CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1999|Reply: 6

Usahawan sandaran negara berpendapatan tinggi

[Copy link]
Post time 16-12-2009 07:11 AM | Show all posts |Read mode
Usahawan sandaran negara berpendapatan tinggiKUALA LUMPUR 15 Dis. - Peralihan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi pada asasnya bergantung kepada kejayaan dan kegagalan usahawan negara.Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Malaysia kini sedang bersaing dengan negara-negara berpendapatan tinggi, sekali gus mengurangkan jurang kelebihan yang ada.Beliau berkata, negara kini sedang terperangkap sebagai sebuah 'Negara Berpendapatan Sederhana', terhimpit sebagai pengeluar bergaji rendah tetapi pembawa perubahan yang pantas.Biarpun begitu, para usahawan negara kini berada di barisan hadapan untuk berada di pasaran global, tambahnya.Berikutan itu, adalah penting sebarang keputusan pelaburan dibuat oleh para usahawan dan pasaran kolektif.''Untuk melepaskan daripada perangkap ini, negara perlu melakukan perubahan fundamental termasuk mengubah kepelbagaian kepada pengkhususan dan membina kepakaran pembuatan sedia ada untuk melepasi kawasan-kawasan tertentu.''Kita perlu melakukan pembaharuan dan memulakan usaha meningkatkan momentum pertumbuhan tinggi untuk memastikan visi 2020 menjadi realiti,'' katanya ketika berucap pada majlis Anugerah Usahawan Ernst & Young kelapan, malam ini.Muhyiddin berkata, usahawan juga perlu mengubah pengumpulan modal kepada inovasi termasuk nilai tambah sumber berasaskan industri.Tambahnya, untuk menggunakan sumber-sumber pertumbuhan, mulai sekarang usahawan tempatan perlu lebih fokus dan menyelaras usaha mengenal pasti jurang kelebihan dalam ekonomi global.Menurut beliau, para usahawan mempunyai berbagai platform membina transformasi dengan mengambil kelebihan lokasi geografi dan kepelbagaian kebudayaan dan peluasan kelompok industri sedia ada.Untuk itu, usahawan-usahawan perlu mengenal pasti peta pengeluaran global melalui peluang pengkhususan dalam peringkat pengeluaran secara spesifik.''Ini bukan lagi mengenai suntikan lebih banyak input tetapi bagaimana jumlah input yang sama boleh mewujudkan lebih banyak pengeluaran,'' ujar beliau.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2009 12:07 PM | Show all posts
Usahawan sandaran negara berpendapatan tinggiKUALA LUMPUR 15 Dis. - Peralihan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi pada asasnya bergantung kepada kejayaan dan kegagalan usahawan negara.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Malaysia kini sedang bersaing dengan negara-negara berpendapatan tinggi, sekali gus mengurangkan jurang kelebihan yang ada.Beliau berkata, negara kini sedang terperangkap sebagai sebuah 'Negara Berpendapatan Sederhana', terhimpit sebagai pengeluar bergaji rendah tetapi pembawa perubahan yang pantas.Biarpun begitu, para usahawan negara kini berada di barisan hadapan untuk berada di pasaran global, tambahnya.

Berikutan itu, adalah penting sebarang keputusan pelaburan dibuat oleh para usahawan dan pasaran kolektif.''Untuk melepaskan daripada perangkap ini, negara perlu melakukan perubahan fundamental termasuk mengubah kepelbagaian kepada pengkhususan dan membina kepakaran pembuatan sedia ada untuk melepasi kawasan-kawasan tertentu.''Kita perlu melakukan pembaharuan dan memulakan usaha meningkatkan momentum pertumbuhan tinggi untuk memastikan visi 2020 menjadi realiti,'' katanya ketika berucap pada majlis Anugerah Usahawan Ernst & Young kelapan, malam ini.

Muhyiddin berkata, usahawan juga perlu mengubah pengumpulan modal kepada inovasi termasuk nilai tambah sumber berasaskan industri.Tambahnya, untuk menggunakan sumber-sumber pertumbuhan, mulai sekarang usahawan tempatan perlu lebih fokus dan menyelaras usaha mengenal pasti jurang kelebihan dalam ekonomi global.Menurut beliau, para usahawan mempunyai berbagai platform membina transformasi dengan mengambil kelebihan lokasi geografi dan kepelbagaian kebudayaan dan peluasan kelompok industri sedia ada.

Untuk itu, usahawan-usahawan perlu mengenal pasti peta pengeluaran global melalui peluang pengkhususan dalam peringkat pengeluaran secara spesifik.''Ini bukan lagi mengenai suntikan lebih banyak input tetapi bagaimana jumlah input yang sama boleh mewujudkan lebih banyak pengeluaran,'' ujar beliau


aku tolong perenggangkan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2009 05:48 PM | Show all posts
2# sinar_inspirasi

thanks sir.....
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2009 08:26 PM | Show all posts
oleh itu... jom cari modal2 byk2.. dan jadi pemborong... ramai dikalangan kita tak de modal byk.. serta peniaga kecil.. yg ada kemampuan aku jemput utk jadi pemborong.. byk benda yg bleh di borongkan...

sediakan modal sahaja... yg kurang modal tu.. buat kecik2 dulu sambil2 cari lagi modal.. dan ikut aturan biasa... jgn endah tak endah syarat2 penting utk dptkan suntikan modal dari bank atau mana2 agensi...

bermula dari skrng... cukupkan syarat tu.. sabar hadapi dugaan..
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2009 09:44 PM | Show all posts
pendapatan tinggi boleh...  tapi mesti selaras dgn productivity...
kalau tidak.. kos jd tinggi and msian product tak competitive...

ends up gaji tinngi.. inflasi pun menjadi2...
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2009 08:47 AM | Show all posts
kekadang rasa punca barang menjadi2 naik kerana gaji gomen sentiasa naik.. dan gomen macam overstaf dan un utilise...byk kerja usahawan terbelangkai pun sebab staf gomen buat kerja slow dan sentiasalah takder di pejabat mereka, alasan yg paling tak suka dengar yelah pergi kursus... (sebab pergi kursus pun cost to gomen juga kan).. tapi performance makin teruk... bila pegi kursus, kerja dia, pegawai lain tak tau nak buat...

mmmm.... payment on float jugak.. sebab pegawai sign inden pergi kursus, alamat tak sempatlah nak kejar closing account 31 december ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-12-2009 01:21 PM | Show all posts
6# hazel23

hmmm.. tak pasti apa masaalah sebenarnya..
kadang2 terlalu sangat suka surat menyurat..
kes benar... sesama jabatan kerajaan tunggu kelulusan jabatan lain lebih setahun..
5 jabatan berlainan dari 3 kementerian berbeza berutus2 surat tak selesai jugak...
akhirnya mintak kita tolong selesaikan...
pergi jumpa sendiri.. half a day jumpa sumer yg berkenaan..
petang besok both approval letter kuar...

kesulitan dgn pegawai2 antara berlainan jabatan ni..
saper yg nak panggil saper datang jumpa...
takut salah protokol....... yg senang hantar surat jer.....
main sorong papan tarik papan........ hehe..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 06:15 PM GMT+8 , Processed in 0.333394 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list