bwk sama adik ngan mak yg dh tua ambik stok selewat2 jam 2.30pg. lps subuh tido.. dah thn 2009 bulan posa, kami pnh di tuduh jual dadah!! bkn derang buat report, tp bila saya ke bank di kampung ni tunaikan western union, derang kata buat kerja apa.. duk dlm umah je, pastu tukar keta.. mcm jual brg illegal jer..dadah pun yea.. time ni nk senyum ngan marah sama byk, dan thn ni saya buak kesyukuran buka kedai, haa.. diorang tau apa mende aku tercongok duk dlm rumah sehari-harian
Berat Badan Naik
= tehehehes.s..e.e.. yg ni sememangnya, pagi skip b/fast, ptg baru mkn, sah2 le menambah bykkk.. saya & hb pernah berbuka tak mkn apa2,sbb ptg puasa kami sibuk sgt2 packing brg,ambik stok baru, lps isyak tido.. tgh malam baru terpikir nk mkn sbb time ni snap gambar jualan baru.. tu yaaangg tersangat2 berat naik tu hehe
Disiplin Diri
= yg ni pun tepat! kalau siang hari bz sgt2 packing brg cust, kalau janji nk ke bank, sampai berhari2 janji sampai sudah tak pegi, sampai lesen niaga mati pun renew sbb nk buat loan kereta hehehe..
Kurang Bersosial
= yapp..yg ni saya syukur sangat2..sbb di jauhkan sosialisme.. :pompom:tp saya ngan hb punya jalan sendiri nk sosial,di rumah hb buat satu bilik dgn sound system utk tgk movie dan karaoke [tu yg kerap ujan tempat saya..haha!] utk saya release tensen.. sosial hb cuma futsal dan memancing,sesekala lps packing brg dan pos brg kat cust hb terus ajak saya pancing udang yg kekadang takleh pun ada, dia tau saya tensen,dia beli eksrim 10sen sebatang tu bebanyak , tp agenda kami sosial kami akan ambil masa setahun beberapa ketika utk cuti berdua shj
Menimbulkan Syak Wasangka
= yea.. sama lah ngan cadangan tu.. bila hb saya di rumah pg kekadang dia kuar ambik brg, jiran2 ada berkata " eh..eh..kerja malas..bini dia takda,agaknya anta bini dia kerja, dia di rumah" derang tatau saya tercongok depan lptop sehari suntuk dan hb saya beratus2 snap gambar jualan seminggu beberapa kali.. huhu.. hebatnya tanggapan org ni yea.. |
|
|
|
|
|
|
|
Uasahawan Internet ni kena rajin .... kalo ada kedai tu suruh budak2 susun sahaja. Tapi usahawan Internet kena tangkap gambar dan upload sendiri. Rumit kalau tak biasa |
|
|
|
|
|
|
|
Mata2 rosak kerana mengadap Pc lama2
Badan pun x sihat kerana terima pancaran dari komputer
zulyusoff Post at 16-12-2009 14:45
bila duit masuk, bab kesihatan ni pandai2 lah kita pantau, kalau kerja tanpa komputer sekalipun, contoh posmen, pun akan rosak mata kalau asyik ke sana ke mari dengan motor, panas terik, pastu sampai hangus kulit, pun sama kan..risiko kesihatan diri ni bukan utk berniaga internet je bang oi.. utk lain2 kerja sekalipun.. kerja guru contohnya, sakit hati dengan kerenah anakmurid, dato fadilah kamsah pnh berkata bahaya sakit hati, lama2 betul2 akan jadi penyakit hati |
|
|
|
|
|
|
|
apa pun yg kita lakukan USAHA,DOA,TAWAKAL dan sentiasa istiqamah itu penting.
izasec Post at 16-12-2009 15:00
yapp.. betul tu.. tumpuan @ kesungguhan @ istiqomah tu kena letak no.1 takleh main2 kalau betul nak berjaya |
|
|
|
|
|
|
|
Uasahawan Internet ni kena rajin .... kalo ada kedai tu suruh budak2 susun sahaja. Tapi usahawan Internet kena tangkap gambar dan upload sendiri. Rumit kalau tak biasa
cmf_WonBin Post at 24-12-2009 01:41
yapp.. betul tu bro.. mcm niaga ct ngan ann, jualan kami lain2 dlm satu2 masa, kena pantau, malam ni ambik gambar, subuh dah kena jual, tghari dah kena tanda order takut tertukar ngan org lain, kalau tudung bkn satu, beratus kami masukkan gambar.. pastu kena palang, kena balas sms baik2, kalau sms lbh kurengg jer, kena marah.. huhu.. tp bab nk jawap marah kena rendah diri, redha jelah.. awal2 ct cuak jugak.. tp lama2 dah kalis.. |
|
|
|
|
|
|
|
Salams,
Bagus ade share2 experiences & knowledge dalam berbisnes cam dalam forum nih...
Kawe ni pon tgh plan sejak sebulan dua yg lalu nak try bisnes...
La ni kerja duk 'makan gaji'... Income memang stabil, cukup bulan dpt gaji, cukup suku tahun dpt Director Fees, cukup tawon dpt bonus 2-3-4 bulan... Tp cabaran mmg mcm2... Birokrasi banyak, karenah big2 boss tak leh nak cakap lah... mcm2 ade...
Ni kol 3.10 pagi ni pon baru jer siap buat kerja opis... Tp buat kerja kat Computer ni pon sambil2 surf forum Cari... tu yg slow sket nak siapkan kerja ofis nih..
Rase2nya dalam forum Cari >> Usahawan ni kita leh kutip the REAL story & experience & knowledge dr mereka yang pernah berbisnes dan juga mereka yg pernah deal dgn pelbagai bisnes... Yg penting kena click & rajin bace posting & 'tangkap' points yg mana penting, yg mana positif & yg mana negative...
So then yg baik/positif dijadikan tauladan & yg tak baik/negatif dijadikan sempadan...
p/s - Kenapa la kawe baru jer tau ade this kind of forum lately, not 3-4 years back... Banyak yg termiss, sama ada dr segi posting w/p gain knowledge, the REAL knowledge... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|